Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 31 January 2005 0 komen
Ujibakat Teater Berminat untuk berlakon ? Berminat untuk menjadi pereka kostum ? Berminat untuk menjadi pereka set ? Berminat untuk menjadi pemuzik ? Punya impian untuk menjadi pengurus promosi ? Kami ada cara... Kelab Akar Gita Estetika Kuala Lumpur (AGE) mempelawa mereka yang berminat dalam bidang teater untuk menghadiri satu sesi ujibakat pelakon teater untuk Festival Teater Malaysia. Tarikh : 5hb Februari 2005 Jam : 8 malam-11 malam Tempat : Pejabat Kebudayaan Wilayah Persekutuan (laluan masuk ke Saloma Bistro) Turut...
Entri oleh sultanmuzaffar 26 January 2005 0 komen
Damailah Acheh Salah satu daripada filem terkenal yang pernah ditayangkan oleh Indonesia, Tjoet Nja' Dhien menceritakan mengenai kisah epik serikandi bangsa, Tjoet Nja' Dhien, yang mengetuai kumpulan gerilla melawan Belanda di pergunungan Acheh di Sumatera pada awal abad ke 20. Mengikut sejarah Belanda, peperangan di Acheh ialah terlama jika dibandingkan dengan beberapa cubaan untuk menakluki sesebuah jajahan. Sungguhpun terdapat kumpulan-kumpulan...
Entri oleh sultanmuzaffar 23 January 2005 0 komen
Malam Elit di Dewan Filhamonik Petronas Malam itu teringin juga berada dalam satu kelompok elit yang hanya suka mendengar muzik klasik dari Barat. Pelawaan seorang kawan saya terima untuk sama-sama menyertai mereka dalam kelompok elit tersebut. Saya mengenakan sepasang kemeja biru lengkap bertali leher biru bintik kecil putih. Untuk lebih kelihatan elit, saya perlu melengkapkannya dengan suit warna biru tua stail “double breasted”. Memang...
Entri oleh sultanmuzaffar 17 January 2005 0 komen
Relaku Pujuk muncul Juara di Anugerah Juara Lagu 19 Stadium Putra, Bukit Jalil Introduksi Kemenangan Spider dengan lagu Relaku Pujuk menafikan ramalan banyak pihak yang Pulangkan bakal menggondol gelaran Juara di Anugerah Juara Lagu edisi ke 19 yang telah berlangsung semalam di Stadium Putra Bukit Jalil. Kemeriahan Juara Lagu kurang dirasakan kesan bencana tsunami yang berlaku penghujung tahun 2004. Berbekalkan umpan bahawa sebahagian...
Entri oleh sultanmuzaffar 14 January 2005 0 komen
Ramalan Anugerah Juara Lagu 19 : Pulangkah Anugerah Juara Lagu kepada Misha Omar ? Setiap hujung tahun pasti kemeriahan Juara Lagu 19 yang akan dinanti-nantikan oleh para penggemar muzik tempatan. Namun demikian, bencana tsunami yang melanda pada 26 Disember 2005 telah sedikit sebanyak merosakkan kemeriahan tersebut. Hujung tahun 2004 ditutup dengan suasana yang amat suram dan muram. Tiada Juara yang dinobatkan pada penghujung tahun lepas...
Entri oleh sultanmuzaffar 11 January 2005 0 komen
Akademi : Jodoh Sudah namanya drama Melayu, maka kisah dipaksa mengikut pilihan keluarga pasti ada. Ini yang terjadi kepada Nita. Beliau seakan mengikut kehendak keluarganya untuk bertunang dengan Ako. Ako semacam menyedari ketidaksenangan hati Nita sewaktu bersamanya. Nita banyak memberi alasan. Walaupun Ako kelihatan agak kaya, dengan BMWnya tidak sedikit pun menggugat perasaan Nita. Menggunakan elemen wayang kulit untuk mengusik Kaer yang sedang kerisauan akan cintanya. Penampilan Anding dan Farid dalam adegan ini sememangnya...
Entri oleh sultanmuzaffar 10 January 2005 0 komen
Akademi : Tangkap Cintan Sinopsis Drama ini diarahkan oleh Rashid Sibir, ia mengisahkan tentang persahabatan antara Anding dan Kaer yang menerima seorang teman serumah yang baru iaitu Farid. Beliau baru datang dari kampung untuk sama-sama menuntut bersama mereka di sebuah kolej seni persembahan. Turut sama menuntut di kolej yang sama ialah Lisa. Lisa menaruh hati terhadap Farid. Dalam waktu yang sama Kaer turut sama menaruh hati terhadap Lisa. Setelah mengetahui hasrat Kaer, Anding dan Farid mengatur rancangan untuk mempertemukan...
Entri oleh sultanmuzaffar 05 January 2005 0 komen
Gemilang Jaclyn Victor belum cukup Fantastik ! (3/5 bintang) Sudah agak lama tidak update blog. Adakalanya apabila idea datang, mencurah-curah umpama tsunami. Kadang-kadang kontang tidak datang-datang. Sibuk menyiapkan beberapa laman internet. Kerja freelance juga datang macam tsunami. Mencurah-curah. Seorang untuk pelakon teater wanita iaitu Nell Ng di http://www.nellng.com/v1, sekadar permulaan dan proses mengubah rekabentuknya masih...
Entri oleh sultanmuzaffar 01 January 2005 0 komen
Ulasan Album Wo!!! Zahid Juara Akademi Fantasia IIRating 3.5/5 bintangMemang sukar untuk meletakkan sasaran pendengar untuk penyanyi yang begitu versatil di dalam Akademi Fantasia seperti Zahid. Beliau telah pun diuji dengan pelbagai genre lagu dalam Akademi Fantasia dan kini masanya untuk beliau sekali lagi diuji oleh pendengar dengan sebuah album yang lengkap untuk para peminatnya.Jika kebanyakan dari ulasan yang saya baca menyukai album ini. Saya agak kurang menyukainya. Saya kira ia sebuah album yang memerlukan masa untuk...