Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 07 April 2007

Konsert 04 Akademi Fantasia 5 : Kembali Bernyawa !

Best ke konsert minggu ini ?
Puas hati!

Persembahan pembukaan dimulakan dengan klip Fail Sulit Edisi Gali. Ah sudah ! Kes tak dapat on-air lagi ke ni ? Beza dengan musim yang lepas saya tahu apa kejutan yang akan muncul, tapi untuk musim ini saya tidak mahu tahu. Saya teringin nak jadi macam penonton biasa. Memang lah akan menyulitkan, lebih-lebih lagi macam minggu lepas, alih-alih tiada penyingkiran. Buat penat saja siapkan awal-awal. Tapi OK lah, puas hati bila tidak tahu apa kejutan yang akan muncul. Seperti klip Fail Sulit Edisi Gali, memang senak perut gelak. Segmen pengenalan diri pelajar pun nampak meriah dengan Joget Lambak. Tapi masa siaran ulangan, klip Fail Sulit ini tiada lah. Tak puas hati betul.

Ebi mula-mula dipanggil untuk membuat persembahan. Eh ! Bukan patutnya last ke ? Itu yang saya tahu lah. Rupanya Ebi dipanggil hanya untuk menayangkan gambar-gambar yang telah diambil sewaktu pertandingan ManHunt 2004. Ebi diberikan peluang untuk makeover. Patutnya segmen makeover ini menjadi lebih menarik tetapi kerana sikap keras kepala beberapa pihak yang tidak berkaitan dengan pelajar, hasilnya tidak seberapa. Hasilnya ditunjukkan di bahagian akhir persembahan minggu ini. Orang dah suruh ubah gaya rambut. Tapi hasilnya biasa saja. Tiada apa perbezaan pun.

Persembahan Pilihan SM
▪ Ebi - Kasihnya Laila (10/10)

Satu persembahan yang berjaya, baik dari segi showmanship dan nyanyian. Ebi melompat ke depan meja Pengkritik memang sama seperti Faizal melompat dulu. Saya nampak Ebi dah semakin menyerlahkan keyakinan dirinya. Memang worth it letak kat hujung-hujung tapi tak boleh selalu lah. Pasal selalu saya akan senak perut tengok undian dia.

Ebi dipanggil untuk membuat persembahan pada awalnya, tetapi telah ditayangkan beberapa keping gambar sewaktu pertandingan Man Hunt 2004. Penonton sudah menjerit masa tu. Mana tahu kalau-kalau keluar gambar yang paling panas itu. Patutnya Ebi diberikan makeover, tukar gaya rambut pasal itulah yang telah ditulis oleh SS (suspek utama Rudy Imran) Harian Metro yang merupakan peminat nombor satu Ebi. Tapi sebaliknya hanya gel dan rambut tersebut tidak diluruskan sebagaimana yang telah dirancang. Mungkin mereka simpan makeover tersebut untuk final kot !

▪ Aizat - La Camisa Negra (9/10)
Saya suka dengan persembahan Aizat kerana kesungguhan beliau membawakan lagu yang begitu asing di telinganya. Memang gemuruh seluruh dewan bertepuk berpuas hati dengan nyanyiannya. Vokal Aizat pun sedap. Usaha Aizat itu yang perlu saya puji. Lebih mencabar keupayaan dia apabila kena membuat persembahan secara langsung. Patutnya Aizat boleh letak paling atas, tapi sayangnya saya memang bias dengan Ebi. Boleh ke guna alasan ni ? Lagi satu bila lah peralatan gimnasium nak masuk dalam Akademi. Eh ! Bukan untuk Aizat menaikkan stamina ya, tapi untuk Ebi. hahaha

▪ Mila - Benci Tapi Rindu (8.5/10)
Mila antara pelajar yang telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Takut benar kalau Mila tersingkir malam tadi. Persembahan vokal Mila memang yang terbaik setakat ini. Kalau Mila kekalkan peningkatan ini pasti dia akan layak ke Final. Bakal menerima nasib yang sama seperti Farah, apabila di Konsert dia akan menyerlah. Itu pun kalau Mila kekalkan prestasi tersebut.

Klip video dari Hattan pun memang kelakar gila ! Hattan kononnya demam. Siap nyanyi lagu Apo Kono Eh Jang lagi !

▪ Dekna - Salam Untuk Kekasih (7.8/10)
Begitu juga dengan Dekna. Bila kena gaya lagunya, Dekna akan beri persembahan yang terbaik. Dekna ada sedikit masalah attitude. Dia tidak mahu mencuba sesuatu yang baru dan menganggap cabaran itu akan mengganggunya. Masa tengok persembahan dia time rehearsal memang sudah kecut perut. Bila tengok secara langsung, saya memang tak senang duduk. Takut Dekna lupa lirik macam waktu rehearsal. Kalau Dekna betul-betul fokus seperti malam tadi, pasti dia akan dapat mengekalkan prestasi terbaiknya. Harap-harap cerita-cerita yang tersiar di akhbar tidak menggugat peluangnya untuk terus kekal.

Klip video Nek Nak hanya sekadar untuk promosi slot MisteRIA yang telah pun menemui penonton sejak Mac yang lepas. Klip-klip yang dirakam untuk Dekna adalah merupakan klip yang dirakam sewaktu rehearsal. Kalau hanya Aznil dan Dekna sahaja yang berbicara tentang hantu tersebut tentu lebih menarik kerana gesture dan ekspresi Dekna memang melucukan bila disuruh untuk meniru Pontianak gersang, pontianak menggoda dan pelbagai jenis pontianak.

▪ Aswad - Hakikat Sebuah Cinta (7.2/10)
Persembahan vokal Aswad yang terbaik setakat ini. Sebuah lagu yang simple tetapi saya tetap nak dengar kerana vokal Aswad memang sedap. Tapi dari segi persembahan, masih kosong. Aswad kena banyak belajar di kelas Persembahan Pentas. Kalau masih guna gesture yang sama untuk konsert-konsert yang seterusnya sudah pasti hasilnya membosankan.

▪ Candy - Setia Ku Korbankan (7/10)
Kalau minggu lepas Candy bagus, tidak minggu ini. Candy cuba untuk bawa lagu ini sebaik yang mungkin di hadapan penyanyi asalnya. Memang tidak mudah. Candy masih belum pandai untuk mengawal dengan baik vokalnya. Dari jauh memang sakit telinga, mungkin kerana dia belum pandai lagi nak mengawal lontaran vokalnya dengan baik.

▪ Shawal - Izinku Pergi (6.5/10)
Sebuah nyanyian yang biasa. Saya masih tengok persembahan Shawal kerana vokal beliau. Saya mahu melihat dan mendengar sesuatu yang berbeza yang mampu dikeluarkan dari kotak suara Shawal. Sayangnya, ia tidak menjadi kenyataan. Mungkin minggu-minggu yang seterusnya. Itu pun kalau dia dapat lagu yang betul-betul mencabar vokalnya.

▪ Fatin - Joget Gila Bayang (6/10)
Nyanyian Fatin biasa sahaja. Low note Fatin masih belum cukup confident. Walaupun lagu ini sebuah lagu yang happy tapi di tangan Fatin lagu ini seperti tidak bermaya. Rasa macam kosong. Lagu joget yang kosong. Lagu joget ini ada cerita tapi persembahan Fatin tidak meninggalkan kesan.

▪ Farha - As Long As You Love Me (5/10)
Expectation saya untuk persembahan ini sebenarnya agak tinggi kerana lagu ini sedap. Nampak ketidakselesaan Farha membawakan lagu ini. Farha seboleh-bolehnya mahu menjadi dirinya sendiri tetapi vokalnya tidak keluar dengan baik untuk lagu ini. Saya suka dengan tarian bersama rakan-rakan pelajarnya, nampak lebih tersusun dan dia seperti ada banyak masa lebih untuk berlatih dengan rakan-rakannya termasuklah "adik angkat"nya.

Klip video ucapan dari Backstreet Boys memang best sangat ! Memang puas hati tengok hasilnya. Pecah perut ketawa !

▪ Dafi - Zikir Kasih (4/10)
Antara empat pelajar yang sumbang semalam, Dafi yang terbaik berbanding yang lain. Dafi ada menunjukkan peningkatan yang ketara dari minggu-minggu lepas. Berani juga dia nak cuba lagu sebegini. Lenggok Dafi boleh tahan. Saya paling tidak gemar dengan tariannya. Nampak sambil lewa dan tidak begitu keMelayuan.

▪ Noni - Pastikan (3.5/10)
Sumbang juga. Bukan mudah nak bawa lagu Siti Nurhaliza. Memang sakit telinga dengar Noni bawakan lagu yang tengah top ni. Kelebihan Noni berbanding pelajar di bawah yang lain ialah Noni cuba untuk buat dengan caranya yang tersendiri dan tidak terikut-ikut dengan lenggok Siti Nurhaliza. Tapi sayang Noni masih belum pandai untuk control vokal dia lagi.

▪ Heliza - Torn (3/10)
Pertamanya saya tidak faham apa. Saya tutup telinga. Cuma saya tabik Heliza kerana berani cuba untuk bawa lagu Torn. Memang sukar. Lagu ini memang banyak variasi melodinya. Heliza juga macam tidak mengendahkan pemain gitar jemputan, Shah Slam kecuali di penghujung lagunya.

▪ Rizal - Di Ambang Sore (2/10)
Memang sungguh di ambang sore nyanyiannya. Memang sukar lagu ini. Kalau dilihat dari senarai-senarai paling bawah, rata-rata adalah dari kalangan mereka yang terpaksa memilih lagu yang bukan dari kesukaan mereka. Aspek positif dalam persembahan Rizal ialah mood yang dibawa oleh beliau dalam lagunya. Memang nampak ekspresi wajah beliau yang berjaya menimbulkan isi lagu tersebut.

Menuju Puncak
Nampaknya Menuju Puncak pun dah kembali ke asal. Koreografi pula yang kena baiki. Lagu dah semangat balik, tarian macam persembahan kanak-kanak tadika. Tapi yang pasti masa ini saya duduk di belakang. Ahhh ! Sekarang baru rasa macam mana Akademi Fantasia dah meresap dalam badan masing-masing. Memang berat kan ? Tapi itulah hakikatnya !

Akhirnya, tiga orang pelajar yang tersingkir. Ops 2+1 ! Mula-mula Fatin yang tersingkir kerana kedudukan Fatin yang paling bawah. Kemudian diikuti oleh Farha. Setelah semua beredar ke kereta untuk pulang ke kampung masing-masing, ada sebuah lagi beg untuk pelajar ketiga tersingkir pada malam itu. Memang nampak cuak muka Dafi. Akhirnya Noni menjadi pelajar ketiga tersingkir pada malam itu dan menjadi pelajar kelima tersingkir dari Akademi Fantasia.

Sekarang dah kembali on track. Mungkin beberapa minggu lagi ada yang keluar banyak lagi.

Taruhan saya untuk ke Konsert Final setakat persembahan Konsert 04 :
Ebi
Candy
Mila
Shawal
Aswad

Nota : Musim ini memang saya tiada allocation tiket. Tolong jangan serabutkan saya dengan SMS minta tiket. Tolong sangat-sangat ! Saya dah cukup serabut dengan AF musim ini. Berkenaan fanclub pun sama juga. Kalau minat, uruskan sendiri. Saya tidak mahu terlibat dengan pengurusan mana-mana fanclub.

Nak baca link yang lain :

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger