Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Hukum Karma Muallaf

Entri oleh sultanmuzaffar 26 December 2009 3 Comments
105:1 Hast thou not seen how thy Lord dealt with the owners of the Elephant ? 108:3 Lo! it is thy insulter (and not thou) who is without posterity. 24:31 And tell the believing women to lower their gaze and be modest, and to display of their adornment only that which is apparent, and to draw their veils over their bosoms, and not to reveal their adornment save to their own husbands or fathers or husbands' fathers, or their sons or...

Kenapa Ini Berlaku Di Kuala Lumpur, Malaysia ?

Entri oleh sultanmuzaffar 23 December 2009 3 Comments
Kejutkan aku dari tidur agar mimpi ngeri ini tamat di situ saja. Agar apabila aku bangun dari tidur kelak, aku akan terus berasa aman berada di Kuala Lumpur, Malaysia. Apa yang terpampang di muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini bukanlah wajah Kuala Lumpur yang aku idamkan. Aku idamkan Kuala Lumpur yang aman dan bebas dari sebarang anasir jahat yang terus membelenggu manusia tatkala mereka sibuk mengejar kebendaan. Apa yang...
KONSERT BAGAIKAN SAKTI M.NASIR & DATO’ SITI NURHALIZA Gabungan Dato’ Siti Nurhaliza dan M. Nasir Cipta Sejarah Yang Menakjubkan Secara Eksklusif Di Astro Box Office Events! Kuala Lumpur, 17 Disember 2009 – Sempena membuka tirai menyambut tahun baru 2010, Astro dengan bangganya membawakan siaran langsung gabungan bersejarah dua gergasi seni buat pertama kali iaitu Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza dari The...

Muallaf

Entri oleh sultanmuzaffar 17 December 2009 6 Comments
Filem Muallaf menjadi filem terakhir arahan Yasmin Ahmad yang dapat ditayangkan di seluruh Malaysia. Akhirnya. Pagi tadi merupakan tayangan media untuk filem tersebut dan ia merupakan kali keempat saya menonton filem kontroversi arahan arwah. Dua kali saya tonton di pejabat arwah di Leo Burnett, sekali di Singapura sewaktu lawatan ke sana. Bezanya, tontonan yang terbaru ini tanpa Yasmin untuk saya ucapkan syabas. Suasana suram menyelubungi...

Pusing Satu Kuala Lumpur

Entri oleh sultanmuzaffar 14 December 2009 5 Comments
Salah satu cara paling mudah untuk pusing satu Kuala Lumpur ialah dengan menaiki KL Hop On Hop Off. Satu hari saya bosan di rumah dan memandangkan kamera DSLR saya perlu diuji kecemerlangannya, saya ambil keputusan untuk mencuba perkhidmatan KL Hop On Hop Off. Saya pandu kereta ke MTC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang mana lapang pakir keretanya agak besar dan beli tiket saya di situ. Bas Hop On Hop Off bukan suatu yang baru di dunia kerana...

Kematangan Istana Budaya Setelah Berusia 10 Tahun

Entri oleh sultanmuzaffar 09 December 2009 1 Comment
Sejak sepuluh tahun yang lalu, Istana Budaya menjadi titik temu bagi setiap penggiat dan khalayak seni pentas di Malaysia. Pelbagai produksi tempatan mahu pun antarabangsa dipentaskan di situ. Sempena Ulang Tahun ke 10 Istana Budaya, saya ingin menyorot perkembangan positif yang telah dijana oleh Istana Budaya selain melihat keperluannya kepada industri seni pentas tempatan mahu pun di peringkat antarabangsa. Istana Budaya, gedung...

Natrah Masih Wujud Di Sekeliling Kita

Entri oleh sultanmuzaffar 06 December 2009 6 Comments
Natrah atau nama sebenarnya Huberdina Maria Hertogh pergi meninggalkan kita pada 8 Julai 2009, namun perawan kecil yang mencetuskan rusuhan di Singapura dan Karachi, Pakistan itu masih lagi wujud di sekeliling kita. Airmata dan pengorbanannya masih segar dalam minda kita semua. Saya mula mengenali Natrah sewaktu terbaca Dewan Masyarakat keluaran Februari 1989 ketika saya berusia 15 tahun. Saya ikuti setiap keluaran majalah tersebut untuk...