Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 20 November 2006 0 komen

The Red Kebaya : F16 Bukan F8

Image Hosted by ImageShack.us

The Red Kebaya menjadi antara filem yang saya tunggu-tunggu setelah melihat poster dan laman webnya berada di maya dengan cepat. Pada mulanya saya ingatkan ianya merupakan sebuah persembahan teater. Saya tersilap dan anda juga mungkin tersilap. The Red Kebaya ialah sebuah filem. Sebuah filem Malaysia yang boleh dibanggakan.

Saya benar-benar tertarik dengan filem ini kerana ceritanya. Tentang Latiff, seorang jurugambar yang hebat melaksanakan satu projek baru, mengambil gambar rumah-rumah yang terbiar. Dalam pencarian tersebut, beliau telah melalui pelbagai pengalaman apabila dibayangi dengan imej-imej dan bunyi-bunyi yang mengingatkannya tentang sejarah silamnya.

Dalam sebuah rumah yang terbiar di Pulau Pinang, Latiff telah dibawa kembali ke zaman silam untuk melihat sendiri beberapa kejadian aneh dan mengejutkan yang telah berlaku di dalam rumah tersebut 50 tahun dahulu. Melalui pengalaman tersebut, satu-satu sejarah disingkap yang membawa kepada persoalan tentang bagaimana beliau menjadi seorang anak yatim piatu dan akhirnya bertemu dengan seorang kawan.

Saya tertarik dengan jalan ceritanya yang lain dari yang lain. Saya sudah hampir bosan dengan cerita-cerita yang ditampilkan oleh filem Malaysia. Tiada kelainan dan masih menampilkan cerita yang sama. Kalau ada pun cerita yang berbeza, hasilnya masih belum kuat untuk menarik saya ke pawagam. Menguatkan lagi filem ini apabila ia digambarkan dengan begitu baik di atas layar dalam visual-visual fotografi yang indah. Keindahan senimatografi filem ini agak menarik dan harus saya nyatakan saya terpukau dengan keindahannya.

Satu adegan yang amat menguja saya apabila berlakunya perubahan zaman dari zaman kini ke zaman silam pada rumah terbiar tersebut. Saya pernah tonton visual yang sama dalam filem Titanic apabila bermulanya ingatan Rose Dawson terhadap kapal agung tersebut. Dari imej kapal Titanic yang bersalut lumut kepada sebuah kapal yang gah dengan dekorasi yang cantik. Detik ingatan Latiff kembali kepada zaman silam rumah terbiar itu benar-benar menghantui minda saya.

Melihat kepada barisan pelakon yang membintangi filem ini, seperti Ramli Hassan, Vanidah Imran, Bob Mercer, Samantha Shubert, Zahim Al Bakri, Patrick Teoh, Sabera Shaik, Jo Kukathas, Fauziah Nawi dan ramai lagi kesemuanya mempunyai pengalaman beraksi di pentas teater. Mereka nama-nama besar dalam dunia teater Malaysia. Dari Rubiah ke Anugerah. Dari The Odd Couple ke The Smell Of Language. Dari Opera Ayu Chendana ke Puteri Gunung Ledang The Musical. Dari Antara ke Election. Semuanya jaguh dalam dunia teater. Saya tabik mereka. Sayangnya apabila di layar perak, jatidiri teater itu kurang menyerlah. Saya mengharapkan lakonan yang benar-benar mantap dari keseluruhan jaguh teater ini tetapi hanya Samantha Shubert dan Ramli Hassan yang berjaya memukau saya. Vanidah Imran juga tidak mengecewakan. Filem ini merupakan titik tolak kepada kerjayanya untuk mula dikenali dengan filem-filem yang sebegini.

Lakonan jahat Samantha Shubert sebagai isteri kepada Bob Mercer berjaya menimbulkan perasaan benci saya dan jelingannya benar-benar tajam menikam. Mungkin kerana saya mengenali sifat sebenarnya di luar lokasi dan apabila lakonannya berbeza di layar perak, pasti ia memberikan kesan yang lain. Lakonan Ramli Hassan berjaya menangkap perasaan sedih terutamanya di penghujung cerita. Namun demikian, lakonan Vanidah Imran masih belum cukup kuat untuk menjadi tunggak utama filem ini. Masih nampak bersahaja tetapi dialog-dialog yang dilafazkan serta mannerism seorang penari joget di zaman tersebut berjaya dibawakan dengan baik.

Secara keseluruhan, saya faham dengan jalan cerita filem ini dan membuktikan kerja-kerja penyuntingan dan pengarahan telah dilaksanakan dengan cemerlang. Saya puas melihat mereka dipertemukan semula. Walaupun watak Patrick Teoh di zaman silamnya tidak diperjelaskan dengan terperinci, semangat persahabatan itu timbul dan dapat saya rasakan. Kesan-kesan bunyi dan visual yang menghantui Latiff akhirnya terjawab satu-persatu. Saya puas. Unsur-unsur surreal berjaya diadun dengan baik dalam filem ini.

Lebih-lebih lagi pada adegan yang melibatkan F16 dan bukan F8. Itulah keunikan filem ini bila mana unsur-unsur mistik dan magik telah diadun dengan baik.

Saya tidak malu dengan filem ini, walaupun pada dasarnya medium filem ini menggunakan hampir keseluruhannya Bahasa Inggeris. Sebuah filem Melayu berbahasa Inggeris. Bahasa hanya medium penyampaian, yang lebih penting adalah ceritanya.

Namun saya agak skeptikal dengan reaksi penonton Malaysia. Apakah penerimaan rakyat Malaysia terhadap filem sebegini akan sama seperti mereka menerima filem-filem seperti Nana Tanjung atau pun Diva Popular ? Selera manusia berbeza-beza. Tahap penerimaan maklumat yang mampu dicernakan oleh otak masing-masing juga berbeza. Itu sahaja yang merisaukan saya. Apakah rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menonton satu cerita yang lain daripada yang lain ?

Satu soalan yang lucu telah saya utarakan sewaktu selesai menonton filem ini. Tanya saya :

"Do you have any plan to transfer this movie into a musical theater ?" Saya lihat di hadapan saya kesemuanya jaguh dalan teater. Zahim Al Bakri juga berada di hadapan saya. Beliau merupakan pengarah untuk PGLtM. Dunia joget kalau digambarkan di pentas teater pasti menarik. Seperti yang pernah dibawakan melalui Ronggeng Rokiah, Lantai T.Pinkie, Mencari Juita dan Salina. Kalau-kalau ia menjadi kenyataan, ianya sesuatu yang tidak mustahil.

Adegan Paling Menarik : Perubahan visual rumah terbiar dari zaman kini ke zaman 50an.
Dialog Paling Menikam : Dialog Samantha Shubert kepada suaminya. "I know what you want..." sambil membuka butang bajunya.
Visual Paling Menarik : Keindahan Pulau Pinang di layar amat menguja saya untuk pergi ke sana.
Adegan Paling Ajaib : Imej rumah terbiar pada PC Latiff berbeza dengan imej yang sama di PC pembantunya. Ia menguja saya untuk mengetahui kisah misteri seterusnya.

Jika anda punya kelapangan waktu, The Red Kebaya akan menemui anda di pawagam mulai 23 November ini. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan sebuah filem yang akan membawa anda kembali ke dunia Joget.

nota sultanmuzaffar : Saya sedang sibuk buat eksperimen. Sila lihat eksperimen saya di sini. :)

Entri oleh sultanmuzaffar 15 November 2006 0 komen

Selangkah Ke Juara Lagu 21

Etnik Kreatif
Misha – Nafas Cahaya
Noraniza Idris/Liza Hanim – Racau Sang Khalifah
Zahid – Warkah Buat Laila
Syura – Candak
Saiful – Cinta Luhur
Adibah Noor/Senario – Zapin Cinta SMS
Nas Adila – Celik Celik
Bob/Aspalela Abdullah – Hantaran Hati
Ramlah Ram - Maharaja
Natasya – Zapin Bahari

Saya memilih :
Misha – Nafas Cahaya
Noraniza Idris/Liza Hanim – Racau Sang Khalifah
Zahid – Warkah Buat Laila
Bob/Aspalela Abdullah – Hantaran Hati

Satu kategori yang wajar dimansuhkan kerana penciptaan lagu dalam kategori ini tidak begitu berkembang sejak akhir-akhir ini. Tanpa Siti Nurhaliza, kategori ini seakan mati. Penciptaan Pak Ngah juga sudah kurang berbisa. M.Nasir juga sudah bijak beralih ke dunia pop yang lebih menjanjikan pulangan yang lebih besar dalam industri muzik yang semakin mengecil. Kalau ada pun yang masih terus bertahan mempertahankan irama etnik kreatif ialah Noraniza Idris. Antara empat lagu yang mempunyai peluang cerah untuk melangkah ke Anugerah Juara Lagu 21, saya melihat peluang lebih besar untuk Warkah Buat Laila nyanyian Zahid dan Nafas Cahaya oleh Misha Omar. Peluang lagu tersebut lebih besar. Lagu lain yang mempunyai peluang ialah lagu Racau Sang Khalifah oleh Noraniza Idris/Liza Hanim. Tempat keempat peluang lebih terbuka luas untuk mana-mana lagu lain, tetapi saya mengharapkan peluang lebih besar untuk lagu Hantaran Hati oleh Bob/Aspalela Abdullah.

Balada
Adibah Noor – Terlalu Istimewa
Sarah – Bersamamu
Mawi - Kian
Misha – Ku Seru
Adam - Jatuh
Awie - Iris
Amy Search – Suralaya Dalam D Major
Nora – Secebis Harapan
Liza Hanim – Merawat Luka Terpendam
Hazami – Mungkir Bahagia

Saya memilih :
Adibah Noor – Terlalu Istimewa
Mawi - Kian
Misha – Ku Seru
Nora – Secebis Harapan

Memang sukar untuk memilih lagu terbaik yang layak untuk melangkah ke Anugerah Juara Lagu 21 dari kategori ini. Ini menandakan yang penciptaan lagu di Malaysia lebih terarah kepada muzik genre ini. Lagu Terlalu Istimewa terlalu istimewa untuk dipinggirkan. Ia merupakan antara lagu terbaik Adibah Noor untuk berpeluang membuktikan bakat besarnya. Ku Seru oleh Misha Omar juga mempunyai peluang yang cerah berdasarkan kualiti muzik dan melodinya walaupun lagu tersebut tidaklah sehebat Pulangkan oleh penyanyi dan pencipta yang sama. Tuah Pontianak mungkin berpihak kepadanya. Lagu ketiga yang mempunyai peluang yang agak cerah untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya ialah Kian oleh Mawi. Percaya atau tidak, ia antara lagu yang terbaik nyanyian Mawi dan saya lebih suka ia dibawakan secara langsung dan bukan sekadar mendengarnya di corong-corong radio. Tempat keempat peluangnya lebih terbuka luas untuk mana-mana lagu. Saya memilih Secebis Harapan kerana mahu melihat Nora membawakan lagu ini secara langsung. Nora memang jaguh dalam membawakan lagu-lagunya secara langsung. Lebih memukau. Jika bukan Secebis Harapan, saya mahu melihat Merawat Luka Terpendam oleh Liza Hanim.

Pop Rock
M/Nasir/Mawi – Lagu Jiwa Lagu Cinta
M.Nasir – Juwita Citra Terindah
Nurul/Ajai – Serasi Bersama
Ruffedge - Lemas
Pretty Ugly – Diari Seorang Lelaki
Ruffedge – Da Bomb
Elyana – Tak Tercapai Akalmu
Amy Mastura – Bukakanlah Pintu
Sarah/Zahid – Menari Denganku
Nikki/Zahid - Caramu

Saya memilih :
M/Nasir/Mawi – Lagu Jiwa Lagu Cinta
M.Nasir – Juwita Citra Terindah
Pretty Ugly – Diari Seorang Lelaki
Nikki/Zahid - Caramu

Terus terang saya katakan kategori ini merupakan kategori paling sengit tahun ini. Ada beberapa lagu dalam kategori ini yang kualitinya lebih baik berbanding beberapa lagu dalam Etnik Kreatif yang tidak sewajarnya dipertandingkan. Saya agak yakin Lagu Jiwa Lagu Cinta oleh M.Nasir/Mawi dan Caramu oleh Nikki/Zahid bakal melangkah mudah ke Anugerah Juara Lagu 21. Lagu Diari Seorang Lelaki oleh Pretty Ugly juga mampu untuk merebut salah satu tempat ke Juara Lagu jika dibawakan dengan baik oleh mereka. M.Nasir sekali lagi mendapat sentuhan berbisa pada tahun ini dengan lagu Juwita Citra Terindah dan dengan bergaya akan menjadi komposer yang berjaya dengan semua lagu nyanyian dan ciptaannya untuk ke Anugerah Juara Lagu 21. Antara lagu lain yang mungkin membuat kejutan ialah Lemas oleh Ruffedge atau Menari Denganku oleh Sarah/Zahid.

Sekali lagi saya mahu mencadangkan kepada pihak produksi TV3 agar mewujudkan kategori yang berasingan untuk generasi SMS mencapai impian mereka. Tidak salah mewujudkan Juara Kategori SMS Balada, Etnik Kreatif dan Pop Rock serta Persembahan Pilihan SMS dan Persembahan Vokal SMS. Lagi banyak kategori SMS diwujudkan maka lebih banyak wang generasi SMS yang boleh dikaut jika keuntungan yang dimahukan. Tidak salah kan ? Biarlah kategori yang ada dinilai oleh juri bertauliah yang ada. Kalau tidak puas hati pilihan juri sekalipun, saya tulis juga tentang juri kerana blogger sememangnya seorang yang tidak pernah puas dan sukar untuk dipuaskan. :)

Apa pilihan anda ?

Grey's Anatomy telah berjaya membuatkan saya untuk menulis sesuatu tentang rancangan tersebut. Menonton salah satu episod sebentar tadi membuatkan saya terdetik untuk berfikir. Bayangkan dua tubuh yang tertusuk satu palang besi angkara kemalangan keretapi yang menanti saat meminta nyawa untuk terus hidup. Dua tubuh, seorang bangsa kulit putih dan seorang lagi bangsa kulit hitam. Bertemu dan saling menghadap antara satu sama lain, memberikan harapan kepada diri masing-masing untuk terus hidup. Masing-masing menagih keadilan untuk terus menghirup udara. Malangnya keputusan harus dibuat. Salah seorang perlu berhadapan dengan ketidakadilan dunia. Salah seorang harus mati untuk salah seorang diberikan harapan untuk terus hidup. Apakah faktor yang membolehkan nyawa seseorang diambil ? Warna kulit ? Tahap kecederaan ? Peluang tipis untuk hidup ? Apakah itu namanya keadilan ? Apakah ada keadilan dalam dunia ini ? Adil sekiranya kita memperolehi peluang untuk terus hidup, bagaimana pula keadilan yang diperolehi oleh mereka yang punya peluang tipis untuk terus merasai hidup ? Jika anda berhadapan dengan situasi demikian, apa pilihan anda ? Untuk terus hidup atau menghadapi mati ?

Ina Naim Calon Penyanyi Wanita Popular ?

Industri muzik semakin galak dengan anugerah. Industri muzik semakin terdesak. Peminat semakin tersedak. Nafas saya semakin sesak ! Dari 38 penyanyi, baik yang betul-betul seorang penghibur, atau yang baru cuba bertapak untuk menjadi penyanyi, atau yang sememangnya sudah begitu lama menyanyi, atau pun hanya sekadar popular kerana skandal dengan penyanyi, atau sebahagian daripadanya sudah bergelar diva, yang telah tersenarai dalam kategori Penyanyi Wanita Popular benar-benar membuatkan saya tidak lalu makan. Terselit nama Ina Naim dalam kerlipan bintang seperti Aishah, Amy Mastura, Camelia, Dayang Nurfaizah, Ella, Fauziah Latiff, Francisca Peter, Jaclyn Victor, Misha Omar, Nora, Ramlah Ram, Sheila Majid dan Siti Nurhaliza (sekadar menyebut beberapa nama). Apa sudah jadi ?

Dalam terkilan memikirkan beberapa nama yang tercicir dari senarai seperti Ning Baizura dan Nikki, saya lantas tersenyum apabila memikirkan kesan yang akan berlaku apabila Ina Naim berjaya meloloskan dirinya ke dalam kelompok Top 5 pada bulan Februari kelak.

Lebih menjadi mimpi ngeri apabila Ina Naim berada di garisan yang sama dengan Sheila Majid, Misha Omar, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah dan Siti Nurhaliza. Dan akan menjadi trauma yang lebih kronik, apabila kelak Ina Naim berjaya merosakkan rekod 10 tahun kemenangan berturut-turut Siti Nurhaliza menerusi kategori tersebut.

Apa taruhan Ina Naim ? Penawar Rindu ? Aku Tak Punya Siapa ? Buku Catatan Duka Ina Naim untuk menang kategori tersebut ? Jika Ina Naim berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok tersebut, ia merupakan satu tamparan yang hebat buat Berita Harian kerana populariti bukan lagi dinilai dari bakat tetapi kini populariti dinilai dari kontroversi dan skandal cinta.

Walaupun saya tidaklah begitu bersetuju atau menggemari bekas tunangnya, sekurang-kurangnya beliau boleh juga menyanyi dan menghibur serta ada aura tersendiri tetapi penyenaraian nama Ina Naim dalam kategori tersebut sebenarnya lebih memburukkan industri muzik dan telah merendahkan kualiti kategori tersebut. Ina Naim tiada apa-apa untuk industri. Namanya sekadar dijaja. Itu saja. Noktah !

Apakah syarat untuk tersenarai dalam kategori tersebut ? Dua lagu dari album yang sama atau tempias dikaitkan dengan nama bekas tunangnya ? Sekiranya antara 5 calon yang terpilih ada nama Ina Naim, maka cepat-cepatlah empat calon yang lain berusaha untuk dikaitkan dengan bekas tunangnya agar tempiasnya dapat dirasai.

Oleh yang demikian, saya menyarankan agar undilah Ina Naim kerana beliau amat memerlukan kemenangan ini untuk berdiri sama tinggi dengan pemenang kategori Penyanyi Lelaki Popular. Itulah impiannya. Marilah kita realisasikan impiannya. Mesti seronok kan dapat ambil gambar sambil pegang anugerah sama-sama. Yang tidak tercalon dalam kategori ini, faham-faham saja lah.

nota sultanmuzaffar : Nantikan ulasan filem The Red Kebaya dan Cinta. Industi perfileman semakin meriah, industri muzik semakin galak, dunia saya semakin sibuk dan racau. Saban hari ada saja program baru, acara majlis, pemikiran baru yang perlu diperah untuk terus hidup dan merasai nikmat hidup, lalu saya terfikir apakah ini jalan yang betul atau terus berada di jalan sekarang.

Entri oleh sultanmuzaffar 12 November 2006 0 komen

Cinta

Peluang tidak selalu menjengah ke jendela realiti. Bila ia datang menghampiri, kita harus berusaha gigih untuk memastikan yang peluang itu tidak disia-siakan malah mempergunakan peluang tersebut sepenuhnya. Dalam proses menjayakan dan merealisasikan peluang tersebut, sudah pasti ada halangan atau rintangan atau komen atau mungkin juga kritikan, tetapi itulah garam yang akan mematangkan kita untuk menempuh hari-hari depan dengan lebih waras dan matang. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati melangkah ke hadapan.

Ini bukan soal Cinta yang telah saya tonton Jumaat lepas. Tetapi sekadar sedikit gangguan yang berlaku sewaktu menonton filem tersebut. Bukan pada filem tersebut tetapi gangguan dari luar sewaktu menonton filem tersebut. Rata-rata kawan-kawan wartawan yang saya temui sewaktu majlis hari lahir Aznil telah bercerita yang baik-baik sahaja tentang filem ini.

Sementara itu, Kelab Sahabat M.Nasir akan mengadakan satu majlis hari raya seperti berikut:-

Tarikh : 19 November 2006 (Ahad)
Masa : 2.00 - 6.00 petang
Tempat : Restoran Bora Ombak, Ampang
Bayaran : RM38 seorang (dewasa) dan RM19 seorang (kanak-kanak)
Makanan : Jamuan Teh (Hi-Tea)
Pakaian : Hari Raya

Menurut mereka, pelbagai aturcara menarik bakal disediakan untuk para tetamu yang akan mengejutkan mereka. Apalah agaknya acara yang telah dirancang oleh mereka. Saya sendiri pun tidak tahu. Mereka memerlukan kerjasama para tetamu agar dapat membawa bersama kuih-kuih raya secara `potluck' tanpa ada rasa cerewet kuih apa yang dibawa tetamu dan kuih yang paling unik dan paling sedap bakal memenangi hadiah. Selain daripada itu, para tetamu yang tentunya peminat fanatik M.Nasir tentulah mempunyai barang-barang nostalgik yang berkaitan Sifu M.Nasir juga boleh membawanya untuk memenangi hadiah yang akan diberikan pada hari tersebut.

Sayangnya, kehadiran adalah melalui pengenalan kad keahlian Kelab Sahabat. Oleh itu, jangan lupa untuk membawa kad anda bersama. Tempat adalah TERHAD. Ambillah peluang ini untuk beramah mesra antara para sahabat, bersama M.Nasir dan juga artis-artis Luncai Emas seperti Spider, Quest, Azfar (OIAM), Yazer dan Idayu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang majlis tersebut, anda bolehlah menghubungi Cik Ain di talian 03-61561357 atau 012-6173351.

Mengimbas kembali apa yang berlaku pada minggu lepas, hari Khamis. Memang memenatkan. Hari itu sahaja ada empat majlis yang perlu dihadiri. Bermula dengan Rumah Terbuka Azwan Ali untuk kakitangan Astro, kali pertama saya ke sana. Ada kejadian lucu berlaku di sana. Sewaktu beberapa orang-orang besar di meja makan mereka berbual dan antara topik yang utama mereka bercerita adalah tentang senyum. Orang yang kenal saya secara peribadi tentunya tidak merasakan senyum itu sesuatu yang lumrah pada diri saya. Memang sedikit sukar untuk diterima tetapi saya akan cuba untuk memurahkan senyuman. Itu pun kalau perlu. Selesai di rumah Azwan, ada satu program baru di Astro akan dilancarkan iaitu Awie Records di FINAS. Memang kepenatan dan saya mengambil keputusan untuk tidak hadir ke Rumah Terbuka Utusan. Memang dah flat habis ! Saya perlu berehat sebentar untuk acara malam nanti. Majlis sambutan hari lahir Aznil Nawawi yang diraikan oleh kakitangan Astro di PNB Darby Park. Ramai juga yang hadir termasuklah tenaga produksi Macam Macam Aznil serta kawan-kawan wartawan. Penat juga melayan mereka. Hingga jam 1 pagi baru selesai majlis tersebut. Selesai di restoran, dibawa pula ke Suite penginapan Aznil. Bercerita lagi. Cerita di bilik lebih seronok dari cerita di restoran. Cerita di bilik ialah cerita off the record.

Hari Jumaat adalah hari seram sejuk dilanda demam. Malam itu saya menonton filem Cinta dalam keadaan demam. Nantikan sahaja ulasan lanjut dari saya tentang filem Cinta. Walaupun tajuknya Cinta, tetapi ia bukan berkenaan Cinta dan ia akan menyusul tidak lama lagi.

Esok, hari yang panjang lagi akan menjelma...Apa lagi agaknya...

Entri oleh sultanmuzaffar 09 November 2006 0 komen

Separuh Akhir Juara Lagu 21

Balada
Adibah Noor – Terlalu Istimewa

Sarah – Bersamamu
Mawi - Kian
Misha – Ku Seru
Adam - Jatuh
Awie - Iris
Amy Search – Suralaya Dalam D Major
Nora – Secebis Harapan
Liza Hanim – Merawat Luka Terpendam
Hazami – Mungkir Bahagia

Pop Rock
M/Nasir/Mawi – Lagu Cinta Lagu Jiwa
M.Nasir – Juwita Citra Terindah
Nurul/Ajai – Serasi Bersama
Ruffedge - Lemas
Pretty Ugly – Diari Seorang Lelaki
Ruffedge – Da Bomb
Elyana – Tak Tercapai Akalmu
Amy Mastura – Bukakanlah Pintu
Sarah/Zahid – Menari Denganku
Nikki/Zahid - Caramu

Etnik Kreatif
Misha – Nafas Cahaya
Noraniza Idris/Liza Hanim – Racau Sang Khalifah
Zahid – Warkah Buat Laila
Syura – Candak
Saiful – Cinta Luhur
Adibah Noor/Senario – Zapin Cinta SMS
Nas Adila – Celik Celik
Bob/Aspalela Abdullah – Hantaran Hati
Ramlah Ram - Maharaja
Natasya – Zapin Bahari

Terima kasih kepada Spy TV3 yang telah menghantar SMS tentang pencalonan tersebut. Cuma saya perlu berusaha gigih sedikit untuk mencari tajuk-tajuk lagu yang tercalon. Mungkin akan ada yang tersilap kerana main teka-teka. Sidang akhbar berkenaan pencalonan Separuh Akhir Juara Lagu 21 akan diadakan esok. Masih dikemaskinikan kalau-kalau ada yang tersilap. Telah dikemaskinikan jam 4.30 petang.

Bila dah lengkap semuanya, maka saya pun buat pilihan saya sendiri. Yang diboldkan adalah pilihan saya untuk meneruskan kemaraan mereka di Anugerah Juara Lagu 21. Tapi saya akan dengar lagi lagu-lagu tersebut, mana tahu ada pilihan lain yang lebih bagus.

Malaysia makin maju. Kalau sebelum ini bila terpampang di dada akhbar tentang kes pembunuhan, cukup sekadar mangsa dibunuh. Baik ditetak, atau ditikam, atau pun ditembak. Paling tragis pun tentulah kes pembunuhan yang melibatkan seorang ADUN bila mana mayatnya dikerat 18 bahagian. Kini sedang kecoh satu Malaysia tentang pembunuhan seorang warganegara Mongolia yang bukan sahaja telah ditembak tetapi juga telah diletupkan. Perghh ! Macam kat US pulak. Kalau di negara Barat boleh berlaku semua itu, kini di Malaysia juga punya kemungkinan tersebut. Stor penyimpanan senjata atau bahan letupan boleh senang dicerobohi jika mempunyai kuasa. Dan itulah yang dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa.

Mungkinkah ini semua permainan politik untuk merosakkan imej Timbalan Perdana Menteri ? Atau mungkin juga ada yang berhajat untuk melonjak dengan segera ke kedudukan tersebut. Fantasi saya mula melayang setelah selesai membaca sebuah buku politik yang telah diterbitkan oleh Malaysia Today.net. Perbualan kosong di JP tentang komplot tersebut dan ianya tidak mustahil kerana 8 tahun yang lalu konspirasi jatuh menjatuhkan ini pernah berlaku.

Dalam perkembangan lain di dunia sebelah sana, Demokrat nampaknya hampir menang dalam Pilihanraya Amerika Syarikat. Parti Presiden Bush iaitu Republikan nampaknya hampir kecundang dan bakal menyulitkan pemerintahannya. Ahhh ! Baik Demokrat atau Republikan, mereka sama sahaja ! Siapa-siapa sahaja yang menang, dunia akan kucar-kacir dibuat dek mereka.

Esok seharian berada di luar pejabat. Dari satu rumah terbuka, ke satu rumah terbuka, kemudian ke pelancaran sitkom baru Astro dan satu majlis kejutan. Saya perlu menghabiskan masa perjalanan dengan membaca Television Asia yang kini menjadi teman rapat saya. Banyak benar maklumat-maklumat baru yang diperolehi dari majalah tersebut. Sebenarnya saya merasa tidak senang untuk membuat apa-apa entri tentang kerja lebih-lebih lagi tentang bidang tugas baru iaitu New Media. Bukannya apa, bidang New Media adalah satu bidang yang baru di Malaysia. Idea-idea yang dilontarkan perlu disalurkan ke saluran yang betul dan bukannya di blog ini. Membaca dan terus membaca...

Sebelum terlupa, siapa-siapa di antara kita yang pernah tertonton iklan khidmat masyarakat tentang Tandas. Menariknya tentang iklan tersebut apabila ia menggunakan lagu latar bertajuk Punch Card yang pernah dipopularkan oleh Sudirman Hj. Arshad. Lebih menarik apabila kad perakam waktu atau punch card mula diperkenalkan apabila Dr.Mahathir mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia. Kalau kerajaan sekarang boleh melakukan sindiran sinis terhadap kerajaan terdahulu, mengapa tidak ? Sinis sekali...

Banyak benar cerita tentang banyak perkara yang ada dalam entri ini. Anda boleh pilih untuk memberikan komen tentang bahagian mana yang anda suka. Mungkin ada yang suka tentang Juara Lagu, mungkin juga tentang pembunuhan, mungkin juga tentang pilihanraya Amerika Syarikat, mungkin juga tentang konspirasi atau mungkin juga tentang New Media. Atau mungkin anda lebih selesa untuk berbicara tentang tandas. Anda pilih kerana itu menentukan siapa anda dan sesuatu maklumat yang baru buat saya. ihiks

Entri oleh sultanmuzaffar 08 November 2006 0 komen

Pantun Melayu

Pantun dibawah bercerita tentang adat.

Sayang dewa membuang dewi,
Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
Sedikit tutur banyak sindir.

Sakit saya kena cepu,
Tidak sakit kumbang menyengat;
Sakit saya kerana tipu,
Dalam tipu tidak ingat.

Ke hutan mencari rotan,
Cari makan tepi paya;
Bukan saya sayangkan umpan,
Takut ikan tipu saya.

Sudah makan dengan peria,
Kalau ada garam tiada;
Kalau sudah ada bercinta,
Kalau bercinta jangan berdusta.

Pantun di bawah bercerita tentang...

Siakap senohong,
Gelama ikan duri;
Bercakap bohong,
Lama-lama jadi...

A. Mawi
B. Mawi
C. Mawi
D. Siti

:)

Entri oleh sultanmuzaffar 07 November 2006 0 komen

Bangga Dan Syukur

DARJAH KEBESARAN MAHKOTA PAHANG YANG AMAT MULIA - PERINGKAT KEDUA DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG (DIMP)

Tengku Zubir Tengku Datuk Ubaidillah, Md Hamdan Sudin, Wan Rosdy Wan Ismail, Mohamad Shahrum Osman, Thomas George a/l M S George, Alihan A. Hamid, Ahmad Kabit, Fatimah Md Deni, Rafek Reshidullah, Datuk Zamani Md. Noor, Mariani Mohammad, Puteh Kamariah Mohamad, Adilah Shek Omar, Abd Jabar Che Nai, Abu Bakar Abdullah, Noharuddin Nordin, Dr Hasan Abdul Rahman, Norliza Rofli, Zainon Ahmad, Zulkifly Abu Bakar, Reezal Merican Naina Merican, Datuk Nam Marthinin, Fathul Razi Bakri, Hamizan Mohd Inzan, Abdul Hadi Othman, Datin Asiah Marzuki, Zulkifli Omar, Zakaria Man, Brigedier Jeneral Dahari Hussin, Sauffe Afandi Mohamad, Mohamad Noor Abdul Rani, Mejar Jeneral Datuk Md Ismail Ahmad Khan, Brigedier Jeneral Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, Brigadier Jeneral Ackbal Abdul Samad, SAC 1 Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff, SAC 1 Ibrahim Manas, Zakaria Sulong, Hasnudin Hamzah, Abdul Malek Abdul Aziz, Mohd Arshad Manzoor Hussain, Adnan Othman, Nottath Premchandran a/l Parakkat Subramania Menon, Profesor Dr Shaharuddin Ahmad, Profesor Dr Hussein Ahmad, Muhamad Noor Yacob, Abdul Karim Mohd Hanapiah, Mohamed Adnan Mohamed Ariffin, Mardina Alwi, Datin Siti Nurhaliza Tarudin, Cheim Dau Meng, Gopikrishnan a/l N. S Menon, Shamsuar Mahmood, Bernard Jayachandran, Dayang Fatimah Tom Abang Saufi, Mohd Shukri Hussin, Nizal Mohd Taib, Wan Kamarudin Wan Muda, Azmi Mohd Esa, Lim Ah Lai, Ab Manaf Abdullah, Zainuddin Juma'at, Mohamed Mokhtar Nadzri, Rama Das Nair, Siew Mun Chuang, Nik Faizah Mustapha, Mohammad Hakim Low Abdullah, Halimah Salleh, Che Jamil Ahmad, Ibrahim Md. Isa, Mahayuddin Mahmud, Rusmani Muhamad, Bakaruddin Othman, Datuk Ishak Mohamed, Raja Azahar Raja Abdul Manap, Salleh Abd Wahid, Abdul Abas Abdul Rahman, Dr. Ali Hamsa, Luey Puteh, Azhar Abu Bakar...


Rupanya bukan hanya Siti Nurhaliza sahaja yang dikurniakan Dato' dari Sultan Pahang. Adalah tidak manis pula jika diva paling popular itu mendapat anugerah yang sama saya telah memberikan satu entri khas, tetapi tidak untuk darah daging sendiri. Antara nama yang tersenarai di atas turut ada nama bapa saudara saya. Beliau juga dianugerahkan anugerah yang sama. Tahniah Pak Teh !

Bercerita tentang Rumah Terbuka yang berlangsung pada hari sabtu lepas semuanya berjalan dengan lancar walaupun saya terdetik rasa sedikit terkilan. Memang tidak menang tangan melayan lebih 300 tetamu yang hadir. Namun demikian bila terbit rasa terkilan itu di dalam hati, cepat-cepat saya segera mengingatkan diri saya untuk merasa sedikit berbangga kerana sekurang-kurangnya tidak terbit sifat diktator dalam diri terhadap kawan sendiri, lebih-lebih lagi rakan serumah saya. Ia sudah cukup menjadi bukti yang nilai kematangan seseorang bukan dikira berdasarkan kepetahan seseorang berkata-kata tetapi melalui akal waras dan pekerti yang dimilikinya.

Esplanade Experience !!! Puteri Gunung Ledang The Musical yang bakal dipentaskan di Esplanade Singapura pada 24 hingga 26 November telah menambah satu lagi pementasan iaitu pada 25 November jam 2.30 petang. Bagi penonton yang belum mendapatkan tiket, bolehlah mendapatkannya segera kerana 70% dari tiket yang telah mula dijual untuk pementasan tambahan telah habis dijual. Macam goreng pisang panas !

Malang sekali, saya membuat keputusan untuk tidak sama-sama ke Singapura setelah perbincangan lanjut semalam di Filem Negara, tempat latihan pementasan tersebut. Ini adalah kerana Astro akan melancarkan sebuah program baru pada bulan Disember. Adalah tidak manis sekiranya saya lebih mengutamakan kerja-kerja luar. Ini tidak bermakna saya tidak terlibat dengan laman internet pementasan tersebut. Saya masih terlibat cuma akan berada di Kuala Lumpur untuk mengemaskinikan laman web tersebut. Perbincangan semalam banyak tertumpu kepada proses untuk melancarkan lagi kerja-kerja saya di Kuala Lumpur. Jika kena gaya dan perancangan yang teliti, pasti semuanya berjalan dengan lancar. Cuma berharap masalah talian Streamyx yang sedang dihadapi oleh kawasan sekitarnya akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Memandangkan tugas bersama program baru di Astro adalah satu bidang tugas yang pertama kali diwujudkan dalam Saluran RIA dan saya menjadi perintis kepada bidang tersebut, maka tumpuan yang lebih perlu diberikan. Sedikit terkilan tetapi saya harus berbangga. Memang satu tanggungjawab yang berat tetapi saya harus melihat sesuatu yang positif pasti muncul kelak. Sebagai perintis tentunya peluang lebih terbuka luas buat saya sekiranya saya yakin dengan kebolehan yang ada dan melakukan yang terbaik. Saya merasa lebih yakin bila dikelilingi oleh rakan-rakan dari Astro yang banyak membantu dan menyokong apa yang saya lakukan.

Kepada peminat kereta yang diubahsuai, jangan ketinggalan untuk merasai debaran dan gegaran X Tune di Astro RIA Disember ini.

Entri oleh sultanmuzaffar 03 November 2006 0 komen

Mat Rempit Mengganas

Aduh ! Satu lagi program baru bakal muncul Disember ini. Tidak semena-mena saya perlu melakukan kajian tentang Mat Rempit, bukan versi motosikal tetapi versi kereta.

Sejak akhir-akhir ini Mat Rempit semakin mengganas. Sudah banyak nyawa melayang angkara mat rempit. Di mana silapnya ? Adakah program baru yang bakal diterbitkan dapat sedikit sebanyak memesongkan tumpuan Mat Rempit dari merempit dan menonton Astro ? Kalau mereka boleh ke panggung wayang menonton Remp-It, mengapa tidak menonton kisah diri sendiri di TV ? Saya yang tidak pernah menjejak ke Zero To Hundred, kini sudah mula selesa berada di sana. Untuk meredakan perdebatan agama dan hiburan yang semakin hangat masing-masing menegakkan benang basah, saya cuba memesongkan tumpuan anda kepada isu Mat Rempit. Apakah medium media yang sesuai untuk mendekati Mat Rempit ? Adakah melalui Putera UMNO ? Adakah melalui gadis cantik ? Adakah melalui internet ? Sila fikirkan...

Dalam kesibukan merempit, saya turut sibuk menyiapkan persiapan untuk esok. Tubuh saya walaupun berada di pejabat, tetapi fikiran saya berada di rumah. Harap semuanya berjalan dengan lancar esok.

Tong Kosong : Jangan hadir seorang diri.

Entri oleh sultanmuzaffar 01 November 2006 0 komen

Misi Suara Mawi

Marilah kita berganding bahu bersatu tenaga membantu Mawi dengan menaip SMS BANTU MAWI(jarak)1 atau 5 atau 10 atau 50 atau 100 atau 500 atau 1000 dan hantar ke 38648. Semoga dengan SMS ini dapat meringankan beban saman yang ditanggung oleh Mawi.

Satu Misi, Satu Suara, Terus ke Mawi Anda...Itu pun kalau sumbangan SMS yang disalurkan tidak terpesong ke mulut buaya tembaga berkepala naga di sekelilingnya.

Peraduan hari ini : Sila selesaikan kod rahsia yang terkandung dalam nombor 38648. Pemenang akan menerima dua jemputan ke sebuah lokasi yang masih dirahsiakan pada hari Sabtu depan. Selamat mencuba.

Penunu Bunsen : Lepas ini mungkin ada peraduan SMS yang lain pula. JODOH MAWI akan diperkenalkan. Mana tahu kelak ada JODOHMASUK dan JODOHKELUAR pula.

Entri oleh sultanmuzaffar 29 October 2006 0 komen

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

Dibacakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
di akhir ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.

Mencari Damai Abadi

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

Seorang "Mencari Damai Abadi", seorang lagi "Melayu Mudah Lupa". Seorang "aku cari bukan harta bertimbun-timbun", seorang lagi "Dulu bangsanya teriak". Elok sangatlah tu !

Jasa negarawan ulung Tun Dr.Mahathir meletakkan Malaysia di peta dunia tidak akan dilupakan. Jasa Pak Lah yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpenjara sia-sia juga tidak akan dilupakan.

Entri oleh sultanmuzaffar 24 October 2006 0 komen

Datuk Siti Nurhaliza !

Sinar Syawal semakin bergemerlapan buat Siti Nurhaliza. Baru dua bulan bergelar Datin setelah mengahwini Datuk Khalid Mohamed Jiwa, kini Siti Nurhaliza bakal bergelar Datuk apabila dikurniakan darjah kebesaran dari negeri kelahirannya, Pahang. Belum betah mulut para wartawan dan peminat memanggilnya Datin, kini gelaran baru melekat pada namanya, Datuk Siti Nurhaliza. Gelaran tersebut menjadikannya artis paling muda menerima gelaran tersebut dan sudah tentu akan terpahat dalam The Malaysia Book Of Records.

Tuah Siti Nurhaliza…Jasanya dikenang negara. Kalaulah dikurniakan pingat oleh Kerajaan Persekutuan bukankah lebih bagus. :)

Entri Terpilih : 2006

Entri oleh sultanmuzaffar 23 October 2006 0 komen

  1. Pelajar Baru Akademi Fantasia 2006
  2. Tirai Akademi Fantasia 2006
  3. Konsert Prelude Akademi Fantasia 2006
  4. Diari Akademi Fantasia 01 01 & 02
  5. Diari Akademi Fantasia 01 03 & 04
  6. Diari Akademi Fantasia 01 05 & 06
  7. Diari Akademi Fantasia 01 07 & 08
  8. Diari Akademi Fantasia 01 09 & 10
  9. Konsert 01 Akademi Fantasia 2006
  10. Diari Akademi Fantasia 02 01 & 02
  11. Diari Akademi Fantasia 02 03 & 04
  12. Diari Akademi Fantasia 02 05 & 06
  13. Diari Akademi Fantasia 02 07 & 08
  14. Diari Akademi Fantasia 02 09 & 10
  15. Konsert 02 Akademi Fantasia 2006
  16. Diari Akademi Fantasia 03 01 & 02
  17. Diari Akademi Fantasia 03 03 & 04
  18. Diari Akademi Fantasia 03 05 & 06
  19. Diari Akademi Fantasia 03 07 & 08
  20. Diari Akademi Fantasia 03 09 & 10
  21. Konsert 03 Akademi Fantasia 2006
  22. Diari Akademi Fantasia 04 01 & 02
  23. Diari Akademi Fantasia 04 03 & 04
  24. Diari Akademi Fantasia 04 05 & 06
  25. Diari Akademi Fantasia 04 07 & 08
  26. Diari Akademi Fantasia 04 09 & 10
  27. Konsert 04 Akademi Fantasia 2006
  28. Diari Akademi Fantasia 05 01 & 02
  29. Diari Akademi Fantasia 05 03 & 04
  30. Diari Akademi Fantasia 05 05 & 06
  31. Diari Akademi Fantasia 05 07 & 08
  32. Diari Akademi Fantasia 05 09 & 10
  33. Konsert 05 Akademi Fantasia 2006
  34. Diari Akademi Fantasia 06 01 & 02
  35. Diari Akademi Fantasia 06 03 & 04
  36. Diari Akademi Fantasia 06 05 & 06
  37. Diari Akademi Fantasia 06 07 & 08
  38. Diari Akademi Fantasia 06 09 & 10
  39. Konsert 06 Akademi Fantasia 2006
  40. Diari Akademi Fantasia 07 01 & 02
  41. Diari Akademi Fantasia 07 03 & 04
  42. Diari Akademi Fantasia 07 05 & 06
  43. Diari Akademi Fantasia 07 07 & 08
  44. Diari Akademi Fantasia 07 09 & 10
  45. Konsert 07 Akademi Fantasia 2006
  46. Diari Akademi Fantasia 08 01 & 02
  47. Diari Akademi Fantasia 08 03 & 04
  48. Diari Akademi Fantasia 08 05 & 06
  49. Diari Akademi Fantasia 08 07 & 08
  50. Diari Akademi Fantasia 08 09 & 10
  51. Konsert 08 Akademi Fantasia 2006
  52. Diari Akademi Fantasia 09 01 & 02
  53. Diari Akademi Fantasia 09 03 & 04
  54. Diari Akademi Fantasia 09 05 & 06
  55. Diari Akademi Fantasia 09 07 & 08
  56. Diari Akademi Fantasia 09 09 & 10
  57. Konsert 09 Akademi Fantasia 2006
  58. Diari Akademi Fantasia 10 01 & 02
  59. Diari Akademi Fantasia 10 03 & 04
  60. Diari Akademi Fantasia 10 05 & 06
  61. Diari Akademi Fantasia 10 07 & 08
  62. Diari Akademi Fantasia 10 09 & 10
  63. Konsert Akhir Akademi Fantasia 2006

Entri oleh sultanmuzaffar 19 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 19 (Indonesia: Yogyakarta)


Image Hosted by ImageShack.us

Tragedi gempa bumi Mei 2006 yang berlaku di bandar kedua terbesar Indonesia, Yogyakarta amat memeritkan. Tragedi tsunami masih lagi segar di ingatan, gempa bumi menambahkan keperitan. Indonesia bagaikan tidak putus–putus dilanda bancana alam yang membawa kemusnahan.

Ziarah bergerak ke Yogyakarta di bulan Ramadhan Al-Mubarak bagi memaparkan keperitan yang dialami umat Islam di sini menjalani rukun Islam ketiga dalam keadaan serba kekurangan.

Ziarah turut memperlihatkan kesedihan yang melanda bumi Yogyakarta yang kehilangan 5,782 penghuninya dan tragedi gempa bumi tersebut. Seramai 36,299 warga Yogyakrta tercedera dan lebih 600,000 mangsa kehilangan tempat tinggal.

Kemurungan dan kesedihan dapat dirasakan di setiap wajah mangsa gempa bumi yang bakal menyambut kehadiran Syawal tanpa sebilangan besar ahli keluarga mereka.

Gempa bumi sama sekali meranapkan sebilangan besar sumber ekonomi mereka, meninggalkan warganya terkapai–kapai serta terpaksa menyambut Ramadhan Al-Mubarak serta Syawal yang bakal tiba dengan persediaan ala kadar.

Ziarah turut menumpang sama merasai penderitaan mereka. Tinggal sebumbung dan berbuka puasa bersama mangsa antara yang termampu Ziarah lakukan dalam menghayati penderitaan mereka.

nota sultanmuzaffar : Indonesia menangis lagi. Bala apa yang menimpa setelah bumi Acheh digulung bencana tsunami, kini Yogyakarta pula digegar bencana gempa bumi. Indonesia masih menangis. Anak-anak hilang sekolah, ibu hilang dapur, bapa hilang kantor, semuanya ranap sama sekali. Episod Ziarah ke 19 membawa penonton ke daerah Bantul, daerah yang paling kuat menerima kesan gegaran. Kini kebanyakan penduduk Bantul masih tinggal di bawah khemah.

Penderitaan kanak-kanak kecil bernama Anis sungguh mengharukan. Melihat ibunya mati di hadapan matanya menjadi igauan buruk untuknya. Semoga Anis akan terus tabah dalam mengharungi kehidupan sukarnya untuk mendaki masa depan yang lebih gemilang.

Jika ada sesiapa yang sedar, saya lebih menggemari mengulas episod sedih Ziarah. Dari episod Lubnan hinggalah episod Yogyakarta. Episod yang mampu mengundang air mata, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan kanak-kanak. Tidak sukar untuk mempercayai kerana itulah saya lebih menggemari Akademi Fantasia. Ziarah sebuah program yang saya fikir mampu memahat emosi terutama pada episod-episod duka menggambarkan kesengsaraan penduduk Islam sekitar kita. Yogyakarta memberikan kesan emosi yang bukan sedikit kerana ianya berlaku hanya di seberang kita. Saudara kita. Satu perkara lagi yang membuatkan saya menyukai Ziarah adalah skrip voice-over yang dikarang dengan teliti agar ia memberikan kesan emosi apabila visual dan teks disatukan untuk ditonton. Memang saya suka sangat dengan skrip tersebut.

Lewat malam, episod terakhir Seputeh Qaseh Ramadhan pula ditayangkan. Sebuah lagi kisah duka masyarakat yang divisualkan dalam drama bersiri tersebut. Dibarisi pelakon-pelakon yang mantap dan bernama besar seperti Arash Mohamed, Eja, Fahrin Ahmad, Ifa Raziah, Khencana Dewi dan beberapa lagi telah memaku saya di depan TV setiap hari Selasa hingga Khamis. Saya tabik dengan penulis lakon layar drama bersiri ini kerana pada saya setiap watak telah diberikan keadilan untuk hidup dalam hati saya. Setiap watak diberikan warna indah yang sukar digambarkan. Terlalu indah. Setiap watak ada sisi baik dan ada sisi jahat. Arash Mohamed contohnya terlalu dayus tetapi masih menyayangi bekas isterinya dan cuba untuk berbuat baik walaupun di penghujung episod beliau menceraikan isterinya. Fahrin Ahmad seorang peguam pada mulanya menyuntik elemen jenaka dengan kegigihannya untuk memikat Qaseh dan wataknya berkembang menjadi penyelamat Qaseh yang menjadi penuh emosi. Ibu mertua Qaseh, Umi yang begitu zalim punya elemen komedi apabila berhadapan dengan menantunya Ifa Raziah yang amat bimbo. Itu lah keindahan perwatakan yang telah digarap dalam Seputeh Qaseh Ramadhan. Kalau ada buat VCD, sudah pasti saya beli.

Satu adegan yang paling menyayat hati, apabila di saat kematian Qaseh beliau masih mahu merasai nikmat menyuap makanan ke mulut anak-anaknya. Antara tiga anak-anaknya, Along yang paling tidak pandai berlakon. Seri anak paling bongsu hebat dalam drama ini. Angah berada di pertengahan.

Banyak juga yang saya terbaca komen di forum tentang drama ini. Kata mereka drama ini tidak logik. Anggap saya ia sebagai satu hiburan. Tidak ada yang tidak logik dalam hiburan. Konsep kamera dalam drama ini lebih mementingkan close-up. Solekan yang tebal amat perlu untuk mencantikkan visual. Konsep yang sama banyak digunakan dalam telenovela Indonesia seperti Hikmah. Ekspresi wajah pelakon dapat dilihat dengan jelas dan saya harus mengakui emosi mereka sampai. Yang saya dapat lihat, antara pelakon yang telah menangis dengan betul tanpa penggunaan Eye-Mo ialah Khencana Dewi, Angah dan Seri. Itu antara yang saya yakin telah menangis dengan betul. Arash, Fahrin, Along dan Eja masih boleh dipertikaikan.

Image Hosted by ImageShack.us

Episod 20 (Indonesia: Yogyakarta)

Sebelum berlakunya tragedi gempa bumi Mei 2006 yang mengorbankan 5,782 rakyat Yogyakarta, bandar tersebut dalam persiapan untuk dijadikan pusat perlancongan utama Indonesia.

Terkenal dengan pelbagai jenis tarikan pelancong seperti kebudayaan, seni bina dan candi, gempa bumi hanya mencacatkan sedikit tempat perlancongan di sini.

Ziarah meneruskan pengembaraan di Yogyakarta, bagi menjejaki kesan kemusnahan di Klaten yang kini menjadi parut di bumi ini. Turut menjadi perhatian, mangsa gempa bumi yang terpaksa berhempas pulas mencari sesuap nasi bagi meneruskan hidup.

Hanya kegiatan perlancongan sahaja yang mampu mengembalikan bandar ini ke asalnya serta mengurangkan beban yang dialami mangsa gempa bumi di sini.

Ziarah turut melawat beberapa tempat perlancongan di sini seperti Water Palace dan Kraton’s Main Pavilion serta mendekati Gunung Merapi yang hanya aman selama 14 tahun sebelum berlaku letusan pada tahun 2006.

Ziarah turut tidak melepaskan peluang untuk melihat pembangunan yang sedang dilakukan di sini serta kesan bantuan masyarakat antarabangsa yang mencurah–curah diterima Indonesia selepas berlakunya tragedi gempa bumi 2006.

Dapatkan Nada Dering Pemanggil! Hanya di METAMOBILE

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Ziarah
Episod 18 (Kyrgyzstan: Bishkek)

Image Hosted by ImageShack.us

Di Kyrgyzstan, lokasi kami di Bishkek. Ia merupakan ibu kota negeri yang mempunyai kepadatan penduduk lebih dua juta orang.

Sesampai kami di sini, kami melawat bangunan yang menjadi mercu tanda bandar Bishkek seperti Dataran Manas, dan pentadbiran Gabenor.

Kami berkunjung ke sebuah masjid iaitu ‘Central Mosque of Bishkek’ di mana ia menempatkan masjid tertua yang berusia lebih 100 tahun.

Oleh kerana bangunan lama tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ramai, pentadbiran masjid memutuskan untuk membima bangunan baru yang telah siap pada tahun 1995.

Beberapa jam kemudian, kami singgah ke sebuah bazaar di Bishkek. Ini merupakan lokasi terakhir kami untuk berada di bumi Kyrgyzstan.

nota sultanmuzaffar : Jangan Raya Tanpa RIA akan jadi Tak Raya Tanpa RIA !

Dapatkan Nada Dering Pemanggil! Hanya di METAMOBILE

Entri oleh sultanmuzaffar 18 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 17 (Kazakhstan: Taraz)

Image Hosted by ImageShack.us

Di Taraz, kami singgah ke Bazar, sebuah pasar di pekan Taraz. Selepas solat Asar di sebuah masjid, kami bernasib baik kerana dapat bertemu dengan seorang usahawan produk makanan halal – daging dan ayam.

Beliau pernah memenangi anugerah tempat pertama dalam pertandingan bertaraf dunia yang diadakan di Kuala Lumpur, dalam menyediakan produk makanan daging halal.

Keesokkan harinya, kami singgah ke Madrasah Nur of Islam, sebuah madrasah kecil yang terdapat di daerah Taraz. Kami mendapati mereka mengadakan aktiviti kelas membaca al-Quran, sejarah kedatangan Islam, dan tafsir al-Quran. Kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada golongan remaja dan warga tua.

Apa yang menarik, usaha menubuhkan madrasah ini diusahakan hasil titik peluh Uztaz Zainaltullah, tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Usaha ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Selepas itu, kami terus menziarahi ke sebuah rumah peladang, tidak jauh dari madrasah tersebut. Mereka hidup dengan aman dan bahagia di samping penjagaan binatang ternakan seperti kuda, lembu dan kambing biri-biri.

Image Hosted by ImageShack.us

Ada orang complaint pasal saya tak letak gambar. Entah gambar apa saya letak pun saya tak tahu.

nota sultanmuzaffar : Semalam ada rakaman Anita Raya di Astro. Sampai jam 12 tengah malam melayan wartawan yang hadir. Ada seseorang yang memberi amaran, "jika kau blog aku akan pastikan blog ko mati !" Itu amaran dia. Sedikit pun saya tidak gentar kerana dia bukan Tuhan yang boleh mematikan apa-apa. Petang ini suasana lebih aman di Majlis Berbuka Puasa Media bersama ArtistesUnited. Makan dengan aman dan pulang dengan aman. Kadang-kadang saya simpati dengan kawan-kawan saya yang menjadi mangsa syarat-syarat sang paranoid. Teringat saya kepada Ridwan, suami kepada Seputeh Qaseh yang disiarkan di TV3. Sudah hampir ke penghujung drama bersiri itu, Seputeh Qaseh Ramadhan. Sempat singgah ke Star Hill untuk jalan-jalan tengok-tengok. Nak singgah ke Louis Vuitton tak berani nak tanya harga. Belum cukup syarat orang kata. Hanya berani menjejakkan kaki ke Raoul. Dapatkan satu tali leher untuk satu majlis yang akan berlangsung pada Hari Raya Kelima. Lepas raya memang kena kerja lebih sikit pasal bulan November perlu bercuti. Rakan sekerja saya ada yang sudah menempah untuk cuti bulan Disember. Cover-mengcover ini memang perkara biasa. Esok tiada apa-apa melainkan perbincangan untuk Puteri Gunung Ledang The Musical : Esplanade Experience. Mungkin ramai yang telah mengetahui tentang tagline Raya Astro tahun ini iaitu Jangan Raya Tanpa RIA. Saya perlu memastikan technician Astro sampai ke rumah di kampung sebelum menjelang raya, kalau tidak tagline raya saya tahun ini menjadi Tak Raya Tanpa RIA.

Image Hosted by ImageShack.us

Diddy & Yanie : Saling Terpesona

Image Hosted by ImageShack.us

Zaman groupie saya sudah berlalu...My new Guardian of Angel ! ahahahaha

Beberapa hari yang lepas saya telah ke Utusan Studio untuk menyaksikan sendiri proses rakaman untuk lagu terbaru Yanie. Itu hanya rakaman demo. Dari jam 11 malam hingga 2 pagi. Mata pun dah tak boleh tahan dah. Kena juga balik. Lagipun hari Isnin adalah hari bekerja.

Kata Aidit Alfian, jangan serik untuk datang lagi. Memang ada sikit serik untuk datang lagi kerana saya memang tidak suka menunggu. Saya mahu sesuatu yang cepat. Saya memang tidak suka sesuatu yang lambat. Lebih-lebih lagi orang yang tidak tahu menghargai masa dan suka tidak tepati janji. Memang pantang paling utama ! Proses rakaman ambil masa yang agak lama lebih-lebih lagi untuk seorang penyanyi yang masih baru seperti Yanie. Saya pernah terbaca, Siti Nurhaliza rakam lagu dalam masa satu jam saja. Ning Baizura catat masa terpantas dengan hanya 45 minit.

Kalau sebelum ini saya pernah ke lokasi pengambaran drama. Pun sama juga. Cut sana, cut sini. Angle sana, angle sini. Zoom sana, tight shot sini. Memang ambil masa yang amat lama. Lebih-lebih lagi untuk yang menunggu. Itu baru drama, belum lagi filem.

Walaupun ada terdetik sedikit serik, tapi saya belum puas. Saya mahu mengetahui lebih lanjut dan lebih terperinci. Untuk pengetahuan, apa salahnya. Mungkin sebab itulah saya lebih menyukai sesuatu hiburan yang live/secara langsung. Teater lebih secara langsung. Konsert juga secara langsung. Kerja-kerja tidak secara langsung agak memakan masa yang lama seperti rakaman program, rakaman album, pengambaran drama/filem.

Saya lebih menghargai kerja secara langsung seperti teater dan konsert kerana lebih jujur dan tidak ditipu dengan kerja-kerja komputer atau suntingan.

Saya masih ingat lagi beberapa entri saya sebelum ini yang pernah menulis tentang bagaimana tekadnya saya untuk menjadikan blog ini sebagai batu loncatan untuk melangkah ke dalam industri hiburan tempatan. Saya tidak kata semuanya telah tercapai kerana masih banyak lagi yang perlu ditimba. Siapa sangka ? Saya sendiri tidak menyangka bagaimana sebuah blog mampu mengubah hidup seseorang. Hampir 5 tahun lalu, saya dan Nizam Zakaria sama-sama membina sebuah blog pada masa yang hampir sama. Kejap benar masa berlalu. Kini, masing-masing mula membina kerjaya baru yang telah dikukuhkan dengan adanya portfolio sebuah blog untuk dijaja.

Selama tiga tahun saya melihat Akademi Fantasia dari luar, tahun keempat saya melihat Akademi Fantasia dari dalam. Ramai di luar sana yang mengimpikan untuk berada di tempat saya. Ya, saya tahu. Memang ada. Perspektif baru ini tentunya memberikan persepsi yang berbeza dari sebelumnya. Tiga tahun saya menjadi pengulas setia, tahun ini apabila dikritik pasti sedikit terasa. Tapi itu asam garam hidup.

Kini setelah mengetahui bagaimana sukarnya untuk merakamkan sebuah album. Kepayahannya hanya mereka sahaja yang tahu. Tentu persepsi saya juga berubah terhadapnya. Apatah lagi untuk memasarkannya dan memberikannya nyawa untuk terus hidup dan berada di rak-rak jualan. Pengalaman menghadapi kesukaran melancarkan album telah saya rasai sewaktu terlibat dalam Nikki : Glass House Project.

Teater ? Pernah juga merasai bagaimana berlakon depan khalayak penonton. Kini lebih selesa melakukan kerja yang saya memang arif iaitu merekabentuk laman web. Biarkan kerja-kerja lakonan, pelakon yang arif lakukan.

Saya serik ? Ya ! Serik tapi Belum Puas ! Ilmu perlu terus dikejar. Saya tidak gentar walaupun ada yang memberi amaran.

Yang masih hutang entri tentang The Mawi's

Dapatkan Nada Dering Pemanggil! Hanya di METAMOBILE

Entri oleh sultanmuzaffar 16 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 16 (Kazakhstan: Syhmkent)

Image Hosted by ImageShack.us

Di bandar Syhmkent, kami solat Jumaat di Masjid Haji Daud Shaginbai. Ia merupakan sebuah masjid yang tertua di bandar Syhmkent berusia lebih 100 tahun.

Kami cuba merakamkan visual masjid tertua dan menemuramah imam masjid tersebut, malangnya terdapat halangan dari pihak jawatankuasa masjid.

Oleh kerana semangat persaudaraan sesama Islam masih jitu di kalangan jemaah, mereka sudi ditemuramah dan pertemuan itu diaturkan di sebuah rumah tidak jauh dari kawasan masjid.

Antara persoalan yang diajukan adalah mengenai perkembangan Islam di Kazakhstan, masa depan kehidupan umat Islam dan harapan suara hati yang mewakili umat Islam di Syhmkent untuk menghidupkan kembali syiar Islam pada masa akan datang.

Dalam perjalanan ke Taraz, kami singgah ke Makam Aisha Bibi. Tidak jauh dari situ, terdapat juga Makam Karakhanda. Kedua-dua makam ini saling berkaitan antara satu sama lain, berkisarkan mengenai sebuah cinta agung yang suci.

nota sultanmuzaffar : Bila rakan sekolah lama bertemu, pasti banyak cerita yang dikongsi bersama. Dari cerita-cerita sekolah hinggalah ke cerita-cerita terkini. Semalam saya pergi berbuka puasa bersama hampir 20 orang rakan-rakan satu asrama sekolah menengah saya dulu. Bukannya makan yang dipentingkan sangat tetapi peluang untuk bertemu setahun sekali. Macam saya sentiasa sibuk dengan kerja, ada pula yang sibuk dengan kerja dan keluarga tidak kurang juga yang masih sibuk membuka cawangan baru. Majlis malam itu dianjurkan oleh Nizam. Bila dah tua-tua ni baru dia nak jadi belia yang suka anjur benda-benda mulia lagi makmur macam semalam. Masa zaman muda-muda dulu, dia lah yang paling pelesit sekali. Yang bestnya, budak-budak yang masa zaman muda-muda dulu belia yang teramat, kini menjadi antara yang paling malas nak anjur benda-benda macam ni. Nak buat macam mana, ada yang kerja doktor, pengurus sana, pengurus sini dan macam-macam lagi. Ada yang pertama kali kami berjumpa setelah 20 tahun tidak bertemu. Memang sukar untuk mengecam wajah masing-masing. Ada yang ingat nama, tidak ingat muka dan sebaliknya. Yang dulu bertudung, sekarang tidak, yang dulu tidak, sekarang bertudung. Macam-macam...

Bila dah ramai berkumpul ramai-ramai, segala macam cerita yang diulang kembali. Walaupun ada di antara cerita-cerita itu yang mahu saja dilupakan tetapi semalam diperingatkan kembali. Tak reunion lah namanya kalau tak cerita tentang nostalgia-nostalgia dulu. Dari cerita main mercun serang asrama puteri, kena rotan warden asrama, tengok filem xxx, berebut girlfriend, hantu asrama, keluar "menyalah" atau keluar tanpa kebenaran dari asrama, panjat pagar keluar tengok konsert rock, senior pukul junior, junior pukul senior, serta beberapa aktiviti yang tidak wajar disebut di sini. Tapi yang paling melucukan ialah bila ada di antara kami yang bengang dengan warden asrama kita akan membalas dendam dengan meraba anak perempuan warden asrama. Memang lucu bila diingat-ingat kembali. Itulah nostalgia zaman sekolah asrama yang memang melucukan. Cerita yang kalau diulang beberapa kali pun tidak akan menjemukan. Hilai ketawanya masih panjang...

Sekitar zaman 1987-1990 memang zaman buta IT. Kalau ada pun tak semua sekolah yang ada kemudahan tersebut. Tapi memang dari dulu saya minat bab-bab komputer, maka mereka akan tiru jawapan-jawapan peperiksaan komputer. Saya masih tergolong dalam mangsa rat race dan yang meniru sudah ada yang jadi doktor. Sekarang tengah buat master pasal kerajaan cakap kalau nak naik gaji kena buat master. Sekarang ni pasti doktor tu akan jadi doktor panel untuk kami dapatkan MC murah.

Dilihat dari fizikal, semuanya sudah mengembang 50% dari bentuk asal hampir 20 tahun dahulu. Kecuali seorang dan seorang itu ialah saya ! Makin kurus kata mereka. Entahlah ! Saya rasa sama saja. Kita patut melakukannya lebih kerap lagi. Cuma ada beberapa hari Dr.Azam kena on-call. Kena cari hari lain.

Yang hadir malam itu ialah Nizam, pelesit yang jadi penganjur, Aminurasyid yang kalau buka cermin tak akan nampak bola, Sirajuddin aka Lobo paling cemerlang sehingga ditendang, Ardi aka Mentol pasal hidung dia besar, Hakim, playa sekerat jalan, Nasir buat aeronautical engineering tapi tak kerja bidang tu, Amirul Ezam aka Buntat dulu gemuk sekarang kurus, Nadzrul Hidzam aka Mat Tempur pasal duduk di Sungai Besi, Azlin budak satu kelas dengan saya, Sam yang saya tidak sedar kewujudannya di sekolah itu dan beberapa orang junior yang turut serta.

Selesai di Mid Valley, berpindah ke Mamak Teh Tarik ! Gelak ketawa makin panjang...

Selepas semua beredar pulang, saya tidak terus pulang kerana saya perlu singgah sebentar di Utusan Studio untuk melihat sendiri rakaman demo untuk lagu terbaru Yanie sebagai memenuhi jemputan Mr. Manager. Bertemu dengan beberapa muka baru yang selama ini hanya saya kenal menerusi skrin televisyen, dada akhbar atau helaian majalah. Saya akan tulis lebih lanjut tentang aktiviti ini di entri esok. Hilai ketawa saya makin panjang...

Mawi vs Wartawan Hiburan
Satu dunia sedang berbicara tentang kemelut emosi yang melanda Mawi dan Wartawan Hiburan tempatan. Mana-mana saya terbaca tentangnya termasuklah melalui blog Maman. Adakah saya perlu bersuara walaupun menyedari berjuta mata sedang merenung tajam ke arah saya, berjuta mata pedang sedang menanti di leher saya ? Saya tertarik untuk memberikan sepotong kata dari jauh buat Mawi walaupun tahu yang dia bukannya baca apa yang saya tulis pun. Mawi, jika anda mahu membersihkan tong najis, jangan masuk ke dalam tong najis tersebut untuk membersihkannya dari dalam. Bersihkannya dari luar. Untuk wartawan pula : Kawan-kawan, anda bukannya Tuhan yang boleh mengubah/menambah/menidakkan rezeki yang telah dikurniakan. Ingat tanggungjawab anda dan jangan sesekali memesongkan niat anda. Untuk saya : Muzaffar, buat saja kerja yang telah diamanahkan dan yang anda suka lakukan. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan... Biarkan... Biarkan...

Dapatkan Nada Dering Pemanggil! Hanya di METAMOBILE

Entri oleh sultanmuzaffar 14 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 15 (Kazakhstan: Syhmkent)

Image Hosted by ImageShack.us

Syhmkent, adalah ibu kota ketiga terbesar di Kazakhstan, selepas Almaty dan Astana. Dengan kepadatan penduduk melebihi satu juta orang, majoriti daripada mereka adalah beragama Islam.

Kesibukan suasana di Syhmkent dari pagi hingga ke lewat malam menghangatkan lagi suasana dengan gelagat anak-anak muda berpelesaran di pusat-pusat hiburan. Malah, ada di kalangan mereka menyambut kehadiran kami dengan ramah.

Di daerah Turkistan, terdapat sebuah makam dikenali sebagai Makam Khodja Ahmed Yassavi. Ia adalah sebuah makam seorang ahli Sufi, di mana dia menyebarkan karya-karya puisi berunsur kecintaan kepada ketuhanan, dan sesama manusia.

Tidak jauh dari makam tersebut, kami menziarahi sebuah rumah yang didiami oleh seorang warga emas.

nota sultanmuzaffar : Rasa diri terlalu kecil apabila berada di hadapan semua pencinta-pencinta filem dan drama tanahair. Mereka berbicara dari satu topik ke satu topik tentang drama dan filem tidak henti-henti. Rasanya lebih senang duduk semeja dengan khalayak filem atau drama yang masih belum mengecap apa erti populariti. Mereka lebih senang didekati. Mereka boleh dikategorikan sebagai berbakat tetapi belum popular atau pun berbakat tetapi tidak popular. Mujur lah bukannya popular tetapi tidak berbakat. Adakalanya menjadi lebih seronok apabila mengingati yang kita pernah berada di lokasi pengambaran untuk drama mereka yang pertama dan hari ini mereka bercerita tentang drama-drama yang telah mereka siapkan. Menjadi lebih manis bila kita menjadi saksi entri pertama blog yang pernah dibina dan hari ini kita menyaksikan kita sama-sama berbicara tentang projek skrip drama dan filem untuk masa akan datang. Inikah yang dimaksudkan kejayaan ? Belum. Ini baru sekadar mimpi. Walaupun dalam mimpi itu kita akan hanya menemui kebahagian.

Dapatkan Nada Dering Pemanggil! Hanya di METAMOBILE

Entri oleh sultanmuzaffar 13 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 14 (Uzbekistan: Bukhara)

Image Hosted by ImageShack.us

Di pertengahan Samarkand ke Bukhara, terdapat juga sebuah makam yang dipercayai Makam Nabi Daud, terletak sejauh 40 km dari Samarkand.

Kami terpaksa merentasi kawasan pergunungan untuk sampai ke puncak dengan menunggang kuda. Menurut maklumat dari penduduk, di situlah Nabi Daud disemadikan yang tertutup dengan celah batu di dalam sebuah gua.

Di Bukhara, kami berpeluang melihat seni bina Islam yang menempatkan empat Bakar, iaitu ‘Chor Bakr’. Ia adalah sebuah makam bagi empat Bakar, sekumpulan pendakwah dipercayai dari keturunan Nabi Muhammad s.a.w, yang menjadikan Bukhara sebagai tempat pendakwahan dan penyebaran agama Islam.

nota sultanmuzaffar : Sekali lagi saya keluar berbuka puasa di luar. Saya tidak sempat menonton Ziarah. Cuma sempat menonton Seputih Qaseh Ramadhan. Kali ini memenuhi undangan The Red Kebaya. Filem ini akan mula ditayangkan pada 23 November ini. Saya tergamam sebentar dengan reaksi yang ditunjukkan oleh para pelakon, tenaga produksi, pengarah filem itu sendiri terhadap bahan di blog saya. Saya kehilangan kata-kata. Lebih kelu bila duduk bersebelahan dan berbual bersama Samantha Shubert dan Kate James (penyunting untuk PGL versi filem)!! Apa yang berlaku di sana biarlah mereka yang hadir sahaja yang tahu. Ramai juga kawan-kawan saya yang ada sama dan duduk semeja bersama. Antaranya Isma Yusoff, Nizam Zakaria, Malique, Kash Ed, Muid Latif, TVSmith, Suanie dan beberapa rakan media yang saya kenali sebelum ini. Disambut oleh Sandra Sodhy yang bertindak sebagai publicist pada malam itu. Beliau saya kenali melalui Mat Gelap dan teater Hip Hopera. Saya beli soundtrack teater tersebut kerana saya amat suka dengan teater (lagunya juga) itu. Afdlin Shauki pun berlakon dalam teater tu. Zaman Afdlin kurus lagi. hahaha.

Malam tadi sahaja saya terima dua undangan. Saya harus buat keputusan. Antara The Red Kebaya dan Cicakman. Saya memilih The Red Kebaya. Sebuah filem Malaysia yang berbahasa Inggeris hampir keseluruhan perjalanan ceritanya dan diarahkan oleh seorang Mat Salleh. Tidak banyak yang boleh saya perkatakan. Tunggu saja pada 14 November ini bila tayangan media diadakan. Saya juga mahu ke Gala Premiere itu pun jika saya masih belum terbang ke Singapura untuk Puteri Gunung Ledang The Musical : Esplanade Experience. (YES !! Dah siap !)

Kenapa saya ternanti-nantikan filem ini ? Pertama Ramli Hassan. Kedua Vanida Imran. Kedua-duanya merupakan pelakon teater yang dikagumi. Ramli saya tonton dalam Rashomon dan Rubiah. Vanida Imran melalui filem Perempuan Melayu Terakhir, teater Anugerah, pelbagai versi teater Lantai T.Pinkie. Saya mahu melihat Vanida Imran kembali ke dunia lakonan filem yang benar-benar memukau. Selepas PMT, Vanida seakan hilang punca dalam lakonan filem. Saya berharap benar kalau-kalau TRK dapat menyinarkan kembali Vanida Imran.

Sebelum ke majlis tersebut, saya sempat singgah di KLCC. Buat pertama kalinya saya mahu menjadi BadrulAfterSix. Saya mahu merasai sendiri bagaimana nikmatnya membeli-belah di Raoul. Saya pernah menjejakkan kaki sekali ke Raoul, sekadar menjadi penonton. Tadi saya beli sehelai. Harganya memang menakutkan. Itulah sekali sahaja kerana saya singgah sebentar di Raoul hanya sekadar ingin merasa nikmatnya bukan untuk menjadikannya tabiat. Sehelai baju kalau harganya lebih dari RM199 memang saya dah rasa amat mahal. Saya memang berkira orangnya. Lebih-lebih lagi untuk diri sendiri. hahaha

Singgah pula di Outlet Nokia. Saya memang menghadapi masalah besar dengan memori telefon bimbit saya. Saya perlu menaiktarafkan memori telefon bimbit itu. Saya beli 1GB. Selesai majlis The Red Kebaya, saya hantar Nizam di KLCC. Singgap minum di KLCC. Aduuuh...cerita sama yang diulang lagi dan amat membosankan. Saya hanya mampu tersenyum kerana saya sendiri tidak pasti bilakah ia akan berakhir. Kalau tidak berakhir sekalipun, saya sudah melangkahkan dua-dua belah kaki saya di sini. Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan...biarkan...biarkan...

Sebelum terlupa, jangan betulkan monitor anda kerana memang ada masalah dengan domain name untuk hosting saya. Kerana kesibukan yang terlampau, saya terlupa untuk memperbaharui servis tersebut. Mujur sekadar digantung. Tadi sudah buat pembayaran melalui Maybank2U, InsyaAllah menjelang pagi pasti akan kembali normal. (Updated : Masalah domain belum diselesaikan)

Satu malam untuk meraikan diri sendiri. Alhamdulillah.

Entri oleh sultanmuzaffar 11 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 13 (Uzbekistan: Samarkand)

Image Hosted by ImageShack.us

Selain itu, kami tidak melepaskan peluang melawat ke tempat-tempat sejarah Islam, yang banyak terdapat di sini. Kesenian dan keaslian bangunan Islam di sini jelas menunjukkan mereka amat menghargai nilai-nilai sejarah seni bina Islam yang berabad lama.

Di Samarkand, kami berkunjung ‘Ulughbek and His Observatory’ di mana tersimpannya penemuan dan penciptaan sains dan astronomi Islam.

Makam Imam Al-Bukhari, tempat yang menyimpan kenangan manis buat kami kerana kami satu-satunya media Malaysia yang berjaya masuk ke makam itu yang sebelum ini menjadi larangan kepada semua pihak.

Makam Shahizinda, dikenali sebagai ‘A Living King’ menempatkan 11 makam termasuk makam Kussam ibn Abbas, yang dibina sejak kurun ke 14.

nota sultanmuzaffar : Akan dikemaskinikan. Aktiviti luar rumah kerana menonton Devil Wears Prada. Sebuah filem yang santai untuk saya melihat industri fesyen secara lebih dalam. Tidak banyak bezanya dengan industri hiburan. Sesiapa yang masuk dalam industri tersebut jika tidak kena gayanya, pasti hanyut dengan glamor. Jika tahu merancang diri sendiri serta tahu batas-batasnya pasti tidak sesat dalam kerlipan bintang. Bercakap tentang sesat, dua hari lepas hari sewaktu ruang udara Kuala Lumpur dilanda jerebu, bukan tersesat jalan cuma terlepas satu simpang yang terakhir untuk ke Astro. Akibatnya saya terpaksa membuat pusingan di UPM. Jauh benar tersasarnya. Mujur hari bercuti untuk Selangor maka jalan tidak sesak.

Sejak beberapa minggu yang lepas saya telah dilanda satu penyakit. Agak memudaratkan jika penyakit ini tidak dirawat segera. Saya suka berangan-angan. Tidak kira waktu. Masa memandu, sebelum tidur, semasa bekerja dan sekarang pun saya berangan. Orang kata angan-angan itu baik untuk meningkatkan motivasi. Angan-angan akan menyebabkan kita terus gigih berusaha untuk memastikan angan-angan itu menjadi kenyataan.

Apa yang ingin dibuat sekiranya saya dapat wang tunai RM20 juta ringgit. Pelbagai perancangan yang ada dalam kepala saya. Semuanya boleh diulang sekiranya saya menyambung angan-angan itu keesokkan harinya. Kalaulah ia menjadi kenyataan...

Entri oleh sultanmuzaffar 10 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 12 (Uzbekistan: Tashkent)

Image Hosted by ImageShack.us

Uzbekistan bebas daripada jajahan Rusia dan mendapat kemerdekaan pada 1 September 1991. Antara tumpuan ekonomi utama mereka adalah industri kapas dan petroleum.

Tashkent, sebuah ibu kota negara yang dikenali sebagai bandar pusat perniagaan utama di rantau Asia Tengah. Dengan kepadatan penduduk melebihi 27 juta orang, majoritinya beragama Islam.

Di Tashkent, kami berkunjung ke Muzium Amir Temur. Amir Temur adalah seorang negarawan dan pemimpin dalam ketenteraan, dalam meluaskan empayarnya dari Laut Mediterinan hingga ke Tembok Besar China.

Sepanjang pemerintahan Amir Temur, terdapat golongan pemikir yang hidup sebagai saintis dan pemerintah seperti Maverannankhr Mirzo Ulugbek, dan pemerintah Khorasan Hussein Baykara.

Kami juga sempat berkunjung ke Bazar Tashkent, sebuah pasar yang menjual barang-barang perniagaan seperti karpet, pakaian dan cenderamata.

nota sultanmuzaffar : Wow ! Google telah membeli YouTube dengan nilai US$1.65 billion. Perrghh ! Satu perkembangan menarik untuk teknologi "new media" dunia. Perkhidmatan video yang diberikan secara percuma seakan-akan saingan perkhidmatan berbayar teknologi "new media" yang berbayar seperti 3G. Ini menjadikan perancangan untuk "new media" yang saya sedang kemukakan boleh berubah dalam sekelip mata. Tidak pasti sama ada ianya akan diterima atau pun tidak. Agak sukar untuk menjana pendapatan sekiranya menggunakan perkhidmatan percuma seperti YouTube. Kemampuan menarik pengiklan juga masih boleh dipertikaikan memandangkan perkhidmatan seperti ini masih agak baru di Malaysia. Satu model baru perlu dirancang secepat mungkin. Sudah sampai masanya penonton di Malaysia menyediakan bahan untuk tontonan mereka sendiri. Apakah penonton Malaysia sudah bersedia ?

Satu perkara yang menarik minat saya tentang perkembangan menarik ini ialah umur YouTube yang baru setahun jagung. Bayangkan dalam usia yang masih mentah sejak ditubuhkan pada Februari 2005 ia kini sudah menjadi milik Google yang semakin gah berdiri setanding dengan Yahoo!. Bukankah itu menyuntik semangat juang saya untuk berusaha lebih gigih dalam usia yang masih tidak cukup bulan di sini ? Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku...

Eh ! Yahoo! nak beli apa pula ? Google ada Blogger, Picasa, GoogleEarth dan Gmail. Tiada siapa-siapa yang ingin beli Amazon atau Ebay ke ? Apa agaknya nama yang akan digunakan bila penggabungan ini berlaku ? GoogleTube ? YoogleGube ? :)

Entri oleh sultanmuzaffar 09 October 2006 0 komen

Ziarah
Episod 11 (Lebanon: Hamra)

Image Hosted by ImageShack.us

Peperangan bukan sekadar kemusnahan, kehancuran atau kematian. Perkara yang lebih manakutkan adalah trauma yang dihadapi oleh mangsa peperangan terutamanya bagi kanak–kanak yang bakal meneraju masa depan Lebanon.

Atas kesedaran yang timbul, Ziarah bergerak ke Hamra untuk melihat segala usaha yang dilakukan bagi menghadapi permasalahan ini. Nasma: Learning and Resource Centre menjadi persinggahan pertama Ziarah.

Berfungsi sebagai pusat penjagaan kabajikan kanak–kanak, Nasma yang dikendalikan oleh Dr Najla Bacchour, bertanggungjawab untuk mencari penyelesaian memulihkan kanak–kanak Lebanon daripada trauma. Nasma juga turut menjadi pusat pengedaran bantuan untuk pelarian di sekitar Hamra.

Ziarah turut melawat Sekolah Al Huda, kem pelarian sementara yang menerima bantuan daripada Nasma. Di sini jelas kelihatan trauma yang menghantui kanak–kanak Lebanon di sini.

Dari pandangan mata kasar dapat dilihat wajah kanak–kanak di sini ceria belaka. Namun di sebaliknya, terselindung duka yang lara dan dendam yang membara. Perasaan mereka disalurkan melalui lukisan yang penuh dendam. Peperangan sudah mengubah keperibadian mereka. Pergaduhan boleh dilihat merata–rata.

Antara yang menjadi perhatian Ziarah adalah Ibrahim. Kanak–kanak yang berusia 11 tahun ini menyalurkan dendam di hatinya melalui beberapa lukisan. Antaranya lukisan Condolezza Rice berbadan ular yang hanya menanti diri untuk dibaham oleh roh-roh mangsa peperangan. Cita–citanya yang ingin menjadi tentera Hizbullah turut memperlihatkan kedasyatan dendam di lubuk hatinya.

nota sultanmuzaffar : Ziarah berubah waktu siaran ke jam 7.00 malam selepas Azan Maghrib setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai hari ini hingga tamat bulan Ramadhan. Akan dikemaskinikan menjelang pagi Selasa kerana masalah biasa bulan Ramadhan. Berjual-beli di pasar juadah tanpa hati-hati pasti menimbulkan mudarat pada sistem penghadaman.

Berbalik kepada Ziarah, episod yang melibatkan trauma kanak-kanak pula disiarkan. Kalau hati tidak teguh, memang boleh mengalir air mata melihatkan kesengsaraan yang dihadapi oleh mereka. Berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kanak-kanak Lebanon bertekad mahu mengangkat senjata untuk menentang rejim Zionis, kanak-kanak Malaysia berazam mahu mengangkat meriam untuk menyambut Hari Raya. Hanya itu bezanya. Kanak-kanak Lebanon sendiri sudah menyimpan dendam kesumat demi menentang penjajah yang menakluk negara mereka. Dalam umur sekecil Ibrahim Habri, beliau sudah mengenali siapa itu Condoleezza Rice. Bagaimana kezaliman Condoleezza Rice sentiasa tersimpan dalam hatinya agar bila besar kelak beliau dapat menentang kezaliman tersebut. Saya hanya mengenali siapa dia George Shultz, James Baker, Warren Christopher, Madeline Albright, Collin Power dan terkini Condoleezza Rice. Mereka inilah yang bertanggungjawab terhadap segala kezaliman dan keganasan yang berlaku di dunia ini. Kanak-kanak mangsa perang ditinggalkan oleh mereka untuk meneruskan ziarah ke Uzbekistan, Tashkent.