Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

The Actors Studio at Rooftop Lot 10, Nadi Baru Kuala Lumpur

Entri oleh sultanmuzaffar 13 October 2009 1 komen


Sebuah bandar tidak wajar kehilangan nyawanya. Jati diri budaya merupakan udara untuknya terus bernafas. Dengan terbinanya The Actors Studio at Rooftop Lot 10, segitiga emas Kuala Lumpur akan terus bernyawa. Itulah antara kata-kata yang diluahkan oleh Tan Sri Francis Yeoh, pemilik gergasi korporat YTL Corporations. “Bandaraya akan hilang jatidirinya jika budaya tidak disuburkan. Budayalah yang menjadi nafas untuk sesebuah bandaraya terus bernyawa.”

Selepas penutupan mengejut operasi di Bangsar Shopping Centre, The Actors Studio bernyawa kembali. Pada hari Sabtu lalu berlangsung Malam Gala Pembukaan “The Actors Studio at Rooftop Lot 10”.

Saya boleh meletakkannya sebagai sebuah lokasi yang paling strategik untuk sebuah teater. Memang telah lama saya impikan agar Kuala Lumpur memiliki pentas teaternya bukan di pinggir bandar tetapi sebaliknya di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

The Actors Studio diasaskan pada April 1989 oleh pasangan suami isteri, Joe Hafsham dan Datuk Faridah Merican. Lokasi pertama syarikat teater paling berpengerah itu dibuka di Dataran Merdeka pada 1995.

Pasangan itu terus gigih membudayakan masyarakat setempat sehinggalah terbukanya lokasi mereka yang kedua iaitu di Bangsar pada 2001. Tidak henti di situ, mereka melebarkan sayap mereka ke utara dan cawangan The Actors Studio di buka di Pulau Pinang setahun kemudian.
Malangnya pada 10 Jun 2003, banjir besar memusnahkan cawangan Plaza Putra. Namun itu tidak mematahkan semangat Faridah dan Joe walaupun pelbagai dugaan yang mereka terima.

The Actors Studio tidak akan mati. Itulah janji Datuk Faridah Merican demi cintanya pada seni persembahan. Bermula semalam, The Actors Studio at Rooftop Lot 10 membuka pintu menerima pengunjung.


Lokasi asal The Actors Studio di Plaza Putra musnah apabila banjir melanda Dataran Merdeka pada 10 Jun 2003. Sementara cawangannya di Bangsar Shopping Centre pula ditutup pada 28 Februari lalu.

Walaupun diduga pelbagai musibah, namun selaku pengasas, Faridah dan suaminya Joe Hafsham percaya jenama The Actors Studio akan terus memperkasakan budaya kepada rakyat tempatan.

Segitiga emas Kuala Lumpur kini memiliki sebuah panggung teater yang pastinya akan menarik tumpuan pelancong untuk melihat sendiri budaya tempatan di depan mata mereka. Pelbagai hotel yang terdapat di situ pastinya dipenuhi pelancong yang bakal menjadi fokus utama untuk menjadi penonton di pentas itu.

Dicop sebagai “West End of Kuala Lumpur”, The Actors Studio at Rooftop Lot 10 dibuka secara percuma mulai 11 hingga 18 Oktober ini sebelum memulakan operasinya seperti biasa.

Nota : Foto akan dikemaskini lewat malam. Kabel Blackberry tertinggal di rumah.

Pautan :
The Actors Studio at Rooftop Lot 10
KLPAC
The Actors Studio



Estet, Filem Terbaru Mamat Khalid

Entri oleh sultanmuzaffar 10 October 2009 2 komen

Saya sudah pun selesai membaca buku untuk filem Estet yang saya dapat Khamis lalu sewaktu majlis pelancaran muzik video Estet dan Buku Untuk Filem di Istana Budaya.

Saya jarang membaca buku bukan fiksyen secara tekun dan cuba habiskan dalam masa satu hingga dua hari. Buku terakhir seingat saya Daim Yang Diam. Buku Untuk Filem Estet buku terkini saya habiskan dalam tempoh itu.

Antara sebabnya ialah saya ingin tahu apa isi filem tersebut. Selain membaca wawancara Ajami bersama Mamat dan Indra Che Muda, saya juga berpeluang meneliti draf pertama skrip filem tersebut.

Saya rasa filem itu agak pendek kerana versi filemnya tentu lebih lama dengan adegan pergaduhan tidak begitu diterangkan dalam skrip tersebut.

Membacanya sahaja saya sudah dapat membayangkan apa yang akan dapat saya saksikan dalam filem itu kelak. Saya juga cuba untuk mendalami pemasalahan watak yang ada dalam filem itu. Mahu juga saya selami apa yang dirasai Geetha, Farid, Sashi, Subra, Ghandi, Pooniah dan lain-lain.

Saya sempat melayangkan sms kepada Ajami bertanyakan beberapa perkara untuk lebih memahami cerita tersebut kerana Ajami telah menonton filem itu.

Saya juga teringin menontonnya setelah membaca buku tersebut. (Orang Melayu kata-katanya cukup berkias...)

Filem Estet akan ditayangkan pada Tahun Baru Cina tahun 2010. Agak lama untuk menunggu, belum tentu sempat atau tidak lagi. (Sekadar menambahkan tekanan pada Penerbit Eksekutif dan Sutra(tidak ber)dara)

Usai majlis itu, saya pulang ke rumah dengan tersenyum lebar sambil tangan menghayun beg plastik yang terisi satu set kamera digital Nikon dan kelengkapannya.

Terima kasih Mamat Khalid dan Norazifa Mohamed (Kak Jib). Jutaan terima kasih sekiranya dapat menonton versi filem. :)

Sent via BlackBerry from Maxis

Papadom 8 Oktober 2009 Ini Di Seluruh Malaysia

Entri oleh sultanmuzaffar 07 October 2009 1 komen




Saya sebenarnya puas hati setelah pertama kali menonton filem ini sewaktu tayangan perdana filem ini di Festival Filem Malaysia ke 22 baru-baru ini. Saya harus membuat pilihan pada hari tersebut, antara Papadom atau pun Pisau Cukur. Oleh kerana Papadom bertanding di festival itu maka saya pilih filem tersebut.

Saya juga mahu melihat apakah filem itu benar-benar hebat untuk menjadi saingan filem arahan Yasmin Ahmad, Talentime. Setelah keluar dari pawagam, saya berpuas hati. Saya beritahu pada Afdlin sendiri yang filem itu merupakan saingan paling dekat untuk Talentime. Antara dua filem itu, siapa pun menang tidak kisah pada saya kerana kedua-dua filem itu ada kekuatan masing-masing.

Persaingan di Festival Filem Malaysia ke 22 telah pun berakhir dan Papadom muncul sebagai Filem Terbaik, Afdlin Shauki menang Pelakon Lelaki Terbaik, Liyana Jasmay menang Pelakon Wanita Terbaik dan Pacai menang Skor Muzik Asal Terbaik.

Saya suka dengan hasil arahan Afdlin kali ini. Nampak kematangannya berbanding filem-filemnya yang terdahulu seperti Buli, Buli Balik dan Baik Punya Cilok. Afdlin sangat unik kerana boleh buat penonton ketawa dan menangis dalam sekelip mata.

Saya saran anda untuk menonton filem Papadom yang akan mula ditayangkan mulai 8 Oktober ini di pawagam seluruh Malaysia.

Karaoke Menang di Calgary Film Festival

Entri oleh sultanmuzaffar 06 October 2009 2 komen

Filem Malaysia arahan Chris Chong, KARAOKE menang anugerah utama di Festival Filem Calgary Ahad lalu.

http://www.calgaryherald.com/entertainment/Karaoke+gutsy+maverick+winner/2066226/story.html

"Visually stunning and mesmerizing, "Karaoke" is cinematic poetry, arapture of energy and release. Graceful filmmaking, strong performancesand karaoke allegories combine to create a profoundly sensual journey."

http://www.movingpicturesmagazine.com/reviews/movies/karaoke

Saya berdoa agar pihak akhbar dan majalah hiburan tempatan menyokong dan turut membantu mempromosikan filem kecil yang berjiwa besar ini.

Karaoke akan ditayangkan di GSC Mid Valley mulai 26 November depan.

Syabas Chris, Shanon Shah, Zahiril, Mislina dan ramai lagi.

Karaoke
Reviewed by Shaz Bennett
(October 2009)

Directed by: Chris Chong Chan Fui
Written by: Chris Chong Chan Fui, Shanon Shah
Starring: Zahiril Adzim, Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Nadiyatul Nisaa

Visually stunning and mesmerizing, "Karaoke" is cinematic poetry, a rapture of energy and release. Graceful filmmaking, strong performances and karaoke allegories combine to create a profoundly sensual journey, visceral in its effect on the viewer. Combining the powers of observance and understatement, debut feature director and media artist Chris Chong Chan Fui is firmly at the helm of this wholly unique and original film.

With a poetic nod to art-house filmmakers like Pen-ek Ratanaruang and Apichatpong Weerasethakul, the story is told with long shots, minimal dialogue and exquisite tension in the frame. "Karaoke" is a thoughtful, evocative portrayal of family, coming home, longing, love, and the sometimes static nature of life.

A karaoke bar on a Malaysian palm oil plantation provides the backdrop for this thoughtful film. The lead man, Betik, returns home from the big city of Kuala Lumpur. Betik expects to turn his life around and build a future back home with his mother after the death of his father a few years past. Yet Betik's mother sees his absence from the funeral as a silent betrayal. She has other plans for the karaoke bar and her life.

During the day, Betik takes a job shooting karaoke videos. At night, he helps his mother at the family's karaoke bar, where all the locals gather and sing. Each song resonates with the crowd - schmaltzy love songs and religious songs are the soundtrack to the film, echoing the themes of love and loss. In the karaoke bar, Betik meets a girl who seduces him with promises for the future.

The art and artifice of karaoke songs and his job of making the videos is an allegory for the film. Betik embraces the unreal world of karaoke videos, which is filled with love and happiness. But the video façade ultimately fades and Betik has to take a hard look at the reality of his life. Nostalgia has blinded him from seeing how much his home and family have changed in his absence.

One of the more powerful moments comes in the middle of the film. The tone and visuals of the film change. Betik walks through the overgrown oil palm trees that grow in endless symmetry - an artless product created in an artificial environment. Betik discovers there is a new factory at work that creates palm oil incessantly. The lush, slow visual exploration is underscored by the unreal stylings of karaoke singers and adds great effect to the power of the moment.

Despite the weighty ideas explored in "Karaoke," the film is not without humor, especially the ironic scenes portrayed pitch perfectly about the making of a karaoke video.

Fui tells his story largely in images, with few words. Some people will tire of this, and the film is definitely a slow burn, but the hypnotic style becomes a powerful meditation, puncturing the surface of this world in the most surprising ways.

See the trailer and more information at the filmmaker's site.
Moving Pictures offers you the unfiltered voice of the director at Karaoke as Magic and Artifice.

Sent via BlackBerry from Maxis

Irfan Sangat Hebat

Entri oleh sultanmuzaffar 05 October 2009 1 komen

Sangat hebat!



Itulah antara kata-kata yang mampu saya luahkan setelah menyaksikan persembahan piano oleh Tengku Ahmad Irfan Dr Tengku Ahmad Shahrizal.



Pemain piano berusia 11 tahun itu terpilih untuk bermain bersama Orkestra Filharmonik Malaysia di bawah pimpinan Claus Peter Flor.



Baru sahaja berusia 11 tahun tetapi Irfan sudah menerima Kepujian untuk Gred 8 dan Sijil Kecemerlangam Trinity Guildhall untuk Gred 5 Piano Solo.



Kanak-kanak di usia Irfan sepatutnya gemar bermain permainan video tetapi tampil berkeyakinan tinggi membuatkan penonton kagum dengan bakat yang dimilikinya.



Irfan mempersembahkan Piano Concerto in E Flat dan mencipta sendiri tiga kadenza untuk tiga babak dalam persembahannya yang mengambil masa lebih 20 minit.



Konsert Gala Pembukaan Musim 2010 Orkestra Filharmonik Malaysia turut dihadiri Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid, Maestro Ramli MS, Awal Ashaari, Lisa Surihani dan ramai lagi.



Saya berpeluang mewawancara Irfan beberapa hari sebelum persembahannya, namun lebih banyak bercakap dengan bapanya.



Melihatkan bakat Irfan saya kagum sekali melihatkan usaha yang telah dia curahkan untuk mempelajari seni permainan piano. Saya pernah belajar organ pada usia 9 hingga 12 tahun. Mungkin atas desakan keluarga minat itu tidak saya teruskan. Saya mungkin sekadar meminati muzik, tetapi untuk mempelajari muzik serta mendalaminya masih belum kena dengan jiwa saya.



Tidak menyesal malah saya bangga dapat melakukannya dalam tempoh 3 tahun tersebut. Saya masih boleh membaca nota muzik (taugeh) sekarang walaupun nota-nota muzik yang mudah-mudah.



Saya petik kenyataan Ramli MS mengenai Irfan yang menyarankannya agar keluar dari sini untuk berguru dengan pemain piano bertaraf antarabangsa untuk menjadi pemain piano terbaik dunia. Bakatnya sangat luar biasa.



Syabas Irfan !

Sent via BlackBerry from Maxis

Masih Dalam Mood Raya

Entri oleh sultanmuzaffar 02 October 2009 3 komen

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Ini caranya untuk menghargai pemilik asal foto tersebut. Sebagai blogger kita harus menghormati hak orang lain. Tiada gunanya mendapat hits yang tinggi dan kemudiannya memperolehi keuntungan dari pengiklanan tetapi kita sebenarnya mencuri hak orang lain. Saya agak kecewa dengan apa yang berlaku namun itulah yang berlaku.

Kenyataan Rasmi Gangguan Perkhidmatan Celcom

Entri oleh sultanmuzaffar 24 September 2009 2 komen











(BAHASA MALAYSIA)
KENYATAAN AKHBAR

Kenyataan rasmi berkenaan gangguan perkhidmatan Celcom di seluruh negara pulih secara berperingkat-peringkat mulai jam 9.00 malam, 24 September 2009.
____________________________________________________________________
Merujuk kepada perkara di atas, Celcom (Malaysia) Berhad ingin memaklumkan bahawa para pelanggan Celcom di seluruh negara telah mengalami gangguan perkhidmatan menerima dan membuat panggilan sesama pelanggan di dalam rangkaian Celcom.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti sms, emel, GPRS, jalur lebar mudah alih, perayauan, IDD dan panggilan ke rangkaian lain dan rangkaian tetap tidak terjejas.

Gangguan ini diakibatkan jumlah panggilan yang lebih tinggi iaitu 5 kali ganda semasa musim perayaan. Beberapa node pertukaran rangkaian mengalami kesesakan panggilan yang teruk dan mengakibatkannya kehilangan signal.

Kejadian ini disebabkan kedua-dua node pertukaran yang terletak di Kepong dan Perda, Seberang Prai mengalami kesesakan panggilan dan terganggu secara serentak.

Perkhidmatan telah mula pulih secara berperingkat-peringkat mulai jam 9.00 malam 24 September 2009, dan para pelanggan Celcom akan dapat menikmati semula perkhidmatan tanpa gangguan dalam sedikit masa lagi. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh semua pelanggan akibat gangguan perkhidmatan tersebut.

Untuk tujuan penerbitan, sila nyatakan kenyataan rasmi oleh Jurucakap Rasmi Celcom, YBhg. Dato’ Sri Shazalli Ramly, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom (Malaysia) Berhad.


(ENGLISH)
MEDIA STATEMENT

Official statement in regards to service interruption for Celcom, service have been gradually restored nationwide by 9.00pm, 24 September 2009
____________________________________________________________________

With reference to the above, Celcom (Malaysia) Berhad would like to acknowledge that its’ customers nationwide had been experiencing some service interruptions in receiving and making calls within our network.

However, other services such as sms, email, GPRS, mobile broadband, roaming, IDD and calls to other networks and fixed line were not affected.

The failure was mainly due to heavy call volume which increased by 5 folds during the festive period. As a result, some of our major network nodes experienced a sudden overloading, causing a loss of signal between the nodes.

It is really unfortunate that these nodes, located at two different locations namely Kepong and Perda, Seberang Prai were both affected at the same time.

As of 9.00pm 24 September 2009, service is being gradually restored nationwide and Celcom customers can now enjoy uninterrupted service once again. We sincerely apologize for any inconvenience that this has caused to all our customers.

For publication purposes, please attribute quote to Celcom’s Official Spokesperson, YBhg. Dato’ Sri Shazalli Ramly, Chief Executive Officer of Celcom (Malaysia) Berhad.

Kampung Yang Jerebu

Entri oleh sultanmuzaffar 19 September 2009 2 komen

Perjalanan balik ke kampung hanya mengambil masa kurang dari satu jam. Cuti Hari Raya Aidil Fitri ini saya hanya pulang ke Pelabuhan Klang. Jika orang lain tersekat dalam kesesakan jalan raya, saya tidak.

Namun, udara yang disedut sepanjang tiga hari bercuti ini sama sahaja kualitinya dengan udara Kuala Lumpur. Penuh jerebu. Itu bezanya saya dengan mereka yang pulang ke kampung.

Setelah lebih dua bulan mengumpul bahan, esok di Hari Raya Pertama akan disiarkan program khas pertama terbitan saya iaitu Satu-Satunya Siti Nurhaliza pada pukul 3.30 dan 6.30 petang di saluran Astro AWANI (501). Bakal membawa anda melihat evolusi kematangan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan apa kata pemain industri tentang kelayakan Siti untuk dianugerahkan gelaran Biduanita Negara.

Jangan ketinggalan menyaksikannya. Saya mahu menyambung permainan Guitar Hero. :) Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin.

Sent via BlackBerry from Maxis

Laporan Khas : Istana Budaya Terus Rancak

Entri oleh sultanmuzaffar 18 September 2009 0 komen

(ANCHOR)

Sejak sepuluh tahun yang lalu, Istana Budaya menjadi titik temu bagi setiap penggiat dan khalayak seni pentas di Malaysia.

Pelbagai produksi tempatan mahu pun antarabangsa dipentaskan di situ. Sempena Ulang Tahun ke 10 Istana Budaya, ikuti laporan khas yang disediakan wartawan Astro AWANI...Muzaffar Mustapa.

(VT)

Istana Budaya, gedung kesenian pentas di Malaysia meraikan ulangtahun ke 10 penubuhannya 15 September lalu.

Sehingga kini, Istana Budaya dipayungi lima Ketua Pengarah bermula Tuan Hj Sufiat Mukri, Norliza Rofli, Dr. Hatta Azad Khan, Datuk Azhar Abu Bakar dan yang terkini, Mohamed Juhairi Shaarani.

Jika sebelum ini aktiviti pentas di Malaysia lebih berskala kecil dan hanya tertumpu di Panggung Bandaraya, Auditorium MTC dan Auditorium DBKL, kita produksi pementasan lebih berskala besar.

"Dengan adanya Panggung Sari yang merupakan salah satu panggung yang tercanggih di dunia, segala itu menjadi kenyataan dan kita dapat lihat dengan hasil-hasil yang memberangsangkan bermula dengan teater Keris Sang Puteri, Tun Perak dan mencetuskan fenomena kepada produksi terbitan Enfiniti Productions dengan Puteri Gunung Ledang The Musical dan P.Ramlee The Musical. Dan kita juga dapat lihat dengan produksi-produksi Istana Budaya yang sangat mendapat sambutan persembahan teater kanak-kanak seperti Sinbad dan Aladdin yang diadakan setiap kali musim cuti sekolah."

Menjurus kepada seni teater, tari dan muzik, pada peringkat awal khalayak penggemar seni tempatan agak terkejut dengan budaya kepenontonan di Istana Budaya.

Namun, jumlah penonton bertambah setiap tahun.

"Dalam masa dua tahun yang pertama kita memberi kemudahan dengan menjemput seramai mungkin dan juga pada waktu itu ada sedikit kejutan pada masyarakat yang selama ini lebih terdedah dengan persembahan-persembahan secara percuma tetapi Istana Budaya pada peringkat awalnya cuma mengenakan harga tiket yang sangat minima iaitu RM20, RM30 dan RM50 dan berlakunya perubahan setelah 10 tahun kita dapat melihat apabila Enfiniti boleh menjual tiket berharga RM350, suatu yang tidak pernah dipercayai pada 10 tahun yang lalu apabila sebuah produksi tempatan boleh menyamai harga tiket sebuah produksi luar atau pun persembahan antarabangsa."

Pada 1999, hanya sekitar 20,000 penonton menyaksikan persembahan di Istana Budaya, kini lebih 140,000 penonton berkemampuan untuk menyaksikan pementasan di panggung berprestij itu yang mencatatkan jumlah tertinggi pada tahun 2008.

Sering ke luar negara, Juhairi akan meluangkan masanya menonton pementasan West End mahu pun Broadway.

Istana Budaya turut diiktiraf sebagai pentas terbaik di dunia dan diakui sendiri oleh produksi antarabangsa yang bertandang ke Istana Budaya.

"Pada peringkat pembinaan awal kita didatangi dengan produksi yang pada masa itu Tun Dr. Mahathir menjemput produksi Beauty And The Beast. Mereka memang terasa amat kagum dengan kecanggihan Panggung Sari Istana Budaya dan ini terbukti apabila kenyataan kita yang Istana Budaya sebuah panggung yang canggih itu sememangnya betul.

"Istana Budaya ini menggunakan teknologi campur tidak menjurus kepada dunia Barat tetapi bercampur dengan teknologi Jepun, Jerman, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Tenaga yang dipilih pada peringkat awal juga berjaya direalisasikan dengan menggabungkan teknologi pelbagai negara untuk pembinaan sebuah panggung di Malaysia."

Perkara yang sama turut diakui Datin Seri Tiara Jacquelina, selaku Pengarah Urusan Enfitniti Productions, produksi yang menerbitkan Puteri Gunung Ledang The Musical dan P.Ramlee The Musical.

"Saya sendiri bangga bahawa kita mempunyai sebuah pentas bertaraf dunia dan harus dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia. Pentas itu merupakan antara pentas yang terbaik di dunia. Setiap kali mengadakan persembahan di pentas itu ada satu rasa yang lain yang tidak boleh dimiliki di tempat lain. Ini termasuk kerjasama yang diberikan oleh kakitangan Istana Budaya sendiri. Terlalu banyak sejarah berlaku untuk kami di Istana Budaya dan ia menjadi seperti tempat jatuh lagi dikenang."

Jelas Juhairi lagi, sebagai sebuah institusi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Istana Budaya turut berperanan sebagai salah satu pusat tumpuan pelancong.

"Kita akan membawa dan ingin menjadikan Istana Budaya sebagai salah satu lokasi pementasan yang membolehkan negara-negara jiran yang selama ini dimonopoli sepenuhnya oleh Esplanade. Ini kita dapat lihat sewaktu pementasan produksi Mamma Mia apabila ramai penonton yang datang bukan sahaja dari Singapura tetapi juga dari Brunei, Indonesia dan Thailand. Persembahan itu merupakan pementasan yang paling berjaya dalam sejarah Istana Budaya terutama sekali dalam jumlah kedatangan penonton dan kutipan tiket.

Khalayak penggemar teater kini tidak perlu ke luar negara bagi menyaksikan pementasan berskala besar. Produksi tempatan seperti Puteri Gunung Ledang The Musical dan Cuci The Musical juga mampu menawarkan peluang tersebut di dalam negara.

"Di samping itu juga, Istana Budaya juga dalam usaha menggalakkan produksi-produksi besar yang mampu melaburkan seperti Enfiniti dan yang akan datang Tall Order yang berbelanja besar ini membolehkan karya-karya mereka ditonton kerana pementasan mereka sama tara dengan karya-karya yang dipentaskan di Broadway dan West End New York."

Pelbagai perancangan untuk Kalendar 2010 masih diteliti oleh pihak Istana Budaya. Antara yang menarik ialah produksi bersama Jabatan Perdana Menteri selain sebuah lagi teater muzikal terbitan Enfiniti Productions.

"InsyaAllah pada tahun hadapan kita juga menyahut gagasan 1Malaysia yang mana banyak program yang menjurus kepada gagasan tersebut apabila melibatkan pelbagai kaum dipentaskan di Istana Budaya. Beberapa kertas cadangan yang dihantar menepati ciri-ciri gagasan 1Malaysia dan salah satu perkara baru apabila melibatkan kerjasama dengan produksi luar termasuk kerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri dalam usaha mengangkat gagasan yang diwar-warkan Perdana Menteti iaitu Gagasan 1Malaysia."

Buat julung kalinya, sebuah Orkestra Tradisional Malaysia ditubuhkan di Istana Budaya yang merupakan pasukan orkestra gabungan pelbagai instrumen tradisional Malaysia.

OTM kini dikemudi oleh Mohd Yazid Zakaria yang dilantin Konduktor pertama Orkestra itu.

"Merupakan satu-satunya kumpulan orkestra yang tidak ada di dunia. Di negara-negara lain, kumpulan orkestra hanya memiliki pemuzik pribumi tetapi di Malaysia kita memiliki Orkestra Tradisional Malaysia yang menggabung pemuzik pelbagai bangsa termasuk penggunaan alat muzik ektik yang sama sifatnya dengan simfoni di negara Barat."

Selain itu, Kompleks Istana Budaya bakal berkembang. Kompleks pengurusan akan siap sepenuhnya yang berlatarbelakangkan Tasik Titiwangsa pada tahun hadapan.

"Dan bila berlakunya perpindahan itu, ruang di Istana Budaya akan lebih banyak untuk dilengkapkan dengan fasiliti latihan dan memberikan peluang kepada aktivis seni di Malaysia untuk mengadakan latihan. Selain itu kita akan turut melengkapkan bangunan itu dengan sebuah Galeri yang menceritakan sejarah penubuhan Istana Budaya hinggalah menjadi Istana Budaya hari ini."

Pentas Istana Budaya akan kembali dipenuhi penonton apabila teater Gamat dan Cuci The Musical dipentaskan Oktober ini. Manakala teater Natrah bakal mengisi ruang Istana Budaya November depan.

Menepis andaian masyarakat yang Istana Budaya hanya merupakan "gajah putih", sebaliknya Istana Budaya telah merancakkan lagi aktiviti seni pentas di Malaysia sepanjang 10 tahun yang lalu.

END

ISTANA BUDAYA 10 TAHUN

Entri oleh sultanmuzaffar 15 September 2009 0 komen

ANCHOR

Menerajui seni pementasan di Malaysia, hari ini Istana Budaya menyambut ulang tahunnya yang ke sepuluh.

Berkat harapan warga seni Malaysia sejak tahun 1971, maka tersergam indah kompleks Istana Budaya yang mula dibangunkan pada tahun 1995.

VT

Dengan kos pembiayaan sebanyak RM210 juta, Istana Budaya yang mempunyai keluasan 5.44 hektar serta keluasan lantai 21 ribu meter persegi, dibanggakan sebagai panggung pertama di Asia yang memiliki mekanisme pentas tercanggih untuk pementasan teater.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke empat, Tun Dr. Mahathir Mohamed pada 15 September 1999 dalam satu majlis penuh gilang gemilang istiadat Kesultanan Melayu.

Selesai majlis perasmian, Perdana Menteri bersama tetamu kehormat turut menyaksikan pementasan teater Keris Sang Puteri.

Teater arahan Datuk Rahim Razali dipilih sebagai teater "Buka Panggung" pentas berprestij itu.

Setakat ini, pelbagai produksi telah dipentaskan seperti Puteri Gunung Ledang The Musical, Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza, Konsert Alam M.Nasir, Teater Ronggeng Rokiah dan banyak lagi.

Ini tidak termasuk produksi antarabbangsa seperti Mamma Mia, Chang & Eng, Fame dan Cats.

Terletak berhampiran Tasik Titiwangsa di Jalan Tun Razak, kini bangunan bercirikan budaya Melayu itu menjadi tarikan utama penggiat seni pentas tempatan dan antarabangsa.

END

Nota : Pelbagai jenis pementasan dan persembahan telah saya saksikan bermula dengan Keris Sang Puteri di hari pertama pembukaannya kepada penonton, beberapa hari sebelum ia dirasmikan.

Antara teater yang paling saya ingati dan telah tonton beberapa kali ialah Ronggeng Rokiah, Siti Zubaidah, Puteri Gunung Ledang The Musical dan P.Ramlee The Musical. Produksi tersebut merupakan antara produksi yang mampu menggerakkan saya untuk bertandang ke Istana Budaya lebih daripada sekali. PGL The Musical dan P.Ramlee The Musical antara yang banyak sekali saya tonton. Selain menjadi penonton, saya terlibat dalam produksi tersebut sebagai Webmaster. Itu cerita dulu.

Banyak juga pementasan yang saya ingati seperti Cats, Fame, Saturday Night Fever dan Mamma Mia yang bersifat antarabangsa produksinya. Selain kagum dengan mutu produksi banyak yang boleh dipelajari daripada cara kerja produksi tersebut selain menggunapakai teknik yang mereka guna.

Saya tidak ketinggalan menyaksikan The Merchant Of Bollywood, Opera Turandot, Siti Di Alam Fantasi, Tun Perak, Cindai, Member Of The Club, Mohram, Gema Zafana, Roshomon, Alang Rentak Seribu, Konsert Geeta Gangsa, Lantai T.Pinkie dan banyak lagi.

Akan menyusul Oktober ini ialah pementasan Teater Gamat dan Cuci The Musical.
Syabas Istana Budaya.

Jom Beraya Gaya Mamee

Entri oleh sultanmuzaffar 04 September 2009 1 komen

Musim raya datang lagi. Semua orang tahu bila tiba musim raya, rumah akan dibuka sebukanya bagi meraikan tetamu yang datang berkunjung. Amalan Rumah Terbuka telah berlaku sejak dulu lagi. Amalan berkunjung ke rumah teman sempena hari raya sudah menjadi satu kemestian. Bagi mewujudkan kelainan pada musim raya ini, pastinya anda ingin merasai nikmatnya.

Kali ini Rumah Terbuka anda akan dijayakan oleh Mamee Sllrrrp bersama Juara Akademi Fantasia 5, Mila, Juara Akademi Fantasia 7, Hafiz dan Naib Juara AF7, Aril bersama barisan Penyampai ERA. Segala hidangan untuk tetamu lebih 100 orang akan disiapkan untuk anda oleh Mamee sekiranya anda berjaya menjadi pemenang peraduan yang dianjurkan Mamee.

Sebelum sesuatu majlis perayaan menjelang, pastinya tradisi menghantar kad raya perlu berlangsung terlebih dahulu. Untuk memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan, anda perlu menghantar sebanyak mungkin e-kad sempena perayaan ini. Zaman berteknologi kini agak jarang melihat orang menghantar kad secara konvensional lagi. Ramai yang sudah tahu menggunakan internet untuk menghantar e-kad.

Bukannya susah hantar e-kad sekarang. Kemudahan internet sudah tersedia di depan mata anda. Pastikan anda mempunyai ramai kawan dan ramai saudara. Pastinya YA. Dan hantar e-kad tersebut sebanyak mungkin.

Jom Hantar E-Kad

Adakah anda sudah bersedia untuk menghantar e-kad gaya Mamee anda ?

Anda bolehlah mendaftarkan dahulu akaun anda. Gunakan ID pengguna yang anda inginkan dan sertakan kata laluannya sekali.

Anda kini boleh memilih di antara empat kategori e-kad yang ada di antara tradisional, muzikal, riang ria dan animasi.

Kini anda perlu taipkan mesej Hari Raya anda.

Satu lagi kelebihan e-kad ini ialah anda boleh memilih rakan-rakan yang ingin anda sampaikan e-kad buatan anda menerusi contact address yang ada dalam email anda. Anda boleh memilih sebanyak mungkin penerima.

Teruskan, dan anda kini telah pun menghantar e-kad anda kepada penerimanya.
Siapa tahu Hadiah Utama menjadi milik anda. Rumah Terbuka anda akan ditaja oleh Mamee dengan kerjasama Radio ERA pada 3 Oktober depan. Musim raya anda akan enjadi lebih bermakna dengan adanya bintang-bintang Akademi Fantasia yang akan turut memeriahkan rumah terbuka anda.

Hadiah Untuk Blogger Nuffnang

Sempena kempen peraduan ini, Nuffnang turut bermurah hati menganjurkan satu peraduan. Blogger Nuffnang juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik harian. Hanya dengan menulis blog, blogger Nuffnang akan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM300 yang ditawarkan setiap hari. Duit raya untuk blogger yang gigih menulis blog.

Peraduan ini akan bermula pada 7 – 18 September depan. Setiap hari dua pemenang yang bertuah akan dipilih dan diumumkan oleh Penyampai ERA FM. Hadiahnya amat lumayan iaitu wang tunai RM200. Jika anda merupakan blogger Nuffnang , RM300 akan ditambah menjadikan semuanya berjumlah RM500 untuk blogger yang bertuah.

Untuk Blogger Nuffnang, ini caranya untuk anda terlibat dalam peraduan ini.

Anda juga layak untuk menghantar seberapa banyak e-kad yang ada kepada rakan-rakan anda. Layari laman web www.rayagayamamee.com.my untuk menghantar e-kad tersebut. Sebagai blogger, anda boleh menulis pengalaman anda itu di blog anda sendiri. Berikan subjeknya sebagai “Beraya Gaya Mamee”. Sama seperti apa yang saya lakukan sekarang. Kemudian, hantar email ke rayagayamamee@nuffnang.com dan sertakan permalink entri anda itu.

Jika anda bernasib baik, nama anda akan diumumkan sebagai pemenang hadian dalam tempoh 7 hingga 18 September ini. Maka hadiah tambahan RM300 wang tunai akan dikreditkan ke dalam akaun Nuffnang anda. Jika akaun Nuffnang anda tidak berwang, secara automatik anda sudah boleh tunaikan kredit anda itu.

Kini anda hanya perlu memilih sahabat terbaik anda, bapa saudara kegemaran anda, sepupu yang pernah anda usik satu ketika dahulu, kekasih lama anda di kampong dan mungkin juga musuh yang anda benci…hantarkan e-kad pada mereka. Lagi banyak lagi terbuka peluang untuk anda terpilih sebagai pemenang dan beraya bersama Selebriti Akademi Fantasia dan Penyampai ERA.

Zero Gravity Dengan Kerusi Urut Elektrik Ogawa

Entri oleh sultanmuzaffar 02 September 2009 0 komen

Memiliki kerusi urut elektrik di rumah dan digunakan sewaktu menonton televisyen adalah satu impian yang mudah untuk direalisasikan. Saya kira kerusi urut elektrik menjadi begitu popular ada satu jenama yang menaja hadiah pemenang Akademi Fantasia musim 3. Saya mula kenal tentangnya dan barang keperluan itu kini tidak dianggap barang mewah.


Keluarga saya ada memiliki sebuah dan saya juga menanam impian untuk memilikinya juga. Alangkah indahnya apabila setelah seharian di pejabat dan kepenatan, apabila pulang kepulangan anda dinantikan dengan satu ganjaran untuk berada di atas sebuah kerusi urut elektrik. Phewww ! Memang indah !

Beberapa hari yang lalu saya berpeluang untuk mencuba beberapa produk yang terdapat di cawangan Ogawa di Pavillion beberapa lebih kurang 30 orang blogger yang turut sama menyertai keriangan tersebut. Memang gamat dibuatnya apabila blogger berkumpul. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Antara dua produk yang ada ialah SmartAIRE dan SmartMATE. Perbezaan utama dua produk ini ialah SmartAIRE menggunakan konsep Zero Gravity. Kenapa saya katakana Zero Gravity adalah kerana kerusi urut ini boleh disengetkan sehingga kedudukan pengguna seakan berbaring. Ini kali pertama saya melihat kerusi urut elektrik yang boleh melakukan sebegitu. Selalunya kedudukan duduk sahaja. Kalau perbandingan dibuat dengan kerusi pesawat terbang, kerusi urut SmartAIRE ialah kerusi pesawat kelas pertama, manakala kerusi urut SmartMATE ialah kerusi pesawat kelas ekonomi.

SmartMATE

SmartAIRE

Kedua-dua produk itu ada kelebihannya yang tersendiri. Jika ditanya saya, pastinya saya memilih SmartAIRE kerana saya mahu merasai nikmat berada di atas kerusi urut Zero Gravity. Mungkin saya boleh tertidur di atasnya. Saya lebih mementingkan keselesaan dan mahu mendapatkan rehat yang cukup. Saya kira kedua-dua kerusi urut itu mampu untuk merealisasikan impian saya itu.







Sebenarnya anda juga berpeluang untuk merasa nikmat menggunakan kerusi urut elektrik Ogawa dengan mencetak baucer online yang ada di blog Nuffnang (entri 21 Mei). Diskaun sehingga 70% bakal menjadi hak anda. Antara empat produk yang ditawarkan untuk anda ialah OMRON Digital Thermometer, Eye Tune, Eye Touch and Enviro Vacuum. Di kala wabak A(H1N1) sedang menular sekarang, penggunaan thermometer untuk mendapatkan suhu badan keluarga anda sememangnya alat yang amat penting. Saya sendiri memeriksa suhu badan saya setiap kali melalui pemeriksaan sekuriti Astro Awani. Bagi mereka yang kepenatan menggunakan komputer, pastinya mata akan cepat keletihan dan menggunakan Eye Tune dan Eye Touch dapat mengurangkan kepenatan tersebut. Selain Hari Perayaan yang akan menjelang tidak lama lagi, pastinya anda akan sibuk membuat persiapan dan mengemas rumah adalah salah satu daripadanya.

Murah ! Dengan hanya RM680 anda boleh memiliki kesemua empat perkakasan tersebut. Amat murah ! Anda boleh cetak baucer tersebut dan menukarnya di cawangan Ogawa terpilih di seluruh Malaysia.

http://ogawaworld.net/index.php

Sempena promosi Mega Raya anda juga berpeluang untuk membeli-belah bersama Pengacara Nombor Satu negara, Aznil Hj Nawawi. Diskaun yang ditawarkan juga lumayan iaitu sehingga 50% dan anda juga berpeluang untuk memenangi baucer membeli-belah sehingga RM10,000. Wow !