Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 31 December 2005 0 komen
Selamat Tahun Baru 2006Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2006 kepada semua khalayak pembaca saya yang sentiasa setia mengikuti perkembangan blog ini baik dari aspek positif mahu pun yang negatif. Dalam senyap anda menyokong, dalam diam anda mengeji, uniknya blog sultanmuzaffar akan terus kukuh berdiri dengan adanya pembaca seperti anda semua. Saya amat menghargainya.Semoga tahun 2006 akan menjanjikan lebih kebahagiaan dan kesejahteraan...
Entri oleh sultanmuzaffar 27 December 2005 0 komen
Dunia Blog Yang PadatApakah tandanya bila anda diberikan peluang untuk melibatkan diri atau menyertai aktiviti-aktiviti blog sebegini. Mungkin itu adalah tandanya anda semakin tua. Saya cuba untuk memberikan sepenuh kerjasama sebaik mungkin kepada pihak-pihak yang ingin mendapatkan pandangan dan bantuan mereka tentang dunia blog. InsyaAllah.Blogger Focus GroupSudah agak terlewat untuk bercerita tentang Blogger Focus Group yang diadakan sewaktu proses persiapan untuk Projek Rumah Kaca Nikki. Antara yang hadir pada malam itu ialah...
Entri oleh sultanmuzaffar 24 December 2005 0 komen
Ulasan Filem : Baik Punya CilokRamai yang suka dengan filem ini, tetapi saya sebaliknya. Entah. Bila terbaca sinopsis filem ini sewaktu menonton previu filem ini beberapa minggu yang lalu, saya tertarik dengan ceritanya. Ringkas. Empat orang sahabat baik. Seorang Tauke Wong yang tamak haloba. Sepasang kerongsang. Apabila direalisasikan di layar ia semacam ada yang kurang. Mungkin kerana jenaka versi Afdlin dan rakan-rakan teaternya saya...
Entri oleh sultanmuzaffar 22 December 2005 0 komen
Projek Rumah Kaca Nikki : Bahagian KeempatApabila saya tergerak memberikan sokongan padu saya kepada Nikki, ada pihak yang mula bersuara menyuarakan ketidakpuashatian mereka. Kata mereka saya mula pilih kasih. Tidak salah untuk saya membuat pilihan kerana hidup adalah proses membuat pilihan. Kita yang menentukan pilihan kita bukan orang di sekeliling kita. Pilihan yang terbaik adalah di tangan kita.NyarisSaya nyaris tidak terlibat dengan projek ini kerana di awal perancangannya berlaku sedikit salah faham dengan Joe Klubbkidd...
Entri oleh sultanmuzaffar 21 December 2005 0 komen
Projek Rumah Kaca Nikki : Bahagian Ketiga(soundtrack : Malam Bulan Di Pagar Bintang - Dayang Nurfaizah)Satu pagi yang sejuk gila. Kalau mahu dikatakan mendapat rehat yang secukupnya, saya rasa saya tidak mendapat keselesaan yang secukupnya. Sudah lah sejuk macam di Kutub Utara suhu bilik hotel itu. Rasa macam nak tidur bawah katil. Sudah lah permaidani Hotel JW Marriott itu tidak setebal permaidani Mandarin Oriental KL. Pagi tersebut bermula...
Entri oleh sultanmuzaffar 20 December 2005 0 komen
Projek Rumah Kaca Nikki : Bahagian Kedua(soundtrack : Caramu (Sax and The City Remix) - Nikki)Jika semalam hanya sebahagian dari satu hari berada di rumah kaca, hari kedua menyaksikan kami perlu berada di rumah kaca selama sepanjang hari. Ia bermula seawal jam 9.45 pagi. Perkara pertama yang kami buat adalah bersarapan pagi di Mc Donalds berhampiran dengan lokasi rumah kaca tersebut. Bayangkan bagaimana penatnya kami sepanjang hari perlu...
Entri oleh sultanmuzaffar 19 December 2005 0 komen
Projek Rumah Kaca Nikki : Bahagian Pertama(soundtrack : Pinta - Nikki)Projek Rumah Kaca Nikki telah pun selesai. Lega, sayu bercampur bangga adalah antara perasaan yang ada dalam hati saya. Entah mengapa saya merasakan sepanjang terlibat dengan projek ini ia semakin menyedarkan saya tentang banyak perkara. Untuk menjadi seorang manusia sememangnya sukar lebih-lebih lagi untuk mempunyai sifat seorang manusia. Adakalanya kita perlu bertolak...