Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 02 November 2003

Khas Untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad
dari ANSARA

Pewaris Perjuangan

Anak Bangsa
Tidak pernah Melayu Baru dihina penjajah atau
Melihat darah keringat mengalir dari tubuh pejuang bangsa
Memerdekakan tanah tumpah darah ini
Fahamkah mereka tentang perjuangan ?
Anak bangsa….Leka, leka dan leka

Anak bangsa,
Lupa bangsa
Baru tercabar sedikit hatinya tertutup gelap
Di depan ada bencana, perpaduan dinoda
Kemerdekaan bangsa diperjudi
Anak Bangsa….Terus alpa

Anak bangsa
Hidung dicucuk, telinga ditarik
Itupun tidak mengapa
Bangsa dicerca, bangsa dihina
Ibunda dicabar, maruah digadai
Penjajah diundang semula

Namun…

Wahai pejuang bangsa
Yakinlah..
Kini waris telah ada
Kepada perjuanganmu yang belum selesai
Yang akan bangun mengisi kemerdekaan
Yang akan mengejutkan anak bangsa yang masih lena diulit dongengan penjajah
Pewaris ini akan mengangkat kembali kegemilangan empayar bangsa
Yang tersohor buat sekian lamanya…

Wahai pejuang bangsaku…
Didiklah pewaris ini ertinya merdeka
Turunkanlah ilmumu bagi mengisi dada yang kosong ini
Terjemahlah erti perjuangan dan pengorbananmu
Agar pewaris ini akan meneruskan perjuanganmu
Bukanlah Melayu kami mensia-siakan perjuangan dan pengorbananmu
Bukanlah pewaris kalau menggadai warisan keturunan bangsa
Memperjudi nasib agama dan negara
Janji dan sumpah pewaris meneruskan perjuanganmu itu..
Bukanlah pewaris kalau kami sanggup melihat bangsa digugat goyah…
Ini ikrar kami golongan pewaris
Akan terus membangunkan negara, mendaulatkan bangsa

Walau keringat ditagih, darah diminta
Berpantang undur sebelum ajal
Pewaris ini tidak kenal takut dan mati

Wahai pejuang bangsaku
Lenakanlah tidurmu
Mimpikanlah yang indah-indah
Kerana korbanmu tidak sia-sia
Masih ada yang tahu nilainya
Masih ada yang akan meneruskannya
Masih ada yang akan bersabung nyawa
Bagi menegakkannya…

Wahai pejuang bangsaku
Hanya satu pinta warismu
Iringkanlah wasiat perjuanganmu
Dengan doa bagi merestui
Perjuangan warismu ini…

Perjuangan yang belum selesai
Izinkanlah pewaris ini menyelesaikannya
Restukanlah pewaris ini menyambung wasiat
Memartabatkan bangsa, Memuliakan negara
Membina mercu tanda bangsanya yang berjaya
Bagi mengisi kemerdekaan
Ini sumpah pewaris


Sajak ini dikarang dan dideklamasikan oleh ANSARA kepada Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 1hb Ogos 1999 di Meru, Selangor

Terima Kasih dan Selamat Bersara dari kami

ANSARA ANSARA
Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA)
Seremban, Kota Bharu, Kuantan, Kulim, Beseri, Taiping, Jasin, Kuala Berang, Muar, Balik Pulau, Terendak