Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

TUKAR GANTI : New Malaysian Paintings

Entri oleh sultanmuzaffar 23 September 2008 1 komen

Esok, saya akan bertolak ke Singapura untuk satu pameran yang bertajuk Tukar Ganti : New Malaysian Paintings.

Pameran tersebut akan diadakan di HT Contemporary Space, Tanjong Pagar.

Saiful Razman, artis dari Malaysia akan turut mempamerkan karya beliau. Turut membuat kejutan ialah Maman, penyanyi kumpulan Teacher's Pet bakal membuat persembahan.
karya : Saiful Razman

Untuk pengetahuan anda, pameran tersebut sedang berlangsung sekarang mulai 17 September lepas hingga 7 Oktober ini.

Ia dibuka setiap hari, kecuali hari Isnin & cuti umum. Pameran dibuka pada hari Selasa hingga Jumaat, mulai pukul 6 petang hingga 10 malam dan pada hari Sabtu dan Ahad mulai 12 tengahari hingga 10 malam.

Pada 25 September ini akan berlangsung majlis pembukaan rasminya.

Laman web rasmi pameran tersebut boleh dilayari di http://www.vwfa.net/tukarganti/
Nota : Semalam Bersama Saiful Razman

Penafian Dato’ Khalid

Entri oleh sultanmuzaffar 16 September 2008 0 komen

Semalam, Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa menafikan khabar angin yang tersebar mengenai hubungannya dengan bekas pramugari yang kini hangat diperkatakan.

Secara berseloroh, Siti Nurhaliza sempat memintanya bersumpah di hadapan para wartawan media yang hadir ke Majlis Berbuka Puasa & Pengenalan Artis Baru Siti Nurhaliza Productions.

Sambil meminta agar wartawan tidak terpengaruh dengan khabar angin tersebut, beliau turut melahirkan kekecewaannya berhubung khabar angin itu.

Lebih-lebih lagi apabila 99% dari masanya adalah bersama penyanyi tersohor itu. Cuma sekali-sekala keluar untuk urusan perniagaan.

Di majlis yang sama, Siti Nurhaliza turut memperkenalkan artis baru syarikatnya ialah Sairah, Saida dan Coda.


Blogger Nuffnang Berkongsi Rasa

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Hari Sabtu lepas saya dijemput oleh Nuffnang untuk hadir ke Nuffnang Sharing Session di The Apartment Downtown KLCC. Selain saya, blogger lain yang turut dijemput sama ialah RedMummy.

Kami diminta untuk berkongsi dengan pembaca blog yang lain berkenaan amalan berpuasa. Menariknya yang hadir bukan sahaja blogger Melayu, tetapi juga blogger Cina dan India. Saya melihat jurang perbezaan agama bukanlah penghalang untuk sesebuah aktiviti sebegini diadakan.

Malaysia telah banyak berubah, cuma yang masih takut kehilangan tongkat yang hidup dalam ketakutan. Itu pandangan saya. Kami berbuka puasa bersama. Walaupun blogger lain boleh makan dahulu tetapi mereka menghormati mereka yang berpuasa.

Berbuka di The Apartment tidak banyak bezanya dengan berbuka di tempat lain. Bulan puasa ini saya masih belum menghabiskan duit untuk membayar bayaran berbuka puasa ala buffet yang banyak di Kuala Lumpur. Seperti kata TPM Najib Tun Razak…ubah gaya hidup. Saya pun ubah gaya hidup saya.

Saya hanya akan pergi apabila ada jemputan ke majlis berbuka yang diadakan sewaktu bekerja. Makanya hidangan berbuka saya pada malam itu adalah percuma seadanya.

Hidangan makan yang disediakan juga cukup menarik. Memandangkan saya sudah kenyang, saya hanya makan hidangan desert sahaja. Apple Crumblesnya cukup enak. Dua kali juga saya tambah.

Mereka tanya saya kenapa memulakan makanan dengan dessert ? Saya katakan pada mereka, memang sepatutnya berbuka harus didahulukan dengan hidangan yang manis-manis seperti buah kurma.

Saya cuba untuk lebih menerangkan pada mereka apa yang mereka tidak tahu. Mereka tanyakan juga kepada saya tentang bila waktu berbuka yang sesuai. Saya katakan pada mereka apabila mendengar azan Maghrib, harus dipercepatkan berbuka.

Mungkin kerana terbuka topik azan, saya tidak dapat tidak untuk bertanyakan kepada mereka tentang azan. Apakah benar ia mengganggu khalayak sekiranya ia dilaungkan. Mungkin kerana saya sendiri tidak mengikuti isu yang sekarang diperbesar-besarkan dengan teliti. Hanya membacanya sambil lalu. Yang mana betul pun saya tidak tahu.

Mungkin juga akhbar Utusan hanya berdegar-degar dengan polemik tersebut. Lebih-lebih lagi dalam keadaan negara sekarang yang nampak jelas tidak tenang dengan pelbagai isu.

Selepas berbuka, kami naik ke tingkat atas untuk sesi berkongsi rasa. Kami duduk dalam satu bulatan. Ada Melayu, ada Cina, ada India dan ada Mat Salleh. Seorang pensyarah dari Universiti Monash, Sunway. Tiada masalah, tanpa rasa gundah atau tercalar di hati masing-masing.

Saya memulakan bicara saya dengan sedikit jenaka untuk meredakan rasa gemuruh. Sudah menjadi lazim, apabila berdepan dengan pendengar saya hilang kata-kata. Saya katakan pada mereka. Saya melihat semua blogger dari pelbagai bangsa boleh duduk di sini malam itu, saya fikirkan beri blogger sahajalah yang menguruskan negara ini. Mereka nampak gembira.

Memang sukar untuk berbicara di hadapan mereka yang rata-ratanya saya temu pertama kali. Ada yang berkata saya pendiam. Itu lumrah. Saya akuinya. Saya lebih tenang sekiranya mereka bertanyakan saya soalan.

Setiap soalan saya jawab dan saya berpuas hati. Rata-rata mereka mahu mendapatkan nasihat bagaimana untuk menjadi sultanmuzaffar. Tidak banyak soalan tentang puasa. Elok juga. Banyak pula cerita yang tidak elok terdedah kelak.

Berkongsi rasa dengan RedMummy yang pertama kali saya temui. Seingat saya itulah kali pertama saya bertemunya. Saya kagum melihat usahanya untuk menjadikan blognya dikenali. Sehari dalam lapan entri sekaligus. Saya sendiri tidak mampu berbuat demikian. Segala gambar dirakamkan.

Berkongsi rasa dengan blogger-blogger yang hadir memang agak sukar untuk saya ingati satu persatu. Dari pelajar berusia 17 tahun hinggalah yang berumur 30an yang saya jangkakan rata-ratanya baru bertemu pertama kali. Ada yang kaki gambar, kaki jenaka dan pelbagai jenis ragam manusia ada pada malam itu.

Paling menarik apabila mendengar luahan seorang blogger mengenai seorang pembaca berita Astro AWANI. Dia meluahkan kebenciannya terhadap seorang pembaca berita ini dan menyarankan saya saja yang membaca berita. Hahaha. Tidak kurang juga mereka yang menonton AWANI dan menyukai segmen Analisis AWANI.

Saya bertuah kerana mengenali mereka. Walaupun berbeza agama, berbeza bangsa, berbeza peringkat umur, berbeza pandangan politik, kami blogger boleh duduk bersama berbicara mengenai dunia yang kami hidupkan…dunia blogging di Malaysia.

Kepada semua rakyat Malaysia, saya mengucapkan Selamat Hari Malaysia !

Blogger yang hadir :
Lawat blog mereka di sini dan baca pandangan mereka tentang acara kongsi bicara baru-baru ini.
themindofleoraj.blogspot.com
http://www.julianhopkins.net/
roflina.blogspot.com
youcanfindme.blogspot.com
arifsblackbook.blogspot.com
justmymemorabilia.blogspot.com
30jalanf3.blogspot.com
themakingofazzazfar.blogspot.com
http://www.xsydz.com/
myasefia.blogspot.com
takes5.firdauz.my

Nota : Blogger yang tertinggal, sila beritahu ya.









88DB - Iklan Cara Senang

Entri oleh sultanmuzaffar 10 September 2008 0 komen

Retorik mengatakan untuk merekabentuk iklan bukan satu kerja yang mudah adalah satu kesilapan yang besar. Lebih-lebih lagi untuk merekabentuk iklan yang dapat menarik perhatian pengguna. Dengan daya kreativiti yang ada pada pereka, sesebuah iklan akan menjadi lebih menarik. Untuk itu, mencipta iklan yang terbaik sangat perlu.

Anda mungkin penawar perkhidmatan seperti penggunting rambut, jurusolek, katering, jurugambar professional, agen pelancongan, guru tuisyen, pencuci bangunan, pereka dalaman, jurujual hartanah, jurujual skim cepat kaya, khidmat pencari kerja dan bermacam-macam lagi perkhidmatan yang ada. Ini peluang anda untuk mereka, menang dan peluang melancong menjadi milik anda.

Saya berani. Saya tawarkan perkhidmatan saya. Menjadi seorang peragawan untuk penggambaran di dasar laut. Saya juga telah menyiapkan iklan saya. Mana tahu kalau-kalau ada peluang untuk melancong ke Bali. Saya pun teringin mahu menyelam di Bali.

Untuk menjana idea iklan yang terbaik, ada pulangannya. Pereka iklan kini berpeluang untuk melancong ke Bali selama 4 hari, tiga malam untuk dua orang. Tempoh percutian adalah pada 15 Februari hingga 31 Mac 2009. Itu tidak termasuk sebuah pemain DVD Philips.

Selain daripada itu, 10 pemenang mingguan bertuah akan memenangi 10 buah pemain PSP sepanjang 10 minggu. Peraduan ini berjalan mulai 21 Julai hingga 29 Oktober 2008.

Kalau tidak dapat ke Bali, sekurang-kurangnya saya masih berpeluang untuk memenangi pemain PSP. Memang trend anak muda sekarang memiliki PSP, selain iPod. Boleh juga bermain permainan PSP sambil-sambil bekerja atau pun sewaktu bercuti di mana-mana.

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli 88DB, sebuah portal yang menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung. Anda kemudiannya perlu mengepos iklan yang telah anda reka di mana-mana saluran yang mempromosikan produk atau servis yang anda tawarkan.

Saya sudah mendaftar. Ambil masa sangat singkat. Nama yang saya gunakan ialah sultanmuzaffar. Jadi kalau anda mendaftar, anda boleh mengundi saya secara online. Jangan lupa undi ya.

Pemenang akan dipilih berdasarkan undian yang dibuat secara online untuk iklan paling kreatif di 88DB Interact mulai 31 Julai. Jika anda menang, hadiah yang tersebut bakal menjadi milik anda.

Keputusan pemenang mingguan yang telah diumumkan akan dibuka untuk undian pada 19 November hingg 28 November 2008 untuk berpeluang memenangi hadiah utama.

Perhatian untuk pereka ! Anda boleh klik http://my.88db.com/my/HTML/en-us/indexmkt/superb10/sample_ad.html untuk melihat sampel iklan yang telah direka. Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://my.88db.com/my/HTML/en-us/indexmkt/superb10/index.html.

Saya sudah memberanikan diri menawarkan perkhidmatan saya. Ini iklan saya. Kalau saya boleh, anda pun boleh juga.

IKLAN SULTANMUZAFFAR
http://my.88db.com/my/Services/Post_Detail.page/sports_fitness/outdoor_sports/?PostID=151700

Tunggu apa lagi !

rocky's bru: A. Samad Ismail, 24 April 1925-4 Sept 2008

Entri oleh sultanmuzaffar 05 September 2008 0 komen


Saya pernah memegang peranan sebagai Leman dalam teater Rumah Kedai Jalan Seladang sekitar bulan April 2003. Karya asal tersebut ditulis oleh A.Samad Ismail dan diadaptasi ke dalam bentuk teater oleh Johan Jaafar.

Pak Samad orangnya unik. Berbisa. Orang kata watak Leman itu ditulisnya berdasarkan wataknya sendiri. Apakah saya telah berjaya melakukannya ? Jujurnya, saya anggap lakonan saya dalam Rumah Kedai Jalan Seladang masih banyak yang kurang.

Itulah kali pertama saya ke pentas teater dan kali terakhir saya melakukannya. Tentu ada sebabnya.

Semalam, Pak Samad pergi meninggalkan kita. Satu kehilangan yang tiada gantinya.

Al-Fatihah

Ulasan Rumah Kedai Jalan Seladang
Bedah Siasat Rumah Kedai Jalan Seladang
Jujur

Masih Berfikir Lagi

Entri oleh sultanmuzaffar 03 September 2008 0 komen

Dua hari saya cuti. Mulai hari ini dan esok. Tidak banyak yang boleh dilakukan. Selain sedang berfikir dalam-dalam dan bersantai di rumah menonton televisyen, itu sahaja yang mampu dilakukan.

Saya masih lagi memikirkan sama ada mahu ke Pulau Sipadan sekali lagi hujung tahun ini. Ikut perancangann teman-teman diving, mereka mahu bertolak pada 10 Disember depan. Saya masih menunggu ilham datang untuk menjengah Sipadan sekali lagi.



Memang terasa rindu dengan pulau tersebut. Jika Jun lepas saya dive dengan diver-diver yang tidak saya kenali, perjalanan Disember ini akan disertai dengan teman-teman yang memang satu kepala.

Harga tiket penerbangan ke Tawau menaiki Air Asia hanya RM570 sahaja termasuk Checked-In Baggage dan XPress Boarding.

Dalam memikirkan sama ada mahu ke Sipadan sekali lagi atau tidak, saya masih tidak pasti sama ada perjalanan ke Manado berjaya. Juga untuk diving, dikhabarkan ianya dirancang pada bulan Oktober, selepas musim cuti raya tahun ini.



Saya masih berfikir-fikir.

Apa agaknya kejutan yang mahu saya lakukan di Sipadan dan mungkin juga di Manado kelak. Jika di Pulau Redang, saya mengenakan seluar jeans 501. Di sana kelak, saya mahu mencuba tanpa baju !


Dalam pada sedang memikir-mikir, saya telah merancang untuk bercuti lagi pada bulan April tahun depan. Masih belum memikirkan lokasinya. Mungkin Bali dan kalau saya gila, saya akan ke Pulau Sipadan lagi.

Saya ke klinik pagi tadi. Damn ! Kena satu suntikan. Doktor minta saya minum banyak air.

Kredit Foto : Shonny Loh

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger