setahun seorang sultanmuzaffar (bahagian ii)
Dalam Bahagian II catatan saya lebih banyak cerita-cerita sedih yang berlaku. Semakin menuju penghujung tahun, cerita-cerita menjadi semakin cerita sedih.
Berehat, Tetapi Tidak Lama
Pada mulanya saya sepatutnya berehat sehingga 1 April 2005. Memandangkan cadangan saya secara lisan telah pun dipersetujui, maka saya mengambil keputusan untuk menulis di blog semula. Banyak juga pihak yang datang membantu. Beri idea, beri server, beri domain, beri masalah, beri tekanan. Ada di kalangan...
setahun seorang sultanmuzaffar (bahagian i)
Bagaimana agaknya menjadi seorang sultanmuzaffar ? Ada orang kata best. Ada orang siap kata “I wish I was you !” Hahahaha. Saya kurang selesa sebenarnya. Lebih selesa sekiranya tidak dikenali.
Sepanjang tahun 2004, saya terlibat dengan blog penentu-arah politik negara, mencipta satu kelompok komuniti teater, membuat kemunculan berani dalam akademi fantasia, terlibat secara langsung dengan peminat akademi fantasia, menyusun kelompok peminat akademi fantasia dan mula memikirkan idea...

Gathering gengjurnal.net IV
Dewan Sri Pulasan, Kolej Keenam
Universiti Putra Malaysia
Ini merupakan gathering gengjurnal.net kali keempat. Kali pertama saya menyertainya adalah pada tahun lepas di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa. Pengalaman pertama saya bertemu mereka sungguh membosankan walaupun saya memenangi Anugerah Khas Juri pada malam tersebut.
Majlis yang sepatutnya bermula jam 2.00 petang, hanya bermula pada jam 2.40 petang....

Sinar Syawal Bersama Anding
Hotel Coronade Kuala Lumpur
Majlis bermula sekitar jam 1 petang. Agak lewat kerana kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur. Lagipun ia berlangsung pada hari Sabtu bekerja dan pada hari tersebut rakyat Selangor bercuti.
Saya berasa seronok kerana dapat bertemu dengan satu kelompok yang berbeza dalam peminat Anding. Ini kali pertama saya menghadiri pertemuan peminat Anding. Tentunya atmosferanya berbeza dengan kelompok...

Erti Pertemuan Ning Baizura
Saya bertemu Ning Baizura kali pertama di atas pembesar suara di dalam kelab bernama Movement ! Ketika yang tidak wajar untuk saya ingat-ingat. Saya melihat beliau seorang yang kuat untuk bangun semula mencipta nama. Jarang benar ada artis yang mampu bangkit semula dari kekecewaan dan kekesalan dari zaman gelap yang pernah mereka lalui. Sama ada lenyap terus atau pun bangkit semula. Ning berjaya bangkit semula...

Ulasan Album EVO04
Sudah lengkap koleksi saya untuk EVO04. Hanya album EVO04 02 dan EVO04 03 sahaja yang berjaya membuatkan saya mengulang main cakera padat tersebut. Hampir kesemua lagu dalam EVO04 02 dan EVO04 03 punya daya penarik yang kuat untuk saya dengar berulang-ulang kali.
Saya puji pihak pengurusan bintang Akademi Fantasia yang mengeluarkan album ini tepat pada masanya. Sementara demam belum kebah, album ini menemui peminat-peminatnya....
Majlis Hari Raya bersama Kaer di Kelab Golf Negara Subang
foto oleh http://sultanmuzaffar.fotopages.com
Sebagai seorang "jurugambar berwibawa" saya menghabiskan banyak masa mengambil gambar untuk diletakkan di fotopages. Pelbagai gambar yang saya tangkap untuk koleksi sendiri dan tatapan umum.
Saya tidak begitu mengikuti perjalanan majlis kerana kepanasan dan lebih banyak berjalan bertemu tetamu-tetamu yang hadir. Sedikit perselisihan faham yang berlaku dalam kelompok ini perlu diselesaikan segera kerana ia tidak membawa...
Majlis Berbuka Puasa Maestro di Renaissance Hotel
foto oleh http://sultanmuzaffar.fotopages.com
AMAN ! Tidak ada ramai orang. Hanya tenaga pengajar, krew penerbitan, media, jemputan dan penaja. LEGA !
Berbual panjang dengan Ramli MS tentang presentation yang akan diserahkan esok. CEPAT ! BERTINDAK !
Seloka Hari Raya - Khai Zarina, Rosma, Anding
Tangisan Dalam Kerinduan - Farah
Cahaya Di Aidil Fitri - Adi, Burn, Sahri
Selamat Hari Raya - Mas, Nurul, Edlin, Rosma, Zubir Berita Harian & Cikgu Siti Hajar
Memori Bahagia -...
Bertemu Di Bukit Damansara
foto oleh http://sultanmuzaffar.fotopages.com
Peluang bertemu dengan Anwar Ibrahim tidak akan saya lepaskan. Walaupun dapat singgah di rumah beliau selama lebih kurang 30 minit, ia tetap merupakan pengalaman yang paling hebat.
Sejurus sebelum pertemuan itu, beliau menerima kunjungan hormat dari bekas Presiden Indonesia Gus Dur.
Melangkah masuk ke ruang tamu sebuah banglo di Bukit Damansara, mengejutkan apabila melihat kelibat bekas tokoh korporat yang sepatutnya tidak melawat beliau.
Nota: Gambar...
Majlis Berbuka Puasa Farah di Tupai Tupai
foto oleh http://sultanmuzaffar.fotopages.com
Pengurusan Bervisi
Saya benar-benar kagum apabila sesebuah fanclub tersebut berjaya diuruskan dengan baik di kalangan peminat mereka. Tidak ramai yang mampu mengorbankan masa mereka demi sesuatu yang belum pasti. Dengan kekangan sedia ada, para peminat Akademi Fantasia sebenarnya masih demam dengan bintang yang mereka cipta dua bulan lepas.
Muncul nama seperti Ojah begitu sinonim dengan Mas, biniZahid dan Nana mewakili Zahid, Javard yang...
Majlis Berbuka Puasa Adam dan Rumah Anak Yatim Kg. Medan
oleh http://sultanmuzaffar.blogspot.com
foto oleh : http://sultanmuzaffar.fotopages.com
Saya harus mengakui yang imej dan penampilan seseorang artis turut dibentuk oleh pengurusan kelab peminatnya. Dalam hal yang demikian, bagaimana sesebuah pengurusan kelab peminat dalam merancang segala aktiviti-aktiviti yang dapat memberikan publisiti kepada artis berkenaan. Aktiviti-aktiviti memberikan faedah bukan sahaja kepada para peminatnya tetapi juga kepada masyarakat setempat...
sultanmuzaffar Berehat Lagi
Saya mengambil keputusan untuk merehatkan diri daripada blog untuk memberikan tumpuan kepada OPs OPHELIA II serta Projek E-Buku sultanmuzaffar. OPs OPHELIA II dalam fasa pra-produksi manakala Projek E-Buku masih dalam fasa pengumpulan bahan. Tokobuku juga perlu mendapatkan penjagaan yang sewajar serta sebaiknya dari saya. Saya akan meneruskan dengan kerja-kerja lain yang ingin saya lakukan dan Tokobuku tidak lagi menjadi keutamaan saya. Ia bukan prioriti !
Saya akan terus mengemaskinikan blog ini...
Akademi Fantasia Xtra
Introduksi
Zahid dan Farah amat cocok menjadi hos rancangan ini. Mereka nampak serasi dan nampak sesuai di hadapan kamera. Peminat yang rindukan aksi manja Farah dengan “Johnny”nya dapat melepaskan rindu masing-masing.
Akademi Fantasia Xtra banyak menayangkan klip-klip diari yang sebelum ini daripada menayangkan klip yang belum pernah ditonton. Tetapi cara pembawaan rancangan ini dengan menggunakan konsep talk show yang melibatkan Aznil Hj Nawawi iaitu pengacaranya, Puan Fauziah Nawi iaitu guru seni persembahan,...

Majlis Konvokesyen Yang Disaster
Hari Jumaat dan Sabtu merupakan hari yang memenatkan bagi saya. Dua hari ini merupakan hari berlangsungnya majlis konvokesyen tempat saya bertugas. Memang meletihkan. Jamuan Makan Malam pada malam hari Jumaat dan Majlis Konvokesyen berlangsung pada pagi hari Sabtu. Di dua tempat yang berasingan.
Saya yang bertugas sebagai AJK Fotografi, Videografi, Anugerah Pelajar dan Percetakan perlu menjaga segala hal...
Malaysian Idol - Final 3
Malam itu diserikan lagi dengan kehadiran Siti Nurhaliza sebagai panel juri. Paul Moss turut tersipu-sipu malu apabila berpeluang untuk duduk di sebelah Siti Nurhaliza. Di penghujung rancangan, Siti Nurhaliza membawakan lagu Lagu Rindu. Ini kemunculan beliau yang pertama sejak tertangkapnya penulis email layang dan SMS layang menfitnah beliau.
Dina - I Turn To You oleh Christina Aguilera
Best ! Cara Dina membawakan lagu ini memang mengkagumkan. Agak lembut vokalnya dan betul-betul mencapai kemuncaknya...