Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Jangan Tukar Saluran Anda : Anda Masih Bersama sultanmuzaffar !

Entri oleh sultanmuzaffar 13 October 2008

Saya kini dalam proses mengemaskinikan rekaletak dan rekabentuk blog ini. Masiih banyak yang perlu diperbaiki. Jika anda perhatikan, tab di bahagian atas iaitu tab yang dibezakan mengikut tahun akan dikemaskinikan dengan entri-entri terbaik sepanjang tahun tersebut. Buat masa ini ianya masih kosong.

Secara keseluruhan inilah wajah terbaru sultanmuzaffar yang masih mengekalkan warna biru laut sebagai warna asasnya. Sementara kelabu sebagai warna latarbelakangnya. Bukan hitam, bukan putih tetapi warna pertengahan antara dua warna tersebut.

Saiz font lebih besar kali ini. Bersesuaian dengan usia yang semakin meningkat, saya sendiri agak sukar untuk membaca blog sendiri dengan font yang agak kecil.

Jika diperhatikan, kolum kiri nampaknya hilang dari pandangan. Saya sedang memikirkan bagaimana cara yang terbaik untuk memasukkan semula kolum kiri di rekabentuk lama ke dalam rekabentuk baru ini. Saya sedar pautan di kolum kiri banyak memudahkan pembaca dan pastinya akan saya masukkkan semula.

Jika anda mempunyai apa-apa cadangan, sila utarakan di ruangan komen di bawah. Blog ini akan berusia tujuh tahun bulan Februari 2009. Jika ianya bayi, blog ini akan masuk Darjah Satu tahun depan.

Terima kasih.

KEMASKINI : Testimonial telah ditambah. Segmen Arkib membolehkan anda membaca entri blog sekitar tahun 2002, iaitu di tahun awal saya mula menjadi blogger. Cuma entri berkaitan kerja dan hiburan sahaja yang disiarkan. Klik sahaja pada bulan yang anda inginkan. Ia akan menjadi lebih mudah selepas saya mengemaskinikan segmen tahun pada tab di bahagian atas blog ini.

RUANGAN PANDANGAN : Yang mana satu betul ? TRANSFORMASI UMNO atau UMNO TRANSFORMASI ? Sudah berkali-kali saya katakan, yang betul adalah TRANSFORMASI UMNO, tetapi malangnya komen saya ditongsampahkan.

10 komen

  1. Anonymous Says:
  2. tanpa column kiri dan kanan tu, nampak 'spartan' blog ko skarang (which, btw, is also one of the things that ppl differentiate between friendster and facebook hehe).

    bila column kiri kanan dah ada, that will add color later on i suppose. sekarang nampak sungguh formal :)

     
  3. Ajami Hashim Says:
  4. cunnn! dah bersih suci lagi murni!!! muahhh!

     
  5. Alan Says:
  6. Nampak cantik, tidak serabut dan smart.cuma diharap nanti tidak terlalu berat.

    http://sukns.blogspot.com

     
  7. ada perubahan baru di background. tengah fikirkan cara untuk kecilkan lagi saiz fail imej di background. :)

     
  8. CheungYF Says:
  9. SM, I actually like the background lah...it could tell you "mood" of the blogger. Yg dulu punya masih ok but no "mood". Yg baru ni pun ok tapi can see the "Mood".

     
  10. Eina Says:
  11. mmg kelasss..i like!!

     
  12. kemas! senang mata memandang!

     
  13. djcyber,
    aku tiru kekemasan ko lah. :)

    eina,
    thanks ! ada yang boleh dibaiki ?

    joejoe,
    background tu aku akan tukar seminggu sekali (insyaAllah). guna collage picasa. :)

    alan,
    keberatan akan cuba dikurangkan. saya guna website report card utk pastikan keberatannya dikurangkan.

    ted,
    spartan tu apa ? mcm transformer ke ?

    ajami,
    cun tu betul. suci tu boleh dipertikaikan.

     
  14. ida Says:
  15. sangat la sedap mata memandang..
    kemas and marvellous (esp pic2 tu hehe..)

     
  16. kay Says:
  17. Akhirnya...sesuatu yg baru untk dijamu mata dan tidk sekompleks layout dulu yg "macam2 ada!". Good job SM