Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Bak Kata Nabil...Lu Fikirlah Sendiri

Entri oleh sultanmuzaffar 29 June 2008 0 komen

Saiful Bahari @ Mohd Saiful Bukhari bin Azlan (kiri)
Bersama Dato Sri Azalina Othman
Bersama Dato' Mustapha Mohamed
Bersama Datuk Shahrir Samad


Saya baru sahaja menonton sebuah program baru Astro PRIMA yang dikemudikan oleh Juara Raja Lawak Astro musim 2 iaitu Nabil. Program tersebut bernama Nabil, Lu Fikirlah Sendiri. Nabil membawakan imej seorang stand-up comedian dalam program tersebut. Jenaka bukan sahaja boleh ditonton melalui program tersebut, jenaka juga boleh ditonton melalui apa sahaja medium komunikasi yang disiarkan hari ini.

Saya boleh sifatkannya sebagai satu jenaka terancang yang gagal. Jenaka yang tidak kena waktunya dalam cubaan menutup beberapa kelemahan realiti yang berlaku. Saya petik kata Tan Sri SM Salim..."Apa Nak Jadi ?"

Saya sempat berbual kosong penuh isi dengan beberapa orang kawan tentang apa yang berlaku sekarang. Sesuatu yang menarik untuk dilihat ialah penerimaan rakyat terhadap tuduhan tersebut. Jika pada tahun 1998, penggunaan internet belum begitu meluas di ceruk-ceruk kampung, sebaliknya pada tahun 2008 generasi reformasi yang 10 tahun lalu sudah semakin matang dan ada di antara mereka kini sudah pun menjadi wakil rakyat.

Generasi 2008 adalah generasi internet yang terdedah kepada penyebaran maklumat tanpa sempadan. Apakah mereka masih tidak sedar bahawa internet dan media baru lah yang telah meranapkan penguasaan 2/3 mereka ?

Ada beberapa gambar lagi di blog RockyBru dan MrManager. Sebelum terlupa, malam ini RockyBru akan bersiaran dalam Temujanji di Astro AWANI (Saluran 501), pukul 9 malam. Jangan ketinggalan. Jangan lupa baca cita-cita tinggi Saiful Bahari di ruangan komen blog riwayathayat.blogspot.com.

Entri Sebelum Ini:
Pulau Sipadan Hari Pertama
Pulau Sipadan Hari Kedua : Gambar Dasar Laut
Ada Dunia Lebih Tenang 2
Ada Dunia Lebih Tenang 1

Escapism

Sepi - Gabung Jalin Tiga Cerita, Satu Destinasi

Entri oleh sultanmuzaffar 28 June 2008 0 komen

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Filem Sepi ternyata berbeza dari filem Cinta. Jangan dibandingkan antara dua buah filem tersebut walaupun ianya garapan dari pengarah yang sama iaitu Khabir Bhatia dan ceritanya ditulis oleh Mira Mustaffa. Saya lihat kekuatan Sepi apabila setiap satu dari tiga kisah yang ada diberikan keadilan yang sewajarnya. Setiap satu cerita berdiri dengan kukuh dan satu tragedi menemukan ketiga-tiga kisah tersebut. Itu kelainan paling utama dalam Sepi.

Kekuatan visual diberikan perhatian paling utama sekali lagi. Garapan dan pemaparan visual dalam Sepi dilihat setaraf dengan filem Cinta. Setiap visual ada cerita yang mahu dibawakan. Mira Mustaffa selaku penulis tampil bergaya sekali lagi dengan idea menggabungjalinkan tiga cerita bertemu dalam satu destinasi.

Kata Mira, jika kita tidak merasai kehilangan, kita tidak akan menghargai cinta. Benar kata beliau. Kita hanya akan menghargai sesuatu yang pernah kita miliki apabila kita telah kehilangannya. Sepi diperkuatkan lagi dengan lagu-lagu latar yang kena dengan setiap adegan. Paling mengesankan tentulah melodi Vocalizing dendang Gita Gutawa. Melodi lagu tersebut menghantui minda. Lagu Diddy yang bertajuk Hilang juga dimuatkan dalam album runut bunyi filem Sepi. Jika dihayati lirik lagu Hilang, memang menakutkan. Kehilangan itulah yang paling ditakuti.

Saya akan kemaskini ulasan filem Sepi secepat mungkin. InsyaAllah. Filem Sepi kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Dasar Laut Pulau Sipadan-Kapalai

Entri oleh sultanmuzaffar 24 June 2008 1 komen

Entri untuk Hari Ketiga di Sipadan akan dikemaskinikan secepat mungkin.




















Hari ini merupakan hari pertama saya bersama beberapa diver dalam kumpulan kami ke Pulau Sipadan. Saya adalah orang yang paling teruja, tetapi dalam diam. Ia merupakan kali pertama saya membenamkan diri saya ke dalam laut di Pulau Sipadan. Perjalanan dengan bot dari Kapalai mengambil masa lebih kurang 15 minit. Kami singgah di jeti untuk pendaftaran dan setelah selesai segala prosedur yang perlu dipatuh, kami bergerak ke Barracuda Point.

Nama : Barracuda Point
Masa Mula – 9.56 am
Masa Tamat – 10.41 am
Kedalaman – 27.3 meter
Masa Berada Di Dasar – 45 minit
Jarak Penglihatan – 10 meter
Suhu – 30 darjah Celcius
Rating – 5 bintang

Pulau Sipadan memang dikenali dengan hidupan yang lebih besar berbanding Kapalai. Saya teruja. Mungkinkah ini menjadi kali pertama saya akan melihat jerung di hadapan mata ? Jerung di hadapan mata ? Ya ! Jerung !

Dalam kumpulan tersebut terdapat seorang perakam video mengikut kami. Chille dari LKWID.com yang ditugaskan untuk merakamkan kenangan kami di dasar laut. Hari itu Ralston merupakan Dive Master dan Buddy saya.

Dengan kedalaman mencecah 27.3 meter, kami dapat melihat lebih 20 ekor jerung white-tips dan lebih 10 ekor penyu. Sudah namanya pun Barracuda Point, pastinya barracuda akan dapat dilihat dengan mudah. Segerombolan barracuda melintas di hadapan kami pada awal minit ke 5 selaman kami. Terlalu cepat mimpi menjadi kenyataan. Jika sebelum ini saya hanya dapat melihat gambar segerombolan barracuda di komputer, kini mereka di hadapan mata saya.

Ikan yang pelbagai bentuk dan pelbagai warna adalah sesuatu yang biasa di Barracuda Point. Ada macam-macam nama yang tentunya tidak dapat saya ingati. Mungkin di percutian yang akan datang saya akan mengingati nama mereka.

Saya menyukai Sipadan berbanding Kapalai kerana jenis hidupan liar yang ada di perut laut tersebut. Selaman itu menjadi antara yang saya ingati kerana keindahannya terlalu sukar untuk digambarkan. Saya mula membiasakan persekitaran di dasar laut. Saya juga mula membiasakan diri untuk melakukan safety stop. Giant stride yang saya lakukan dilakukan dengan ayak berkeyakinan walaupun agak takut-takut.

Laut di Sipadan memang agak dalam sehingga kaki tidak mencecah ke dasar laut. Yang mampu saya lakukan hanya terapung di dalam air, sama seperti Dr. Sheikh Muszaphar terapung tanpa graviti di angkasa. Jika ditanya pada saya, adakah saya puas ? Pastinya jawapan saya YA !

Selesai di Baraccuda Point, kami berhenti makan tengahari di Jeti Pulau Sipadan berdekatan sebuah pos tentera. Kami berehat selama 1 jam 10 minit ataupun dikenali dengan surface interval. Ada sebab kenapa perlu berhenti seketika untuk membuang nitrogen yang masuk ke dalam badan sewaktu diving.

Destinasi yang seterusnya ialah South Point.

Nama : South Point
Masa Mula – 11.53 am
Masa Tamat – 12.38 am
Kedalaman – 28.5 meter
Masa Berada Di Dasar – 45 minit
Jarak Penglihatan – 10 meter
Suhu – 29 darjah Celcius
Rating – 5 bintang

Ada sesuatu yang berlaku pada dive computer saya. Oh! Ya ! Jangan ingat saya tinggalkan notebook, tetapi saya tidak membawa komputer. Komputer yang saya maksudkan ialah dive computer SUUNTO D4 saya. Jam tersebut merekodkan setiap dive saya selain menjadi pengawal peribadi saya sewaktu selaman. Ia memberikan arahan sekiranya saya melanggar peraturan diving. Jika ada.

Dive computer saya memberikan warning signal dan menyarankan saya agar berhenti. Arahan STOP muncul di minit ke 16 pada kedalaman 24.4 meter dan hilang dim init ke 40 pada kedalam 6.2 meter. Saya sebenarnya masih tidak faham apa yang sebenarnya yang berlaku. Apakah saya telah turun ke dasar laut terlalu cepat atau pun mungkin telah naik ke permukaan terlalu cepat ?

Destinasi South Point sangat hebat. White-tip sharks hanya kurang 2 meter dari saya. Saya sekadar melihat dan cepat-cepat bergerak menjauhkan diri. Bimbang menerpa di dalam hati. Lumrah untuk seorang diver baru seperti saya. Saya sempat juga menyentuh seekor penyu dari berpuluh-puluh yang sempat saya temui. Penyu tidak membahayakan untuk disentuh lebih-lebih lagi jika ia sedang berehat di dasar.

Kali ini saya lebih yakin dan tahu menggunakan BCD saya. Saya lebih tenang untuk mengawal imbangan di dalam laut. Saya sudah tahu apakah fungsinya memasukkan angin dan mengeluarkan angin apabila perlu agar imbangan di dalam air dapat dilakukan.

Di South Point saya dapat merasai apakah makna termocline. Memang terasa hangat air di antara kesejukan air yang ada di dasar laut. Kali ini saya sudah berani untuk memusing-musingkan badan di dalam air, jika mahu melihat apa yang ada di belakang. Sekali-sekala tunjuk skil. Hahaha.

Angkara bunyi amaran dari dive computer, saya ambil keputusan untuk tidak meneruskan aktiviti selaman yang ketiga pukul 3 petang. Saya menghabiskan masa berehat di Resort dan bersantai “sun-bathing”.

Saya hanya mendapat tahu yang aktiviti selaman ketiga petang itu dibuat di Mabul. Nampaknya peluang saya untuk ke Mabul tidak menjadi kenyataan. Saya hanya berpeluang untuk ke Sipadan dan Kapalai sahaja selesai 4 hari berada di resort tersebut.

Entri Berkaitan :
Pulau Sipadan Hari Pertama
Ada Dunia Lebih Tenang 2
Ada Dunia Lebih Tenang 1

Escapism

Escapism di Sipadan Kapalai Dive Resort (Bhg.1)

Entri oleh sultanmuzaffar 22 June 2008 1 komen

15 Jun 2008
Hari yang dinanti-nantikan tiba. Saya sememangnya tidak sabar untuk bercuti dan akhirnya hari tersebut berada di depan saya. Sudah agak lama saya tidak bercuti. Bagi saya, bercuti sebenarnya sesuatu yang merimaskan kerana saya terpinggir dari Internet. Tapi kali ini saya harus melupakannya kerana saya mahu lari dari kerja, dari blog, dari facebook, dari kesesakan Kuala Lumpur.

Bermula dari saat awal menyertai AWANI, hingga ke kesibukan Pilihan Raya Umum 12 dan musim Akademi Fantasia, saya kira tenaga saya sudah habis untuk terus diperah. Minda saya sudah terlalu kering untuk menjana idea. Fikiran saya sudah menerawang entah ke mana.

Saya pilih Sipadan lebih sebulan yang lepas. Lalu, saya mengambil lesen “diving” bersama F-tersix Dive di bawah kendalian Shonny Loh. Mujur berjaya mendapatkan lesen, kalau tidak saya hanya boleh snorkelling sahaja di Sipadan. Saya kemas barang saya dan terbang ke Tawau.

Satu beg “diving equipment”, satu beg pakaian dan satu beg sandang barangan keperluan harian. Sudah memadai. Beg notebook saya tinggalkan. Jarang sekali saya dapat peluang untuk tinggalkan beg notebook.

Penerbangan ke Tawau dengan Air Asia lewat dari seperti yang dijadualkan. Perjalanan hanya bermula tepat pukul 4.30 petang dari LCCT ke Tawau. Saya tiba di Tawau agak lewat iaitu pukul 7.10 petang. Itu sahaja penerbangan yang tinggal dan saya terpaksa bermalam di Hotel Heritage, Tawau. Malam itu saya menghadiri satu acara pelancaran buku di Tawau.

Saya perlu tidur awal kerana esok bas akan bertolak ke Semporna pada pukul 7 pagi. Bermulalah satu perjalanan ke Pulau Sipadan, sebuah pulau yang tidak pernah saya impikan untuk jejakkan kaki saya ke sana.

16 Jun 2008

Pagi itu, tepat jam 7 pagi saya bertolak ke Semporna. Bas tersebut singgah di Lapangan Terbang Tawau untuk mengambil dua orang pelancong dari Perancis dan seorang dari Jepun. Ketiga-tiga mereka merupakan “diver”. Saya lihat mereka tiada banyak barang seperti saya.

Perjalanan ke Semporna mengambil masa selama 2 jam. Saya tiba di sana tepat jam 9 pagi. Menyiapkan beberapa borang untuk diisi sebelum menjejakkan kaki ke Sipadan.

Perjalanan dengan bot laju ke Sipadan-Kapalai Dive Resort mengambil masa selama 1 jam. Saya tiba di sana lebih kurang pukul 10.30 pagi. Saya tergamam melihatkan keindahannya. Kami disambut oleh pekerja di sana dengan penuh mesra.



Selesai sesi penerangan untuk “diver”, kami menjalani “Orientation Dive” di house reef yang diberi nama Mandarin Valley. Kami bersiap sedia untuk aktiviti tersebut. Belum sempat saya check-in lagi ke bilik penginapan saya, terus saja ke Dive Centre. Prosedur di Dive Centre sangat teratur. Untuk diver, kami hanya perlu menyarung wet suit, mask, snorkel, fin dan weight belt sahaja. Kelengkapan lain semuanya disiapkan oleh Dive Crew yang bekerja dari pukul 5 pagi hingga 9 malam setiap hari. BCD, regulator dan tank disiapkan dan diletakkan di pakir khas sementara sebelum kami menyelam.

Amat mudah dan tersusun. Cuma perlu sarung dan terjun !

Orientation Dive : Kapalai - Mandarin Valley
Masa Mula – 12:17 pm
Masa Tamat – 12:53 pm
Kedalaman – 21.3 meter
Masa Berada Di Dasar – 36 minit
Jarak Penglihatan – 10 meter
Suhu – 31 darjah Celcius
Rating – 4 bintang
Pertama kali saya diving melebihi had 18 meter. Kali ini saya mencecah 21.3 meter. Dive Master ialah Michiyo, seorang perempuan berbangsa Jepun yang bekerja di resort tersebut. Dive tersebut saya bersama 2 orang dari Perancis dan seorang dari Jepun.

Pada mulanya saya agak cemas apabila terpisah dengan pasangan saya, lebih-lebih lagi saya tidak nampak dasar. Pengalaman pertama kali ini saya gunakan untuk mendapatkan kaedah buoyant dan fin yang betul.

Memang terlalu menarik untuk diceritakan. Terlalu banyak hidupan makro yang kelihatan. Kapalai memang terkenal dengan hidupan makro.

Selesai diving, saya berikan mask saya kepada Michiyo. Beliau menyalakan api untuk membakar lapisan yang menyebabkan “fogging”. Selepas daripada itu, mask saya lebih jelas dan terang. Saya tidak perlu melakukan mask clearing setiap 10 minit.

Saya berehat sebentar sebelum melakukan dive kedua di Restoran. Foto di bawah ini merupakan permandangan yang biasa di Restoran. Selain itu, saya sempat juga check-in ke chalet penginapan saya. Memang cantik biliknya.

Nama : Kapalai - Eel Garden
Masa Mula – 3:21pm
Masa Tamat – 4:06pm
Kedalaman – 22.7 meter
Masa Berada Di Dasar – 45 minit
Jarak Penglihatan – 9 meter
Suhu – 31 darjah Celcius
Rating – 4 bintang
Selepas berehat selama lebih 2 jam, saya memulakan boat dive saya yang pertama di Kapalai. Kali ini haluan kami ialah Eel Garden. Michiyo masih merupakan Dive Master untuk dive tersebut dan buddy untuk saya.

Malangnya saya kehilangan beliau beberapa ketika. Sewaktu cemas, wajah Shonny muncul di minda memberikan arahan “Sabar”, “Sabar”. Mujur saya tidak bertindak yang bukan-bukan. Saya ambil keputusan untuk mengekori Saburo, seorang Jepun yang sibuk merakamkan gambar-gambar makro.

Pertama kali juga saya berada di dasar laut lebih 30 minit, kali ini selama 45 minit. Saya perlu tahu menjimatkan penggunaan tangki udara. Oleh itu saya perlu belajar untuk tidak cepat cemas dan menggunakan tangki udara tanpa henti.

Saya belajar banyak perkara sewaktu diving. Otak kena bekerja secara multi-tasking. Kena jaga kaki, kena jaga breathing, kena jaga buoyancy. Banyak perkara perlu dilakukan serentak. Itulah yang best tentang diving kerana kita berada di persekitaran yang nyata berbeza dari persekitaran yang kita sudah biasa iaitu di darat.

Buat ketika, saya gembira dengan percutian saya di resort tersebut. Awal subuh, lebih kurang jam 5.30 pagi rebut melanda resort tersebut. Angin kuat disertakan dengan guruh dan petir. Memang rasa chalet tempat kami menginap macam mahu terbang. Lebih-lebih lagi chalet tersebut terletak di permukaan laut tanpa ada chalet yang menghadang di hadapan chalet kami.

Hari pertama yang puas ! Puas kerana berada 22.7 meter di bawah laut. Sesuatu yang tidak pernah saya fikir akan buat sebelum ini.


Esok…jerung dan penyu menanti kami di Sipadan…

Jom Ke Old Trafford !

Entri oleh sultanmuzaffar 16 June 2008 0 komen

http://www.misterpotato.com.my

Pernahkah anda menjejakkan kaki ke Old Trafford ? Bagi peminat sukan bolasepak khususnya Manchester United tentu sekali mengetahui tentang Old Trafford. Ia merupakan stadium di mana perlawanan yang melibatkan Manchester United dilangsungkan.

Jika anda ingin memenangi Hadiah Utama tersebut, caranya amat mudah. Kumpul paket Mister Potato sebanyak mungkin, dan anda berpeluang untuk melihat sendiri lokasi di mana Eric Cantona pernah beraksi dan juga mengimbau kenangan di situlah bermulanya era kegemilangan David Beckham.

Hadiah Utama tersebut bernilai RM15,000 setiap satu untuk 30 pemenang bertuah yang berjaya mengumpulkan markah paling banyak. Hadiah tersebut termasuk menyaksikan perlawanan melibatkan Manchester United di stadium tersebut dan turut berpeluang untuk melawat Stadium Old Trafford dan Muzium secara eksklusif.

Lebih menguntungkan sekiranya anda bernasib baik yang merupakan tiga pengumpul mata paling banyak anda akan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebagai belanja sebanyak RM5,000 setiap seorang.

Bukan itu sahaja, pemenang Hadiah Bulanan juga akan dipilih. Lima pengumpul mata bola sepak paling banyak setiap bulan akan memenangi hadiah jersi kelas yang asli beserta tandatangan pemain handalan dunia seperti Christian Ronaldo, Michael Ballack, Fernando Torres, Nani & Crec Febregas beserta gambar dan sijil. Amat menarik. Lebih menarik sekiranya anda merupakan peminat setia sukan bolasepak.

Setiap satu pakej memberikan nilai mata yang berlainan. Penutup tin 160g memberikan anda 3 mata, pek 85g memberikan anda 2 mata dan pek 55g memberikan anda 1 mata. Jadi, yang mana satu pilihan anda ? Jika saya, saya akan pilih penutup tin 160g kerana ia memberikan saya lebih mata berbanding pek 55g. Makan banyak Mister Potato memberikan anda lebih banyak peluang untuk memenangi Hadiah Utama.

Kumpulkan seberapa banyak pek kosong yang berjaya anda kumpulkan. Klipkan setiap 10 pek secara berasingan dan kemas. Pastikan setiap jenis pek dalam asingan yang betul. Masukkan dalam sampul surat beserta salinan kad pengenalan anda. Pastikan anda menulis nama anda dengan jelas dan poskan dengan segera.

Ulangi setiap bulan dan anda berpeluang untuk memenangi Hadiah Bulanan. Anda juga boleh mengumpulkannya untuk memenangi Hadiah Utama. Yang mana pilihan anda ? Ke Old Trafford atau pun sekadar mendapat jersi pemain ?

Anda jika anda merupakan peminat SMS, anda juga boleh turut serta peraduan SMS yang disediakan. Untuk penghantar SMS bertuah, mereka akan menerima 50 mata Bola Sepak Bonus dan barangan premium eksklusif.

Caranya mudah sahaja, taipkan mpfc dan hantarkan ke 33334. Ikut arahan yang seterusnya. Menggunakan SMS juga anda mungkin menjadi insane y ang bertuah di dunia.

Promosi peraduan ini bermula 1 Jun 2008 dan akan berakhir pada 30 November 2008.

Inikah impian anda ?

Maklumat lanjut berkenaan peraduan ini boleh didapati di http://www.misterpotato.com.my/.

Sebenarnya saya terlibat dengan Projek Rahsia Old Trafford yang dianggotai oleh KY, Thomas, Foong, Satkuru, Kevin, Debra dan saya sendiri. Kumpulan kami digelar HoLiao!
http://yapthomas.com/
http://hamletshero.blogspot.com/
http://satkuru.com/
http://foongsite.com/
http://debfong.blogspot.com/
http://kyspeaks.com/
http://sultanmuzaffar.blogspot.com/

Dalam kesuntukan masa yang ada sebelum saya ke Pulau Tioman saya harus menyiapkan beberapa klip video untuk digabungkan dengan ahli kumpulan saya. Agak sukar untuk menjadi Ketua Kumpulan apabila waktu-waktu tidak mengizinkan. Namun demikian, dapat juga saya siapkan klip video tersebut dengan bantuan Ashwad dan Mukmin. Lokasi penggambaran klip yang melibatkan saya dibuat dengan penuh risiko. Agak tinggi tempatnya kerana kami mahu mendapatkan shot terbaik Menara Kuala Lumpur. Hasilnya telah pun siap dan pastikan anda menontonnya di YouTube tidak lama lagi.

Terima kasih kepada ahli kumpulan yang memahami kerja saya dan berhasil menyiapkan klip video tersebut. Terima kasih.

Ada Dunia Yang Lebih Tenang II

Entri oleh sultanmuzaffar 13 June 2008 0 komen

Aku Mahu Lari...
Hari kedua “diving” bermula seawal jam 9 pagi. Hafiz dan Jolyn baru saja sampai dari Kuala Lumpur. Mereka terlewat sikit kerana tidak mendapat cuti. Malam itu saya tidur agak awal kerana agak letih selain memandangkan saya seorang saja Melayu yang ada dalam kumpulan tersebut, maka proses komunikasi agak sukar. Ada jenaka yang tidak saya fahami.

Lalu saya ambil keputusan untuk tidur. Pagi itu Hafiz yang kejutkan saya. Lagipun dia memang bersemangat untuk diving hari itu.

Haluan kami yang keempat ialah Soyak. Pulau yang sama dengan yang semalam.

Selepas sarapan pagi kami bertolak. Tepat jam 11.44 pagi kami memulakan aktiviti kami. Hujan renyai pagi itu. Suasana di atas bot memang agak sejuk sedikit. Mujur apabila berada di dalam laut suhunya semakin panas.

Arus agak besar pagi itu. Permukaan laut agak berombak. Lalu timbul perasaan sedikit gusar. Ini mungkin kali pertama saya melangkah ke lautan dalam dengan cuaca yang tidak begitu baik.

Saya bersama Shonny menyelam sedalam 15.8 meter selama 29 minit. Jarak penglihatan tidak begitu baik iaitu hanya 4 meter. Selain skil mengapungkan diri, saya perlu melatih skil “fining”. Kayuhan saya masih lemah dan banyak ketinggalan dari kumpulan.

Berada jauh dari kumpulan memang agak menakutkan kerana jika ada apa-apa yang berlaku. Selain itu saya perlu sentiasa berada dalam keadaan horizontal kerana apabila badan senget, saya akan naik ke atas dan itu perlu dielakkan.

Kalaulah saya tahu berenang mungkin lebih mudah. Satu cara untuk belajar adalah dengan meniru. Saya banyak meniru gaya Shonny dan Hafiz “fining”. Ada juga yang menjadi. Fining kena power, barulah boleh bergerak dalam air.

Kami melakukan beberapa skil untuk peperiksaan seperti buoyancy control dan hovering.

Kami naik ke permukaan tepat jam 12.13 tengahari. Kami makan tengahari di atas bot. Satu pengalaman yang agak berbeza yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini.

Dive-Buddy !
Sebulan yang lepas...
SM : Diving ni hobi orang mewah lah ! Too posh lah for me !
Shonny : No lah ! Diving hobi orang yang ada kelas, like us !

Haluan kami yang kelima ialah Sea Fan Garden.

Kami memulakan aktiviti selaman tepat jam 2.38 petang sedalam 15.5 meter. Kami berada di dasar selama 42 minit.

Saya melakukan beberapa skil menyelamatkan diri iaitu dikenali sebagai CESA. Secara jujurnya CESA merupakan skill yang paling saya tidak suka sewaktu belajar di kolam renang dulu.

CESA ialah kaedah yang perlu dipelajari untuk naik ke permukaan laut sekiranya tangki kehabisan udara. Bayangkan jika tiba-tiba kehabisan udara di dasar laut. BCD tidak dapat di”inflate” dan selepas 3 nafas kena naik ke permukaan dengan menggunakan kayuhan kaki sahaja sambil mendongak dan mengeluarkan bunyi “ahhh”. Ada sebab kenapa perlu mengeluarkan bunyi agar paru-paru terbuka.

Tekanan dari bawah laut ke atas akan bertambah. Bagi saya memang sukar benar skil tersebut. Saya terpaksa mengulanginya tiga kali kerana beberapa kesilapan.

Apabila berada di permukaan, BCD perlu di”inflate”. Ingat ! Tangki sudah kehabisan udara, oleh itu perlu inflate guna “oral inflate”. Bayangkan dalam kaki sedang mengayuh, minda perlu bekerja keras untuk melakukan pelbagai perkara dalam satu masa.

Yang penting, JANGAN PANIK ! Itu prinsip utama untuk penyelam. JANGAN PANIK ! Ia sebenarnya banyak mengajar saya untuk berhadapan dengan pelbagai situasi yang tidak diduga sekiranya berlaku.

Apabila tiba di permukaan, saya perlu juga melakukan beberapa skil yang melibatkan permukaan seperti memasang dan membuka BCD. Lebih kurang macam nak pakai baju, cuma ia dibuat di permukaan air dengan tangki yang berat yang perlu diimbangkan di permukaan laut. Jika nasib tidak baik permukaan laut berombak.

Selain daripada itu, saya perlu melakukan navigasi kompas di permukaan laut. Saya perlu tahu menggunakan kompas dan membaca kompas. Kita perlu percaya kepada kompas kerana itulah satu-satunya cara untuk mendapatkan arah.

Berada di dasar laut di Sea Fan Garden lebih indah. Pelbagai hidupan laut yang sebelum ini hanya saya lihat di akuarium berada di depan mata. Ada ikan yang datang pada kita. Setakat ini saya masih belum bertemu dengan penyu, stingray atau pun jerung. Saya mahu bertemu dengannya, mungkin di Sipadan.

Saya mahu lihat sendiri bagaimana diri saya mengawal keadaan tersebut. Apakah debaran akan menguasai situasi atau pun sebaliknya. Belum cuba belum tahu ! Jujur, saya tidak sabar untuk ke Sipadan lusa ini.

Jarak penglihatan di Sea Fan Garden lebih jauh iaitu 10 meter. Jadi apa sahaja yang berada di hadapan saya kelihatan dengan jelas. Sekali-sekala saya perlu buat “mask clearing” untuk membuang air yang masuk ke dalam mask.

Aku Mahu Lari...

Haluan kami yang keenam ialah Labas.

Labas agak menarik kerana kedalamannya. Kami memulakan aktiviti selaman pada jam 4.24 petang dan berada di dasar laut selama 44 minit. Kami naik semula ke permukaan pada pukul 5.08 petang.

Kedalamannya membolehkan banyak hidupan di dasar dapat dilihat. Saya berpeluang untuk menyelam di tengah batu karang. Sekali lagi skil hovering amat penting ketika ini.

Sesuatu yang menarik dalam selaman ini ialah sewaktu safety stop selama 3 minit saya semacam naik ke atas secara tiba-tiba. Saya lihat Hafiz dan Jolyn berdekatan. Selepas selaman ketiga untuk hari kedua memang agak memenatkan. Mereka banyak membantu saya berenang ke arah bot.

Malam itu memang saya tidur agak awal kerana kepenatan.

Hari ketiga kami iaitu hari terakhir saya di Tioman kami ke Renggis sekali lagi.

Kami memulakan aktiviti kami tepat jam 10.59 pagi sedalam 8.8 meter dan berada di dasar selama 20 minit sahaja.

Angin terlalu kuat. Satu lagi selaman yang menyukarkan. Baik di permukaan mahu pun di dasar. Di dasar laut, arus terlalu kuat. Saya belajar untuk drifting. Bukan kereta saja boleh drift, diving pun boleh drift. Drift membawa kami entah ke mana-mana. Bot di permukaan menunggu di tempat lain, kami naik di tempat lain.

Untuk naik ke atas bot dengan permukaan laut yang berombak memang amat menyukarkan. Siapa yang tidak tahan boleh pengsan. Lebih-lebih lagi dengan kepenatan melawan arus. Sungguh sukar.

Kami menamatkan diving di Tioman dengan satu selaman yang sukar. Sebuah pengalaman yang tidak boleh dibeli di mana-mana.

Certified Diver

Malam terakhir itu saya sudah boleh digelar DIVER. Janji saya. Diving akan saya jadikan hobi yang serius. Jika Shonny boleh menjadikannya sebagai mata pencarian, tidak mustahil satu hari saya juga akan melakukan yang sama.

Jika saya sudah berjanji, saya akan tepati. Itu janji saya. Saya sudah temui apa yang saya cari walaupun kehilangan sesuatu. Kehilangan itu bersifat sementara kerana pencarian tidak pernah tamat.

Aku Mahu Lari...

Mulai Isnin depan, buku log saya akan tertulis SIPADAN. Saya sendiri tidak pernah mengimpikan untuk pergi ke pulau itu dulu-dulu. Ianya berlaku secara tiba-tiba. Sebagai satu cara untuk saya melarikan diri dari tekanan. Jika boleh saya mahu juga lari dari Astro AWANI. Itu yang saya rasa sekarang.

Lari dari Astro AWANI… aku mahu lari...aku mahu lari...aku mahu lari...

Ada Dunia Yang Lebih Tenang

Entri oleh sultanmuzaffar 12 June 2008 0 komen

Satu Pengembaraan, Satu Janji, Satu Pencarian, Satu Kehilangan

Sukar untuk saya terjemahkan dengan kata-kata. Pengalaman di Pulau Tioman sungguh berharga. Saya harus akui keputusan untuk menjadikan “diving” sebagai hobi datang sekelip mata. Saya perlukan “diving” untuk escapism.

Tekanan di sini terlalu memuncak. Ada saja yang tidak kena. Saya jadi resah. Lalu saya perlu melarikan diri untuk ke satu dunia yang lebih tenang. Jika dulu di sini adalah dunia saya, tapi kini tidak lagi. Saya seperti kehilangan arah.

Masalah ada di depan mata dan cara paling sesuai dilakukan adalah lari.

Saya berlari, bukan di darat. Tetapi jauh ke dasar laut. Di situ ada dunia yang lebih tenang. Lebih aman.

Hobi baru ini nampaknya menarik minat saya. Saya pernah mencuba beberapa hobi, baik secara paksaan, mahu pun dengan rela hati.

Sewaktu kecil-kecil dahulu saya pernah belajar bermain beberapa alat muzik, antara keyboard dan organ. Saya teruskan sekadar untuk memenuhi kemahuan. Bila tiba waktu exam, saya lari.

Begitu juga dengan kelas tennis. Juga sekadar untuk memenuhi kemahuan. Jika ada peluang, saya ponteng.

Membina miniature juga saya pernah cuba dan agak menarik cuma terlalu memenatkan. Mengumpul setem dan sampul surat hari pertama sudah terlalu biasa. Saya sukakan sesuatu yang di luar dari kebiasaan.

Bila sudah besar, saya cuba sukan golf. Amat membosankan. Saya hanya pergi ke driving range beberapa kali. Set golf yang diberikan keluarga saya biarkan berhabuk sebelum saya pinjamkan kepada Sheriza. Entah apa jadi agaknya golf set tersebut.

Hobi yang masih kekal saya teruskan hingga kini cuma komputer yang kini sudah jadi mata pencarian.

William, SM & Shonny

Kembali ke cerita Pulau Tioman. Saya bersama Shonny dan William dengan kereta Audi A4 William bertolak dari Bukit Jalil jam 1 pagi. Sebuah lagi kereta dinaiki Richard & Jimmy. Hafiz & Jolyn terpaksa lewat satu hari kerana tidak dapat cuti.

Kami berhenti beberapa kali dan tiba di Mersing jam 6 pagi. Bot pertama bertolak jam 7.30 pagi ke Pulau Tioman. Kami tiba lebih kurang jam 10 pagi di Paya.

Lebih kurang pukul 11 pagi, kami sudah bersiap untuk melakukan aktiviti diving pertama. Memang hati saya berdebar-debar. Ini bukan kolam renang. Di depan saya ialah lautan yang saya tidak nampak dasarnya. Lebih-lebih lagi saya tidak tahu berenang.

Ada berani ?

Haluan kami yang pertama ialah Soyak.

Saya melangkah kali pertama ke laut dalam tepat pukul 12.44 tengahari dengan cara “giant stride”. Saya masih tidak tahu apakah saya telah membuat keputusan yang tepat. Dalam kepala saya terbayang bermacam-macam benda.

Diving pertama saya melakukan beberapa skil sebagai keperluan peperiksaan sebelum memperolehi lessen menyelam PADI. Diving pertama itu mempunyai kedalaman sedalam 11.8 meter dan saya berada di lautan selama 31 minit.

Sebelum naik ke permukaan, saya perlu melakukan “safety stop” selama 3 minit iaitu terapung di kedalaman 5 meter. Skil mengapungkan diri di dalam air perlu saya berikan perhatian. Saya masih mempunyai masalah untuk menyeimbangkan berat badan untuk biar terapung.

Saya kira tidak banyak yang saya perhatikan dalam selaman pertama kerana minda saya banyak tertumpu kepada “fining” dan “breathing”. Saya perlu melakukannya satu-persatu. Ada banyak masa lagi untuk melihat keindahan semulajadi yang sudah terhidang di depan mata. Sabar.

Haluan kami yang kedua ialah Renggis.

Saya suka dengan “diving” kedua yang saya lakukan tepat jam 3.38 petang. Pada kedalaman 10.9 meter, kami berada di dasar lebih kurang 51 minit. Jarak pandangan lebih jauh dan jelas iaitu 6 meter. Di sini saya mula mendapat keyakinan. Saya tahu saya telah membuat keputusan yang tepat.

Di sini keindahannya sungguh tidak tergambar, tetapi masih terlalu awal untuk saya rakamkan dalam foto. Cuma ia masih tersimpan di dalam minda. Dalam selaman kedua ini saya melakukan beberapa skil untuk peperiksaan.

Saya masih bermasalah untuk menyesuaikan dengan teknik “hovering”, saya tiba-tiba terlonjak ke permukaan sewaktu berhenti untuk “safety stop”. Saya sedar teknik hovering amat penting, bukan sahaja untuk hidupan laut di dasar tetapi juga untuk keselamatan. Saya mahu pastikan untuk mendapatkan skil ini secepat mungkin.

Sunburn Hari Pertama

Haluan kami yang ketiga ialah Tomok.

Menariknya selaman ketiga ini ialah ianya merupakan “fun diving”. Saya lebih berkeyakinan untuk melakukan giant stride. Lebih menarik apabila di dasar kami berjaya menemui rangka kereta karam.

Diving ketiga ini kami turun ke laut pada pukul 5.23 petang dan berada di dasar selama 33 minit. Kami menyelam sedalam 9.4 meter. Namun demikian, jarak penglihatan tidak begitu jauh, hanya sejauh 2 meter.

Itu pengalaman hari pertama menyelam di dasar laut !

Benih Yang Disemai P.Ramlee Terus Subur

Entri oleh sultanmuzaffar 03 June 2008 0 komen

Kisah hidup, cinta dan inspirasi P.Ramlee diberikan nafas sekali lagi di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Saya berpeluang untuk menghadiri Malam Media iaitu pada malam pembukaan teater tersebut kepada umum. Namun demikian, sehari menjelang tirai disingkap untuk teater tersebut saya telah dijemput untuk menyelongkar ke belakang tabir sekitar pembikinan teater itu di Istana Budaya.

Sesi latihan teknikal yang berlangsung, berjalan dengan lancar. Komitmen yang diberikan oleh tenaga pasukan teater muzikal berbajet besar itu amat tinggi. Ketelitian dan kesempurnaan menjadi prinsip kerja mereka. Sesi latihan teknikal tersebut telah dikendalikan oleh Adlin Aman Ramlie selaku Pengarah Teater itu. Melihatkan kebijaksanaannya mengarah tidak mustahil beliau akan sekali lagi menggenggam anugerah Pengarah Terbaik tahun hadapan.

Komunikasi yang tepat dan pantas dilakukan bersama Hamid Hamid selaku Pengurus Pentas, Syed Zalihafe Syed Alwee, Penolong Pengurus Pentas dan Pat Gui selaku Pengurus Produksi Pentas. Bukan itu sahaja, komunikasi perlu dilakukan dengan pereka tatacahaya, pengendali projeksi, pengarah muzik, pengarah teknikal dan jurutera bunyi.

Mengekori pasukan di jabatan set, siapa yang pernah menyangka set kepala keretapi yang menjadikan teater muzikal itu diingati penonton digerakkan menggunakan rangka kereta Proton Wira. Seramai 40 orang “Transformers” digunakan untuk menggerakkan setiap set yang terdapat untuk setiap babak yang beratnya hampir satu tan setiap satu.

Setiap props yang dihasilkan dan digunakan amat teliti buatannya. Bahkan peralatan di atas meja yang mungkin tidak begitu jelas kelihatan oleh penonton turut diberikan perhatian serius. Dari jauh kamera rakaman filem mungkin nampak ringan tetapi sebenarnya ia diperbuat daripada besi. Begitu juga replika anugerah yang pernah dimenangi oleh P.Ramlee.

Sementara itu, Pasukan Busana yang diketuai oleh Rosada Abdul Hamid perlu menyelenggara lebih 600 pasang busana yang akan dipakai oleh setiap pelakon. Untuk musim ini ada pakaian yang baru dan juga yang lama. Setiap satu perlu dipadankan dengan setiap pelakon.

Lebih menarik apabila mendengar hasil kerja arahan seni yang dilaksanakan oleh Wong Tay Sy. Setiap perincian yang terdapat di atas pentas ada ertinya yang tersendiri.

Penggunaan iris sebagai peralihan antara satu babak ke babak yang lain menggambarkan kisah hidup P.Ramlee itu sendiri umpama satu rakaman kamera. Kamera dan P.Ramlee umpama lagu dan irama. Memang sukar untuk dipisahkan.

Penyelidikan yang dilakukan oleh pasukannya bukan sekadar di Memorial P.Ramlee bahkan membawa mereka hingga ke Singapura dan Pulau Pinang. Hanya semata-mata untuk seorang legenda. Tay Sy sanggup melakukannya dan tidak menganggap P.Ramlee seorang Melayu tetapi P.Ramlee sebagai seorang bangsa Malaysia. Beliau milik semua, kata Tay Sy lagi.

Babak Epilog dan Prolog yang melibatkan rumah P.Ramlee pada tahun 1973 juga berlatarbelakangkan warna putih mampu untuk mengcengkam perasaan penonton. Jika diteliti betul-betul, set rumah dan set studio ada persamaannya, cuma ada perubahan pada beberapa bahagian.

Warna putih digunakan kerana ia mampu untuk merentap hati penonton sekaligus merasai saat-saat akhir hidup Seniman Agung Negara itu lebih-lebih lagi diiringi nyanyian Liza Hanim yang mendendangkan lagu Air Mata Di Kuala Lumpur.

Peti televisyen di mana anugerah yang pernah dimenangi beliau diletakkan juga diibaratkan sebagai salah satu faktor utama kejatuhan karier seninya. Dan di ruang tamu rumah itulah P.Ramlee menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Menghimpunkan lebih 200 orang tenaga produksi dari pelbagai bangsa, itulah hadiah paling istimewa buat Seniman Agung Negara kita.

Jika anda mencari apa makna ketelitian dan kesempurnaan, anda boleh menemui maknanya di sebalik pembikinan teater muzikal tersebut yang menelan belanja lebih sejuta ringgit.

Itu cerita di sebalik latihan teknikal, ini pula cerita di malam pembukannya.

Apakah saya teruja untuk menontonnya kali ini di Kuala Lumpur ? Pastinya saya amat teruja. Walaupun diberikan peluang untuk menonton teater tersebut di Esplanade, Singapura, saya lebih teruja untuk menonton di Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, pentas teaternya ada lif hidraulik dan saiznya lebih besar berbanding di Esplanade. Itu uniknya Istana Budaya.

Di musim pertama, saya menontonnya empat kali, tidak termasuk di Esplanade dan malam pembukaan di Istana Budaya merupakan kali keenam saya menonton teater tersebut.

Saya tidak pernah bosan. Jika di musim pertama mereka ada Sean Ghazi dan Datuk Siti Nurhaliza, kali ini ada Musly Ramlee ! Musly ialah kekuatan utama teater muzikal tersebut musim ini. Auranya persis P.Ramlee. Gerak tubuhnya persis P.Ramlee. Loghat bahasanya persis P.Ramlee. Nyanyiannya persis P.Ramlee. Cukup sempurna.

Kehebatan lakonannya di atas pentas tidak dapat saya nafikan. Sifat spontannya jelas mencuit hati. Dialognya menggelikan hati. Ada ketika kekecewaannya dirasai dan amarahnya jelas terpancar. Itulah yang telah dijelmakan oleh Musly terhadap watak agung itu.

Lakonannya banyak dibantu oleh pasangannya. Baik Chedd Eddie Yusoff, Emelda, Atilia, Melissa Saila dan Liza Hanim. Mereka telah melengkapkan lakonan Musly menjadikan keseluruhan teater tersebut amat cemerlang.

Musim ini melihatkan peningkatan pada lakonan Atilia sebagai Junaidah. Lakonannya berjaya dan perwatakannya yang cemburu dan kekecewaannya dapat dirasakan oleh saya. Atilia menunjukkan satu contoh peningkatan yang ketara.

Watak Norizan yang dilakonkan oleh Melissa Saila tidak pernah mengecewakan. Musim ini nyanyiannya lebih mantap dan dialog kekecewaannya melahirkan kemarahannya kepada P.Ramlee lebih dirasai. Melissa bukan sebagai seorang penyanyi telah berjaya menunjukkan peningkatan dari segi vokalnya. Itu yang menyebabkan saya lebih berpuas hati. Rasa tidak sabar menunggu saat beliau mula menyanyi.

Dan Liza Hanim selaku Saloma tidak pernah mengecewakan. Beliau serasi bersama P.Ramlee. Beliau jelas nampak malu pada mulanya bersama P.Ramlee dan mula merapati P.Ramlee setelah ketiadaan Norizan.

Jika ada yang mahu membandingkan persembahan ini dengan musim terdahulu, saya kata lebih baik lupakan kerana ianya ternyata berbeza. Muziknya lebih segar. Saya lebih menyukai muzik musim ini yang disusun semula oleh Roslan Aziz. Tanpa orkestra, muzik yang terhasil amat menakjubkan. Bunyi dan gaya Roslan Aziz pada muzik teater tersebut boleh kedengaran jika anda mengikuti kerja-kerja Roslan Aziz.

Satu pujian harus diberikan kepada kumpulan ensemble yang telah memberikan nyawa kepada setiap watak dan keseluruhan cerita teater muzikal itu. Merekalah yang telah menghidupkan keseluruhannya.

Jika ditanya pada saya apakah babak yang paling mencuit hati saya, pastinya babak “When Remy Met Sally” di Studio Rakaman antara P.Ramlee dan Saloma bersama teman-teman pemuziknya. Di dalam babak inilah P.Ramlee mengalunkan lagu Getaran Jiwa dan bersama Saloma mereka mendendangkan lagu Senandung Kasih.

Saya amat berpuas hati menontonnya kali ini walaupun setelah enam kali menonton teater yang sama. Lebih menarik apabila saya menonton bersama sahabat dan sahabat dari media.

Escapism

Entri oleh sultanmuzaffar 02 June 2008 0 komen

Look Ma ! No hands !

Saya yakin saya telah membuat keputusan yang tepat walaupun keputusan tersebut didorong atas keinginan mahu melontar kekecewaan yang berlaku. Keputusan tersebut datang tepat pada waktunya sewaktu kami di Astro baru sahaja menerima "surat cinta" masing-masing. Apa yang perlu saya lakukan ? Tanpa lengah, saya buat keputusan untuk melancong.

Pada mulanya saya terfikir FIJI. Malangnya harga tiket untuk ke sana terlalu mahal.Saya ubah haluan ke NEPAL. Atas beberapa sebab, saya terpaksa mencari haluan yang lain. Impian masih menebal untuk ke sebuah pulau. Lalu saya terfikir tentang MALDIVES, destinasi dunia untuk berbulan madu. Tetapi masih terlalu mahal.

Lalu keputusan tercapai, saya memilih PULAU SIPADAN. Tidak sah jika ke SIPADAN jika tidak menyelam. Tarikh ke SIPADAN telah pun ditetapkan iaitu 16-19 Jun ini.

Hovering
Tidak dapat tidak, saya harus mendapatkan lesen untuk menyelam sebelum berangkat ke sana. Lalu saya perlu mencari seorang diving instructor dan mendapatkan lesen secepat mungkin.

Tidak pernah dibuat orang, pilih destinasi dahulu dan kemudian baru memikirkan untuk mendapatkan lesen. Tapi itulah saya ! Dalam keadaan sekarang, keputusan dibuat dengan pantas tanpa memikirkan keadaan sekeliling.

Saya seboleh-bolehnya mahu saja cepat berangkat ke SIPADAN kerana sudah terlalu kepenatan. Tamat sahaja Akademi Fantasia 6, mahu saja saya berangkat terus.

Hovering

Lalu diving class harus segera dimulakan. Hanya dengan 2 kali menghadiri sesi di dalam kelas dan 2 kali sesi di dalam kolam renang, saya merasakan agak yakin yang saya telah membuat keputusan yang tepat.

Satu sesi di kolam renang saya habiskan untuk mengulangkaji setiap skil dalam kolam yang perlu dikhatamkan. Satu lagi sesi di dalam kelas saya habiskan untuk menduduki peperiksaan.

Saya lulus dengan markah 96%. Dua soalan salah yang sememangnya pada awal saya bulatkan kerana soalan tersebut agak mengelirukan. Yang lain semuanya betul.

Minggu hadapan saya akan berangkat ke PULAU TIOMAN untuk sesi di laut yang sebenar. Apakah ini satu keputusan yang tepat ? Sebagai salah satu escapism, apa saja akan saya lakukan !

Shonny, me & William
Mengikuti kelas scuba membuka pintu ke satu dunia yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Saya sendiri tidak pernah belajar berenang. Satu dunia tanpa suara dan kata-kata, hanya bunyi hembusan nafas dan gelembung udara yang akan menemani kita. Satu dunia indah yang biru tanpa dasar dan permukaan dan akan meninggalkan kita dengan satu tanggapan deria kita hanya untuk kita bukan sesiapa.