Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 01 July 2006

Konsert 05 Akademi Fantasia 4 : Buktinya Hanya Ada Pada Saya
Kalau ikut pada populariti lagu, Konsert 05 sepatutnya menjadi antara konsert yang paling bagus. Siapa yang tidak kenal lagu Biarlah Rahsia, Biar Betul, Bila April, Sangkar Cinta, Serasi Bersama, Juwita Citra Yang Terindah dan Because Of You, ? Semuanya lagu yang masih popular dan pernah popular satu ketika dahulu. Melihat sesi latihan, ada semacam yang tidak kena. Mungkin saya tahu sebabnya, dan mungkin tidak. Mungkin juga buktinya hanya ada pada saya. Yang saya usung ke mana-mana.

Tidak ada satu pun yang benar-benar menangkap perhatian saya. Kalau ada pun mungkin Biarlah Rahsia dari Farhan. Saingan semakin getir. Personaliti pelajar semakin pudar. Melihat kepada kedudukan terkini, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. Saya memilih Salima, Haziq atau Lotter tersingkir pada minggu ini. Buktikan saya salah dengan menjalankan tanggungjawab anda.

Pertamanya peringatan kepada pembaca/peminat yang telah pun berjaya mendapat tiket-tiket masuk untuk menonton Konsert. Harap dapat datang antara jam 7.00-8.00 malam. Selepas 8.00 malam, saya akan berikan tiket-tiket tersebut kepada penonton yang hadir tanpa tiket yang setia menunggu di luar dewan. Saya terpaksa berbuat demikian, kerana tepat jam 8.00 malam saya sepatutnya memastikan kedudukan peratus di laman web telah dihentikan. Apabila menunggu terlalu lama di luar, saya tidak punya banyak masa untuk memastikan ia benar-benar terhenti dari disiarkan di laman web. Keduanya, saya tidak punya banyak masa untuk menjawab panggilan yang bertanyakan haluan ke Dewan Siviks. Ada ramai orang yang perlu dilayan untuk mengambil tiket-tiket mereka. So, please. Kita sama-sama saling memahami antara satu sama lain agar segalanya dapat berjalan dengan lebih lancar lagi di masa akan datang.

Konsert 05 semuanya serba tidak kena. Bukan sekadar kosmetik apa yang anda tonton di skrin televisyen atau pun menonton secara langsung di dewan, perkara yang sama juga berlaku di belakang tabir. Minggu ini banyak juga suara yang tinggi. Orang website pun kena juga. Bila orang website kena, orang teknikal website yang sedang bersenang-lenang di rumah terpaksalah kena juga.

Diddy - Biar Betul 75%
Saya puas hati dengan persembahan Diddy. Memang saya nampak Diddy berusaha gigih untuk memastikan persembahannya berjaya. Lagu yang sukar tetapi Diddy berjaya memberikan satu persembahan yang bertenaga. Saya kagum lihat Diddy menggunakan kekuatan vokal beliau untuk menyerlahkan lagi kredibiliti nyanyiannya. Diddy saya lihat masih fokus dalam pembelajarannya.

Lotter - Bila April 20%
Saya lihat Lotter tidak menggunakan kelebihannya. Sudah tiga minggu Lotter gagal untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundinya. Salah lagu ? Mungkin ada benarnya. Dengan lagu Azizah yang bukan pilihannya juga, tetapi mampu dibawakan dengan menghiburkan oleh Lotter. Diharapkan pada minggu akan datang, Lotter mendapat lagu yang lebih bersesuaian.

Salima - Because Of You 25%
Saya tidak begitu menumpukan perhatian kepada persembahan Salima. Saya lebih banyak keluar dari dewan.

Haziq - Juwita Citra Terindah 27%
Lagu sedap tetapi apabila terlalu taksub dengan satu-satu irama dan tidak berani membuka ruang-ruang baru dalam diri mereka. Kalau Haziq rasa beliau tidak sampai, kenapa tidak bertanya dengan para Tenaga Pengajar.

Amirul - Lagu Zaman 30%
Saya duduk dalam bilik. Baca komen kat blog. Semak Forum Cari baca tentang Mawi dan Ina.

Velvet - Sangkar Cinta 40%
Saya tahu lagu ini banyak pengulangan yang membosankan. Boring ! Kejutan untuk Velvet juga membosankan. Klip video untuk Velvet ada lah sedikit menghiburkan.

Faizal - Terharu 55%
Saya kembali ke dalam dewan. Nampak tercekik persembahan Faizal. Terharu sememangnya lagu yang benar-benar menguji vokal beliau.

Farhan - Biarlah Rahsia 60%
Lagu yang sedap tetapi persembahan Farhan tidak cukup menikam kalbu. Saya akui ia antara persembahan yang terbaik dalam Konsert tersebut tetapi masih belum mencapai standard yang saya inginkan.

Saya sengaja letak rating untuk persembahan minggu ini. Agar yang lain kedudukan standard yang saya letakkan untuk mereka. Lagipun minggu ini Cikgu Ajai bagi peratus markah untuk mereka.

Masa ini sudah kecoh dalam bilik kawalan tentang berita kematian bapa kepada Mawi. Banyak yang perlu ditukar. Maklumat dalam website juga terpaksa ditambah. Skrip Aznil juga terpaksa diubah. Dalam keadaan kelam-kabut, ada suara-suara yang bertanyakan nama penuh arwah. Dah jadi Jabatan Pendaftaran pulak ! Yang aircond pun jadi panas !

Penyingkiran
Berita penyingkiran Salima jadi berita nombor tiga. Berita pertama ialah berita putusnya pertunangan Mawi, berita kedua ialah berita kematian bapa Mawi. Baru masuk keputusan penyingkiran Salima. Tidak begitu banyak mengubah apa-apa. Tetapi saya sering mengingatkan diri saya, jika Tuhan mahu menarik apa sahaja kemudahan atau nikmat yang kita ada, ia tidak akan tunggu walau sesaat sekalipun.

Pilihan sultanmuzaffar
Diddy - Biar Betul
Farhan - Biarlah Rahsia
Faizal - Terharu
Velvet - Sangkar Cinta
Amirul - Lagu Zaman
Haziq - Juwita Citra Terindah
Salima - Because Of You
Lotter - Bila April

Peratus Selepas Persembahan Konsert
1. Farhan 18%
2. Haziq 14%
3. Faizal 12%
4. Lotter 12%
5. Amirul 11%
6. Velvet 11%
7. Diddy 11%
8. Salima 10%

Peratus Undian Terkini 6 petang, 2 Julai
Diddy 18%
Faizal 17%
Farhan 16%
Lotter 13%
Amirul 13%
Velvet 12%
Haziq 10%

Ulasan Lain
Senikami
BadrulAfterSix
Javard
MD

Al-Fatihah
Sayang sekali Arwah tidak sempat melihat rumahnya disiapkan. Sayang sekali Arwah tidak sempat melihat anak lelakinya mendirikan masjid bersama tunangnya. Sayang sekali, arwah hanya sempat melihat setahun sahaja kejayaan anak lelakinya. Semoga Arwah akan menikmati berkat doa-doa dari anak-anaknya di Akhirat kelak. Sayang sekali. Al-Fatihah.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger