Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 21 July 2007

Siapa Mereka ?

Entri ini tiada kena mengena dengan hubungan baru yang melibatkan seorang kakitangan baru yang telah mengambil alih tempat seorang kawan. Jangan spekulasi ya !

Image Hosted by ImageShack.us

Sejak kebelakangan ini banyak cerita di dada-dada akhbar dan juga gosip-gosip di Internet yang heboh memperkatakan tentang Siapa Mereka ?. Ternyata rahsia yang tersimpan begitu lama nampaknya mula terbongkar satu-persatu. Seperti hangatnya spekulasi Pengetua Akademi Fantasia, begitu jugalah yang berlaku kepada barisan Penyampai Baru di Stesen Radio Nombor Satu, ERA ! Ampu jangan tak ampu !

Akhirnya terjawab sudah pada pagi hari Jumaat yang lalu apabila Khairil Rashid yang merupakan gandingan terbaik Kieran akan mengundurkan dirinya dari stesen radio tersebut. Ke mana hala tujuan Khairil terus menjadi spekulasi selepas terjawabnya spekulasi akan berlakunya perpecahan kepada gandingan yang lebih dikenali sebagai KnK itu. Itu persoalan yang masih belum terjawab.

Dalam nada sedikit sebak, Khairil mengumumkan pengundurannya di penghujung segmen Pagi Di ERA yang merupakan segmen pagi radio paling popular di Malaysia. Gandingan Fara Fauzana dan Faizal Ismail pun belum dapat mengalahkan mereka.

Nampaknya rombakan bukan sekadar melibatkan segmen pagi tetapi turut melibatkan segmen malam apabila penyampai Nila Kurnia turut mengumumkan pengundurannya pada malam yang sama. Ke mana pula arah tujuan Nila Kurnia ? Ada cakap-cakap Internet yang mengatakan beliau akan berpindah ke stesen radio yang agak matang audiensnya iaitu Sinar. Sama ada benar atau tidak, belum dapat saya pastikan.

Selepas tersebarnya berita gelombang perubahan ini, nyata akhbar dan Internet menjadi sumber untuk mendapatkan sumber-sumber sahih mengenai berita tersebut. Ada juga yang membuat spekulasi. Nama seperti Yasmin Hani, Cheryl Samad, Sazzy Falaq, AC Mizal, Aznil Nawawi, Jimmy Shanley dan Raja Azura disebut-sebut bakal mengambil alih tempat-tempat mereka yang dipindahkan. Satu Malaysia tahu mereka pernah menjayakan beberapa segmen percubaan bersama Penyampai sedia ada. Percubaan tersebut yang pada mulanya dilihat sebagai tujuan promosi nampaknya telah mencetuskan polemik yang lebih besar lagi. Mulut dan tangan tidak berhenti berbicara. Bermacam-macam andaian dibuat.

Sama ada perubahan yang akan dibuatkan mampu melonjakkan kembali rating audiens pendengar ERA harus sama-sama kita tunggu. Apakah perubahan yang akan dibuat itu bakal memberikan satu nilai tambah bukan sahaja kepada pendengar radio tetapi juga kepada penonton program Melayu Astro.

Sebenarnya saya sudah lama tertarik dengan gaya saingan Astro yang mengeksploitasi bakat TV dan Radio mereka untuk menyeimbangkan populariti kedua-dua medium tersebut. Buat apa kita guna bakat luar dari kita-kita sahaja. Gunakan sumber yang ada di sekeliling kita. Tentu ada bakat yang masih belum digilap dan inilah masanya untuk memperluaskan lagi pengaruh nama mereka di antara kedua-dua medium tersebut.

Bakal muncul, medium Internet yang pastinya akan memberikan kesan yang bukan sedikit kepada pendengar radio, penonton TV dan pelayar Internet. Sudah pasti !

Apakah yang cuba dilakukan oleh ERA khususnya ? Sama-sama kita tunggu gelombang perubahan yang akan berlaku Isnin ini.

Terima kasih kepada Khairil yang telah banyak menceriakan suasana setiap pagi saya dalam perjalanan ke pejabat. Gandingan Khairil dan Kieran telah membuatkan setiap pagi saya menjadi lebih bersemangat dan lebih segar. KnK telah pun menjadi satu jenama di setiap isi rumah ! Jenaka santai mereka pasti akan terus diingati !

Siapa Mereka?, sila buat tekaan anda.

Dalam pada itu, persiapan sedang giat dijalankan untuk acara esok petang. Bukan selalu dapat peluang meluahkan pendapat di hadapan orang awam dan inilah peluangnya tiba lagi. Khabarnya Nataniel Tan akan turut hadir pada petang itu.


Blogging: Friends or Foe
(Sahabat atau Seteru)


Tarikh 22 Julai 2007 (Ahad)
Masa 2 petang
Lokasi Shah’s Village Hotel PJ (bersebelahan A&W, PJ),
Stesen LRT Taman Jaya


Panel
1. Soon Li Tsin (http://polytikus.com/)
2. Jeremiah Foo (http://jeremiahfoo.com/)
3. sultanmuzaffar (http://sultanmuzaffar.blogspot.com/)

Hidangan ringan dan sijil disediakan. Kehadiran adalah percuma.

Penganjur Anwar Ibrahim Club (AIC) & Blog Bugs
Penaja Friedrich Naumann Foundation

Sila hubungi Rahimi Osman di talian 012-2676500 untuk pengesahan kehadiran.

Jumpa anda di sana esok.

Astro RIA & HITZ.TV

PRESENTS
Image Hosted by ImageShack.us

TOGEL

Jangan Togel, which loosely translates as “Hang on to your shirt!”, may already be a familiar phrase for the football-mad youth of Malaysia. It refers to an unspoken rule whereby the first team to concede a goal must take off their shirts, or play ‘togel’.

In a celebration of this distinctive trait of street football culture in Malaysia, Nike recently collaborated with some of the most creative, homegrown talents such as up-and-coming film director Kubhaer Jethwani, indie band Seven Collar T-Shirt and illustrator Leman.

TOGEL takes us up, close and personal with KL’s football mad youths. It follows the real lives and dreams of 3 boys whose passion for football are probably the only that keeps them going:

· Alvin. A 17 year-old form USJ playing for one of the top junior futsal teams in the country
· Jobless and unable to get into college, nothing is going right for Hafiz, 19. Hopefully, football will put things right for him.
· Dealing with real life issues at 16 is tough. But when you have a real gift like Sharvin does, you have to stay focused on your goals.

Image Hosted by ImageShack.us
Do not miss Nike’s Togel Documentary,
this 22nd July, Sunday
at 4pm on
Astro RIA and Hitz.TV