Teams/Teamworking
Saya berpeluang untuk mengikuti satu kursus selama 3 hari berkenaan Teams/Teamworking. Impression pertama, satu topik yang amat membosankan. Namun setelah selesai 3 hari latihan tersebut, saya merasa latihan ini merupakan satu latihan yang sebenarnya membuka minda serta mampu menukar mindset saya sendiri tentang bekerja dalam kumpulan.
Perkataan mindset change sering kita dengar sejak akhir-akhir ini, lebih-lebih lagi setelah Malaysia mendapat seorang Perdana Menteri baru. Bercerita tentang mindset, inilah satu-satunya kegagalan yang diperoleh oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir. Beliau mengakui berjaya membawa Malaysia ke satu takah yang lebih baik dari terdahulu. Saya juga mengakui akan perkara tersebut. Namun yang tidak berjaya ditukarkan oleh beliau ialah mindset orang Melayu khasnya. Inilah satu-satunya kegagalan Tun Dr. Mahathir. Apa itu mindset ? Mindset mengikut terjemahan sewaktu sessi latihan selama tiga hari tersebut membawa makna, pengetahuan (knowledge), pengalaman (experience), nilai (values) dan impian (dreams). Apa yang kita lihat, dengar, rasa dan yang dituturkan.
Sewaktu sessi latihan, saya telah diuji dengan satu DISC Test. Hasilnya, ujian itu menyatakan saya seorang Inspirational. Maknanya :-
High i/DiSC—Inspirational Persons with the Inspirational Pattern consciously attempt to modify the thoughts and actions of others. Seeking to control their environment, they are astute in identifying and manipulating another person’s existing motives and directing the resulting behavior toward a predetermined end.
Inspirational persons are clear about the results they want, but they do not always verbalize them immediately. They introduce the results they want only after they have created a climate of readiness in the other person. For example, Inspirational persons offer friendship to those desiring acceptance, more authority to those who seek power, and security to those seeking a predictable environment.
Inspirational persons can be charming in their contacts with others. They are persuasive in obtaining assistance for repetitive and time-consuming details. However, people often experience a conflicting sensation of being drawn to them and yet being curiously distanced. Others may have a feeling of being used. While they sometimes may inspire fear in others and override their decisions, Inspirational persons are generally well liked by co-workers. This results from using their considerable verbal skills to persuade others whenever possible. Inspirational persons clearly prefer to accomplish goals by working through others rather than by dominating them.
Kata pengendali sessi tiga hari tersebut, Tun Dr. Mahathir mempunyai “I” yang tinggi. Idea-ideanya bernas dan adakalanya tidak mampu dilakukan oleh orang-orang bawahannya. Beliau bijak memanipulasi setiap sumber yang ada untuk menjadikan impiannya satu realiti.
Salah satu cadangan yang saya cadangkan sewaktu sessi tersebut terutamanya yang melibatkan “breakthrough” yang perlu dilakukan agar A & B dapat bekerja sama dengan lebih baik ialah membentuk satu “special interest group”. Kenapa “special interest group” ? Saya beri contoh PFS. Apabila mereka yang mempunyai minat yang sama digabungkan bersama, sudah pasti kita akan lebih mudah bekerjasama untuk menjayakan satu-satu aktiviti. Secara tidak langsung, gabungan ini dapat membentuk satu hubungan (relationship) yang lebih mesra dan mudah untuk berinteraksi antara satu sama lain. Mereka akan terus bekerjasama tanpa memikirkan halangan-halangan dari anasir-anasir jahat yang cuba mengganggu-gugat keharmonian gabungan. Itulah kekuatan “special interest group” yang dicadangkan setelah saya mengadaptasikannya dengan situasi yang saya lalui sekarang setelah mengenali beberapa sahabat baru sepanjang fenomena Akademi Fantasia.
Salam perpisahan dengan pengendali sessi selama tiga hari itu amat erat dan ada makna tersendiri. Saya pegang kata-kata beliau. Setiap impian akan menjadi realiti jika kita terus berusaha kerana setiap impian itu boleh dicapai.
0 komen