Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Showing posts with label mr.manager. Show all posts
Showing posts with label mr.manager. Show all posts

Kampong Nekmat Ning Baizura & Omar Sharif

Entri oleh sultanmuzaffar 03 February 2008 0 komen

Dari : http://sultanmuzaffar.wordpress.com/

(ANCHOR)

Hajat Ning Baizura dan suami, Omar Sharif untuk membangkitkan suasana kampung dalam meraikan majlis persandingan mereka...menjadi kenyataan.

Malam tadi, Dewan Utama Pusat Pameran Dan Konvensyen MATRADE di Jalan Duta telah ditransformasi menjadi Kampong Nekmat.

(VT)

Lengkap dengan rumah kayu, basikal tua, malah vespa sebagai props, kehadiran tetamu disambut dengan reban kambing, titi serta kolam ikan di dalam dewan.

Kemeriahan majlis persandingan ning dan omar jelas terasa apabila sebahagian hadirin dijemput duduk bersila dan bersimpuh menikmati juadah enak yang disediakan.

Tanpa terikat kepada protokol dan formaliti, tetamu bebas untuk bergerak dan berbual, malah menari mengikut irama orkestra kampung.

Ada joget lambak, malah ada juga acara melatah!

Sebagai raja dan ratu sehari, Ning dan Omar menukar tiga helai persalinan.

Persalinan pertama, songket biru disarung untuk acara menepung tawar.

Pasangan romantis ini kemudiannya mengenakan persalinan kedua ala tradisi Jawa untuk menyempurnakan acara suap-menyuap.

Dan persalinan ketiga untuk acara memotong kek.

Selain saudara-mara dan para peminat Ning, majlis persandingan ini juga diserikan kehadiran ramai rakan selebriti.

Antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Syafinaz, Linda Onn, Yasmin Ahmad dan Farawahida.

Mereka juga tidak lokek menyumbang suara secara sukarela buat pengantin.

Buat Ning Baizura dan Omar Sharif, Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia ke akhir hayat. //

Nota SM : Tahniah ! Saya sukakan suasana persekitarannya. Saya sukakan keintiman lokasi majlis tersebut ! Saya sukakan rekaan setnya ! Cuma saya tidak sukakan udang masak tempoyak. Eww !
































Foto dari Kamera Gala TV, Astro AWANI

Foto dari CheddYusoff.com

Majlis Pernikahan Ning Baizura & Omar Sharif

Entri oleh sultanmuzaffar 01 February 2008 0 komen













Kali Pertama Sebagai Output Editor

Entri oleh sultanmuzaffar 06 October 2007 0 komen



Malam tadi jam 10 malam merupakan pengalaman saya kali pertama duduk sebagai Output Editor. Lebih menarik bila "paparan" (kredit : Fida) malam tadi ada cerita eksklusif dari Ning Baizura. Tadi Ning membuat pengumuman secara eksklusif di Astro Awani yang beliau dan pasangannya, Omar Shariff akan bernikah pada hari Khamis, 31 Januari 2008 depan lebih cepat dari tarikh yang pernah diumumkan sebelum ini. Tarikh Resepsi pula akan diadakan pada hari Sabtu, 2 Februari 2008.

Perkhabaran gembira itu diterima dengan nada tidak begitu menyenangkan kerana ia diterima 45 minit sebelum siaran langsung. Dalam masa yang singkat itu, kami cuba untuk mengumpul bahan yang cukup untuk berita yang akan dibaca tidak sampai 5 minit. Apa saja gambar yang sempat dijumpai akan digunakan untuk imej pada berita tersebut. Memang boleh sesak nafas dibuatnya. Tapi itulah dunia bilik berita. Semuanya kena pantas. Scoop sana. Scoop sini. Pasti ada hati yang terluka, tapi demi mengejar berita, saya akur dan bersedia untuk menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran baru.

Hala tujuan saya untuk mendapatkan gambar pertunangan Ning di mana lagi kalau bukan di blog Mr.Manager. Masa bila hendak cepat inilah, masa itulah capaian ke Internet perlahan nak mati ! Menggigil dah masa tu. Siap mendapatkan gambar perlu dihantar ke Bilik Grafik untuk diedit.

Bila tiba masanya, saya duduk di kerusi mencuba peralatan perhubungan dan skrin. Aduh ! Mana nak tekan ni ??? Takut juga tersilap tekan. Bukan tidak pernah tengok rakan-rakan sekerja menggunakannya sebelum ini, tapi malam ini kali pertama saya mengemudi peralatan tersebut secara berseorangan. Mujur juga ada bantuan dari rakan sekerja yang lebih senior.

Paparan berita blok pertama selesai. Panggilan telefon ke Butik Jovian Mandagie dibuat untuk menyambung talian bersama Ning Baizura. Panik juga. Tak tahu nak sembang apa sementara menunggu. Mungkin juga Ning sudah biasa dengan keadaan tersebut dan tahu mengendalikan dirinya sendiri.

Bila di dalam bilik kawalan tu segala macam suara boleh dengar. Terus keliru kepala otak, tak tahu nak dengar suara siapa. Pendek kata suara kedengaran dari kiri dan kanan. Masuk sahaja ke berita tentang Ning, talian telefon disambungkan ke penyampai. Talian berjaya disambungkan tanpa ada masalah penerimaan isyarat.

Sebagai orang baru yang tiba-tiba kena mengendalikan satu panggilan telefon tentulah sesuatu yang menggerunkan. Kalau hari biasa hanya ada berita tapi malam ini ada panggilan telefon. Sebarang kemungkinan perlu dihadapi dengan keadaan bersedia. Mungkin perbualan tersebut akan terlebih masa. Jangkaan mengena. OVERRUN !

Fida : SeMut ! SeMut ! SeMut ! SeMut
SeMut : (Tercari-cari punat untuk ditekan agar boleh menyahut panggilan Fida)
SeMut : (Punat dijumpai) OVERRUN Hawau !!!

Masa yang tinggal lagi 15 minit itulah yang digunakan untuk menyunting mana-mana berita yang boleh disunting. Semuanya kena pantas. Semua orang bekerja dalam keadaan tertekan bila berada di bilik kawalan berita. Memang seronok tapi tertekan kerana kerja kami dinilai berdasarkan 30 minit masa siaran itu sahaja. Apa yang berlaku di belakang tabir, itu belakang kira. Tetapi apa yang dipaparkan untuk penonton itu lebih penting agar ianya 100% tanpa kesilapan.

Kesilapan bukan sesuatu yang boleh dijadikan biasa. Kesilapan perlu dikurangkan atau diTIADAkan tanpa perlu ada alasan untuk menyokong kesilapan itu. Itulah yang menjadi semangat pembakar untuk seseorang yang mementingkan kesempurnaan. Lebih menarik bila mereka yang akan menjadi rakan sekerja saya ialah mereka yang satu kepala. Mereka inilah yang akan saya temui saban hari, saban malam. Akan menjadi satu keluarga.

Banyak yang perlu diperbaiki, paling utama adalah bahan kandungan beritanya. Saya masih lagi tercari-cari skop cerita yang sesuai untuk penonton. Dalam kepala saya sudah ada beberapa perancangan dan akan dikongsi apabila telah benar-benar pasti ditempatkan di sana.

Entri ini bukan mengenai Eksklusif : Tarikh Pernikahan Ning Baizura, tetapi semuanya mengenai saya !

Nota : Pasti banyak SMS yang dihantar oleh Mr.Manager malam tadi. :)

Arkib :
Advertorial ITalk Buddy
Beban Yang Puas
Rumah Terbuka Akademi Fantasia 5
Hari Yang Tenang
Al-Fatihah Nurin Jazlin
The Most Popular SM
Bila Carta