Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 30 April 2006 0 komen
Ulasan Anugerah Industri Muzik 13Saya ambil keputusan pada minit terakhir untuk hadir ke AIM 13 memandangkan ramai kawan-kawan saya yang tidak dapat hadir kerana pelbagai sebab dan akibat. Ada di antara mereka yang telah dihalang untuk hadir kerana penyiaran artikel yang kononnya bersifat mencemuh penganjuran AIM. Ada juga di antara mereka yang nama-nama mereka telah dibuang dari senarai jemputan kerana pelbagai sebab. Ada juga kerana tidak...
Entri oleh sultanmuzaffar 29 April 2006 0 komen
Papa Rock, Raja Platinum dan Rupanya Kita SerupaMalam ini malam seni muzik Malaysia. Malam semalam bermulanya fenomena baru di Akademi Fantasia. Semalam dunia hiburan muzik Malaysia menyaksikan Mawi menerima Anugerah Platinum Berkembar Enam kerana pencapaian album The Best of Mawi World.Semalam juga merupakan hari yang meletihkan. Sepanjang malam dan pagi menyiapkan hal-hal berkaitan Majlis Pengumuman Barisan Tenaga Pengajar Akademi Fantasia...
Entri oleh sultanmuzaffar 25 April 2006 0 komen
Nostradamus Anugerah Industri Muzik 13Anugerah Industri Muzik 13 kali ini banyak kontroversinya. Macam-macam dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Entah mengapa tahun ini semacam satu bahana kepada AIM. Isu artis di bawah Maestro Talent Sdn. Bhd yang dikatakan dihalang dari hadir ke majlis yang meraikan para artis di Malaysia merupakan susulan dari penolakan album Mawi Yang Tercinta. Isu artis Singapura yang diangkat oleh anugerah industri...
Entri oleh sultanmuzaffar 23 April 2006 0 komen
Al-FatihahBekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Ghafar Baba telah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara Kuala Lumpur pada jam 5.15 petang tadi. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada jam 7.34 pagi tadi di Gleneagles Intan Medical Centre Kuala Lumpur kerana komplikasi jantung, buah pinggang dan paru-paru. Allahyarham berusia 81 tahun.Jasa Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba akan terus dikenang kerana telah menjadi...
Entri oleh sultanmuzaffar 19 April 2006 0 komen
Gubra : Up Close and PersonalIngin berdampingan dengan bintang filem Gubra ? Mudah sahaja. Sempena Movie Carnival yang akan berlangsung di Berjaya Times Square pada 23hb April 2006, anda berpeluang untuk beramah-mesra bersama bintang filem kontroversi Gubra.Antara bintang yang telah mengesahkan kehadiran mereka ialah Sharifah Amani (Orked), Rozie Rashid (Temah), Namron (Bilal Li), Norkhiriah (Mas), Alan Yun (Alan), Ida Nerina (Mak Inom) dan Mei Ling (Ma).Acara tersebut akan berlangsung pada jam 4 hingga 5 petang di Berjaya Times...
Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen
Tanya Linda : Pelakon Teater vs Pelakon FilemKata Aziz M.Osman, pelakon handalan beliau yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia seperti Amy Mastura melalui filem Puteri Impian dan Nasha Aziz menerusi filem Trauma bukan orang teater. Siapa kata ? Mereka memang bukan orang teater tetapi punya keinginan dan pernah berlakon teater. Amy Mastura menerusi teater Siti Di Alam Fantasi dan Nasha Aziz bakal...
Entri oleh sultanmuzaffar 18 April 2006 0 komen
Biarlah RahsiaSiti Nurhaliza akan memasarkan album terbarunya berjudul Transkripsi pada 24 April 2006. Sama-sama kita menempa sejarah hidup pada hari yang sama. Aku ? Biarlah rahsia...Siti Nurhaliza juga khabarnya telah menempah tarikh 6 Jun 2006. 666 !!! Satu angka yang menarik. Mungkin juga hantarannya RM666,666.66 atau RM66,666.66 atau RM6,666,666.66 atau RM6,666.66 ! Aku juga telah menempah angka yang sama !Nota : pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...
Entri oleh sultanmuzaffar 17 April 2006 0 komen
Itu tandanya...Semakin banyak artikel yang tertangguh. Itu tandanya murah rezeki. Sekiranya segalanya mengikut perancangan bermula bulan hadapan artikel yang tertangguh bakal semakin menimbun. Itu tandanya murah rezeki. Acara dan majlis semakin tidak berhenti, masa untuk menulis semakin berkurangan.Kita larikan diri dari hiburan :Sebelum terlupa, beberapa minggu sudah saya tertarik dengan satu berita yang tersiar di dada-dada akhbar dan internet. Sehingga ke BBC mengambil sumber berita tersebut dan turut tersiar di laman-laman...
Entri oleh sultanmuzaffar 13 April 2006 0 komen
Seminar Industri Muzik"Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Cemerlang"Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KeKKWa) amat memandang serius untuk membantu industri muzik tanah air yang buat masa ini menghadapi pelbagai kesukaran dan masalah. Pada penghujung 2005, KeKKWa telah membuat satu kajian yang menyeluruh tentang keadaan industri muzik tanah air dan telah mengeluarkan satu Dasar dan Strategi Pembangunan Industri Muzik Malaysia yang meliputi bidang pendidikan, latihan, insentif dan infrastruktur...
Entri oleh sultanmuzaffar 09 April 2006 0 komen
Jangan Gubra Dengan Gubra1. Jangan gubra bila nampak seorang bilal menyentuh dan mengusap seorang anjing berkaki tiga yang ditemuinya dalam perjalanan ke surau.2. Jangan gubra bila bertemu dua orang jururawat berbangsa India di hospital bila anda sakit satu hari nanti.3. Jangan gubra bila berdepan dengan seorang pesakit berpakaian baju hospital bila anda di hospital satu hari nanti.4. Jangan gubra sekiranya di sekolah anda mempunyai klinik gigi.5. Jangan gubra untuk menerima hakikat sedang kita membaca blog ini, ada suami isteri...
Entri oleh sultanmuzaffar 06 April 2006 0 komen
Sinar “Bintang” di AIM 13Untuk AIM 13 atau untuk fun-fair ?Sinar “bintang” di AIM kembali lagi pada 29 April ini di Dewan Merdeka PWTC Kuala Lumpur. Antara artis yang bakal membuat persembahan terdiri daripada Adibah Noor, Ahli Fiqir, Akbar, Brothers, Dayang Nurfaizah, Dina, Elyana, Jaclyn Victor, Jamal Abdillah, Jason Lo, M.Nasir, Ridzuan, Shanon, Sharifah Zarina, V.E., Waheeda dan Zoul.Manakala Penyampai anugerah terdiri daripada Ajai,...
Entri oleh sultanmuzaffar 03 April 2006 0 komen
32 Hanya 1 AngkaPada mulanya saya hanya berhasrat untuk menonton teater Alang Rentak Seribu pada malam hari lahir saya. Lahir pada 1 April tertanggung satu beban yang berat apabila pada setiap tahun hari tersebut menjelang. Oleh yang demikian, saya akan cuba untuk melarikan diri jauh dari rakan-rakan. Jalan yang terbaik adalah dengan menonton teater.Sempat juga saya singgah ke Pasar Seni untuk mencari album terbaru Sheila Majid XVXX Legenda....