Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 31 December 2003 0 komen
CSI: Crime Scene Investigation laman web CSI - Permainan Komputer Semasa kecil-kecil dahulu, saya pernah mengimpikan untuk menjadi seorang peguam yang mengendalikan kes jenayah setelah menonton sebuah drama yang berkisar tentang hidup seorang pelajar berkulit hitam yang ingin sangat menjadi peguam lalu cuba memutihkan dirinya untuk berjaya mendapatkan biasiswa tajaan kerajaan. Permainan komputer yang saya beli juga berkisar tentang penyiasatan,...
Entri oleh sultanmuzaffar 30 December 2003 0 komen
Azam dan Impian Tahun 2004 1. Kewarasan akal 2. Kematangan idea 3. Keseimbangan mental 4. Pembaca weblog sultanmuzaffar bertambah 5. Populariti afundi.com 6. Bantu lebih ramai penulis weblog baru 7. Koleksi DVD bertambah 8. PC Sound System Creative GigaWorks S750 9. USB Sound Blaster MP3 + 10. Sony Cyber-shot (DSC-F717) 11. Kestabilan sistem sekuriti pada Maybank2u 12. Honda City RM78,888.00 13. Pelbagaikan ulasan termasuk ulasan permainan komputer serta drama, filem, muzik, teater yang menyeluruh. 14. Tambah berat...
Entri oleh sultanmuzaffar 29 December 2003 0 komen
Anugerah Juara Lagu 18 laman web Anugerah Juara Lagu 18 Seperti biasa setiap kali pertandingan yang melibatkan penonton, pengurusannya masih seperti dahulu. Mereka tidak pernah belajar cara menguruskan penonton dengan baik. Ini pertama kali Juara Lagu diadakan di sebuah lokai yang agak besar berbanding Dewan Merdeka PWTC. Banyak aspek yang perlu diambil kira, terutamanya aspek keselamatan penonton. Persembahan pembukaan menggunakan konsep...
Entri oleh sultanmuzaffar 24 December 2003 0 komen
Pra Anugerah Juara Lagu TV3 laman web Anugerah Juara Lagu 18 Pada 28 Disember 2003 ini bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil akan berlangsung sekali Anugerah Juara Lagu TV3. Anugerah Juara Lagu merupakan satu anugerah industri muzik yang berprestij dan telah matang dalam meniti usia ke 18 tahun. Satu yang harus dibanggakan. Persaingan sengit dan peluang terbuka luas untuk penyanyi seperti Ning Baizura, Noraniza Idris, Siti Nurhaliza,...
Entri oleh sultanmuzaffar 22 December 2003 0 komen
Dipetik dari majalah KLUe keluaran ke 50 Disambung oleh saya sendiri dan beberapa pembaca...:) OUT WowFM Echo Butterfingers MNG Movement Sweat Club Soho Grappa Rebonding Mediterranean restaurants Tech house Drum 'n' bass Foreign DJs HitzFM Driving Glowsticks Bohemian Bangsar Clubbing Mid Valley Vivid Tower Records Positive Tone Bubble tea Wakeboarding VCD stalls Completely local mags LRT Jerrica Lai Dr M Maya Karin The Back Room Britney Nokia Nike SMS Discman IRC ICQ "Open bottle" Teen horror movies Singing in English Underground Portugeuse...
Entri oleh sultanmuzaffar 18 December 2003 0 komen
Rakaman Spontan Pelangi di Damansara Ini bukan kali pertama saya melihat pelangi. Apabila melihat pelangi, tindakan yang pertama saya lakukan ialah menudingkan jari ke arah pelangi. Sekali ! Saya melihat jari itu kembali. Tak kudung pun ? Kali Kedua ! Saya melihat jari itu lagi. Masih tidak kudung ! Kali Ketiga ! Masih tidak kudung ! Hasilnya, saya ambil kamera digital saya, dan rakam gambar pelangi. Saya tekan punat kamera dengan jari...
Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen
Projek Suitcase 2003 Saya berkesempatan untuk menonton teater monolog yang dipersembahkan sempena Projek Suitcase 2003. Karya-karya oleh penulis-penulis drama di kalangan generasi muda dari Malaysia dan Singapura seperti Faisal Tehrani, Nam Ron, Alfian Sa'at dan Aidli 'Alin' Mosbit dipersembahkan dalam bentuk persembahan monolog. matderihkolaperlih matderihkolaperlih hebat di pentas. Pelakon kelahiran Perlis ini bersahaja apabila melontarkan...
Entri oleh sultanmuzaffar 15 December 2003 0 komen
Akademi Fantasia Zoo Negara yahoogroup imbasan akademi fantasia 14 Disember 2003 Setelah hampir empat bulan berlalu, rupanya demam Akademi Fantasia masih belum kebah lagi. Kerana Akademi Fantasia, saya menjejakkan kaki ke Zoo Negara buat kali kedua mungkin. Saya sendiri tidak ingat bila kali terakhir saya melawat Zoo Negara. Saya mengatur temujanji bersama beberapa orang teman untuk sama-sama ke Zoo Negara. Saya tiba sekitar jam 1.30...
Entri oleh sultanmuzaffar 11 December 2003 0 komen
Tiga Jam Yang Terlalu Singkat video gathering : adifashla ucap terima kasih Salam buat semua (gathering yahoogroups adifashla, atie, sahri & nija), Terasa seronok bila dapat berjumpa dgn kawan-kawan baru. First time pergi gathering, rasa macam culture shock. Tak reti nak cakap apa, bila ditegur baru bersuara. Hanya sekadar merakamkan foto untuk tatapan sendiri. Tiga jam yang dipinjamkan terasa begitu singkat. Walaupun terasa masih...
Entri oleh sultanmuzaffar 09 December 2003 0 komen
ASTRO: Di Mana Silapnya ? Saya menerima email dari pembaca saya yang meminta saya menyiarkan email ini serta gambar-gambar sisipan tentang apa yang disiarkan di ASTRO:HITZ.TV. Saya merupakan antara penggemar saluran terbaru ASTRO ini terutamanya rancangan UP2U. Konsepnya segar dan interaktif. Itu yang membuatkan saya tertarik dengan saluran ini. Pernah sekali menghantar SMS ke rancangan UP2U. Tetapi gagal kerana ia memerlukan pendaftaran...
Entri oleh sultanmuzaffar 08 December 2003 0 komen
Rumah Terbuka sultanmuzaffar Alhamdulillah, Rumah Terbuka sultanmuzaffar telah pun selamat diadakan pada 6 Disember 2003 bertempat di rumah kediaman saya. Sahabat-sahabat saya yang mengambil inisiatif untuk menganjurkan Rumah Terbuka ini. Saya hanya menyediakan tempat. Perbincangan telah berlangsung sejak minggu-minggu awal berpuasa tentang segala persiapan. Melalui pelabagai cara sama ada melalui zonkboard, conference Yahoo Messenger...