Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 13 April 2006

Seminar Industri Muzik
"Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Cemerlang"

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KeKKWa) amat memandang serius untuk membantu industri muzik tanah air yang buat masa ini menghadapi pelbagai kesukaran dan masalah. Pada penghujung 2005, KeKKWa telah membuat satu kajian yang menyeluruh tentang keadaan industri muzik tanah air dan telah mengeluarkan satu Dasar dan Strategi Pembangunan Industri Muzik Malaysia yang meliputi bidang pendidikan, latihan, insentif dan infrastruktur pembangunan untuk industri ini.

Sebagai menyokong tindakan kerajaan ini, KARYAWAN telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memantau keadaan dan arah tuju industri muzik tanah air. Lanjutan kepada penubuhan jawatankuasa ini, satu Seminar Industri Muzik yang bertajuk “Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Cemerlang” akan dianjurkan yang akan melibatkan pelbagai pihak di dalam industri muzik yang terdiri daripada para komposer, penyanyi, pemuzik, syarikat rakaman, promoter dan wakil media.

Seminar ini bertujuan untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi di dalam industri muzik tanah air secara terbuka dan juga untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang sesuai yang boleh dibawa kepada pengetahuan pihak Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan untuk tindakan selanjutnya.

Seminat tersebut dijadualkan pada :

Tarikh : 20 April 2006
Waktu : 9 pagi - 5 petang
Tempat : Bilik Kuala Lumpur, Tingkat 5, Pusat Dagangan Dunia Putra

Antara program bagi seminar tersebut adalah Pembentangan Kertas Kerja “Industri Muzik di Abad ke 21” oleh Norman Halim (KRU) dan diikuti dengan perbincangan panel yang terdiri dari nama-nama besar di dalam industri seperti M.Nasir, Ajai dan Farihin Abdul Fatah. Sejurus selepas itu, pembentangan kertas kerja bertajuk “Pendidikan Muzik di Malaysia” oleh Prof Madya Jamal Hamid (UMS) dan Dr. Mohd Hassan Abdullah (UPSI) dan diikuti dengan perbincangan panel. Pembentangan Kertas Kerja dari khalayak media yang bertajuk "Peranan Media Dalam Pembangunan Industri Muzik" oleh Zulhisham Ayob dan diikuti dengan perbincangan panel yang turut terdiri dari kalangan wartawan dan pengamal media Malaysia. Satu resolusi akan disimpulkan pada penghujung seminar tersebut.

Untuk menghadiri seminar ini bayaran adalah seperti berikut :
- Ahli Karyawan - Percuma (Ahli yang berminat perlu mendaftar segera dengan menelefon Pejabat Karyawan kerana tempat adalah terhad)
- Penuntut - RM10 (termasuk 2 jamuan teh, tanpa makan tengahari)
- Bukan Ahli - RM100 (termasuk 2 jamuan teh dan makan tengahari)

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Cik Jai di talian 03-79552967 atau 012-3084202.