Semuanya serba tidak kena minggu ini. Fikiran saya bercelaru. Pertamanya kerana blog saya di http://sultanmuzaffar.blogspot.com telah dikunci oleh Blogger.com. Saya tidak dapat mengemaskinikan blog tersebut kerana dikatakan ia sebuah blog spam. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya. Mungkin juga kerana pautan yang terlalu banyak di blog tersebut.Blog tersebut diberikan masa selama 20 hari sebelum dipadamkan oleh Blogger walaupun setelah rayuan dibuat pada 23 April lepas. Saya jadi semakin bingung kerana itulah nyawa saya....

Tajuk Teater 'Topeng-topeng' dipilih dari puisi Dato' Baha Zain yang popular di mana isi dan maksud puisi ini dijadikan tema skrip. Puisi-puisi beliau yang lain dipilih untuk menyokong dan membantu perkembangan tema dan plot teater ini.Dato Baha terkenal dengan puisi-puisi yang berbahasa indah tetapi mudah untuk difahami oleh semua golongan. Puisi-puisinya walaupun ditulis di tahun enampuluhan dan tujuhpuluhan melahirkan pelbagaian rasa...
Nadia : Rama-Rama - EllaRina : Ular - Anita Sarawak Stacy : Don’t Speak - No DoubtAlif : Ketahuan - Matta Nubhan : Generasiku - OAGRiz : Seribu Tahun - Imran Ajmain Stanly : Kata - Hazami Toi : Tak Bisakah - PeterpanUlasan lagu pelajar dan konflik lagu pelajar akan menyusul kemudian.Seperti telah menjadi kelaziman, tugas RA ialah untuk meracun personaliti pelajar dan mewujudkan konflik di dalam Akademi. Itulah yang cuba dilakukan oleh RA apabila Toi mendapat lagu Tak Bisakah yang merupakan kegemaran Nubhan. Apabila dilihat watak...

Samsung SGH-i550W GPS diperkemaskan dengan :• Capaian HSDPA, UMTS, EDGE, GSM 900/1800/1900 MHz +2100 MHz• Kamera 3.2 megapixel dengan autofokus dan flash• 2.6″ QVGA 262K color TFT display• Sistem GPS• FM Radio• Bluetooth 2.0(A2DP)• USB 2.0 High Speed• 3.5 mm headphone jack• Sistem Operasi Symbian 9.2 dengan antaramuka S60 3.1• Pelayar HTML• Menyokong RSS• 1200 mAh bateri• Memori dalaman 150 MB• Penambahan ke 4GB dengan microSD• Dimensi...
Raptai penuh minggu ini sekali lagi berjalan dengan lancar. Setakat ini, peningkatan yang besar ditunjukkan oleh para pelajar. Tidak sabar menunggu Konsert Kelima Akademi Fantasia, 9 malam ini di Astro Ria (Saluran 104)(Secara Langsung)Nampaknya apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan !Berikut adalah perkembangan pelajar berdasarkan persembahan raptai:ALIFRaptaiPersembahan yang baik daripada Alif. Lirik juga dihafal dengan baik. Tanggung...

Baru-baru ini saya terlibat dengan Samsung Blog Mobile yang dikelolakan oleh Mobile World dan Samsung. Sebuah projek yang agak menarik kerana mereka memberikan saya sebuah telefon bimbit Samsung Mobile SGH i550 untuk saya gunakan dalam kegunaan seharian.Antara blogger yang terpilih ialah Lydia Teh, Jasonmumbles, Jolene, Missycheerio/Ellie, Vincent Chow, Sultan Muzaffar, Amy Lai, Praveen Rajan, Kugan, Visithra, Abner, David, Jun Yan, Norizwan,...
Pertamanya, minggu ini agak sibuk buat saya. Saya terlibat dengan Samsung Blog Mobile yang dikelolakan oleh Mobile World dan Samsung. Sebuah projek yang agak menarik. Selepas Konsert Celine Dion di Kuala Lumpur, saya perlu menyiapkan kandungan Akademi Fantasia untuk Gala TV hari Isnin dan satu mock-up presentation untuk hari Selasa.Hari ini pula, saya perlu bersiap sedia untuk presentation tersebut, sebelum ke Bangsar untuk satu sesi wawancara bersama RTM mengenai blog dan kemudiannya terus ke Kuala Lumpur International Airport...

Raptai penuh minggu ini sekali lagi berjalan dengan lancar. Pun begitu, Pengetua bagaikan begitu risau dengan perkembangan pelajar minggu ini. Sama-samalah berharap akan berlaku magik pada Konsert Keempat Akademi Fantasia, 9 malam ini di Astro Ria (Saluran 104)Berikut adalah perkembangan pelajar berdasarkan persembahan raptai:ALIFTiada banyak komen yang boleh dibuat. Nampaknya tempoh dua hari belum cukup untuknya berlatih dah bersedia menyanyikan...
Saya memang seronok bila ada konflik dalaman di Akademi Fantasia. Tahun lepas blog ini menerima ugutan pun kerana berlakunya konflik dalaman dalam Akademi Fantasia musim lepas.Nampaknya berlaku gelora di dalam Akademi antara Rina dan beberapa pelajar lelaki. Sukar untuk ditafsirkan sebabnya kerana apabila cuba dikorek rahsia dalaman dari Naim dan Lufya, mereka memberikan jawapan selamat.Riz dilihat kurang berpuas hati apabila Rina sering mendapat lagu yang best. Bukan soal best di sini. Ia lebih kepada cara seseorang pelajar...
Nadia : Mengapa Di Rindu - SalomaRina : Terbang Helang - Datuk Sharifah AiniSaida : Hati Kama - Datuk Siti Nurhaliza/Noraniza IdrisStacy : Lagu Baru Cinta Terhalang - StacyAlif : Come Out And Play - The OffspringFaisal : Joget Bunga Melati - Halil ChikNubhan : Cinta Hampa - DLoydsRiz : Marabahaya - Pop ShuvitStanly : Kasih Tercipta - Faizal TahirToi : Laukku Cukup Masin - SpiderNadia menerima lagu Mengapa Dirindu sebuah lagu yang bakal menguji lenggok aslinya pula. Nadia harus membuktikan yang beliau mampu untuk melakukannya....
Konsert 3 Akademi Fantasia 6 bermula dengan gimik yang menarik. Menariknya bila muzik rock bergegar di persembahan konsert minggu ini. Bermula dengan penuh bertenaga. Kalau momentum tersebut berterusan hingga ke penghujung konsert pasti ianya akan menjadi sebuah konsert yang paling diingati.Lebih menarik apabila Adlin Aman Ramlie ke kerusi pengkritik. Namun drama yang dicetuskan oleh Adlin nyata berbeza minggu ini. Minggu ini Adlin lebih serius dan bukan sarkastik bertempat seperti minggu lepas. Bertemu dengan Adlin sejurus...

Nota : Klik untuk imej lebih jelasZentrum Future Studies Malaysia, yang diketuai oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah telah membuat satu kajiselidik tentang media dan persepsi orang awam terhadap media sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke 12 baru-baru ini.Astro AWANI mengaut peratusan yang tinggi untuk setiap kategori umur antara 21-30, 31-40 dan 41-50.Tahniah untuk tenaga dan kuasa Astro AWANI...
Sebagai langkah untuk mengatasi perasaan takut dan gugup di atas pentas, empat pelajar Akademi Fantasia 6 diuji dengan membuat persembahan secara terbuka.Persembahan istimewa yang julung-julung kali diadakan itu berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur, pukul enam petang semalam.Empat pelajar Akademi Fantasia itu terdiri daripada RIZ, STANLY, SAIDA dan NUBHAN.Setiap pelajar diminta untuk mendendangkan dua buah lagu seorang.Stanly membuka gelanggang dengan lagu Sudah Tu Sudah, lagu yang pernah beliau bawakan di konsert minggu lepas.Diikuti...
Album terbaru Dato' Siti Nurhaliza iaitu Hadiah Daripada Hati menguasai pencalonan Anugerah Industri Muzik 15 apabila menerima 7 pencalonan dan 1 pencalonan menerusi album runut bunyi Kayangan.Sementara album Aku.Muzik.Kamu oleh Faizal Tahir menerima 6 pencalonan. Turut mendapat pencalonan ialah album Menjelma dendangan Kaer Azami dan Dayang Nurfaizah menerusi Dayang 2007 yang masing-masing mendapat 4 pencalonan.Siti Nurhaliza juga menguasai pencalonan dalam katero Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) apabila...