Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

TUKAR GANTI : New Malaysian Paintings

Entri oleh sultanmuzaffar 23 September 2008 1 komen
Esok, saya akan bertolak ke Singapura untuk satu pameran yang bertajuk Tukar Ganti : New Malaysian Paintings.Pameran tersebut akan diadakan di HT Contemporary Space, Tanjong Pagar.Saiful Razman, artis dari Malaysia akan turut mempamerkan karya beliau. Turut membuat kejutan ialah Maman, penyanyi kumpulan Teacher's Pet bakal membuat persembahan.karya : Saiful RazmanUntuk pengetahuan anda, pameran tersebut sedang berlangsung sekarang mulai...

Penafian Dato’ Khalid

Entri oleh sultanmuzaffar 16 September 2008 0 komen
Semalam, Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa menafikan khabar angin yang tersebar mengenai hubungannya dengan bekas pramugari yang kini hangat diperkatakan.Secara berseloroh, Siti Nurhaliza sempat memintanya bersumpah di hadapan para wartawan media yang hadir ke Majlis Berbuka Puasa & Pengenalan Artis Baru Siti Nurhaliza Productions.Sambil meminta agar wartawan tidak terpengaruh dengan khabar angin tersebut, beliau turut melahirkan kekecewaannya...

Blogger Nuffnang Berkongsi Rasa

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen
Hari Sabtu lepas saya dijemput oleh Nuffnang untuk hadir ke Nuffnang Sharing Session di The Apartment Downtown KLCC. Selain saya, blogger lain yang turut dijemput sama ialah RedMummy.Kami diminta untuk berkongsi dengan pembaca blog yang lain berkenaan amalan berpuasa. Menariknya yang hadir bukan sahaja blogger Melayu, tetapi juga blogger Cina dan India. Saya melihat jurang perbezaan agama bukanlah penghalang untuk sesebuah aktiviti sebegini...

88DB - Iklan Cara Senang

Entri oleh sultanmuzaffar 10 September 2008 0 komen
Retorik mengatakan untuk merekabentuk iklan bukan satu kerja yang mudah adalah satu kesilapan yang besar. Lebih-lebih lagi untuk merekabentuk iklan yang dapat menarik perhatian pengguna. Dengan daya kreativiti yang ada pada pereka, sesebuah iklan akan menjadi lebih menarik. Untuk itu, mencipta iklan yang terbaik sangat perlu.Anda mungkin penawar perkhidmatan seperti penggunting rambut, jurusolek, katering, jurugambar professional, agen pelancongan, guru tuisyen, pencuci bangunan, pereka dalaman, jurujual hartanah, jurujual skim...

rocky's bru: A. Samad Ismail, 24 April 1925-4 Sept 2008

Entri oleh sultanmuzaffar 05 September 2008 0 komen
rocky's bru: A. Samad Ismail, 24 April 1925-4 Sept 2...
Saya pernah memegang peranan sebagai Leman dalam teater Rumah Kedai Jalan Seladang sekitar bulan April 2003. Karya asal tersebut ditulis oleh A.Samad Ismail dan diadaptasi ke dalam bentuk teater oleh Johan Jaafar.Pak Samad orangnya unik. Berbisa. Orang kata watak Leman itu ditulisnya berdasarkan wataknya sendiri. Apakah saya telah berjaya melakukannya ? Jujurnya, saya anggap lakonan saya dalam Rumah Kedai Jalan Seladang masih banyak yang...

Masih Berfikir Lagi

Entri oleh sultanmuzaffar 03 September 2008 0 komen
Dua hari saya cuti. Mulai hari ini dan esok. Tidak banyak yang boleh dilakukan. Selain sedang berfikir dalam-dalam dan bersantai di rumah menonton televisyen, itu sahaja yang mampu dilakukan.Saya masih lagi memikirkan sama ada mahu ke Pulau Sipadan sekali lagi hujung tahun ini. Ikut perancangann teman-teman diving, mereka mahu bertolak pada 10 Disember depan. Saya masih menunggu ilham datang untuk menjengah Sipadan sekali lagi.Memang terasa...