Saya tidak pernah merancang untuk terbang ke Bali pada 2 Jun lalu. Keputusan hanya dibuat pada 1 Jun apabila mengetahui dua orang kawan saya akan ke Bali. Memandangkan saya sudah lama tidak bercuti, maka saya membuat keputusan secara mengejut untuk turut serta terbang ke Bali.
Saya segera ke KLSentral untuk mendapatkan tiket penerbangan Air Asia ke destinasi pilihan saya itu. Memandangkan saya sedar apabila membeli tiket penerbangan melalui kaunter lebih mahal berbanding secara online, saya harus segera mendapatkan pilihan lain. Saya menghubungi rakan saya dengan segera memintanya membeli tiket penerbangan menggunakan kad kreditnya. Saya tidak memiliki kad kredit sendiri dan lebih-lebih lagi penggunaan Maybank2U tidak terdapat pada pembelian secara online tiket tersebut. Itu sahaja jalan yang ada.
Tiket penerbangan Air Asia AK364 ke Denpasar telah pun saya perolehi termasuk aturcara program untuk kemudahan daftar masuk. Saya simpan nombor tempahan dalam telefon bimbit saya. Pulang saya di rumah, saya mengemas beg saya untuk pakaian selama 3 hari. Cuti itu tidak begitu panjang, namun ia sesuatu yang indah. Saya tidak pernah menjejakkan kaki saya ke Bali sebelum ini dan ia merupakan kali pertama saya ke kepulauan Bali.
Oleh kerana percutian ini agak mengejut, tempahan untuk bilik hotel juga tidak saya lakukan. Dengan keberanian yang ada, saya harus redah sahaja ke bumi yang tidak pernah saya jejaki. Saya pernah melakukan perkara yang sama sewaktu ke Medan sekitar tahun 1997/98. Kali ini saya melakukannya lagi. Saya memilih untuk tinggal di hotel penginapan yang sama dengan rakan-rakan saya di sana.
Keesokkan harinya pada 2 Jun, saya bersiap untuk ke KLSentral bagi menaiki bas ke LCCT di Sepang. Saya tiba di LCCT sekitar jam 1 tengahari. Penerbangan Air Asia AK364 ke Denpasar hanya akan berlepas pada jam 4.15 petang. Memakan masa selama lebih kurang tiga jam, saya tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai di Denpasar.
Saya menaiki teksi ke Bali Agung Village, Seminyak. Seminyak merupakan salah sebuah daerah utama di Bali. Saya tiba sekitar jam 8 malam di Bali Agung Village, Seminyak. Rakan-rakan saya hanya akan tiba pada keesokkan harinya. Saya seorang asing di daerah asing sedang dilanda kelaparan yang amat sangat dan tidak tahu arah mana yang harus dituju. Saya bertanya kakitangan di kaunter resepsi tentang restoran yang boleh saya kunjungi untuk makan malam. Sekitar jam 11 malam saya ke Santa Fe di Seminyak yang letaknya lebih kurang 10 minit berjalan kaki.
Walaupun jaraknya agak dekat tetapi sebagai orang asing, tentunya pengalaman itu sesuatu yang agak menggerunkan. Harus diingat Bali ialah Bandar pelancongan dan keutamaan itu terus dijaga. Malam tidak tidur di Bali sehingga lewat jam 3 pagi walaupun bukan hari minggu. Selesai makan malam, saya pulang ke hotel untuk tidur kerana esok perjalanan saya lebih panjang menuju ke Ubud.
Seperti juga percutian, penerbangan dan hotel, pemandu ke Ubud juga tidak saya rancang.

airasia boleh guna maybank2u la SM..
Selamat bercuti...Happy Holidays...Bali is a nice place...
Salam,
Bali best ...bagi chekdee .... orang-orang bali kebanyakkannya baik ...tak ada pemandu texi yang cekek darah seperti di malaysia sebab orang bali tahu...industri pelancongan adalah sumber pendapatan utama mereka.....
have a fun........kui..kui....
Tuanku...Bila nak update blog?
eh, aku beli tiket airaisa pay tru M2U ok jer bro? sah tak penah beli tiket online airasia...selalu naik MAS kannnnn? huhuhuhuhu