Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 28 September 2004 0 komen
Surat Untuk Bulan Bulan, Gerhana bila datang. Gelap. Suram. Muram, Pudar, Kelam. Bulan, Hanya kau sahaja yang menjadi penghubung antara aku dan mereka. Kau terangi diri ini yang dalam kegelapan. Kau pancarkan cahaya menerangi jalan-jalan penyelesaian. Bulan, Dengan hati yang rendah diri, aku memberitahu pada satu dunia. Aku rindukan kawan-kawan aku. Tidak kiralah sesiapa pun mereka. Yang pernah aku penjarakan, yang pernah sakit hati dengan tulisan aku, yang pernah kecil hati dengan ayat-ayat aku, yang pernah menjeng (hanya...
Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen
EVO 0401 Zahid Milikku Farah Tangisan Dalam Kerinduan Zarina Kasih Tak Bermakna Mas Bohong Duet Zarina dan Khai EVO 0402 Linda Aku Cinta Kamu Kaer Kembali Bersama Nurul Fitri Zahid, Adam, Linda, Bob dan Farah (lagu bonus) EVO 0403 Adam Haruskah Bob Cinta Seorang Teman Edlin Anding Duet Edlin dan Andi...
Entri oleh sultanmuzaffar 26 September 2004 0 komen
Anugerah ERA 04 Anda pernah tengok sarkis ? Saya masa kecil-kecil dahulu, kalau ada pertunjukan sarkis, saya akan pergi dengan keluarga. Seronok tengok sarkis kerana ada badut, ada orang main api, lompat sana, lompat sini, lawak bodoh pun ada kadang-kadang di sarkis. Yang paling mendebarkan bila tengok ada manusia yang sanggup menggadai nyawa jalan atas wayar yang tergantung. Seronok tetapi mendebarkan. Selalunya bila saya pergi sarkis, saya suka tengok orang ramai berpakaian warna-warni. Bukan sahaja orang ramai, badut pun...
Entri oleh sultanmuzaffar 22 September 2004 0 komen
Ramalan Anugerah Era 04 Beberapa hari ini aku agak sibuk menyiapkan tugas-tugas pejabat yang semakin banyak. Hari semakin dekat dan semakin banyak yang perlu aku selesaikan dalam masa yang agak singkat. Seperti biasa, tahun ini Anugerah ERA datang kemali. Ini hanya ramalan aku, mungkin juga ia tidak menjadi kenyataan. Jika aku mengundi, aku akan undi pilihan SM. Masalahnya aku tidak mengundi. Artis Harapan Pilihan 1. Adi Fashla 2. Dia Fadilla 3. Haizi Rani 4. Khai 5. Vince Muncul sebagai Juara Akademi Fantasia belum tentu...
Entri oleh sultanmuzaffar 20 September 2004 0 komen
Gathering Adam D'Greatest Fan Club Majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Adam telah dilangsungkan di Saloma Bistro dalam suasana yang agak gemilang. Banyak masa yang telah dihabiskan untuk melaksanakan program sebegini. Beberapa kejutan telah diberikan untuk Adam iaitu majlis tersebut yang dirahsiakan daripadanya, kehadiran ESdCo yang terbang dari Kota Kinabalu Sabah begitu juga kedua ibu-bapa Adam yang diterbangkan dari Sabah sebagai kejutan...
Entri oleh sultanmuzaffar 18 September 2004 0 komen
Malaysian Idol – Final 5 Sri Pentas II Saya mungkir janji kesetiaan saya pada Akademi Fantasia. Saya mengambil tiket Malaysian Idol di TV3 petang itu. Saya mendapat peluang untuk menonton siaran langsung Malaysian Idol di Sri Pentas II. Teringin juga merasakan bagaimana aksi penonton dan peminat Malaysian Idol. Fenomenanya biasa sahaja di luar dewan. Tempat duduk untuk penonton bertiket juga kosong dan penonton tanpa tiket (minah karan...
Entri oleh sultanmuzaffar 15 September 2004 0 komen
Wawancara Email Tentang Akademi Fantasia Saya menerima soalan ini untuk satu temuramah melalui email. Saya menyiarkannya di sini untuk tatapan pembaca blog saya. Beberapa persoalan masih belum terjawab kerana kesuntukan masa. Malam ini disiarkan Konsert Akhir Akademi Fantasia sebelum format Saluran 15 ditukar kepada format lain pula. Hujung minggu ini menerima jemputan ke Gathering Adam Fan Club. Teks ucapan masih belum disiapkan. Salah satu perenggan dalam jawapan wawancara ini akan dimasukkan sekali ke dalam teks ucapan saya...
Entri oleh sultanmuzaffar 12 September 2004 0 komen
Buai Laju Laju : Macam menonton teater Ronggeng Rokiah Saya duduk dalam panggung. Harapan saya rendah untuk filem ini. Tetapi hasilnya besar. Jiwanya terlalu besar. Mesejnya maha besar. Dari cerita orang Melayu yang tidak pandai berniaga, cerita orang Melayu yang hanya bermegah punya tanah berpuluh ekar, cerita orang Melayu yang terlalu leka mengejar bintang, Segalanya didedahkan di dalam filem ini. Faham atau tidak faham. Terletak pada...
Entri oleh sultanmuzaffar 08 September 2004 0 komen
OPs OPHELIA II The Making of OPs OPHELIA I Saya telah pun membuat keputusan untuk sama-sama menyertai OPs OPHELIA II yang dijadualkan berlangsung pada sekitar bulan Disember. Walaupun bakal ada tangan-tangan ajaib yang akan cuba menghalang saya dari menyertai OPs OPHELIA, saya akan tetap bersama OPHELIA. Sewaktu melangkah masuk ke Lambang Sari Istana Budaya, hati saya telah mengatakan tempat ini sesuai untuk OPs OPHELIA II. Saya mahu melihat OPs OPHELIA II di sini. Istana Budaya ! Walaupun Lambang Sari tidak sebesar Panggung...
Entri oleh sultanmuzaffar 05 September 2004 0 komen
Mini Gathering Puteri Gunung Ledang Sekali lagi selepas tamatnya Akademi Fantasia, saya mendapat beberapa orang lagi kawan baru. Malam itu, saya turut menyertai mereka untuk menonton Puteri Gunung Ledang. Walaupun sudah menonton filem tersebut, saya menontonnya sekali lagi kerana ini pertemuan mereka yang pertama kali. Malam itu saya dapat bertemu dengan Wink, Annemorph, OrangKampung, Scov, bakat tumpul, ajeem, CKin, Cikanos, linbanana, keisch, Resmo, mee sua, KA, Izreen, Yasz, Rose, LV, wai em, Nuar, hemo hemo dan Jojie. Maaf...
Entri oleh sultanmuzaffar 01 September 2004 0 komen
Konsert Reunion Akademi Fantasia II Taman KLCC Ini kali pertama saya ke Konsert Reunion Akademi Fantasia. Kali pertama ia diadakan dengan tema Terima Kasih Malaysia, saya tidur di rumah. Masa itu saya tidak kenal sesiapa. Pelik pula nanti apabila berada di tengah-tengah orang ramai sambil mencatat catatan di buku nota. Malam tersebut saya tonton Multimedia Super Cintun di ntv7. Konsert Reunion kali ini bertemakan Hanya Untukmu. Kali...