Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Facebook Banyak Curi Masa Saya

Entri oleh sultanmuzaffar 02 February 2009 1 komen

Secara jujurnya memang saya akui Facebook banyak mencuri masa saya menulis blog. Di Facebook saya lebih terbuka dan senang berkomunikasi dengan pembaca mahu pun teman-teman saya. Saya baru saja pulang dari Kota Kinabalu kerana menghadiri sesi ujibakat Akademi Fantasia 7 di sana. Sama seperti tahun sebelumnya, sesi ujibakat tahun ini agak nyata perbezaannya.

Setiap peserta ujibakat perlu melalui 4 peringkat ujibakat. Di peringkat pertama sekadar menyanyi di hadapan dua orang juri tanpa iringan muzik. Dalam peringkat ini mereka dinilai sama ada mempunyai suara atau pun sekadar main-main. Jika berjaya mereka akan ke peringkat kedua yang mana lebih sukar kerana perlu berhadapan dengan juri profesional yang terdiri daripada penyanyi atau pun komposer. Peringkat ini peserta diuji sama ada vokalnya baik atau pun tidak. Ada keunikan atau pun sama seperti penyanyi-penyanyi yang pernah dilahirkan dulu. Jika berjaya mereka akan ke peringkat ketiga yang akan dinilai oleh komposer, wakil penerbit dan pelakon. Di sinilah perwatakan peserta diuji. Segala rahsia cuba dikorek untuk melihat sejauh mana peserta mahu menyertai pertandingan realiti itu. Kebolehan menari juga diuji dalam peringkat ini. Selain lagu pilihan, peserta juga akan diminta untuk menyanyikan beberapa lagu lain untuk menilai versatiliti peserta. Jika berjaya, barulah peserta bergerak ke Bilik Kebal Peringkat Empat. Di sinilah peserta ujibakat mencurahkan segala keinginan, harapan dan isi hati mereka dalam Akademi Fantasia.

Di peringkat tersebut jugalah beberapa rahsia peserta dicungkil untuk digunakan sebagai kejutan sekiranya mereka terpilih sebagai pelajar Akademi Fantasia kelak. Jika anda masih ingat kepada Mas dalam Akademi Fantsia 2, di peringkat inilah dia memberitahu yang dia sudah mempunyai anak. Selain Mas, ada beberapa pelajar lagi telah mendedahkan rahsia mereka di sini yang tidak wajar untuk saya tulis di sini.

Jadi apa bezanya Akademi Fantasia musim ini dengan musim terdahulu. Penyertaan peserta dari Singapura boleh dianggap sebagai perbezaan musim ini. Strategi memperluaskan jenama Akademi Fantasia ke Singapura boleh dianggap sebagai meluaskan pasaran muzik tempatan. Jika berjaya, jenama Akademi Fantasia boleh menjadi satu trademark untuk muzik Asia atau pun ASEAN. Jenama itu masih kekal di Malaysia selama 7 musim dan potensi untuk ia diteruskan di masa-masa akan datang pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat program realiti itu.

Sebenci-bencinya peminat/pembenci dengan Akademi Fantasia, seboleh-bolehnya jugalah mereka akan menjadi penonton untuk program itu. Biar pun menonton untuk mengutuk dan mengeji, mereka pasti menonton.


Lagu Pembukaan

Baru-baru ini saya ada menonton sebuah filem bertajuk Slumdog Millionaire yang kini sedang hangat diperkatakan di Hollywood mahu pun di seluruh dunia. Filem itu menerima sepuluh pencalonan di Anugerah Akademi ke 81. Sebelum ini ia memenangi Filem Terbaik di Anugerah Golden Globes dan Ensemble Lakonan Terbaik di Anugerah Screen Actors Guild. Semalam, pengarahnya Danny Boyle diiktiraf di Anugerah Directors Guild.

Filem itu pada mulanya dibeli hak penayangan oleh Warner Independent Picture dengan harga USD5 juta tetapi syarikat itu tidak yakin dengan filem itu dari aspek komersial. Lebih malang apabila Warner Independent Picture ditutup pada bulan Mei 2008 dan mencadangkan Slumdog Millionaire dipasarkan dalam bentuk DVD. Mujurlah Fox Searchlight Picture sanggup berkongsi dengan WIP dan seterusnya filem itu dapat ditayangkan kepada umum.

Filem itu pertama kali ditayangkan di Festival Filem Telluride pada 30 Ogos tahun lalu dan menerima respon positif daripada penonton sekaligus menjadi buah mulut masyarakat perfileman di Hollywood. Selepas ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September, filem itu menjadi semakin popular sekaligus menang Anugerah Pilihan Penonton.

Sehingga kini, filem itu telah mengutip lebih USD57 juta dalam kutipan tiket di Amerika Syarikat dan lebih USD86 juta di seluruh dunia. Filem itu kini sedang ditayangkan di India. Filem itu juga telah ditayangkan di United Kingdom, lebih-lebih lagi pengarahnya berasal dari sana. Selepas memenangi empat Anugerah Golden Globes, jualan tiket melonjak naik.

Kesan kemenangan dan polemik luar biasa yang diperolehi filem ini sangat hebat. Ada yang menyukainya tidak kurang yang tidak menyukainya. Mereka tidak sekadar bercakap mengenai jalan cerita mahu pun arahannya tetapi turut menyentuh isu-isu sensitiviti yang berlaku di India. Pelakon kanak-kanak yang berlakon dalam filem itu ada di antaranya yang berasal dari kawasan daif di India yang menjadi latar jalan cerita filem itu. Nasib kanak-kanak itu turut diberikan perhatian oleh penonton filem itu lebih-lebih lagi apa yang akan berlaku kepada mereka setelah berlakon dalam filem tersebut.

Seperti yang pernah berlaku dalam filem The Kite Runner, pelakon kanak-kanak filem itu dibawa berhijrah ke negara lain selain diberikan dana pendidikan untuk meneruskan pengajian mereka sehingga berusia 18 tahun. Perkara yang sama berlaku kepada pelakon kanak-kanak filem Slumdog, cuma mereka diberikan dana pendidikan sehingga 18 tahun. Walaupun filem itu mendapat tempias populariti di karpet merah, mereka tidak didedahkan dengan glamor tersebut semata-mata agar mereka memberikan tumpuan kepada pelajaran mereka.

Filem itu adalah pilihan yang terbaik untuk kita menghargai hidup. Filem itu sempurna dari aspek penceritaan, arahan, muzik, lakonan dan sinematografi. Sangat hebat. Sekiranya anda masih belum menonton Slumdog Millionaire, anda patut menontonnya kerana saya telah menonton filem itu sebanyak 6 kali tanpa rasa jemu.

Lagu Penutup

Foto Promo P.Ramlee The Musical

Entri oleh sultanmuzaffar 03 October 2007 0 komen

Sebarkan ke serata alam poster ini !

P.Ramlee (Sean Ghazi)

Saloma (Liza Hanim)

Azizah (Siti Nurhaliza)

Melissa Saila (Norizan)

P.Ramlee & Azizah

P.Ramlee & Norizan

P.Ramlee & Saloma

Junaidah (Atilia)

Foto-foto ini diambil dari Facebook seorang kawan saya, Datin Seri Tiara Jacquelina. Kalau mahu melihat foto Sukardi, kena klik cheddyusoff.blogspot.com, pemilik blog tersebut merupakan pemegang watak Sukardi. Kalau nak tonton klip video teaser "comel" Siti Nurhaliza pun kena klik blog Sukardi. Memang comel !


Itu cerita teater, cerita filem bawa kita ke Asia Pacific Screen Awards yang akan berlangsung di Gold Coast, Australia. FINAS hantar 5 buah filem, 4 daripadanya merupakan calon akhir Festival Filem Malaysia dan salah satu daripadanya pemenang Filem Terbaik Festival Filem Malaysia iaitu Chermin, The Red Kebaya, Tentang Bulan dan Cinta. Mengejutkan FINAS turut menyenaraikan Mukhsin. Lebih mengejutkan apabila pihak penganjur memilih Mukhsin untuk ke festival tersebut. Lebih membanggakan apabila Mukhsin tersenarai dalam calon akhir kategori "Best Children Feature Film" bersama :

THE BICYCLE (GULONG) (Philippines)
Produced by Menardo Jimenez and Socorro Fernandez
DENIAS, SINGING ON THE CLOUD (DENIAS, SENANDUNG DI ATAS AWAN) (Indonesia)
Produced by Ari Sihasale
LOCKSMITH (GHOFL-SAZ) (Iran)
Produced by Hassan Agha-Karimi
MOTHER NANNY (INANG YAYA) (Philippines)
Produced by Antonio Gloria
MUKHSIN (Malaysia)
Produced by Puad Onah

Hmmmmmm...

Nota : Beberapa minggu ini saya sibuk sedikit kerana terlalu banyak meluangkan masa di Facebook. Dalam pada itu juga terlibat dengan sebuah produksi teater bertajuk "Perempuan, Isteri dan Jambu" yang akan dipentaskan pada bulan November. Jika anda berminat dengan filem, wanita dan teater, inilah teater yang harus akan libatkan diri. Konsep teater ini agak berbeza kerana penglibatan secara interaktif akan diserapkan dalam penghasilan skrip dan juga produk akhirnya. Semuanya berlaku di Facebook, cari "Perempuan, Isteri dan Jambu".

Entri oleh sultanmuzaffar 18 September 2007 0 komen

Hari Yang Tenang...

Ada banyak cerita menarik yang berlaku hari ini. Lebih memberikan ketenangan hari ini bila SEMUA boss besar dan orang kanan mereka tiada di pejabat untuk satu presentation. Rasanya tentang bajet untuk tahun hadapan. Saya tahu sikit kerana powerpoint untuk boss saya dibuat oleh saya. Asal PowerPoint je, mesti saya jadi target utama. Katanya saya ada golden touch dalam PowerPoint ! Apa yang golden touch nya ?? Budak Darjah 4 pun tahu dan dah pandai guna PowerPoint sekarang !

Bila SEMUA boss besar dan orang kanan mereka tiada di pejabat, maka ORANG-ORANG KECIL pun bermaharajalela. Saya hanya layan email-email yang penting sahaja. Kalau perlu beri laporan menerusi SMS.

Bila ada waktu-waktu yang tenang seperti hari ini, saya pun login Facebook ! Hasrat permulaan hanya untuk menghidupkan akaun saya yang tidak pernah dibuka sejak mula-mula mendaftar bulan lepas, akhirnya seharian saya melekat di situ. Memang macam-macam ada. Kira penat lah juga otak mencerap segala macam maklumat yang ada di situ.

Siapa-siapa yang mempunyai akaun Facebook dan nak add saya boleh add, search saja "Muzaffar Mustapa". Mesti jumpa punya. Kalau search "Muzaffar" sahaja, akan jumpa ramai Muzaffar versi Pakistan atau Bangladesh !

Ramai juga kawan-kawan lama yang ditemui kembali. Bagus juga Facebook ni !

Tengah sibuk-sibuk mengexplore Facebook, ada seorang kawan saya yang memberikan saya satu lagu. Bila dengar betul-betul lagu ini, memang terasa macam Siti Nurhaliza dah go international ! Hebat ! Bukan setakat Siti Nurhaliza, Ramlah Ram pun boleh go international kalau ada bijak pandai yang kreatif mengadun lagu-lagu Melayu dan Inggeris !

Kalau nak dengar lagu-lagu lain, boleh klik ke DJCyberSonique.

Itu yang tenang sangat hari ini. Selain relax sepanjang masa, saya dapat khabar gembira yang menyatakan surat pelepasan akan siap dua hari lagi. Bila surat pelepasan sudah ada di tangan, maknanya telah jatuh talak satu. Yahoooooooo ! Proses yang tinggal adalah menemuduga bakal pengganti yang mana tiga orang telah disenarai-pendekkan. Kalau di alam siber, mereka ini tidak lah begitu asing kepada anda. Cuma tidak perlu lah saya sebutkan di sini, siapa mereka. Hanya mereka saja yang tahu. Yang pasti saya telah meminta mereka untuk bersedia.

Bukannya susah.
1. Kena ada minat untuk tonton RIA/PRIMA.
2. Kena tahu apa yang penonton suka dan tidak suka dalam RIA/PRIMA.
3. Siapkan diri anda dengan idea gila-gila bagaimana untuk mempromosikan program-program dari saluran ini.
4. Kena ada "golden touch" dalam Powerpoint. Hahaha !

OK ! Itu saja cerita untuk hari yang tenang. Esok pun akan tenang lagi. Saya nak sambung main Facebook. Dalam bulan Oktober dan November akan datang, saya sudah tiada peluang untuk main Facebook. Gunakan hari yang tenang dengan sepenuhnya...