Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Ulangtahun ke Tujuh Blog sultanmuzaffar

Entri oleh sultanmuzaffar 26 February 2009 1 komen
Percaya atau tidak, blog sultanmuzaffar sudah berusia 7 tahun hari ini. Masa berlalu begitu pantas. Akademi Fantasia juga sudah masuk musim yang ketujuh. Anda pastinya teruja untuk melihat transformasi pelajar Akademi Fantasia yang baru atau pun menantikan apakah transformasi yang akan saya lakukan pada blog ini menjelang musim Akademi Fantasia yang bakal menjelma bulan Mac ini. Saya masih kekal sebagai wartawan hiburan Gala TV untuk Astro AWANI yang mana berita terkini mengenai program realiti paling popular itu akan dimuatkan...

Tiara Tinggalkan Pentas PGL

Entri oleh sultanmuzaffar 23 February 2009 1 komen
(ANCHOR)Selepas lebih tujuh tahun menghambakan dirinya kepada watak Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah...Datin Seri Tiara Jacquelina melunaskan janjinya untuk memberikan persembahan terbaiknya yang juga persembahan terakhirnya malam tadi.(VT)Bertempat di Panggung Sari Istana Budaya, Tiara melafazkan dialog terakhirnya dengan penuh emosi.(DRAG VISUAL)“kuhinakan diriku sendiri untuk merengkuh cinta sejati. Cintamu bagai cahaya mentari...

Malaysia Airlines Boeing 747-400 Flight Simulator

Entri oleh sultanmuzaffar 19 February 2009 3 komen
Nota : Pengalaman itu akan dikemaskinikan secepat mungkin....

Bapa Dato' Siti Nurhaliza Meninggal Dunia (Foto)

Entri oleh sultanmuzaffar 15 February 2009 10 komen
Bapa kepada penyanyi nombor satu tanah air, Dato' Siti Nurhaliza meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, di ibu negara pukul 11.50 pagi tadi.Taruddin Ismail, 67 tahun menghembuskan nafas terakhirnya akibat serangan jantung, kencing manis dan komplikasi buah pinggang.Arwah dimasukkan ke hospital itu untuk menjalani pembedahan pintasan jantung sejak Jumaat lalu.Taruddin meninggalkan seorang isteri, Salmah Bachik serta tujuh irang anak...

The 7th Annual BOH Cameronian Arts Awards Nominees by Kakiseni

Entri oleh sultanmuzaffar 11 February 2009 0 komen
Majlis pengumuman calon untuk 7th BOH Cameronian Arts Awards berlangsung malam tadi di Bangsar. Seperti yang diinginkan oleh ramai penonton, teater arahan Jo Kukathas dan Zalfian Fuzi mendominasi pencalonan dengan 8 pencalonan. Naskhah nukilan Shahnon Shah itu akan dipentaskan kembali di KLPAC bulan April depan, sebulan sebelum majlis anugerah ini berlangsung.Walaupun sedikit terkilan kerana P.Ramlee The Musical Season 2 tidak layak untuk dicalonkan, namun pencalonan Air Con sedikit sebanyak menghilangkan rasa terkilan itu....

Tenaga Pengajar dan Pengacara Akademi Fantasia Musim 7

Entri oleh sultanmuzaffar 10 February 2009 10 komen
Hasrridz Murshim Hashim (Acis) - Pengarah MuzikA.Aris Kadir - Guru KoreografiIda Nerina - Guru Persembahan LakonSiti Hajar Ismail - Guru VokalFatimah Abu Bakar - Perunding Motivasi & Guru Bahasa InggerisSyafizawati Sharif - Guru VokalAC Mizal - Pengacara KonsertSarimah Ibrahim - Pengacara DiariSeperti yang dijangkakan AC Mizal dan Sarimah akan terus mengemudikan program Konsert dan Diari seperti tahun lalu. Walaupun pelbagai cemuhan...
Tandatanya barisan tenaga pengajar dan pengacara Akademi Fantasia yang bakal mengemudikan program realiti nyanyian paling popular itu akhirnya terjawab. Setelah masuk musim ketujuh Akademi Fantasia beraja di hati rakyat Malaysia (AF lebih sesuai berbanding Sultan dalam waktu-waktu sekarang), program realiti itu dikhabarkan akan melakukan transformasi besar musim ini.Saya harus akui Akademi Fantasia musim ketiga merupakan yang terbaik setakat ini setelah memahkotakan Mawi sebagai Sang Juara. Puteri Gunung Ledang juga berada di...
Lebih lima bulan lalu, Datin Seri Tiara Jacquelina menerusi produksinya Enfiniti Productions mengumumkan akan mementaskan kembali teater muzikal Puteri Gunung Ledang. Sejak hari itu saya menghitung hari menantikan tibanya 6 Februari 2009. Walaupun saya telah berpuluh kali menonton teater tersebut sejak musim pertama dan keduanya di Kuala Lumpur hinggalah ke pementasan di Esplanade Singapura, saya tidak pernah puas menontonnya.Sejak beberapa...