Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Testimonial

Entri oleh sultanmuzaffar 31 December 2007 1 komen
"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"sultanmuzaffar"The Blogger known as Sultan Muzaffar might be the first ever in Malaysia to have been invited to a press conference as a member of the media. Astro Ria recognised that his comprehensive - obsessive even - coverage of Akademi Fantasia since its debut season was drawing innumerable fans to his blog..." oleh Danny Lim "It is from blogs like this, titled...

Anak Halal : Dari Perspektif Ajami

Entri oleh sultanmuzaffar 26 December 2007 0 komen
Ulasan filem Anak Halal berikut lahir dari perspektif Ajami. Maaf, saya tidak sempat untuk menulis pandangan saya tentang filem tersebut. Masa terlalu suntuk.Sekadar yang mampu dilahirkan, Anak Halal ialah sebuah filem yang bagus. Tidak rugi menontonnya. Saya mahu menontonnya sekali lagi.Nantikan buah tangan terbaru Tayangan Unggul tidak lama lagi iaitu Kala Malam Bulan Mengambang. Filem itu lagi SUPERB !! Tabik spring dengan Mamat Khalid !UPDATED: 9/12/07Anak Halal ialah momen rehat sebentar kelajuan usia untuk menilai samada...

Hadiah Daripada Hati Siti Nurhaliza

Entri oleh sultanmuzaffar 15 December 2007 0 komen
(ANCHOR)Hadiah Daripada Hati, itulah judul album terbaru Dato' Siti Nurhaliza yang mula dipasarkan pada 10 Disember 2007.Majlis Pelancaran album tersebut diadakan di Hotel Legend Kuala Lumpur yang turut dihadiri suaminya, Dato' Seri Khalid Mohamad Jiwa, pengurusan Suria Records dan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd.(VT)Album yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Suria Records itu adalah album berkonsep...

Dapatkan Tune Cards

Entri oleh sultanmuzaffar 13 December 2007 0 komen
Zaman sekarang terdapat penyelidikan yang menyatakan ramai di kalangan golongan muda yang dibelenggu muflis sebelum waktunya. Sebab utama adalah Kad Kredit !Benar, zaman kini mementingkan kesenangan. Kad kredit jadi simbol kekayaan walaupun sebenarnya tidak.Kini anda pun boleh memiliki kad sendiri, kalau mahu. Lebih-lebih lagi apabila sejarah kredit anda tidak menjadi penghalang.Sangat mudah bukan ?Untuk memiliki Tune Card tiada had gaji minima yang sering menghantui pemilik.Tune Card sama seperti kad pra bayar telefon bimbit....

Gegaran DiGi Street Blast ! Fu-Yoh !!!

Entri oleh sultanmuzaffar 08 December 2007 0 komen
Antara waktu bekerja, saya sempat meluangkan masa untuk pergi ke acara DiGi Street Blast yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa.Saya tiba sekitar jam 4 petang. Hari Ahad itu merupakan hari saya bekerja. Selepas program Gala TV selesai jam 3.30 petang, saya memandu ke Taman Tasik Titiwangsa.Saya hanya sempat berada di sana selama lebih kurang 2 jam sahaja kerana harus pulang semula ke pejabat untuk persiapan Gala TV jam 10 malam.Itulah...

1 Juta Bakal Menjadi Milik Anda !

Entri oleh sultanmuzaffar 05 December 2007 0 komen
Pernahkah anda mengambil sikap tidak apa terhadap sesuatu perkara ? Jangan ! Ambil langkah baru mulai sekarang !Apakah yang telah terjadi kepada rakyat Malaysia ? Mereka selalu mengambil lewa tentang perkara yang boleh mendatangkan keuntungan pada mereka.Mungkin saya boleh ingatkan anda apa yang telah anda lakukan dulu.Mereka pernah menunggu hingga tarikh yang terakhir untuk menukar Kad Pengenalan Baru dan mereka juga mahu menjadi pengguna...

Katakan Tak Nak !

Entri oleh sultanmuzaffar 02 December 2007 0 komen
Seminggu telah pun berlalu. Bagi rakan-rakan di Facebook mungkin telah mengetahui tentangnya seawal jam 11 malam di malam kejadian.Saya telah dikejarkan ke Hospital Ampang Puteri sekitar jam 6.45 petang. Walaupun tidak lama menginap di Ampang Puteri, saya anggap ia sebagai satu pengalaman yang menakutkan.Ia terlalu menakutkan sehingga saya mengambil keputusan untuk berhenti......Hari Isnin itu saya tidak bekerja. Saya perlukan rehat. Dalam...

Puteri Gunung Ledang : The Spirit and The Journey

Entri oleh sultanmuzaffar 25 November 2007 0 komen
Ini kerja baru saya sekarang. Penulisan yang semakin pendek tetapi harus padat. Kalau saya meneruskan seperti gaya penulisan di blog, pastinya semput pengacara membacanya.Dalam satu hari boleh siap sekurang-kurangnya 6 berita baru. Kalau tidak cukup, kita ulang tayang saja.Memang nampak mudah. Cuma waktu kerjanya sahaja yang agak menyulitkan.Saya cuma mohon ketenangan harap faham dengan tugas baru saya ini. Benar, banyak perkara yang berlaku...

Masa Cepat Menjadi Singkat !

Entri oleh sultanmuzaffar 20 November 2007 0 komen
Damn ! Masa berlalu begitu cepat. Lalu cepat menjadi singkat.Perubahan waktu menjadikan saya sasau, kacau dan risau. Sukar untuk dijelaskan.Ia bukan sesuatu yang positif sejak akhir-akhir ini tetapi kaki harus terus melangkah.Yang dekat nampaknya semakin jauh. Juga sukar dijelaskan.Yang terang nampaknya semakin kelam. Juga sukar untuk dijelaskan.Yang sayang semakin hilang. Juga sukar untuk diterangkan.Dalam kepala persoalan berlegar-legar. Diam lebih baik dari beri jawapan.Masa cepat menjadi singkat...Event PromoEvent Info Name:...

Separuh Akhir Juara Lagu 22

Entri oleh sultanmuzaffar 11 November 2007 0 komen
Anugerah Juara Lagu kembali lagi apabila bermulanya pertembungan tahunan peringkat separuh akhir yang akan menyaksikan kembalinya penyanyi nombor satu negara, Datin Seri Siti Nurhaliza ke gelanggang yang sering didominasi oleh beliau.Antara perkembangan yang menarik dalam persaingan merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu 22 edisi kali ini ialah pembabitan bintang realiti tv yang selama ini sering dikecam sebagai bintang "mee segera". Siapa...

Teaser Eksklusif Sehati Berdansa

Entri oleh sultanmuzaffar 09 November 2007 0 komen
Jangan ketinggalan menyaksikan aksi 8 pasangan personaliti yang akan menari untuk kebajikan dalam Malam Sehati Berdansa, Sabtu ini jam 9 malam di Astro RIA (Saluran 104)Pastikan temujanji anda dengan Di Sebalik Sehati Berdansa, Jumaat (malam ini) jam 9 malam !www.astro.com.my/sehatiberda...

Demam P.Ramlee The Musical

Entri oleh sultanmuzaffar 04 November 2007 0 komen
Selepas empat kali menonton pementasan P.Ramlee The Musical ternyata ia merupakan satu pengalaman yang berbeza pada setiap persembahan. Bermula dengan satu tontonan pementasan yang agak kurang menambat hati, berakhir menjadi sebuah pementasan yang paling diingati.Saya berpeluang untuk menonton persembahan dari understudy P.Ramlee muda (Mukhsin), Sukardi muda (Emer) dan Azizah muda (Rachel) pada malam akhir pementasan tersebut. Tidak ketinggalan pada persembahan matinee hari yang sama watak Azizah yang dipegang oleh Dato’ Siti...

Kembali Pada Ku

Entri oleh sultanmuzaffar 03 November 2007 0 komen
Kredit : Laman Web Puteri Gunung Ledang The MusicalDetik yang kian berlaluKini bukannya untuk kuPada sisa masaHanya satu ku tungguKau kekasih kuKembali pada kuKasih, hadirlah kepada kuSayang, muncullah di depan kuCinta, di mana kau di manaDemi sedikit masaHadirlah oh kakandaDi mana kau kakandaPuteri Gunung LedangKu hinakan diri ku sendiriUntuk merengkuh cinta sejatiCinta mu bagaikan cahya mentariYang membakar wajah kuMeski sekilas ku rasakanNamun...

Kerana Karina (Exclusive Drama Webisode)

Entri oleh sultanmuzaffar 01 November 2007 0 komen
Terbaru Gua mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya dalam dunia penyiaran Malaysia sebuah drama bersiri telah diterbitkan khas untuk siaran Internet. Kalau selama hari ini penonton hanya berpeluang untuk menonton drama di televisyen, sebaliknya perkembangan teknologi telah merapatkan jurang tersebut. Penonton kini mempunyai banyak pilihan dan salah satunya adalah melalui capaian Internet.Drama Kerana Karina dibintangi oleh bintang...

Sehati Berdansa : Menari Untuk Kebajikan

Entri oleh sultanmuzaffar 31 October 2007 0 komen
Kali pertama selebriti ternama bakal menari di hadapan anda ! Dipersembahkan Sehati Berdansa, sebuah program realiti yang memperkenalkan seni tarian ke kaca televisyen anda. Program tersebut akan disiarkan di Saluran Rasmi, Astro RIA (Saluran 104 Astro) bermula dengan episod pertamanya pada 5 November ini.Menariknya Sehati Berdansa telah diadaptasi dari format program hiburan popular yang memperlihatkan pasangan selebriti bertanding di...