KFC Setiap Minggu dan Pledge Your Donation !
Dulu-dulu waktu saya masih kecil, saya makan KFC seminggu sekali. Paling tidak pun sebulan sekali pasti merasa ayam KFC. Ini berlaku dalam anggaran 25 tahun yang sudah. Betapa mewahnya hidup saya ketika itu. Tetapi ada juga kanak-kanak yang tidak pernah merasai KFC. Semalam saya tonton dalam sebuah rancangan terbitan sebuah televisyen swasta yang pertama di Malaysia. Saya akui rancangan tersebut bagus untuk menyedarkan orang ramai, dalam pada kita sibuk menghantar sms untuk menjadikan artis pujaan kita menjadi seorang jutawan, ada juga insan yang seharusnya mendapat perhatian yang sewajarnya dari kita terus papa kedana.
Saya sengaja tidak mahu menyebut nama rancangan itu kerana nama program tersebut sememangnya sekadar popular di bibir penonton, tetapi hati kita masih belum tergerak untuk membantu. Lagipun email saya ingin mempromosikan rancangan tersebut tidak dilayan oleh mereka tanpa sebarang alasan. Oleh yang demikian, tanpa perlu duduk diam dan hanya memberikan komen, lebih baik kami buat sendiri program tersebut versi sendiri dengan beberapa orang blogger.
Oleh yang demikian, saya menyeru agar sekalian pembaca blog saya turut sama-sama membantu projek Pledge Your Donation yang dikelolakan oleh blog BadrulAfterSix. Walaupun blog tersebut jarang dikemaskinikan sejak akhir-akhir ini, ia tetap menjadi pilihan utama saya. Projek ini bukan untuk rancangan tersebut tetapi adalah projek atas inisiatif sendiri. Saya merasakan cara begini lebih telus.
Projek tersebut akan diadakan pada 8 April 2006. Pihak BadrulAfterSix telah mendapat pengesahan dari pihak Tesco dan Leen telah pun mendapatkan sebuah Charity Home di Rawang. Bunyinya macam hebat dan mewah. Tetapi kita harus bijak membezakan antara Country Heights Home dengan Charity Home. Walaupun nama mereka nampak mewah dan ada persamaan, tetapi dunia mereka berbeza. Country Heights Home rumah orang kaya-kaya, manakala Charity Home untuk yang tidak berkemampuan. Mari kita gunakan kuasa kita untuk mengubah nasib Charity Home ini dari sebuah rumah flat dua bilik yang menempatkan lebih kurang 16 orang kepada sebuah rumah banglo yang lengkap segala-galanya. Ingatlah, kerana kita pernah melakukan yang sama untuk Siti Nurhaliza dan Mawi.
Antara blog yang bekerjasama untuk projek ini adalah :
1. BadrulAfterSix yang kini jarang-jarang update tetapi blognya tetap menjadi pujaan hati saya.
2. Leen Ash Burn's Second Lair yang mulut jahatnya agak sederhana tetapi hatinya juga baik.
3. Fiebie yang agak terkenal sejak akhir-akhir ini kerana mulut jahatnya tetapi hatinya baik.
Kita ketepikan prasangka kita serta sifat prejudis kita dan sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan. Mereka juga mahu makan KFC. Kalau ruangan komen ulasan APM boleh mencecah dua ratus, kenapa ruangan komen ini tidak mampu mencecah angka sedemikian ? Apakah apabila entri yang melibatkan nama Mawi sahaja yang boleh popular, tetapi apabila entri berkenaan khidmat masyarakat semuanya diam membisu membatukan diri menjadi tunggul kayu. Ini tanggungjawab saya dan saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang warganegara yang prihatin terhadap pembaca blognya. Anda bila lagi ?
"ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah usaha kami ini... Amin..."
Sebarang pertanyaan boleh diajukan di sini. Manakala sebarang permohonan berkenaan cara menyalurkan derma harus dibuat kepada Koordinator Projek, Badrul Hashim di alamat email badrul_hashim(at)astro(dot)com(dot)my atau hubungi beliau di talian 012 - 2315540.
Nota : Eh ! Kenapa pengelola projek ini semuanya satu saiz saja ? (ketawa)

0 komen