Dubai Marina Walk waktu malam menyaksikan gemerlapan cahaya dari bangunan pencakar langit yang telah siap dibina mahu pun yang sedang dibina. Berhampiran bangunan pencakar langit terletak marina, lokasi paling strategik untuk jutawan-jutawan dunia menyewa petak pakir bot dan kapal layar mereka. Lokasi itu menjadi lokasi mencuci mata menikmati pemandangan yang tidak ada di Kuala Lumpur sambil dihembus angin dingin.
Itinerari di atas disediakan Azli dan Sabirah. Menyusunnya bukan satu kerja yang mudah kerana perlu memuaskan hati semua pihak. Baik dari teman lama yang ingin bertemu kepada beban tugasan yang perlu disiapkan. Namun, saya berjaya menghabiskan kesemua itinerari yang telah disiapkan kecuali satu iaitu berada di At The Top pada ketinggian aras 124 bangunan Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia. At The Top terpaksa ditutup kerana masalah penyelenggaraan apabila lif bangunan tersebut menghadapi masalah yang tidak mereka jangka. Mereka boleh membina bangunan setinggi Burj Khalifa tetapi masalah sekecil itu yang melibatkan keselamatan pengunjung tidak diberi perhatian. Menerusi berita tempatan, dikhabarkan At The Top besar kemungkinan dibuka semula pada 14 Februari, tarikh tiket saya ke sana. Malangnya sehingga saat akhir, tiada kata putus. Dengarnya, bangunan itu akan dibuka semula mulai Mac depan.
Nampaknya musim membeli-belah masih belum dan baru bermula untuk Pengguna Xpax! Xpax big freekin’ sale is back! Antara produk yang ditawarkan adalah :
1. Diskaun 50% untuk setiap muat turun di Channel X sepanjang hari. Antara item dalam muat turun Channel X adalah Music(muzik), CMT, Games(permainan) kecuali aplikasi seperti IMX, Defender 1.0 dan lain-lain. Setiap daripadanya mendapat potongan 50% dengan kandungan yang berharga RM3, bakal bernilai RM1.50 sahaja!
2. Juga terdapat 3 tempoh Happy Hour iaitu pada pukul 10 pagi hingga 12 tengahari, 1 hingga 4 petang dan 7 hingga 9 malam. Sewaktu Happy Hour, pengguna yang memuat-turun salah satu kandungan yang ditawarkan dalam tempoh Happy Hour bakal mendapat satu lagi kandungan secara PERCUMA.
3. Rebut peluang tersebut di www.channelx.com.my atau pun mendail *118#. Belanja RM5 atau lebih setiap hari untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan setiap hari. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk MacBook Air, PSP Go, iPod Touch, Blackberry Curve 8520, Celcom USB Modem dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut sila ke : http://channelx.com.my/mdp/got_big_freekin_sale.jsp