Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Gala TV Istimewa : Mawi...Ekin

Entri oleh sultanmuzaffar 21 October 2008




Mawi dan Ekin hari ini mengumumkan rancangan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada 20 Disember 2008. Majlis Akad Nikah akan berlangsung di sebuah masjid di Johor Bahru, manakala pada sebelah malam majlis resepsi sebelah perempuan akan berlangsung di Stadium Tertutup Johor Bahru dengan tema moden kontemporari.

Seminggu selepas itu pula bakal berlangsung majlis resepsi sebelah lelaki yang akan berlangsung di Dewan Felda Taib Andak, Kulai. Untuk majlis tersebut, Mawi akan menonjolkan konsep Jawa. Turut menarik perhatian saya apabila pasangan pengantin akan diterbangkan dengan helikopter dari Dataran Bandaraya JB ke sebuah padang sekolah di daerah Felda tersebut.

Paling ditunggu-tunggu peminat pastinya majlis istimewa yang bakal berlangsung di Hotel Palace of Golden Horses di Seri Kembangan. Tema pada malam tersebut yang akan disiarkan secara langsung oleh Astro RIA ialah "Arabian Night". Melihatkan perancangan dan lakaran yang telah disiapkan, saya boleh andaikan ianya bakal menjadi sebuah malam paling bersejarah buat Mawi dan peminatnya. Memang ia sebuah majlis yang hebat. Ada unta, kuda, padang pasir, khemah Badwi, sisha, tarian gelek dan macam-macam lagi elemen Arab. Majlis Istimewa itu bakal berlangsung pada 11 Januari 2008, tarikh sama dengan hari lahir Datuk Siti Nurhaliza.

Hampir seminggu kami di Gala TV, Astro AWANI menyimpul mulut menyimpan segala rahsia terperinci berkenaan majlis tersebut. Kami juga mengambil masa yang sama untuk menyiapkan pakej visual untuk Sidang Akhbar yang turut disiarkan secara langsung oleh Astro AWANI.

Memang memenatkan. Mujur, majlis-majlis resepsi berlangsung dua bulan lagi, maka segala pita di Media Library berkenaan Mawi masih belum dipinjam oleh sesiapa. Saya ditugaskan untuk mengumpul bahan berkenaan jalur karier seni Mawi. Apa yang berlaku sepanjang tiga tahun yang lalu perlu didokumentasikan. Memang memeningkan.

Beberapa arahan dikeluarkan sepanjang proses menyiapkan pakej visual tersebut. Arahan mengurangkan penayangan visual berkenaan Ina harus saya patuhi. Walaupun ianya merupakan salah satu momen penting dalam kehidupan Mawi.

Di majlis Sidang Akhbar, saya ditugaskan untuk menjadi pembawa soalan pertama kepada Mawi. Berdebar juga. Itulah kali pertama muncul secara langsung di Astro AWANI. Walaupun jika ikut perancangan awal memang perlu melakukan banyak segmen, tetapi saya lebih selesa untuk hanya muncul menanyakan soalan.

Saya lebih senang untuk bertemu rakan-rakan media di majlis tersebut. Puas berbual dengan rakan-rakan yang hadir seperti Fida, Dean, Farihad, Joe Lee, Maliah, Niezam, Juan dan ramai lagi.

Gala TV Istimewa Mawi...Ekin akan diulang kembali pada pukul 10 malam ini, 1 pagi, 3 pagi dan 3 petang esok. Jika yang terlepas menonton, boleh menonton.

Terima kasih kepada yang sudi menjadi telinga, mata, hidung dan hati saya sepanjang menyiapkan kerja-kerja untuk Sidang Media Mawi & Ekin. Terima kasih.

Esok, masa untuk spa !

6 komen

  1. Nor Says:
  2. Bro I saw your package on Mawi @Gala TV at 2.30pm today.
    Patut pun kau tepu otak dengan limpahan info Mawi!
    Good job, bro! You did the VO too right?

     
  3. yeah...macho tak suara VO ? hahahha

     
  4. Anonymous Says:
  5. wah.. best la sm ni
    ingat 11 Jan tu tarikh birthday our Diva...
    i pon ingat..

    ps: sm.... cun tak Diva kita in person?? dia dah slim ek

     
  6. Anonymous Says:
  7. WELCOME TO TOPS 3 COUPLE IN MALAYSIAN ENTERTAIMENT

    1)ERRA FAZIRA & ENGKU EMRAN (EE)
    2)DATUK SITI & DATUK K (DD)
    3)MAWI & EKIN (ME)

    p/s: Ekin tu siapa? tak kenal pun

     
  8. Anonymous Says:
  9. tahniah mawi,ekin..

     
  10. Anonymous Says:
  11. tahniah mawi,ekin..