Semalam aku belajar satu benda baru dalam teater. Apa itu pelakon ? Akhirnya aku kenal diri aku dan mula membezakan diri aku dengan Leman. Itulah berlakon. Semasa berlakon, aku dan Leman menjadi dua entiti berbeza. Jika aku berjaya menjadi Leman, aku telah berjaya berlakon. Aku tak rasa aku berjaya kerana aku tidak dapat menjadi diri aku semasa menjadi Leman. tetapi penonton yang menonton nampak aku sedang berlakon kerana apa yang mereka nampak ialah Leman, bukannya aku. Mereka hanya nampak aku bila aku keluar dari set. Baru identiti aku kembali semula ke dalam diri aku. Di set, aku Leman.
Babak 8 tidak melibatkan watak aku. Juga Babak 10. Aku suka Babak 10 kerana situasinya agak sama dengan Babak 3. Babak ini agak tegang antara Juki dan Jubir.
Babak 11 merupakan babak yang paling aku suka iaitu babak antara aku dengan Kalsum. Ia bermula dengan Leman datang ke rumah Mak Nah Bee. Bertemu Kalsum, seorang gadis pemalu. Babak ini Leman perlu menjadi seorang yang pemujuk. Cuba memujuk Kalsum. Banyak dialog dalam babak ini. Aku perlu penghayatan watak dan memahami skrip agar dialog jawapan aku kena dengan soalan yang dilontarkan oleh Kalsum dan reaksi aku juga kena dengan perasaan Kalsum ketika itu.
Babak 12 tidak melibatkan watak aku.
Aku kena ingat, jangan terlalu stress dan tension. Leman seorang yang relax, cool dan observer. Badan tidak terlalu keras dan macam hendak gaduh. Banyak kali juga, Penolong Pengarah datang menghampiri aku apabila melihatkan badan aku yang stress dan keras seperti menunggu-nunggu untuk menghabiskan dialog aku. Dan waktu-waktu itulah dia tolong mengurutkan dan meregangkan tangan aku yang kaku. Aku masih terlalu menghafal skrip dan itulah yang menyebabkan aku jadi stress dan kaku. Yang paling penting, aku kena faham jalan cerita. Kenapa, mengapa, siapa ?
Positioning Babak 7 memang memeritkan. 2 jam waktu latihan habis untuk Babak ini sahaja. Aku jadi bosan. Babak ini dimulakan dengan monolog panjang yang memerlukan aku melakonkan aksi Leman 2. Aku perlu menaip, membaca catatan, menulis, berfikir, sedih, resah, takut. Banyak emosi perlu aku realisasikan di Babak ini. Memang sukar.
Babak ini babak konflik. Babak ini babak tegang. Sarjan Yamazaki yang mabuk datang ke rumah Mak Nah Bee mahukan Nani. Berlaku sedikit adegan tegang di sini. Leha cuba untuk menyelamatkan Nani dari menjadi mangsa Sarjan Yamazaki, Leman ditampar Sarjan Yamazaki kerana cuba menghalang tindakannya. Untuk melepaskan diri, Nani perlu mengaku Leman suaminya. Aku perlu membuka seluar dan masuk ke dalam bilik.
Babak 7 ini memang sukar kerana konfliknya.
Babak 9 juga merupakan babak yang sarat dengan monolog panjang antara Nani, Leha dan Leman. Oleh kerana monolog panjang ini aku perlu untuk menvariasikan lakonan aku. Aku perlu bangun dan berlakon bersama Nani walaupun aku tiada dialog kerana monolog Nani sebenarnya dialog yang harus dilontarkan kepada aku. Maklumat untuk wartawan macam aku. Aku kadang-kadang rasa resah dengan Nani, rasa kesal, sedih kerana nasibnya. Begitu juga kepada Leha.
Malam itu selepas latihan memang aku agak letih. Penat yang amat sangat. Baru aku tahu betapa peritnya menjadi seorang pelakon. Esok macam biasa aku perlu datang tepat pada jam 8.30 malam. Pengarah kata dia nak buat sessi latihan intensif untuk aku. Ya, aku amat memerlukannya.
Semalam bermulalah training position untuk Babak 1 hingga 6. Agak meletihkan. Bermula dengan teknik pernafasan, penghayatan watak, streching hinggalah position. Memang letih. Aku pakai baju kerja terus ke sessi latihan. Hujan lebat di Kuala Lumpur.
Babak 1 bermula dengan monolog Leman. Dari luar aku cuba memahami watak aku dengan menghayati setiap dialog yang dilontarkan oleh Leman Voice-Over. Aku perlu mendengar setiap apa yang diperkatakan olehnya agar aku dapat mood Leman. Leman jenis yang bercakap sepatah-sepatah. Jenis budak baru belajar erti kehidupan, baru belajar hidup senang di tengah-tengah keperitan hidup di zaman pendudukan Jepun. Itulah Leman. Seorang yang naive.
Babak 2 bermula dengan adegan di Happy Park. Pertama kali Leman berkenalan dengan Leha. Kemudian kami akan berjalan pulang. Adegan ini yang paling aku tak suka. Aku perlu bermesra dengan Leha. Aku malu-malu semasa pertama kali bertemu dengan keluarga Mak Nah Bee.
Babak 3 bermula dengan beberapa tentera Jepun masuk ke ruang pentas. Leman dalam perjalanan ke pejabatnya. Bawa buku di tangan kiri dan payung di tangan kanan. Leman kena acting dengan buku dan payung. Itu yang payah. Aku tak nak nampak kaku dan tidak menggunakan props yang ada di tangan. Babak ini agak tegang. Muka Leman kena selamba, tidak cemas dan berusaha tidak mahu melibatkan diri. Tonasi kena betul. Buat-buat tak tahu dan tidak mahu melibatkan diri.
Babak 4 bermula dengan adegan di Happy Park. Leha dan Datuk Maaruf. Leman hanya memerhatikannya dari jauh. Aku perlu polish scene ni lagi. Rasa macam kelakar pulak, aku masuk macam Superman tiba-tiba.
Babak 5 bermula dengan adegan Leman bersama Leha. Leha masih kesal dengan apa yang berlaku. Leman juga kesal kerana kerana dia Leha menerima cacian dari Datuk Maaruf. Leman perlu buat berlagak, cakap tidak pandang Leha.
Babak 6 aku tiada di dalam ruang lakon.
Hari Sabtu yang lepas aku dan beberapa rakan rapat aku meraikan aku sempena Hari Lahir aku yang ke 29. Ramai yang ada. Nizam Zakaria, Leez, Rizal, Takdekerje dan beberapa orang lagi. Aku dapat hadiah banyak. Dapat 2 pasang t-shirt dari Nizam Zakaria dan Dia. Satu t-shirt clubbing. Mana aku pergi clubbing lagi. Satu polo shirt. Dari Resh aku dapat set The Body Shop for Men, dari Rizal aku dapat sepasang t-shirt dan dari Marzuki aku dapat satu lukisan potret wajah aku sendiri. Terima kasih banyak-banyak.
Dengan pertolongan seorang kawan baik, aku berlatih dialog-dialog aku di rumah. Kawan baik aku beritahu juga yang kawan dia pun masuk bertanding. Maknanya aku ada pesaing yang agak kuat juga. Aku pernah menonton persembahan mereka dahulu. Aku kagumi produksi mereka. Cara mereka.
Sabtu lepas aku ke satu workshop teater. Belajar apa itu lakonan. Banyak yang aku tidak tahu. Aku perlu kenal watak. Kenal siapa Leman. Kenal setiap watak yang memerlukan aku berinteraksi dengan mereka. Siapa mereka ? Apa hubungan mereka dengan aku. Bagaimana reaksi aku dengan mereka. Seperti contohnya, Leman dan Leha. Pada mulanya aku malu-malu dengan Leha. Pertama kali berjumpa. Setelah beberapa babak, aku perlu mengubah sifat malu itu kepada yang lebih selesa bersama Leha kerana pertalian sudah dibentuk. Secara amnya, begitu juga hubungan aku dengan keluarga Mak Nah Bee, Tina, Nani dan Kalsum. Dengan Kalsum aku harus menjadi pemujuk. Dengan Nani aku harus menjadi pemberi semangat, begitu juga dengan Tina yang menjadi perantara antara aku dan Kalsum. Leman sukakan Leha dan bagaimana cemburunya Leman bila mengetahui Leha lebih menyukai Datuk Maaruf. Hubungan aku dengan tentera Jepun. Hubungan yang bagaimana ? Sebagai seorang wartawan Berita Malai, tentunya hubungan aku dengan Jepun adalah baik. Sehingga Mak Nah Bee meminta bantuan aku untuk melepaskan Gapar dari tangkapan tentera Jepun.
Secara keseluruhan aku sudah boleh menghafal dialog-dialog aku. Cuma aku perlukan pemahaman skrip dengan begitu mendalam dan memahami jalan cerita teater tersebut. Kupasan watak perlu aku lakukan segera. Malam ini aku tak nak bawa skrip aku. Aku mahu mencuba menghafal dialog aku dengan sungguh-sungguh.
Terima kasih kerana membantu saya semalam. Dan sejuta terima kasih kerana hadiah yang begitu bermakna. Terima kasih.
Semalam Hari Lahir aku yang ke 29. Hari Selasa dan Rabu tiada training teater kerana Pengarah dan Penolong Pengarah out-station. Oleh itu aku tukar plan malam itu. Ada masa kelapangan sedikit. Aku tea dan dinner dengan kawan baik aku. Lepas dinner, kami jalan-jalan untuk beli present anak saudaranya yang hari lahirnya jatuh pada hari yang sama dengan aku.
Sambil-sambil makan aku hanya banyak menghafal skrip di tangan. Dunia aku sekarang dunia lakon. Itu keutamaan aku sekarang. Sambil-sambil baca skrip dan sambil-sambil belajar bernafas. Bernafas dari perut rupanya senang sahaja. Nampakk sukar kerana sudah biasa bernafas di dada. Bernafas di perut hanya perlu mengisi udara di dalam perut. Yang kembang bukannya dada tetapi perut. Berbeza. Nafas lebih panjang bila bernafas melalui perut. Ini amalan penyanyi. Bila menarik suara bukan tunduk tetapi badan dilengkungkan ke belakang. Macam Ning Baizura. Penyanyi yang bila menarik suara dia tunduk ialah penyanyi yang tidak tahu apa erti teknik pernafasan yang baik. Macam seorang pemain teater, bernafas di perut adalah teknik yang utama perlu dipelajari.
Babak 7 sarat dengan monolog panjang yang membosan jika tidak diperhalusi dengan teliti. Leman Voice-Over akan beraksi di tengah pentas dan aku perlu bermain emosi di kiri pentas. Mengambil kertas, memasukkan kertas ke dalam mesin taip, memusing roda putaran mesin taip dan menaip, bangun berfikir, mengiakan kata-kata Leman Voice-Over, mengkeronyok kertas, membuang kertas, ambil kertas baru, resah, mendapat idea, menulis dan duduk semula menaip.
Babak ini banyak adegan cemas setelah disaratkan dengan monolog panjang sebelumnya. Amat penting untuk capture balik attention penonton. Konflik dalam Babak ini amat penting dan jika silap langkah akan menjadi bahan ketawa. Aku perlu berbahasa Jepun dan membuka seluar. Pasti menjadi bahan jenaka jika tidak diteliti.
Aku memang sudah menghafal dialog aku, tetapi menghafal dialog sendiri tidak cukup. Dalam teater sebenarnya kita perlu juga menghafal dialog orang lain terutamanya dialog dengan orang yang kita berinteraksi. Sebagai cue untuk kita. Pengarah menegur saya kerana masih tidak memahami keseluruhan skrip dan jalan cerita. Aku berjanji pada diri aku mahu membaca skrip 20 kali hari ini dan esok. Aku mahu baca sampai faham.
Semalam diadakan character building untuk babak 1,2 dan 7. Aku terlibat untuk Babak 2 dan 7. Babak 2 ada scene bercumbuan dengan Leha. Pengarah tanya sama Leha mempunyai masalah untuk memegang tangan lelaki. Aku tiada masalah. Banyak aksi lakonan yang boleh dibentuk dan diimprovisasikan untuk mencantikkan adegan ini. Antaranya:-
Sewaktu dialog "Awak masih budak lagi", Leman tersipu-sipu malu lalu memalingkan mukanya ke kiri. Leha memegang pipi Leman agar memandangnya. Tetapi Leman memalingkan mukanya ke kanan pula.
Setibanya di tingkat atas rumah,
1. Leha boleh cuba memeluk Leha.
2. Leha cuba untuk membuka tali pinggang seluar Leman.
3. Leman akan cepat-cepat menghalang tindakan Leha yang ingin meleraikan tali pinggang seluar Leman.
4. Leman resah dan agak panik.
5. Leha cuba menenangkan perasaan Leman dan merangkul leher Leman
6. Tangan Leha turun membuka butang baju Leman
7. Leha menarik baju Leman untuk membawa muka Leman ke mukanya.
8. Leha duduk perlahan-lahan sambil menarik Leman ke arahnya.
9. Leman baring di sisi Leha.
10. Lampu gelap.
Aku secara terus terang sukakan scene ni. Aku mahu jadikan scene ini cantik dan diingati sampai bila-bila.
Babak 7 memerlukan penghayatan yang kuat. Monolog panjang oleh Leman benar-benar menyiksakan. Aku perlu seakan-akan menaip, bangun berfikir, resah, gelabah, kelihatan happy dan duduk semula menaip. Memang sukar, aku akuinya. Di Babak ini jugalah aku perlu berhadapan dengan Sarjan Yamazaki dan berbahasa Jepun. Dan di Babak inilah aku perlu membuka seluar aku.
Fikir-fikir aku sudah menghafal lebih dari separuh skrip yang perlu aku hafal. Dialog yang aku kena hafal tak banyak. Monolog pula aku perlu hayati kerana aku perlu melakonkannya di atas pentas walaupun suara tersebut ialah suara Leman yang kedua. Malam ini character building untuk Babak 1,2 dan 7. Penolong Pengarah suruh aku pakai pakaian yang bebas untuk aku bergerak. Dia cakap dia nak dera aku. Suara aku terutamanya.
Apa yang aku faham tentang Babak 2 ?
Babak 2 secara teknikal akan dimulai dengan scene di kabaret. Ada adegan tari-menari. Kemudian diikuti dengan monolog oleh Leman. Sewaktu Leman sedang bermonolog, aku harus berjalan bersama-sama Leha. Sifat aku agak naive ketika ini, bagai seorang budak yang baru belajar. Tidak tahu apa erti dunia kabaret. Kami bercumbuan walaupun aku malu-malu. Siangnya, di rumah Mak Nah Bee aku berkenalan dengan Tina, Nani dan Kalsum.
Dialog aku untuk Babak 2:-
1. (tersipu-sipu) Nama sebenar Sulaiman, kawan-kawan panggil Leman
2. Ya ? kenapa pulak ?
3. (Bangun) Saya Leman
4. Ya, baru first time masuk Happy Park tu....er..kak
Itu sahaja dialog aku. Tak banyak. Tapi ekspresi wajah kena tepat. Itu yang payah.
Aku sudah dapat jadual untuk character building. Aku kena hadir 4 kali dari 5 hari seperti yang dirancangkan. Keempat-empat hari melibatkan watak aku. Aku mula mendekatkan diri dengan pelakon-pelakon yang lain. Kebanyakan mereka telah aku kenal tapi tidak rapat. Aku perlu mendekatkan diri aku dengan mereka terutamanya Leha kerana dalam teater tersebut aku dan Leha agak rapat dan juga Kalsum yang dalam cerita cuba-cuba dipasangkan dengan aku. Tapi ya lah aku, memang sudah sedia pemalu dengan mereka. memang agak sukar untuk dipercayai tetapi itulah character aku yang sebenarnya. Dan di dalam teater itu Leman seorang budak yang baru belajar. Masih teragak-agak dalam melakonkan wataknya.
Kawan aku cakap dia akan tolong aku, tetapi setakat di belakang pentas. Di atas pentas itu kerja Pengarah. Aku tak kisah janji dapat mencantikkan watak Leman sudah memadai.
Sewaktu latihan teater, kami duduk berbincang tentang flow cerita tersebut. Tuan Pengarah bercerita apa yang berlaku bermula dengan sinopsis hinggalah ke babak 6. Aku jadi takut kerana watak aku memerlukan permainan ekspresi wajah tanpa dialog. Aku bukan pelakon profesional. Aku pelakon amatur. Lebih tepat sekali, inilah kali pertama aku berlakon teater. Banyak perkara yang perlu tuan pengarah lakukan untuk menghidupkan aku di atas pentas teater. Aku yang buluh ini, perlu dilenturkan.
Script-reading malam itu pengarah lebihkan kepada watak Leman dan Leha. Scene Leman dengan Leha perlu dibuat dengan teliti. Kata Pengarah, mereka watak utama. Aku akui pemegang watak Leha sememangnya superb. Leha pernah berlakon dalam Mencari Juita satu ketika dahulu. Aku rasa kecil berlakon dengan dia. Leha banyak membantu aku merealisasikan watak Leman. Mengajar aku cara mengekspresikan watak Leman. Pengarah juga banyak membantu aku memperbetulkan intonasi dialog aku. Pengarah sudah mula mahu aku melepaskan skrip di tangan. Katanya, bila skrip tiada di tangan, ekspresi wajah akan lebih kelihatan. Aku faham dan mengerti. Kadang-kadang sahaja aku jeling pada skrip.
Mulai minggu depan, tuan penolong pengarah meminta aku berpakaian sempoi ke latihan. Katanya, latih tubi akan dijalankan. Aku mungkin berpeluh. Sesuatu perlu dilakukan pada suara aku. Suara orang teater bukan macam suara aku. Suara aku perlahan. Minuman ais perlu aku kurangkan dan belajar bernafas dari perut. Nafas kena panjang. Aku tercengang. Nanti aku cerita apa itu bernafas dari perut. Pasal sekarang aku pun tak tahu. Yang aku tahu, aku bernafas dari paru-paru. Cikgu Sains aku ajar dulu.
From: "faizah zakaria"
Date: Wed Mar 26, 2003 8:19 pm
Subject: JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB AKAR GITA ESTETIKA (AGE)
Kelab Akar Gita Estetika Kuala Lumpur (AGE)
AGE/MT/AGM 2002/001
Kepada : Sesiapa yang Berkenaan
Daripada : Setiausaha Agung, Kelab Akar Gita Estetika (AGE)
CC : Yang Dipertua AGE
Tarikh : 26 Mac 2003
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB AKAR GITA ESTETIKA (AGE)
Kelab Akar Gita Estetika (AGE) adalah sebuah pertubuhan seni yang
berteraskan aktiviti tarian, muzik dan teater. Keahlian AGE adalah
terbuka kepada semua individu yang berumur 16 tahun ke atas. Kepada
sesiapa yang berminat, anda dijemput untuk menghadirkan diri di
Mesyuarat Agung Tahunan AGE yang pertama.
Butir-butir mesyuarat adalah seperti berikut:-
Tempat : Dewan Audio Video, Tingkat 1,
Pusat Pelancongan Malaysia (MTC),
109, Jalan Ampang, 50450, KL
Masa : 8.00 pm
Tarikh : 28 Mac 2003 (Jumaat)
Pakaian : Kasual (bertemakan warna hitam & merah)
Kedatangan para hadirin adalah dialu-alukan. Yuran pendaftaran
keahlian adalah sebanyak RM 20 setahun. Datanglah beramai-ramai.
Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi talian
012-3932147 (Khairul Faizi) atau email : faizio@petronas.com.my.
Sekian, terima kasih.
AGE; Apresiasi, Garapan & Ekspresi Seni......
Semalam aku diminta untuk hadir ke satu audtion teater. Untuk Pekan Teater. Aku kalau boleh mahu mengelak, tapi kawan-kawan. Aku turutkan juga. Sampai-sampai terus dapat skrip. "Baca !" Aku panik. "Terus dapat ke ?" Bermulalah satu episod baru dalam hidup aku, berperan di atas pentas teater. "Rumah Kedai Di Jalan Seladang" tajuk teater yang aku lakonkan. Leman nama watak yang aku bawa. Seorang wartawan Berita Malai di zaman Jepun sekitar tahun 40an. Seorang yang masih baru dalam dunia kejam, dunia hitam zaman Jepun. Lurus bendul, itulah Leman. Kata Pengarah, dia suka cara aku bacakan skrip tersebut sewaktu pertama kali di audition. Aku bukan cuba selami watak tersebut, aku hanya baca skrip tersebut. Tiada improvisasi. Dengan harapan aku akan gagal dalam audition itu. Tapi sebaliknya yang berlaku. Mereka suka dengan cara aku. Aku gigit jari. Bila aku panik aku akan gigit jari. "Hahhhhh....macam tu...Leman memang seorang yang cepat panik !" Pengarah telili apa yang aku lakukan. Teruskan gigit jari itu.
Aku ingat bila aku masuk, jadi senang, rupanya perlu rombakan. Watak Leman menjadi dua orang yang bawa. Untuk part monolog, mereka perlukan seorang pelakon berpengalaman. Kalau aku yang kena, mati. Aku tak sanggup nak hafal skrip panjang-panjang.
photoblogs sultanmuzaffar
Dari mata seorang sultanmuzaffar divariasikan oleh lensa kamera digital canon powershot a40, lalu terhasillah satu perjalanan mata.
Jimi-de-Wiser
Saya berpeluang untuk mengenali weblog ini setelah tuan-rumah weblog ini mendatangi weblog saya. Dari situ saya mendapat tahu dunia saya semakin luas rupanya. Weblog sebegini wajar dilawati oleh setiap pelayar internet kerana ia memberikan maklumat yang berguna kepada penggemar filem tempatan dan juga filem antarabangsa.
Aidil Adha yang tiba semalam menghidangkan dua telemovie menarik iaitu Pondok Buruk dan Bertaut Di Jabal Rahmah. Sebenarnya Pondok Buruk telah pun ditayangkan sewaktu musim Aidil Fitri yang lalu. Ketiadaan cakera satelit ASTRO di kampung ayah menyebabkan aku hanya berpeluang menontonnya semalam. Tetapi aku tetap bersyukur walaupun kampung ayah tiada ASTRO tetapi ia tidaklah seburuk pondok buruk yang dihuni oleh Fauziah Nawi dan Ismail Din.Kehidupan mereka berdua tetap diteruskan walaupuan kaki Pak Mat terpaksa dipotong. Mak Jah juga menghidap penyakit kencing manis dan selalu pitam-pitam. Di pondok buruk itulah mereka menghabiskan sisa-sisa hidup masing-masing. Ini berbeza dengan kemewahan tiga orang anak yang telah dibesarkan oleh mereka di bandar lakonan Jalaluddin Hassan, Rosyam Noor dan Vanidah Imran. Jalaluddin dengan handset yang dianggap nyawa penghubung dengan pasaran sahamnya, Rosyam dengan isteri queen controlnya dan Vanidah dengan perniagaan kosmetiknya. Mujur ada Som lakonan Raja Azura yang simpati dengan nasib mereka berdua. Walaupun bukan dari darah daging yang sebenar, Som tetap membantu pasangan malang tersebut. Som hanya bekerja kilang, tetapi hatinya bersih.
Dalam arus ekonomi yang dikatakan semakin maju masih ada golongan yang bernasib begitu malang seperti nasib Pak Mat dan Mak Jah. Malang datang bertimpa-timpa. Lepas satu-satu. Kaki terpaksa dipotong, tiada kerusi roda untuk bergerak selain yang kerusi beroda ditukang sendiri, tanah rumah tumpang yang harus dibersihkan untuk dimajukan, anak-anak yang tidak mengendahkan mereka, diberhentikan kerja dan bermacam-macam lagi kesusahan yang datang bertimpa-timpa. Tidak sempat pun pasangan ini untuk senyum menikmati kemewahan apatah lagi menerima kasih sayang seorang anak. Kadang-kadang saya terfikir kenapa hanya orang yang susah sahaja ditimpa penyakit-penyakit kronik dan bernasib malang. Kadang-kadang kita terlalu stereotype. Yang jahat mesti kaya-raya.
Istana Budaya
Laman internet ini baru diberi wajah baru dan dilancarkan kelmarin. Pertama kali masuk ke laman internet ini ianya nampak gah. Designnya menarik dan nampak unsur-unsur spectacular. Sesuai dengan namanya Istana Budaya. Dengan berlatarbelakangkan hitam, laman ini nampak begitu eksklusif. Panggung ini juga begitu eksklusif sifatnya. Nampak grand !
Matlamat utama Istana Budaya adalah untuk menjadi mercutanda bagi seni pementasan yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia. Selain daripada menganjurkan pementasan dari karya-karya tempatan, mereka juga membawa masuk persembahan dari luar untuk memberi peluang karyawan-karyawan tempatan mempelajari ilmu dari mereka. Serta menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah sebuah destinasi seni pentas bukan sahaja di rantau Asia tetapi juga di dunia.
Berbalik kepada laman internet tersebut, ia memaparkan banyak maklumat penting yang perlu diketahui oleh para pengunjung. Pengunjung boleh mendapatkan maklumat sejarah Istana Budaya, kemudahan-kemudahan yang disediakan, jadual pementasan terkini, pementasan-pementasan terdahulu, dan beberapa maklumat penting yang perlu diketahui oleh pengunjung.
Pengunjung juga boleh mendaftarkan diri untuk dimasukkan ke dalam mailing list terus ke email masing-masing dan mengisi Guest Book yang ada. Soalan Lazim yang sering ditanya juga disediakan untuk kemudahan pengunjung. Dalam sedar atau tidak, Istana Budaya juga sebenarnya merupakan satu muzium pakaian-pakaian tradisional. Kostum-kostum dari pementasan terdahulu dipamerkan untuk tontonan orang awam. Kod Etika berpakaian juga diperincikan dengan lengkap agar tiada pengunjung yang dihalang dari memasuki Panggung Sari. Jika di Barat, para pengunjung yang tidak mengikut etika berpakaian akan dihalang dari memasuki dewan, berbeza dengan di Istana Budaya, mereka akan diarahkan ke tempat duduk Aras 3.
Salah satu maklumat yang paling penting pada saya dan saya tidak pernah dapat dalam mana-mana artikel ialah maklumat berkenaan pentas hidraulik yang ada di Istana Budaya. Umum mengetahui bahawa, kemudahan pentas di Istana Budaya merupakan yang terbaik di rantau ini, tetapi umum tidak mengetahui akan kelebihan yang ada padanya. Pentas hidraulik Istana Budaya boleh memuatkan satu helikopter untuk pementasan Miss Saigon (jika berpeluang dipentaskan di sini), set berek polis dan Balai Polis Bukit Kepong serta sebuah Istana Maharaja China sewaktu pementasan Siti Zubaidah. Itu kelebihan pentas di Istana Budaya. Besar dan hidraulik. Semuanya digerakkan dengan menggunakan butang.
Kekurangan laman ini mungkin pada tiadanya kemudahan membeli tiket pementasan secara online. Jika kita melihat trend kini lebih terjurus ke arah e-commerce dan sewajarnya Istana Budaya sebagai sebuah panggung pementasan bertaraf dunia mewujudkan kemudakan e-commerce. Para pengunjung boleh memilih untuk membeli tiket secara online ataupun secara konvensional. Banyak contoh laman yang bersifat e-commerce sekarang, seperti 111flowers.com atau Blooming.com.
Selain daripada itu, untuk lebih membuatkan pengunjung melawat laman ini untuk kali kedua, adalah lebih baik sekiranya dapat dipertontonkan klip video pementasan-pementasan yang terdahulu. Mungkin dengan adanya klip video tersebut akan lebih mendorong minat mereka untuk merasainya sendiri bukan sekadar menonton di klip video. Cara ini sebenarnya telah lama dijanakan oleh pengusaha-pengusaha filem antarabangsa. Setahun sebelum filem mereka ditontonkan, mereka akan membelanjakan sebahagian dari peruntukan untuk tujuan promosi. Maka, terhasillah klip video promo untuk tontonan pengunjung laman web. Ada macam-macam contoh seperti file Spiderman, Star Wars dan lain-lain. Ini nyata berbeza dengan cara produk Melayu dipromosikan. Sewajarnya, Istana Budaya mengorak langkah ke arah pembaharuan ini. Untuk lebih memberi peluang kepada para pengunjung merasai ruang dalam Istana Budaya, adalah lebih baik jika ada "online webcam" seperti yang dibuat oleh pengurusan pelancongan di Perancis untuk Menara Eifel mereka di Paris Live. Untuk Istana Budaya, janganlah on "online webcam" tersebut 24 jam. Hanya disiar-langsungkansebagai teaser kepada setiap persembahan sewaktu latihan sudah memadai.
Saya tidak pernah ketinggalan untuk menonton setiap pementasan yang dipentaskan di Istana Budaya. Ya, setiap pementasan ! Saya begitu berbangga kerana Malaysia mempunyai sebuah panggung yang bertaraf dunia ini. Secara keseluruhan ini merupakan laman internet yang bagus dan dapat memberi maklumat dengan berkesan untuk para pengungjung laman ini.
Ultimate Wedding Guide
Tiba-tiba hati tergerak untuk mengulas-nilai laman internet yang telah saya lawati ini. Laman utama ini berpangkalan di Encino, California. Laman Ultimate Wedding Guide merupakan satu laman penerangan khususnya kepada bakal-bakal pengantin.
Terdapat banyak maklumat yang boleh diperoleh di dalam laman tersebut. Antara maklumat yang menarik ialah senarai semakan (checklist), artikel perancangan (planning article) dan aturcara majlis. Saya lebih tertarik dengan senarai semakan. Namakan apa sahaja senarai yang diperlukan, ianya ada di dalam laman ini. Salah satu contoh ialah "Wedding Timetable".
SIXTEEN TO NINE MONTHS BEFORE WEDDING
* Determine type of wedding (formal or information) and choose a date
* Visit the clergy and review synagogue/church requirements
* Determine size of the guest list
* Determine your budget and division of expenses
* Find a reception location and make reservations early
* Select a wedding consultant
* Select Wedding Gown
NINE TO SIX MONTHS BEFORE WEDDING
* Choose your attendants
* Choose a color theme
* Choose attendant's dresses
* Book your caterer
* Book your photographer
* Book your videographer
* Plan ceremony and reception music
* Compile names and addresses for guest list
SIX TO FOUR MONTHS BEFORE WEDDING
* Select a florist
* Book your dj or band
* Order invitations and party favors
* Shop for bridal party tuxedos
* Finalize arrangement for the church and ceremony
* Make transportation arrangements
* Plan honeymoon; visit travel agencies, make reservations
* All deposits should be made and contracts signed
* Put together ideas for bridal registry
* Plan wedding decorations
THREE MONTHS BEFORE WEDDING
* Choose gifts for attendants, parents, helpers
* Buy wedding rings
* Order the wedding cake
* Buy cake knife, toasting glasses, guest book & garter
TWO MONTHS BEFORE WEDDING
* Make plans & reservations for wedding rehearsal & dinner
* Reserve rooms for out-of-town guests
* Address invitations/announcements
Invitations should be sent 4-6 weeks prior to wedding; announcements after wedding
ONE MONTH BEFORE WEDDING
* Finalize details of every aspect of your wedding
* Confirm honeymoon reservations
* Have final fittings for you and your attendant's dresses
* Get marriage license
* Ask a friend or relative to take charge of guest book at reception
* Pick up wedding rings
* Purchas gift for fiance (not mandatory!)
TWO WEEKS BEFORE WEDDING
* Complete your trousseau
* Prepare wedding announcement to send to newspapers
* Contact guests who have not responded
ONE WEEK BEFORE WEDDING
* Pick up your gown, attendants' dresses & accessories
* Confirm details with all participants and inform them of any changes
* Pack for honeymoon
* Make sure you have all wedding attire, rings & marriage license
* Have rehearsal and dinner
* Have nails done
* Give final guest count to reception facility or caterer
* Get a massage
WEDDING DAY
* Have hair & make-up done
* Take marriage license and rings to ceremony site
* Begin dressing two hours before ceremony is to begin
* Mail wedding announcements
Tidak lengkap suatu perkahwinan itu tanpa belanjawan. Ringkasan belanjawan juga disenaraikan secara terperinci di sini. Secara tidak langsung memudahkan bakal pengantin atau pun keluarga pengantin untuk menguruskan majlis perkahwinan yang dirancang. Walaupun laman ini lebih menjurus ke arah gaya perkahwinan orang Barat, tetapi ia boleh disesuaikan dengan adat dan tatasusila orang Timur. Kebanyakan maklumat yang ada masih boleh diguna-pakai oleh kita orang Timur.
Sebagai pelengkap kepada laman ini, pengunjung boleh membeli-belah secara online jika ada di antara barangan yang diingini oleh mereka. Pengunjung laman internet ini boleh berinteraksi dengan pengunjung yang lain di dalam bahagian Community. Terdapat Forum yang membincangkan pelbagai topik tentang perkahwinan. Berbincang tentang apa sahaja, dari apa pakaian yang perlu dipakai untuk majlis tersebut, bunga warna yang akan dibawa oleh Flowergirl, tempat-tempat menarik untuk berbulan madu dan mengenali karenah tetamu yang bakal hadir ke majlis yang kita rancangkan itu. Itulah, apa sahaja....semuanya ada di sini ! Jangan terkejut jika anda satu ketika akan terbaca berkenaan topik "Life After Marriage". Juga disediakan. Family Planning juga ada ! Itu cara Barat.
Saya mencadangkan laman ini sebagai rujukan utama kepada bakal pengantin.
The Young Professionals Chamber Malaysia
Nation Building : The Road Ahead merupakan tajuk ucaptama Timbalan Perdana Menteri sewaktu Upacara Penutupan "Perspectives from the Past, Paradigms for the Future" Lecture Series semalam di Mandarin Oriental. Ucapan disampaikan agak inspiring. Isi utama yang mahu beliau sampaikan boleh saya ringkaskan kepada 3 perkara pokok iaitu :-
1. Cemerlang
2. Gemilang
3. Terbilang
Pertamanya setiap apa yang kita buat haruslah bersifat cemerlang. Lakukan dengan cemerlang. Barulah kita mendapat gemilang dan dari gemilang barulah kita menjadi yang Terbilang.
Saya berpeluang menonton Ada Apa Dengan Cinta (A2DC) semalam, sebuah filem yang menjadi kegilaan remaja Indonesia. Teratur arahannya, menarik jalan ceritanya, suntingannya kemas dan sinematografinya mampu berbicara dengan sendiri. Itulah kelebihan yang ada dalam filem ini. Filem ini bakal mengembalikan mengangkat martabat kegemilangan filem Indonesia satu ketika dahulu.
Saya benar-benar kagum dengan filem ini. Sebuah filem yang ringan tetapi berjaya membuatkan saya terpaku pada kerusi menontonnya sehingga habis. Saya memang menggemari filem-filem Melayu(filem-filem Melayu yang berkualiti sahaja). Jika ada waktu terluang pasti saya akan menonton. Filem-filem arahan pengarah ternama Malaysia seperti Datuk Rahim Razali(sudah terlalu lama beliau tidak mengarah filem), Aziz M. Osman dan beberapa pengarah filem yang lain. Saya tidak perlu menghabiskan wang untuk menonton filem-filem picisan pengarah jutawan Datuk Yusof Haslam. Saya hanya perlu bersabar sewaktu bulan puasa kerana pastinya filem beliau akan ditayangkan sewaktu perayaan Hari Raya. Percuma !
Ada Apa Dengan Cinta begitu memberi kesan kepada saya. Lihat bagaimana utuhnya persahabatan Cinta dan rakan-rakannya mengingatkan aku kepada shabat-sahabat aku. Pengorbanan dan penderhakaan Cinta terhadap Alya dilayarkan dengan begitu menarik dan berkesan. Sewaktu panggilan telefon dari Alya yang sedang menghadapi masalah dan ingin bertemu Cinta, saya benar-benar mengharapkan agar Cinta membatalkan niatnya untuk bertemu Rangga. Walaupun apa yang saya impikan itu tidak terjadi ! Itukah sahabat kata saya ! Ya, manusia adakalanya membuat kesilapan dan acapkali kesilapan itu tidak dapat dimaafkan. Cinta bertuah kerana Alya tidak mati dan mempunyai kesempatan untuk memohon maaf. Kadangkala dalam persahabatan kita keliru untuk membezakan prioritinya. Siapa yang harus didahulukan atau dikemudiankan ? Mungkin wajar bagi Cinta untuk mendahulukan Rangga dan mungkin juga bagi Cinta untuk membelakangkan Rangga. Itu yang dilakukan sebagai protes kesilapannya terhadap Alya. Adakah itu jalan yang terbaik ? Persahabatan ada batasnya. Saya semakin sedar.
Setiap saat dalam filem ini adalah permata. Watak walau sekecil mana sekalipun tetap memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan mood filem ini. Persis watak Mamet (pemuda nerd yang sering menjadi bahan buli 5 sahabat Cinta), pemuda rambut afro dan Pak Wardiman tetap penting. Watak yang paling mengesankan pada saya tentunya watak Alya, gadis yang menjadi mangsa keruntuhan keluarga. Wajahnya mampu berkata-kata dengan sendiri dalam mengekspresikan jiwanya yang kocak.
Bahasa yang digunakan dalam filem ini terlalu pekat Indonesianya. Jika tanpa subtitle agak sukar untuk memahami dialog filem ini. Tetapi bukankah rakyat Malaysia terlalu mengagungkan karya-karya asing ?
Filem ringan seperti ini mampu mendidik remaja menghargai erti sebuah persahabatan. Saya beri 4.5 bintang untuk filem Ada Apa Dengan Cinta. Saya termasuk dalam masyarakat Malaysia yang terlalu mengagungkan karya-karya asing.
Keliru menang berdasar jumlah agregat
Oleh Akmal Abdullah
KUALA LUMPUR: Pemilihan lagu Keliru sebagai pemenang utama Anugerah Juara Lagu Ke-17 (JL17) dibuat berdasarkan jumlah agregat terendah mengikut ranking daripada pilihan 10 juri walaupun tiada juri yang memilih lagu itu sebagai pilihan nombor satu.
Ketua Juri AJL17, Datuk Johari Salleh, berkata semua juri diberikan kuasa untuk menentukan kedudukan lagu pilihan masing-masing daripada posisi pertama hingga ke-12, iaitu mengikut jumlah 12 lagu yang bertanding.
Juri memilih lagu mengikut budi bicara masing-masing dari tangga 1 hingga ke-12 dan lagu yang dipilih itu dikumpulkan mengikut posisi secara keseluruhan. Bilangan posisi setiap lagu dijumlahkan daripada semua juri.
“Contohnya, saya memilih lagu A untuk posisi keenam, manakala juri lain pilih lagu A untuk posisi kedua dan seterusnya begitulah. Maka, kedudukan semua posisi itu dikira untuk mengambil jumlah keseluruhan mata posisi lagu berkenaan untuk menentukan jumlah agregatnya.
“Apabila sistem ini dibuat, maka agregat pada lagu Keliru didapati paling rendah, maka Keliru dipilih sebagai juara keseluruhan. Saya sendiri tidak pilih lagu Keliru pada posisi pertama tetapi keputusannya, jumlah agregat untuk Keliru adalah paling rendah, sekali gus kedudukannya paling atas berbanding lagu lain,” katanya.
Beliau mengulas kontroversi berhubung lagu Keliru ciptaan Aidit Alfian sebagai Juara Lagu dalam AJL17, malam Ahad lalu.
Kontroversi tercetus apabila banyak pihak terkejut dengan keputusan AJL17, selain Berita Harian turut menerima banyak panggilan serta e-mel daripada pembaca yang hairan dan tidak puas hati mengenai keputusan AJL17.
Dalam pertandingan itu, Keliru dendangan pasangan suami isteri, Ajai dan Nurul muncul juara keseluruhan dengan gelaran Juara Lagu dan juara bagi kategori Pop Rock. Lagu Menadah Gerimis nyanyian Ziana Zain menjuarai kategori Balada dan Nirmala alunan Siti Nurhaliza muncul juara kategori Irama Malaysia.
Johari berkata, keputusan dicapai setelah semua mata posisi setiap juri untuk 12 lagu terbabit dikira.
“Tidak ada kesilapan atau unsur bias dibuat sebab setiap juri adalah profesional dan mengikut bidang masing-masing.
“Sistem ranking ini adalah format penjurian bertaraf antarabangsa dan digunakan kebanyakan negara dalam pertandingan lagu termasuk di Festival Lagu Asia. Sistem ini juga dipakai dalam pertandingan Juara Lagu anjuran TV3 sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata, juri menggunakan budi bicara dan pengetahuan mereka dalam bidang masing-masing.
“Jadi apabila sudah diberitahu bahawa Keliru adalah paling tinggi kedudukannya kerana agregatnya paling rendah, maka ia adalah pemenang keseluruhan. Keputusan juri adalah muktamad,” kata Johari
Kelmarin, Johari serta beberapa juri AJL17 yang lain mengadakan pertemuan tergempar di Sri Pentas bagi meleraikan kekeliruan berikutan isu itu. Ia berlaku kerana masalah teknikal dan ada beberapa juri yang dikatakan tidak jelas dengan format penjurian disediakan penganjur.
“Saya akui ada juri yang salah tafsir dengan corak penjurian TV3.
“Apabila kita adakan mesyuarat semalam, kita dapati ia memang benar dan disahkan juruaudit.
“Ada juri yang silap dengar sebelum ini dan TV3 juga meminta maaf kerana kurang jelas. Tidak ada kesilapan berlaku,” katanya.
Johari mengakui bahawa juri mengadili lagu yang bertanding terlebih awal iaitu dengan mendengar cakera padat (CD) beberapa hari sebelum AJL17 berlangsung.
“Saya akui penjurian dibuat berdasarkan pendengaran menerusi CD. Ini cara yang terbaik sebab lagu yang bertanding ini adalah juara bulanan dan bertanding sepanjang tahun.
“Ini wajar kerana mungkin kesilapan dalam persembahan pada malam pertandingan boleh merosakkan lagu itu sedangkan lagu itu adalah lagu bagus. Malah, Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) juga membuat penjurian menerusi CD.
“Malam pertandingan itu, kita hanya mengadili dari segi persembahan dan vokal,” katanya.
A truly ‘Keliru’ night from NST Jan 14,2003
THE title says it all. Keliru which means "confused" was not only the winning song at TV3's 17th Anugerah Juara Lagu; it also aptly described the scene at the annual song competition when the results were announced. Murmurs of dissatisfaction were heard at the Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre in Kuala Lumpur on Sunday night when hosts Intan Suraya and Ary Malik read out the winner.
Keliru? The best song? Well, it seems this was also "news" to the judges. The jury included Datuk Johari Salleh (head of the jury), Sharifah Aini, M. Nasir, Freddie Fernandez, Habsah Hassan, Khairil Johari Johar, Ahmad Izham Omar, Aishah and Khadijah Hashim.
The song, written by Aidit Alfian, was apparently not the panel's choice, giving rise to suggestions there could have been "invisible hands" at work.
Johari says: "The winning song was a surprise. I personally did not choose that song. And I believe I was not alone. The other judges were equally shocked.
"My personal picks were Menadah Gerimis (written by Azmeer, performed by Ziana Zain) and Bicara Manis Menghiris Kalbu (Aiman, Lukhman S, Siti Nurhaliza)," he adds.
Fernandez was equally puzzled. Determined to clear his conscience, he says he immediately asked other jury members after the show — and was surprised that none of them had picked Keliru! "All of us are shocked. This was not our choice," he said, adding that "we do not want to retract Aidit's credibility as a composer but we strongly feel that a post-mortem is required. We are now waiting for Johari to get in touch with TV3 to find out whether the results were tabulated accurately." According to Fernandez, a pre-judging process for lyrics and composition was done a week before the show. "We submitted the results on Jan 10 and naturally, none of us got to see which song the others had chosen. But when Keliru was announced the best song, we were stunned. We got together to discuss it and unanimously agreed that the result is not ours." Sharifah Aini adds: "I certainly did not choose that song. Our task for the night was only to choose winners for the Best Vocal and Best Performance categories. We are in a sticky spot right now because our integrity is being questioned and our credibility is at stake." For the veteran songstress, Nirmala (composed by Pak Ngah and Ce' Kem, performed by Siti), Syair Si Pari Pari (by Aidit Alfian and Ad Samad, performed by Zamani) and Julia (by G. Nola and Loloq, performed by Exists) were her personal picks, while another panellist said the lyrics in Cinta (by Fatullah and Baby, performed by Flop Poppy) and Julia were much "stronger" than the winning song.
According to TV3, "the result was strictly derived from the collective input of all the judges. Although this may not have been reflected in the judges' individual scoring sheets, the points collated showed that Keliru emerged in the top-ranking position. TV3 merely facilitates the judging process by ensuring that all inputs by the judges are accurately tabulated to derive the final ranking. There has never been any interference on TV3's part to override or otherwise change the results." At Press time it is understood that the judges have been called for a meeting at Sri Pentas.
Meanwhile, the overall event was a smooth-sailing affair. Production-wise, TV3 put up a straight-forward, no-nonsense show that was its best so far — yes, even better than the much-celebrated retrospective event it held a few years earlier.
From the beginning, the audience was spellbound. The a capella performance by vocal groups V.E, Ruffedge and Swara to introduce the finalists was deftly planned and executed. The harmonising was tight, suggesting the night held promise.
Of course, when there are hits, you get misses too.
The closing segment, entitled Inspirasi, was out of place and stuck out like a sore thumb. Combining music, movements and voice, this theatrical act a la Cirque du Soleil — yes, complete with abseiling acts, failed to make an impact to trace man's historical journey into music. Featuring tribal, traditional and modern tunes, it only came across as a mish-mash of stunts and dance styles.
For the first time ever, the hosts for the show were not full of themselves. Ary Malik and Intan Suraya came across as witty and charming with their lines. Intan's bold remark about Siti's standing in the industry ("if she wins people will say, "oh, no, not her again" and if she loses they go "oh, her popularity is waning") was timely.
Performances by the artistes also saw a variety of themes with entertaining results. There were Nurul and Ajai as cabaret performers, Amy Mastura with her Vegas "girls" gone wrong, Noraniza Idris (yes, with her usual troupe of dancers) giving a cross of Dikir Barat and Menora and Zamani's Victorian look, to name a few.
Siti's unique blend of Bollywood and Endang dance was spellbinding, rivalled only, perhaps, by Syzliana's rendition of Joget Langkah Delapan, accompanied by cute child dancers from Swatari. Nonetheless, Siti bagged the Best Performance Award much to the delight of the audience.
At a Press conference held later, Siti said the award meant a lot to her as it had been her birthday a day before.
Ziana Zain, who came out tops in the Balada category with Menadah Gerimis, was in tears when she accepted her award. She said: "After all these years, it is very heartening to know that I am still accepted. People have lot of expectations of me and the song and it was not an easy task." For Liza, who bagged the Best Vocal Performance — introduced for the first time — the award was a recognition after years of hard work. "I wouldn't have won if not for the beautiful composition by Aiman and Alam Maya." Speaking on behalf of the winning song, Ajai said he has always had faith in Aidit's compositions. "I don't normally sing other people's songs, but I trust Aidit's effort because his songs have a distinctive melody."