Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Tun Dr. Mahathir di Astro AWANI

Entri oleh sultanmuzaffar 30 October 2008 0 komen
Malam itu sememangnya Astro AWANI tiba-tiba ramai orang. Kakitangan yang tidak bekerja pun datang pejabat semata-mata untuk bertemu negarawan ulung Malaysia itu. Malam itu juga Astro AWANI menjadi tumpuan. Mantan Perdana Menteri itu bukannya selalu muncul di kaca televisyen sejak bersara. Sekali-sekala.Malam itu juga merupakan birthday Ashwad. Hadiah paling bermakna untuk Ashwad bila diberikan peluang mewawancara Tun Dr. Mahathir bersama...

Maskara Shorties, Sabtu, 1 November di Rumah PENA !

Entri oleh sultanmuzaffar 26 October 2008 2 komen
Kecenderungan golongan muda yang rakus berkarya begitu meluas ketika ini. Selain merebaknya populariti band indie, golongan muda kreatif terus mempamerkan kreativiti mereka di layar perak. Menerusi filem pendek, minda golongan muda cuba diterokai dan dizahirkan di skrin putih.Projek terbaru Sindiket Sol-jah iaitu MASKARA Shorties akan menemui peminat filem pendek pada 1 November ini. Tayangan tersebut akan diadakan di Rumah PENA pada pukul...

Hantaran perkahwinan Mawi-Ekin RM30,000 serba satu

Entri oleh sultanmuzaffar 25 October 2008 1 komen
25/10/2008 6:14pmKOTA BHARU 25 Okt. – Penyanyi popular, Mawi mengumumkan wang hantaran perkahwinannya dengan Ekin sebanyak RM30,000 serba satu.Beliau berkata, keluarganya juga akan menghantar 11 dulang hantaran dan dibalas Ekin tujuh dulang. Pasangan itu dijadual melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember.- Utusan Malam ini, jam 10 malam Gala TV akan menyiarkan wawancara eksklusif mengenai wang hantaran yang disimpan selama lima hari di...

Selamat Tinggal

Entri oleh sultanmuzaffar 23 October 2008 15 komen
Berakhirnya sebuah gabungan paling mantap yang pernah dilahirkan dalam industri muzik Malaysia. Ning & Associates dilahirkan selepas dua tahun Vernon berjaya mempengaruhi Ning Baizura untuk berada di bawah pengurusannya. Dua tahun sebelum itu, seperti yang diketahui umum nama Ning Baizura seakan lenyap dari industri ekoran beberapa kontroversi yang melanda penyanyi itu.Ning Baizura yang merupakan antara pemenang pertama di Anugerah...

Gala TV Istimewa : Mawi...Ekin

Entri oleh sultanmuzaffar 21 October 2008 6 komen
Mawi dan Ekin hari ini mengumumkan rancangan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada 20 Disember 2008. Majlis Akad Nikah akan berlangsung di sebuah masjid di Johor Bahru, manakala pada sebelah malam majlis resepsi sebelah perempuan akan berlangsung di Stadium Tertutup Johor Bahru dengan tema moden kontemporari.Seminggu selepas itu pula bakal berlangsung majlis resepsi sebelah lelaki yang akan berlangsung di Dewan Felda Taib...

Seribu Wajah Siti Nurhaliza

Entri oleh sultanmuzaffar 20 October 2008 1 komen
...

Sehati Berdansa Musim 2

Entri oleh sultanmuzaffar 14 October 2008 6 komen
Sepuluh pasangan Sehati Berdansa Musim 2 telah pun diumumkan secara tidak sengaja oleh laman web rasmi program realiti tersebut.Antara selebriti yang terpilih ialah :1. Mazin & Anisa2. Shahril Arsat & Noraini Morat3. Ashed & Shima4. Shasha & Salyo5. Lisdawati & Fauzi Nawawi6. Jamal & Faridah7. Amyza Adnan & Izhar8. Shahrin & Sabrina Ali9. Ani Mayuni & Zairi10. Khai & RosmaHos rancangan tersebut masih...
Saya kini dalam proses mengemaskinikan rekaletak dan rekabentuk blog ini. Masiih banyak yang perlu diperbaiki. Jika anda perhatikan, tab di bahagian atas iaitu tab yang dibezakan mengikut tahun akan dikemaskinikan dengan entri-entri terbaik sepanjang tahun tersebut. Buat masa ini ianya masih kosong.Secara keseluruhan inilah wajah terbaru sultanmuzaffar yang masih mengekalkan warna biru laut sebagai warna asasnya. Sementara kelabu sebagai warna latarbelakangnya. Bukan hitam, bukan putih tetapi warna pertengahan antara dua warna...

Dari XPAX Untuk Budak Sekolah Sahaja : S.O.X. !

Entri oleh sultanmuzaffar 07 October 2008 1 komen
School of X (S.O.X.) bukanlah sekolah yang mengajar perkara yang terlarang ataupun lebih mudah yang mengajar tentang seks. ! S.O.X. merupakan pelan prabayar terbaik yang akan menggegar dunia. Pelan tersebut dikhaskan untuk pelanggan yang berusia 12 hingga 18 tahun. Secara lumrah akal, ini bermakna perkhidmatan itu ditawarkan untuk pelajar sekolah.Zaman sekarang pelajar sekolah juga sudah memiliki telefon bimbit dan ianya bukan sesuatu yang asing. Sudah menjadi pemandangan yang biasa apabila melihat pelajar sekolah berpakaian...

Duta Pelancongan All Malaysian Bloggers Project

Entri oleh sultanmuzaffar 06 October 2008 1 komen
Beberapa hari sebelum menjelang Aidil Fitri 2008, saya menerima pengesahan akan perlantikan saya selaku Duta Pelancongan All Malaysian Bloggers Project. All Malaysian Bloggers Project merupakan projek akhbar The Star.Pemilihan sebagai duta dibuat selepas melalui beberapa proses penilaian. Salah satunya saya perlu menyenaraikan keunikan yang ada pada blog saya sendiri. Sudah tentunya minat saya dalam dunia “diving” menjadi salah satu keunikan untuk ia terpilih.Sebagai duta kepada projek ini selama tiga tahun, saya akan dihantar...