Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 23 April 2006

Al-Fatihah
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Ghafar Baba telah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara Kuala Lumpur pada jam 5.15 petang tadi. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada jam 7.34 pagi tadi di Gleneagles Intan Medical Centre Kuala Lumpur kerana komplikasi jantung, buah pinggang dan paru-paru. Allahyarham berusia 81 tahun.

Jasa Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba akan terus dikenang kerana telah menjadi pencetus ilham kepada penubuhan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Institut Teknologi Mara dan Maktab Rendah Sains Mara. Penubuhan Mara amnya dan MRSM khasnya telah berjaya melahirkan sebegitu ramai profesional Melayu untuk berkhidmat kepada negara Malaysia khasnya. Sebagai salah seorang bekas pelajar MRSM Beseri Perlis, jasa Ayahanda akan terus dikenang sepanjang hayat.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama golongan yang soleh. Amin.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger