Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 31 July 2007 0 komen

Kejutan Finalis Anugerah ERA 2007

Setelah dibuat pengiraan secara kasar, Mawi masih mengungguli pencalonan Anugerah ERA 2007 yang akan disiarkan secara langsung di Astro RIA dan ERA pada 8 September ini dengan 5 pencalonan dalam 4 kategori. Mengekori dekat ialah Diddy dengan 4 pencalonan juga dalam 4 kategori.

Nampaknya tahun ini pencalonan didominasi oleh bintang-bintang Akademi Fantasia. Mila AF5 mengungguli barisan artis wanita apabila tercalon dalam 3 kategori manakala pasangannya Ebi AF5 dengan 2 pencalonan dalam 2 kategori. Siti Nurhaliza masih hebat dengan 2 pencalonan begitu juga Faizal OIAM, Fiq, Adam AF2, Haziq AF4 dan Misha Omar.

Kemana perginya nama Mawi dalam kategori Vokal Lelaki Pilihan ? Itu yang menjadi persoalannya. Kategori tersebut menampilkan nama-nama baru dalam bidang muzik seperti Diddy, Faizal AF4, Yazer AF3 dan Akhil Hayy termasuk Sifu M.Nasir menwakili artis senior.

Dengan lebih kurang 56,000 undian yang merangkumi 55,554 undian online dan 896 undian akhbar/faks, berikut merupakan finalis Anugerah ERA 2007.

Kategori Artis Harapan Pilihan
Diddy
Ebi AF5
Faizal OIAM
Fiq
Mila AF5

Kategori Vokal Wanita Pilihan
Farhan AF4
Jaclyn Victor
Mila AF5
Siti Nurhaliza
Velvet AF4

Kategori Vokal Lelaki Pilihan
Akhil Hayy
Diddy
Faizal AF4
M.Nasir
Yazer AF3

Kategori Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan
Adam AF2/Farah AF2
Diddy/Yanie
Irwansyah/Acha Septriasa
Jamal Abdillah/Mawi
Misha Omar/Andy Flop Poppy

Kategori Band Pilihan
Dewa
Estranged
Samsons
Sofaz
Spider

Kategori Irama Global Pilihan
Gurindam Anak Muda – Haziq AF4
Joget Cinta Sakti – Rosma AF1/Haziq AF4
Melodi Ahlan – Waheeda
Nafas Cahaya – Misha Omar
Samudera – Nora

Kategori Lagu Nasyid Pilihan
7 Hari – Rabbani
Al-Jannah – Mawi
Manusia Lupa – Akhbar/Yassin
Taubat – Radja
Tawakkal – Raihan

Kategori Artis Inggeris Tempatan Pilihan
Atimet/Ruffedge
Burn AF1
LO
Point Blanc/Jaclyn Victor
Sasi The Don/Apache Indian

Kategori Lagu Rock Pilihan
3 Malam Tanpa Bintang - Fiq
Dewi – Dewa
Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) – Jinbara
Itu Kamu – Estranged
Mahakarya Cinta – Faizal OIAM

Kategori Lagu Pop Pilihan
Angan Dan Sedar – Mawi
Hilang – Diddy
Pastikan – Siti Nurhaliza
Persis Mutiara – Mila AF5
Sinar Cinta – Ebi AF5

Kategori Pilihan Kaki Wayang
Cicak Man – KRU Communication
Cinta – Grand Brilliance
Jangan Pandang Belakang – Metrowealth Movies Production
Mukhsin – Grand Brilliance
Zombi Kampung Pisang – Tayangan Unggul

Kategori Video Muzik Pilihan
Joget Lambak – Adam
Kian – Mawi
Langit Biru – Mawi
Professor Klon – Aznil Hj. Nawawi
Rama-Rama – Ella

Entri oleh sultanmuzaffar 30 July 2007 0 komen

The Borneo Rainforest Cafe, Sunway

Image Hosted by ImageShack.us

Hari Jumaat selepas tamat waktu bekerja saya memenuhi undangan Datin Seri Tiara Jacquelina ke majlis pelancaran The Borneo Rainforest Cafe di Sunway. Dulu lokasi kafe tersebut merupakan Canai & Such. Kini sudah menjadi milik The Borneo Rainforest Cafe. Turut bersama saya pada malam itu ialah Suanie, KY, TVSmith dan Leen Nation.

Saya suka suasana yang dipersembahkan kepada pengunjung. Suasana malam di tempat yang terbuka memang menyamankan, jangan hujan cukup. Ada lebih kurang 8 gerai dan pengunjung ke kafe tersebut boleh memilih mana-mana gerai yang ada.

Jika bosan-bosan, ada muzik yang boleh menghiburkan pengunjung. Malam itu muziknya agak istimewa kerana ada live band. Persembahan muzik fusion tradisional mereka sungguh mengagumkan. Dengan gabungan sape dan beberapa alatan muzik tradisional, aura Borneo boleh dirasai.

Malam itu ada lebih kurang 100 hidangan terbaik Malaysia seperti ketam bakar, lamb chop, tiram, nasi kerabu, otak-otak, char koay teow, nasi lemak dan laksa Sarawak. Saya makan nasi lemak. So tipikal Melayu kan. Dah lah pagi makan nasi lemak, malam-malam pun makan nasi lemak. Memang terasa lemaknya dan garing ikan bilisnya. Ada pelbagai jenis minuman terhidang untuk pengunjung. Yang paling saya suka ialah teh serai dan air selasih. Saya ingatkan air kacang soya.

Oleh kerana malam itu merupakan malam pelancaran, maka ramai juga artis yang ada pada malam tersebut. Antaranya Sofea Jane dan suami, Datuk Siti Nurhaliza dan suami serta anak. Adib tiada. Hanya yang bongsu sahaja. Mungkinkah Siti Nurhaliza akan terlibat dalam produksi My Name Is Remy? Kita tunggu sahaja. Chedd, salah seorang pelakon yang terlibat tetap menutup mulutnya tidak mahu memberikan sebarang bayangan.

Jika anda berpeluang untuk berada di sekitar Sunway, boleh singgah ke sana.

Image Hosted by ImageShack.us
Borneo Rainforest Café @ Sunway
(bertentangan Sunway Hotel & Spa)
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway
46150, Petaling Jaya
Selangor

Rakaman imej yang sempat dirakamkan

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Nota : Sempena minggu Festival Filem Malaysia 20, saya telah meletakkan trailer filem-filem yang dicalonkan di playlist FFM YouTube Astro Malay Programming. Tonton trailer filem tersebut di bahagian atas tengah blog ini. Di situ sekarang merupakan Promo TV blog sultanmuzaffar yang akan dikemaskinikan setiap hari.

Entri oleh sultanmuzaffar 25 July 2007 0 komen

Saksikan Telemovie Wali 27 Julai ini 10 malam di Astro RIA


Telemovie WALI
Day Friday
Date 27th July 2007
Time 10.00pm


When Faizal ask for Wani’s hand in marriage, she had to find her father to bless her marriage. Imagine Wani’s reaction when she discovered that her father, Hamzah aka Madam Zaza is a drag queen! When her father was introduced to Faizal’s family...
Wani (Rita Rudaini) yang ingin mengahwini jejaka pilihan hatinya Faizal (Norman Hakim)dan harus mencari ayahnya untuk mewalikan pernikahannya. Namun demikian, Wani berhadapan dengan kekeliruan apabila dia akhirnya bertemu dengan ayahnya Hamzah aka Madam Zaza (Ahmad Tarmimi Siregar) yang juga keliru dengan identiti dirinya.Wani cuba untuk menerima hakikat namun apabila diperkenalkan dengan keluarga Faizal...

Stars Rita Rudaini, Norman Hakim, Liza Othman, Mimi Zarina, Yusni Jaafar, Aznah Hamid and Rahim Jailani.

So, what are you waiting for? Make way for the Queen Bee on 27 July, Friday, 10pm exclusively on Astro RIA









Entri oleh sultanmuzaffar 24 July 2007 0 komen

Web Trend Map 2007 Version 2.0

klik imej untuk lebih besar

Nampaknya trend dalam dunia web akan menjadi lebih berselirat macam imej di atas ini. Berdasarkan peta keretapi bawah tanah di Jepun, terlahir satu imaginasi kita akan apa yang akan berlaku di masa akan datang. Nanti saya kemaskini apakah teknologi-teknologi sedia ada yang saya gunakan buat masa kini. Saya mahu study web trend map ini minggu ini. InsyaAllah.

Berpeluang untuk menonton rough cut Muallaf semalam di pejabat Yasmin Ahmad. Gulp ! Malaysia sudah lama mengamalkan kebebasan beragama di negara ini, tetapi sudah terbukakah kita untuk membenarkan diri kita menerima elemen-elemen agama lain dalam hidup kita ? Itu persoalannya. Ajami mewawancara Yasmin Ahmad selepas tayangan semalam, layar ke blog Ajami untuk baca wawancara tersebut.

Kredit : Web Trend Map 2007

Entri oleh sultanmuzaffar 21 July 2007 0 komen

Siapa Mereka ?

Entri ini tiada kena mengena dengan hubungan baru yang melibatkan seorang kakitangan baru yang telah mengambil alih tempat seorang kawan. Jangan spekulasi ya !

Image Hosted by ImageShack.us

Sejak kebelakangan ini banyak cerita di dada-dada akhbar dan juga gosip-gosip di Internet yang heboh memperkatakan tentang Siapa Mereka ?. Ternyata rahsia yang tersimpan begitu lama nampaknya mula terbongkar satu-persatu. Seperti hangatnya spekulasi Pengetua Akademi Fantasia, begitu jugalah yang berlaku kepada barisan Penyampai Baru di Stesen Radio Nombor Satu, ERA ! Ampu jangan tak ampu !

Akhirnya terjawab sudah pada pagi hari Jumaat yang lalu apabila Khairil Rashid yang merupakan gandingan terbaik Kieran akan mengundurkan dirinya dari stesen radio tersebut. Ke mana hala tujuan Khairil terus menjadi spekulasi selepas terjawabnya spekulasi akan berlakunya perpecahan kepada gandingan yang lebih dikenali sebagai KnK itu. Itu persoalan yang masih belum terjawab.

Dalam nada sedikit sebak, Khairil mengumumkan pengundurannya di penghujung segmen Pagi Di ERA yang merupakan segmen pagi radio paling popular di Malaysia. Gandingan Fara Fauzana dan Faizal Ismail pun belum dapat mengalahkan mereka.

Nampaknya rombakan bukan sekadar melibatkan segmen pagi tetapi turut melibatkan segmen malam apabila penyampai Nila Kurnia turut mengumumkan pengundurannya pada malam yang sama. Ke mana pula arah tujuan Nila Kurnia ? Ada cakap-cakap Internet yang mengatakan beliau akan berpindah ke stesen radio yang agak matang audiensnya iaitu Sinar. Sama ada benar atau tidak, belum dapat saya pastikan.

Selepas tersebarnya berita gelombang perubahan ini, nyata akhbar dan Internet menjadi sumber untuk mendapatkan sumber-sumber sahih mengenai berita tersebut. Ada juga yang membuat spekulasi. Nama seperti Yasmin Hani, Cheryl Samad, Sazzy Falaq, AC Mizal, Aznil Nawawi, Jimmy Shanley dan Raja Azura disebut-sebut bakal mengambil alih tempat-tempat mereka yang dipindahkan. Satu Malaysia tahu mereka pernah menjayakan beberapa segmen percubaan bersama Penyampai sedia ada. Percubaan tersebut yang pada mulanya dilihat sebagai tujuan promosi nampaknya telah mencetuskan polemik yang lebih besar lagi. Mulut dan tangan tidak berhenti berbicara. Bermacam-macam andaian dibuat.

Sama ada perubahan yang akan dibuatkan mampu melonjakkan kembali rating audiens pendengar ERA harus sama-sama kita tunggu. Apakah perubahan yang akan dibuat itu bakal memberikan satu nilai tambah bukan sahaja kepada pendengar radio tetapi juga kepada penonton program Melayu Astro.

Sebenarnya saya sudah lama tertarik dengan gaya saingan Astro yang mengeksploitasi bakat TV dan Radio mereka untuk menyeimbangkan populariti kedua-dua medium tersebut. Buat apa kita guna bakat luar dari kita-kita sahaja. Gunakan sumber yang ada di sekeliling kita. Tentu ada bakat yang masih belum digilap dan inilah masanya untuk memperluaskan lagi pengaruh nama mereka di antara kedua-dua medium tersebut.

Bakal muncul, medium Internet yang pastinya akan memberikan kesan yang bukan sedikit kepada pendengar radio, penonton TV dan pelayar Internet. Sudah pasti !

Apakah yang cuba dilakukan oleh ERA khususnya ? Sama-sama kita tunggu gelombang perubahan yang akan berlaku Isnin ini.

Terima kasih kepada Khairil yang telah banyak menceriakan suasana setiap pagi saya dalam perjalanan ke pejabat. Gandingan Khairil dan Kieran telah membuatkan setiap pagi saya menjadi lebih bersemangat dan lebih segar. KnK telah pun menjadi satu jenama di setiap isi rumah ! Jenaka santai mereka pasti akan terus diingati !

Siapa Mereka?, sila buat tekaan anda.

Dalam pada itu, persiapan sedang giat dijalankan untuk acara esok petang. Bukan selalu dapat peluang meluahkan pendapat di hadapan orang awam dan inilah peluangnya tiba lagi. Khabarnya Nataniel Tan akan turut hadir pada petang itu.


Blogging: Friends or Foe
(Sahabat atau Seteru)


Tarikh 22 Julai 2007 (Ahad)
Masa 2 petang
Lokasi Shah’s Village Hotel PJ (bersebelahan A&W, PJ),
Stesen LRT Taman Jaya


Panel
1. Soon Li Tsin (http://polytikus.com/)
2. Jeremiah Foo (http://jeremiahfoo.com/)
3. sultanmuzaffar (http://sultanmuzaffar.blogspot.com/)

Hidangan ringan dan sijil disediakan. Kehadiran adalah percuma.

Penganjur Anwar Ibrahim Club (AIC) & Blog Bugs
Penaja Friedrich Naumann Foundation

Sila hubungi Rahimi Osman di talian 012-2676500 untuk pengesahan kehadiran.

Jumpa anda di sana esok.

Astro RIA & HITZ.TV

PRESENTS
Image Hosted by ImageShack.us

TOGEL

Jangan Togel, which loosely translates as “Hang on to your shirt!”, may already be a familiar phrase for the football-mad youth of Malaysia. It refers to an unspoken rule whereby the first team to concede a goal must take off their shirts, or play ‘togel’.

In a celebration of this distinctive trait of street football culture in Malaysia, Nike recently collaborated with some of the most creative, homegrown talents such as up-and-coming film director Kubhaer Jethwani, indie band Seven Collar T-Shirt and illustrator Leman.

TOGEL takes us up, close and personal with KL’s football mad youths. It follows the real lives and dreams of 3 boys whose passion for football are probably the only that keeps them going:

· Alvin. A 17 year-old form USJ playing for one of the top junior futsal teams in the country
· Jobless and unable to get into college, nothing is going right for Hafiz, 19. Hopefully, football will put things right for him.
· Dealing with real life issues at 16 is tough. But when you have a real gift like Sharvin does, you have to stay focused on your goals.

Image Hosted by ImageShack.us
Do not miss Nike’s Togel Documentary,
this 22nd July, Sunday
at 4pm on
Astro RIA and Hitz.TV

Entri oleh sultanmuzaffar 19 July 2007 0 komen

Enam Hari Tanpa Internet

Bagaimana rasanya bila seorang blogger hidup selama enam hari tanpa internet ? Jawapannya mudah. AMAN ! Hidup tanpa internet dan dalam waktu yang sama menghabiskan masa bercuti adalah satu yang paling menyenangkan.

Jarang sekali berpeluang untuk bercuti dan enam hari cuti yang diambil hanyalah dari sepuluh hari yang mana saya bekerja selama 10 minggu untuk Akademi Fantasia. Masih ada lagi 8 hari cuti tanpa rekod yang boleh diambil sempena Raja Lawak Astro dan 4 hari lagi dari Akademi Fantasia 5. Cuti tahunan masih belum terusik walaupun sudah masuk pertengahan tahun.

Enam hari saya melakukan proses nyahtoksik ion-ion negatif dari badan. Lega. Kembali ke pejabat walaupun kerja tetap menunggu, hati kembali tenang. Memang puas hati. Jejak saja ke Kuala Lumpur, saya cari internet. Hahaha.

Hah ! Siti Nurhaliza kena pukul ? Hah ! Ning Baizura nak bertunang ? Hah ! Helikopter Nuri terhempas ? Hah ! Anak Gemilang Malaysia dapat perhatian bloggers ? Macam-macam yang berlaku sepanjang enam hari saya tiada dalam negara. Betul kata Ted, bumi akan terus berpusing. Kita buat sajalah apa yang patut kita buat.

Cuti tersebut memang telah dirancang sejak awal. Dirancang antara IKON Malaysia Separuh Akhir dan IKON Malaysia Akhir juga di antara ruang kosong Potret Anak Gemilang Malaysia dan pengumuman Top 10 Tokoh Anak Gemilang Malaysia. Tak sangka pula ruang kosong itu dikejutkan dengan entri-entri blog yang berbicara tentang program tersebut.

Tidak dinafikan ada kebenaran komen-komen tersebut, ada juga komen-komen yang tersasar. Sekurang-kurangnya mereka turut memberikan perhatian mereka kepada program tersebut khususnya dan impak yang akan berlaku secara amnya.

Bukan sesuatu perkara yang mudah untuk menghasilkan program seperti Anak Gemilang Malaysia. Impaknya besar. Macam-macam boleh berlaku. Persepsi masyarakat terhadap pelbagai perkara boleh berubah jika langkahnya tidak teratur.

Kota Beijing

Penerbangan ke Beijing dari KLIA tertangguh selama 2 jam angkara aerobridge yang jatuh dari pesawat. Penerbangan ke Beijing mengambil masa selama 5 jam 30 minit. Mendarat di Beijing tepat jam 5 petang. Hari pertama di kota Beijing agak meletihkan kerana kesuntukan masa. Cuaca di Beijing agak panas dan lebih kurang cuaca di Kuala Lumpur sahaja.

Image Hosted by ImageShack.us
Lapangan Terbang Utama Beijing

Image Hosted by ImageShack.us
Restoran Muslim di Beijing

Image Hosted by ImageShack.us
Restoran Muslim di Beijing

Image Hosted by ImageShack.us
Pertunjukan Akrobatik

Walaupun dalam keadaan takut-takut merakamkan gambar di atas kerana peraturan tidak membenarkan rakaman gambar dibuat semasa persembahan, terhasillah gambar seperti di atas. Aksi pemain akrobatik sedang melayangkan badannya agak sukar dirakamkan dengan sebuah kamera yang tidak canggih.

Entri oleh sultanmuzaffar 17 July 2007 0 komen

Jingjing Dah Ada Kawan Baru...

Sekarang Jingjing dah ada kawan baru. Nama dia Huanhuan, Beibei, Nini dan Yingying. Walaupun saiz mereka berbeza, tapi hati mereka baik. Mereka ialah maskot Sukan Olimpik 2008 di Beijing.

Image Hosted by ImageShack.us
Beibei

Image Hosted by ImageShack.us
Jingjing

Image Hosted by ImageShack.us
Nini

Image Hosted by ImageShack.us
Yingying

Image Hosted by ImageShack.us
Huanhuan

Image Hosted by ImageShack.us
Separuh Jalan : Gayat

Image Hosted by ImageShack.us
Sarang Burung

Entri oleh sultanmuzaffar 11 July 2007 0 komen

Jingjing : "Kita Jumpa Lagi Rabu Depan"

Image Hosted by ImageShack.us

Sudah lama Jingjing tidak bercuti. Oleh itu untuk melepaskan sisa-sisa lelah Akademi Fantasia 4, Raja Lawak Astro dan Akademi Fantasia 5, Jingjing akan terbang bercuti selama satu minggu. Harap-harap tiada yang mengganggu. IKON Malaysia ke, Anak Gemilang Malaysia ke, Wazzup Mila? ke, Muallaf ke semua tidak dapat Jingjing dipenuhi. Rasa rugi juga tak dapat pergi tengok Muallaf. :(

Image Hosted by ImageShack.us

Awal minggu ini saya dikejutkan dengan satu email. Saya tidak pernah kenal siapa penghantarnya. Saya hanya sekadar borak-borak kosong sahaja. Tiba-tiba meminta saya untuk menelefonnya kembali. Mungkin ada sesuatu yang penting. Saya telefon kembali. Beliau nyatakan hasratnya.

Saya tidak pasti sama ada mahu gelak atau tersenyum sendiri. Nak gelak takut kawan baru saya ini terasa atau kecil hati. Hasratnya agak unik. Kenapa saya kata unik ?

Pemanggil : Muz, tolong aku !

SM : Tolong apa?

Pemanggil : Kawan aku mengandung !

SM : Ahh sudah ! (Apa aku nak buat ni ? Aku tak nak bersubahat ! Hahaha) Macam mana dia boleh mengandung ? (Aku sendiri tak tahu macam mana boleh terkeluar soalan bodoh tu!)

Pemanggil : Kau je yang boleh tolong aku. Dia mengidam.

SM : (Dalam kepala aku dok pikir makanan yang aku kena tolong carikan) Mengidam nak makan apa ? (Ya lah ! Kalau mengidam mesti lah makanan kan ?)

Pemanggil : Bukan makanan. Dia nak medalion Mawi !

SM : HAH ! Nak apa ??? (buat-buat terkejut sambil gelak dalam hati!)

Pemanggil : Dia nak MEDALION MAWI !

SM : (Gelak dalam hati !) Nak buat apa medalion Mawi ? Bukan boleh makan !

Pemanggil : Mana aku tahu. Dah dia nak.

SM : Dia dah berapa bulan sekarang ?

Pemanggil : 8 bulan.

SM : OK. Lama lagi. Aku call balik minggu depan. Isnin dapat kot. (Dalam kepala aku terbayang muka BadrulAfterSix yang amat kamceng dengan Kak Ita.)

Pemanggil : TQ. Janji sebelum bersalin lah.

SM : (Aku tahu lah orang mengidam mesti nak sebelum bersalin ! Selepas bersalin dia nak lain.)

Tadi saya pergi ambik medalion Mawi dari Shidah di KLCC. Ya ! SM pergi ambil medalion Mawi dari MawiFC. Saya buat pengakuan ! Tadi juga saya jumpa kawan baru saya itu dan berikan medalion Mawi yang dia hendak. Saya tidak beli satu sahaja. Saya beli TIGA. Satu untuk perempuan mengandung, satu untuk kawan baru saya itu (yang dalam diam-diam nak satu jugak) dan satu lagi untuk SAYA. Hahaha. Dah alang-alang kan. Apa salah aku beli satu. Boleh simpan dalam wallet, buat ibu duit. Hahaha. Mana tahu dengan kuasa Allah boleh jadi kaya macam Mawi.

Aku tak kira, anak kawan kau nanti, kena letak nama Mawi Muzaffar !! Hahaha !

Nota : Jumaat ini jam 9 malam di Astro RIA, Mawi akan bertandang di AC Di Sini untuk meleraikan segala kekusutan yang berlaku minggu ini. Jingjing tengah sibuk mendaki The Great Wall Of China hari tu! Jingjing uga nak ucapkan Tahniah kepada Mawi untuk IKON Malaysia Akhir !

Entri oleh sultanmuzaffar 07 July 2007 0 komen

Memoir Untukmu Malaysia (Bhg.2)
Masih Ingat ?

IKON Malaysia Separuh Akhir, 9 malam ini di Astro RIA
kredit : Astro Malay Programming YouTube.

Gerhana Ska Cinta KO
Farah KO
Flop Poppy OK
Dayang OK
OAG OK
Reshmonu KO
May KO
Mawi KO
Jaclyn Victor OK
Jinbara OK

Nota : Apa lagi agaknya cerita yang boleh dikongsi bersama untuk entri-entri akan datang ? Saya akan mengimbau kembali kenangan sewaktu Reformasi (berhadapan dengan FRU), Sukan Komanwel 1998 (bangganya jadi rakyat Malaysia), Peristiwa Memali (menonton Combat secara langsung di TV Malaysia), Sukan SEA Kuala Lumpur 1989 (permulaan kepada Sukom 98), Wawasan 2020 diperkenalkan (apa itu wawasan?), satu Malaysia bergelap (study guna lilin), Y2K (berjaga depan PC), Tower 2 Twin Tower (September 11), Tsunami atau apa saja yang ingin anda ceritakan. Mana tahu kalau-kalau ada yang anda ingatkan...

Sekitar tahun 1998. Darah masih manis. Usia lewat graduan universiti. Semangat membara. Baru saja empat bulan mengenal erti gaji sendiri. Ketika itu, bulan September. Gelombang reformasi melanda Malaysia. Dalam negara sedang sibuk membuat persiapan terakhir Sukan Komanwel yang akan berlangsung 11 September, pada 2 September 1998 Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Negara kecoh ! Rakyat memberontak !

Ini rahsia yang saya simpan dari pengetahuan ramai. Antara kawan-kawan yang turut menjadikan rumah kami tempat lepak pada waktu tersebut merupakan anak lelaki kepada seorang Menteri Kabinet pada waktu tersebut. Oleh itu gosip-gosip keretakan hubungan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri waktu itu telah kami ketahui. Kami mengetahuinya lebih awal. Lupakan soal itu. Bertitik-tolak dari kes pemecatan tersebut, berlakulah gelombang reformasi yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Setiap hujung minggu merupakan hari yang memeritkan di Kuala Lumpur. Jalan banyak ditutup. Kedai juga ditutup awal. Keadaan negara menjadi huru-hara seketika.

Rakyat keluar berdemonstrasi di Dataran Merdeka. Lori-lori FRU di merata-rata kawasan sekitarnya. Pasukan FRU membawa belantan dan perisai. Lori penyembur air juga kelihatan. Itu situasi yang normal pada waktu tersebut. Satu hujung minggu saya ingin merasai bagaimana perasaan rakyat keluar berdemonstrasi. Kami meletakkan kereta di SOGO. Lalu berjalan ke Dataran Merdeka. Orang ramai merata-rata. Ada orang awam ada juga yang turun benar-benar untuk berdemonstrasi. Saya dan kawan-kawan hanya ingin melihat.

Bergerak perlahan-lahan ikut kelompok demonstrator ke Dataran Merdeka. Dari SOGO kami melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman hinggalah ke Panggung Coliseum. Melintas ke DBKL. Sudah ramai orang di sana. Jalan di hadapan Dataran Merdeka sudah ditutup. Kami hanya lihat pasukan FRU berada di penghujung jalan penutup Dataran Merdeka. Mereka arahkan kami agar bersurai. Kelompok di hadapan mungkin sedang berbincang sesuatu dengan pihak polis. Kami masih di tepi DBKL. Semangat saja membara tetapi tidak berani untuk meneruskan perjalanan ke depan. Sekadar memerhati dari jauh. Kami sendiri tidak mendengar butir-butir perbincangan.

Tiba-tiba kami lihat ramai orang bertempiaran lari. Lori penyembur air sudah mula menyemburkan air ke arah orang ramai. Kami lihat dari jarak kami berada polis FRU masih lagi jauh. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba mereka berada dekat dengan kami. Dikejarnya kami. Kami lari bertempiaran hingga terpisah. Saya lari ikut jalan belakang Coliseum hingga SOGO. Tanpa kenal erti penat. Jauh jugak. Sempat juga merasa bagaimana air semburan tersebut kena ke baju. Mujur bukan belantan.

Itu kali terakhir saya ke Dataran Merdeka untuk cuba-cuba belajar berdemonstrasi. Beberapa hari selepas itu, pada hari Ratu Elizabeth 2 berada di Kuala Lumpur untuk majlis penutupan Sukan Komanwel, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Anehnya semangat yang membara di Dataran Merdeka hilang bila menjadi bangga dengan usaha Malaysia khususnya Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamed (sekarang Tun) di majlis penutupan Sukan Komanwel yang penuh gilang-gemilang.

Entri oleh sultanmuzaffar 05 July 2007 0 komen

Memoir Untukmu Malaysia (Bhg.1)
Di Mana Anda Berada Ketika...?

Tahun ini merupakan tahun yang penting untuk Malaysia. Sudah masuk 50 tahun kemerdekaan negara kita. Apa yang telah kita sumbangkan kepada negara kita ? Apa pula sumbangan negara kepada kita ?

Saya tergerak untuk menulis tentang apa yang telah berlaku di negara kita setelah 33 tahun saya menghuni di bumi ini. Walaupun ramai yang kini sedang sibuk mengail atau menuba ikan di laut, saya lebih gemar untuk menggoyang kaki (OK lah, kadang-kadang menjahit !). Saya pegang pada satu prinsip. Jika mahu betul-betul melawan gelora, biarlah lawan kita itu seekor jerung dan bukannya seekor ikan bilis.

Saya telah menghirup udara Malaysia selama 33 tahun. Sepanjang tempoh tersebut tentunya banyak cerita yang telah berlaku di sekeliling saya. Anda masih ingat bila kali pertama anda membaca surat khabar ? Saya masih ingat. Masa saya kecil-kecil dahulu, keluarga saya hanya membeli surat khabar New Straits Times. Saya tidak pernah mahu baca. Sampailah pada satu ketika heboh tentang pembunuhan Datuk Mohd Taha Talib menjelang Pilihanraya Umum tahun 1982. Tatkala bermulanya perbicaraan yang turut melibatkan seorang menteri tersebut, saya mula membaca akhbar Utusan Malaysia dan kadang-kala NST. Memang seronok membaca prosiding mahkamah. Sekarang pun saya baca juga. Ikut-satu persatu. Dengan membaca akhbar ketika itu, bermacam-macam cerita boleh kita tahu secara terperinci kerana semuanya diselongkar kepada umum. Zaman dulu-dulu seorang Menteri pun boleh dihadapkan ke mahkamah. Tidak seperti sekarang yang sistem tersebut sering dicabar dengan pelbagai macam halangan.

Itu kisahnya bagaimana saya berminat untuk membaca akhbar. Hari ini setiap hari saya akan meluangkan masa untuk membaca akhbar-akhbar yang ada. Bukan satu, bukan dua tetapi tujuh. Semuanya kerana tugas. Saya ada Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Malay Mail, The Star dan mStar. Mana pergi NST ?

Menariknya bila hari ini akhbar-akhbar tersebut turut memberikan fokus kepada prosiding perbicaraan yang berprofil tinggi. Mungkin juga minat saya terhadap akhbar lebih mendalam bila adanya prosiding-prosiding mahkamah seperti hari ini. Saya masih ingat lagi waktu perbicaraan Mona Fendy dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar masih memainkan peranan yang penting walaupun gelombang blog sedang melanda Malaysia. Dalam akhbar saya masih boleh membaca setiap perkataan yang diperkatakan di mahkamah berbanding dengan membaca blog.

Itulah kisahnya...

Nota : Apa lagi agaknya cerita yang boleh dikongsi bersama untuk entri-entri akan datang ? Saya akan mengimbau kembali kenangan sewaktu Reformasi (berhadapan dengan FRU), Sukan Komanwel 1998 (bangganya jadi rakyat Malaysia), Peristiwa Memali (menonton Combat secara langsung di TV Malaysia), Sukan SEA Kuala Lumpur 1989 (permulaan kepada Sukom 98), Wawasan 2020 diperkenalkan (apa itu wawasan?), satu Malaysia bergelap (study guna lilin), Y2K (berjaga depan PC), Tower 2 Twin Tower (September 11), Tsunami atau apa saja yang ingin anda ceritakan. Mana tahu kalau-kalau ada yang anda ingatkan...

Seminar Blogs
"Friends or Foe"

Tarikh : 22 Julai 2007
Hari : Ahad
Masa : 2 petang
Tempat : Shah's Village Hotel PJ (sebelah A&W, PJ)
Stesen LRT Taman Jaya
Peta di sini

Panel :
1. Soon Li Tsin (Malaysiakini)
2. Jemeriah Foo (Best Chinese Blog)
3. sultanmuzaffar (boleh ke aku cakap English ni ?)

Jom makan FREE !!

Anjuran : Blog Bugs
Tajaan : Friedrich Naumann Foundation

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger