Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 08 December 2003

Rumah Terbuka sultanmuzaffar

RTSMAlhamdulillah, Rumah Terbuka sultanmuzaffar telah pun selamat diadakan pada 6 Disember 2003 bertempat di rumah kediaman saya. Sahabat-sahabat saya yang mengambil inisiatif untuk menganjurkan Rumah Terbuka ini. Saya hanya menyediakan tempat. Perbincangan telah berlangsung sejak minggu-minggu awal berpuasa tentang segala persiapan. Melalui pelabagai cara sama ada melalui zonkboard, conference Yahoo Messenger baik siang waktu pejabat ataupun malam sebelum tidur.

RTSMPerlu diingatkan, majlis ini bukan majlis saya. Ia dianjurkan oleh sahabat-sahabat saya di affening. Oleh itu tetamu yang dijemput merupakan tetamu sahabat-sahabat saya. Makanan yang dibawa oleh masing-masing ada nama yang tersendiri bersesuaian dengan minat masing-masing. Yang minat Adi letak nama Hancur Hatiku, yang minat Liza menamakan pink sempena baju pink Liza, yang minat Nija letak tajuk lagu Nija, yang minat Sahri letak dialog yang pernah Sahri gunakan,

RTSMNasi Lemak Umpan Dah Abis – Bibik Kak Aidid
Rendang Meriah Ala Cik Kiah – Cik Kiah
Lontong Pink Tepen - Vads
Kek Batik Pi’ie - Azzlan
Spaghetti Ello Sayang - Ymaulai
Popia Goreng Apape Pun – Bibik Kak Aidid
Sambal Tempoyak Penjara Tepen – Kak Iffa
Karipap Buatan TNB - Ted
Lemang Extreme Ala Cik Kiah – Cik Kiah
Nasi Impit Fashla ACKDD _ Sempoi
Meehun Goreng PFS – Kak Aidid
Kuah Kacang Hancur Hatiku - Sempoi
Laksa Johor Kenangan Pahit - Antu
Nugget Seri Azza & Azzlan - Azzlan
Tidbits Tak Ingin Kehilanganmu - LV
Puding Karamel Allergic - Sempoi
Puding Koktel Dambaan Pilu - Izreen
RTSMPuding Kastad Nazam Lebaran - Ymaulai
Terubuk Masin Kuching Nemo - Ros
Kek Blueberry Affening - Ymaulai
Tepung Pelita@Panjut – Kak Iffa
Rendang Tok Berebut Menu– Kak Iffa
Tembikai Bola-bola Api - Frodo
Anggur Jelingan Manja – tak sampai-sampai
Honey Dew KDN – tak sampai-sampai
Limau Sunkist Yahoo Messenger - Azzlan
Sirap Soda Sesempoii Rasa - Sempoi
Teh Tarik Tagboard SM - SM
Sunquick Tropika Hakkinen - Azzlan
Sambal Sotong Kering Nana – Bibik Kak Aidid
Rendang Kerang Hangus TerBurn – Bibik Kak Aidid
Nasi Putih Flying Kick Nija – Bibik Kak Aidid
Eskrem Epol-Epol – tak sampai-sampai

RTSMAntara tetamu yang hadir pada petang itu ialah Frodo dan Lan yang datang dari Kuala Kangsar. Sempoi dan anak serta Ymaulai muncul kemudian. LV hadir menghantar casing CD dan kemudian pulang semula ke rumahnya kerana perlu menjadi bibik. Antu sampai seketika kemudian dan terus mencurah kuah laksa. Kak Aidid tiba bersama 5 orang anaknya, diikuti Izreen dan Ted. Seketika kemudian muncul suami Kak Aidid.

Beberapa tetamu yang hadir telah pun mula menikmati juadah yang terhidang. Kemudian Kak Iffa dan suami tiba. Rumah sudah semakin sesak dengan tetamu. Di tambah lagi dengan melihatkan kenakalan anak-anak kecil. Vad dan iteri muncul bersama Yaya. Suami Sempoi kemudiannya sampai bersama bibik mereka. Spiral dan isteri serta Yaya tiba beberapa minit kemudian. Zam (housemate SM) yang baru pulang dari satu majlis lain tiba. Di sebelah malam, Akhlaken singgah sebentar setelah selesai menempah baju pengantin di Salikin. Tetamu paling VIP jatuh kepada Lanun yang muncul setelah pulang dari kenduri kahwin sepupunya di Kajang.

RTSMSaya dapat melihat keriangan semua tetamu yang hadir. Baik yang ada permit atau pun yang tiada permit KDN. Semuanya happy. Yang paling happy tentunya kanak-kanak bila mendapat duit raya. Dan yang pasti ibu-ibu mereka turut tersenyum lebar sehingga terlupa SMS gossip yang dihantar tersilap penerimanya. Majlis sambutan Hari Jadi untuk Vads turut diadakan. Yang paling ditunggu-tunggu tentunya penyerahan CD-AF The Ultimate Collections yang menjadi rebutan ramai. CD yang terkandung MP3 Konsert 1 – Konsert 9 serta The Best Of nyanyian graduan Akademi Fantasia. Turut dilampirkan ulasan Diari Akademi yang disiarkan di sini satu ketika dahulu. Adalah diharapkan CD ini akan menjadi pengikat persahabatan kita, macam anak mengikat kasih antara ayah dan ibu. :) Kerana saya pasti bukanlah CD ini menjadi punca persahabatan kita tetapi nilai-nilai serta kualiti seseorang yang unik yang ada pada diri masing-masing.

RTSMSebelah malam, kami sama-sama menyaksikan pertandingan Miss World 2003. Lanun tiba paling akhir. Hanya sempat dihidangkan dengan hot chocolate. Jam 12 kami sama-sama menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Vads. Setelah selesai berkemas ala kadar tetamu pun pulang.

Majlis sebegini sesuai diadakan lagi. Saya merasa lebih selesa kerana ia diadakan di tempat sendiri. Cuma yang agak menyedihkan makanan yang terlampau banyak sehingga terpaksa dibawa pulang. Lebih malang, rumah saya yang tiada peti ais yang agak besar untuk menyimpan makanan yang cepat basi. Oleh itu, makanan tidak tahan lama kecuali beberapa hidangan pencuci mulut. Tujuan majlis sebegini diadakan bukanlah makan tujuan utamanya sebaliknya bertemu mesra dengan tetamu yang ada. Di masa akan datang, seboleh-bolehnya biarlah makanan yang disediakan ala kadar iaitu tidak lebih dan tidak kurang kerana pembaziran itu tidak elok.

RTSM
Bercerita tentang gambar, adalah lebih manis sekiranya gambar yang diambil disimpan di dalam CD dan diedarkan kepada semua kerana adalah tidak adil sekiranya hanya sipenyambut hari jadi sahaja yang dapat gambar versi warna.

Terima kasih kepada yang sudi hadir untuk memeriahkan Rumah Terbuka sultanmuzaffar. Semoga kita berjumpa lagi di bulan hadapan.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger