Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Bersama Berdoa Menentang Kebatilan

Entri oleh sultanmuzaffar 13 May 2009



Ya. Sudah masuk ke hari-hari terakhir minggu terakhir. Hari Sabtu ini semuanya akan berakhir. Sama ada pengaruh program realiti Akademi Fantasia masih relevan untuk musim depan masih di luar bayangan.

Hari ini hingga hari Sabtu ini para peminat setia program ini akan bermati-matian untuk menentukan siapa yang akan menjadi juara. Saya sedikit terkilan dengan apa yang berlaku kepada peminat yang gigih mengundi untuk menyelamatkan empat pelajar daripada tersingkir dan seboleh-bolehnya mahu melihat empat pelajar kesayangan mereka terus kekal berada di hadapan.



Segala yang perlu telah saya usahakan, malangnya tidak berjaya. Saya kagum dengan semangat peminat pelajar musim ini, saya kasihan dengan mereka dan seboleh-bolehnya saya mahu mewakili naluri perasaan mereka sekarang.

Itu saja yang boleh saya perkatakan. Tangan saya juga terikat di langit, kaki juga terpasak di bumi. Semoga Allah merahmati mereka dan yang batil akan dibalas olehNya.



Saya tertarik dengan persahabatan Akim dan Hafiz dalam Diari malam ini. Kedua-duanya bersaing dalam pertandingan ala Amazing Race dalam Akademi Fantasia. Hubungan erat itu sesuatu yang sungguh indah untuk ditonton dalam program yang dikatakan bercorak kekeluargaan pada awal kemunculannya. Ya, saya maksudkan hanya AF1, AF2 dan AF3.

Benar, mereka pernah berselisih faham di dalam Akademi. Tunjukkan pada saya adik-beradik mana yang tidak pernah bergaduh dengan adik-beradiknya yang lain ? Fokus saya minggu ini harus ditumpukan pada hanya seorang kerana yang itulah yang telah mengganggu seluruh kemurniaan yang ada sebelum ini.



Melihatkan keakraban Akim dan Hafiz di minggu terakhir ini, saya lebih menyukai salah seorang dari mereka muncul sebagai Juara atau pun Naib Juara. Tidak kisahlah siapa pun. Asalkan mereka berdua. Lebih-lebih lagi dengan kedudukan undian mereka mereka minggu lalu yang berada di tempat pertama dan kedua. Yang mana telah pun dinafikan hak mereka termasuk hak peminat sebagai pengundi.

Semoga Allah membalas segala kebatilan yang berlaku di minggu 9. Amin.

Mahu tahu lebih lanjut klik di sini.

47 komen

  1. i just discovered about this fact!it's really2 unfair..come on Astro..please be fair to the other 4 students.please treat aril as the same as linda nanuwil and lotter in previous seasons!!

     
  2. one more thing..is there something to do with maestro yang dah bankrupt tu??so desperate!!$$$

     
  3. Anonymous Says:
  4. Tak adil tak adil tak adil... minggu lepas aku habiskan RM200 untuk akim... tapi tak digunapakai? mana pergi duit tu?

     
  5. akulah Says:
  6. aku nak akim juara....boleh

     
  7. seman Says:
  8. SM,

    benda-benda lain aku leh tahan lagik..tapi kalau pasal menipu depan batang idung aku sendirik....

    estero..kalau betul benda ni, korang dh melampau. aku bagi 2 opsyen,

    1. bagi balik duit aku
    2. tambah balik % undian student yg aku da vote..

    aku da join petisyen.. aku hrp kita semua boleh join regardless of fan sesiapa sekalipun..

    bak kate org, pasal duit sedara mara pun boleh begaduh, apetah lagi esterok!

     
  9. Anonymous Says:
  10. sm,
    sedih btol bile dpt taw..
    xguna btol astro wat cmnih..
    kesian yg 4 org tuh ..
    lagik kesian pengundi2 suma...
    waaaaaaaa.....benci aku tgok kedudukan akim,hafiz...x sepatutnya cmtuh..sia2 ja vote last week..sengal tol!

     
  11. Anonymous Says:
  12. come on la astro..be fair la....ape pun jadi, aku nak akim gak jadi juara...banyak giler aku undi last week utk akim...suka suki jer astro ni nak reset balik undi...ape kes?....dush dush dush...

    AKU SOKONG 100% PETISYEN BAD TUH!!!!!

     
  13. lulu Says:
  14. i harap akim menang!!
    but anyways, even i sokong akim,
    i harap sume perserta buat yg terbaik :))
    baru ade persaingan.
    and just cut the crap, tkyah gaduh2 kay?
    btw i'm yourss.

     
  15. darzfan Says:
  16. Tapi semuanya hak astro untuk cary forward ke tak AFUNDI minggu ke-9. Sebab mmg dari awal penonton tahu mmg astro tidak tertakluk kpd apa2 undang2 dlm soal ini. Astro tidak memaksa penonton mengundi? Pilihan ditangan penonton sendiri. Takkan sampai AF7, penonton tidak boleh menilai lagi? Keuntungan adalah paling utama kepada peniaga?

    Kalau tak puas hati kenapa mengundi? Sedang AF penuh kezutan dan boleh aje kezutan yg tidak adil? Kalau keadilan yg dicari, kenapa ade AFMASUK. AFMASUK sendiri tidak adil kpd penonton. Sama kes, kalau penonton sudah ade AFMASUK, penonton tak payah mengundi tiap2 konsert. Cukup mengundi bila AFMASUK diumumkan, tumpukan saje kpd pelajar tertentu supaya boleh saje menjadi Juara.

    Sakit hati? Jangan je AFUNDI

     
  17. darzfan Says:
  18. Anyway, aku sudah lama menjadi penonton yg bijak. Hanya sekadar menonton utk hiburan tanpa susah2 AFUNDI.

    Lagipun, kejayaan pelajar2 tu hanya bermula selepas keluar. Jadi juara pun tak kemana. Mana zahid, faizal, mila skrg? Mawi pun mula merundum....

    Bijak2....

     
  19. Anonymous Says:
  20. sebak melihat keakraban akim dan hafiz dalam hari-hari akhir di akademi walaupun sebelum ini astro sering membawa mereka selalu bergaduh. Dalam game semalam menunjukkan dua anak muda ini sememangnya bijak. Mereka berdua telah memenangi hati berjuta-juta rakyat malaysia dengan bakat dan persembahan menarik mereka serta pesonaliti yang tersendiri. Saya seperti juga berjuta-juta rakyat malaysia mahu salah seorang daripada mereka dinobatkan sebagai juara AF7. Bersama menentang segala penipuan dan drama kebatilan.

     
  21. Senorita Says:
  22. I ada juga terfikir apa jd dgn undi minggu ke9 sebab sebelum2 ni kalau tak salah I bila tiada penyingkiran regardless ada AFMASUK ke tak undian akan dicarry forward. Hmm...memang tak adil. Apa2 pun I kesiankan ARIL yg to me telah diperkotak-katikkan oleh ASTRO. Can't imagine bila Aril keluar nanti apa yg dia kena face because of all this.Pity him.

    Setuju dgn petisyen kpd ASTRO. Lagipun ASTRO yg selalu war2kan anda lah yg menentukan masa depan pelajar. Go for it guys.

     
  23. TokSky Says:
  24. Bangga dengan Akim dan Hafiz yg berjaya menambat kita semua pada konsert ke-9. Semoga salah seorang dari mereka berjaya dimartabatkan sebagai JUARA dan NAIB JUARA.

    ASTRO and PWC will definitely tarnish their names with this game and action. Market will talk, Media Prima will give a big smile. Remedy...Reinstate back the votes for the 4 students, they are the REAL WINNERS in AF7. (Padan le tengok cepat sangat siAril memotong student lain punye ranking).

    Kesian dgn Aril yg dijadikan mangsa diatas strategi produksi. Ingatlah..AF dah nak tamat, the reality is out there. Aril will face the MUSIC...mintak maaf cakap la..

     
  25. TokSky Says:
  26. Kedudukan pada diary Hari ke-3 Minggu 10:
    1. Yazid
    2. Hafiz
    3. Aril
    4. Akim
    5. Isma

    Dalam kepala--> Cepatnya Aril kejar % pelajar lain.???

     
  27. Anonymous Says:
  28. I agree with senorita. At the end of the day Aril juga yang jadi mangsa. Bukan dia yang menentukan permainan ini tapi Astro. Apa-apapun outcomenya, I hope all this 'hating' business will stop. Kita patut raikan semua finalis termasuk Aril especially di dunia luar sana kalau kita betul-betul minat dia orang.

     
  29. chekdenoor Says:
  30. Tok Sky .... chekdee..mengundi aril.... so...kalau udian aril naik...jangalah dinafikan hak undian chekdee ...banyak juga chekdee undi... cuma

    chekdee pun tak suka cara astro reset balek undian minggu ke sembilan.... walaupun chekdee sokong aril tapi chekdee suka persaingan yang sihat iaitu ...sepatutnya undian minggu ke9 dikira...then aril yang baru masuk kena kejarlah dari bawah.

    Bagi chekdee, adanya afmasuk itu sudah dianggap bonus bagi aril .... then...kami penyokong aril tak kisah kalau kami terpaksa kejar undian 4 peserta tu dari bawah...... barulah pertandingan itu adil .....Apalah astro ni buat macam ni..... kami pengundi dan penyokong aril pun terpalit banyak kesan dr kebodohan astro......

    Astro...ambil balek undian minggu ke9...plsssssss

    Kami peminat dan pengundi aril ok jer kejar undian dari bawah sebab kalau menang cara ini...kami lagi suka....... kami tak mahu menang dgn cara yang ramai orang tak suka.

    pls astro...buat sesuatu.... kesian aril kena bom sana-sini....
    padahal bukan salah aril....ini salah astro.......

     
  31. TadeName Says:
  32. Aku setuju ngan Chekde,

    Aku pon undi Aril. Nak kejar dari bawah...? NO HAL...!!! Yg penting aku nak tengok performance yg HEBAT dr Aril di konsert akhir. Kalau kena kejar dari bawah & masih dapat top 3 ranking, itu kira MELETOPS...!!!

    Kami penyokong Aril tk mau gadoh2, tak mau sakitkan hati penyokong pelajar yg lain... Jadi Astro TOLONG CAMPUR BALIK UNDI MINGGU 9 UTK 4 PELAJAR TU... tapi tolong announce awal sikit, mcm mlm ni ka, supaya semua peminat Aril ada masa nak kejar...

    AFUNDI10 ARIL! TERBAEK WOK...!!!

     
  33. mdmee Says:
  34. hehheheeh .. benda ni semua provokasi pihak Astro utk dapat duit dari undian sms !!!

    Apa tunggu lagi ..setelah di provoke .. terus le hantar sms

    Aku dah berhenti mengundi sejak AF3 ... AF4 aku undi sekali aje :) :) :)

     
  35. TokSky Says:
  36. Terima kasih pada pengundi tegar ARIL iaitu Chedenoor dan TadeName diatas keprihatinan anda berdua keatas perkara ini. Tok takde problem pun bila Aril dapat AFMASUK sebab dah rezeki dia tapi ASTRO telah menghilangkan kepercayaan kami sekiranya apa yg dikatakan berlaku ini BENAR...Kembalikan hak pengundi yg telah mengundi pelajar mereka.
    Berpukal-pukal undi diminggu ke-9, tetiba sesuka hati je nak nafikan hak kami sebagai consumers....

     
  37. atika Says:
  38. merudum ke tak merudum ke, duit dia masuk jugak darzfan..tak selamanya manusia tu berada di atas..of course akan turun jugak... yg bbdk af7 ni pun sama jugak..nnt keluar, naik sekejap nama,then akan merudum jugak satu hari nnt...

     
  39. atika Says:
  40. i guess if derang tak reset undian pun, aril still dapat kejar..u guys rasa undian tahun ni antara pelajar2 byk berbeza ke? i dun think so...selalu after undian ditutup pun, walaupun pelajar tu atas dgn peratusan undi yg tinggi (pernah sampai >60%), tak sampai sejam undian dia akan turun n setara dgn undian pelajar2 lain yg tertinggal...so, i guess even if derang tak reset, senang ja fans aril nk kejar undian pelajar 4 org tu...so,we'll just wait n see for the total sms the day after final AF7 nnt...betul atau tidak seperti yg diwarwarkan undian tahun ni mengatasi kebanyakan musim AF yg lain... tp dun think can beat AF2 record (15M sms)

     
  41. anggun99 Says:
  42. Setuju ingin Hafiz/Akim dapat Juara and Naib Juara spot..they deserved it..with the journey, learnings and experiences that they went thru..they should..

    Betul ker undian Week9 di reset?bukan ker selalunyer, kalau takder penyingkiran.. undian akan di b/fwd kan? Rasional undian tak di b/fwd? Untuk berlaku adil pada yg AFMasuk? Untuk memberikan persaingan yg adil?..Kalau nak cakap pasal adil..maner keadilannya pada yg Top 4? Pengundi pelajar Top4? Pelajar yg x mendapat undian terendah tetapi disingkirkan? Ada student dapat lagu sesuai..ader yg x dapat? Kalau nak persaingan yg sihat dan adil..every aspect kena sihat and adil jugak..dari mula dan sepanjang program..

     
  43. Anonymous Says:
  44. Anggun, rasanya most of the songs untuk Akim dan Hafiz sesuai, sebab itu dia orang 'shine' especially minggu-minggu akhir ni. Juga untuk Yazid and Isma. They are all excellent, hanya ketentuan Allah yang tentukan siapa juara. Apapun saya tetap afundi10 Aril. And Astro, pleaaaazzzzeeee kembalikan undi 4 pelajar tuh. Kalau Astro betul-betul sayangkan career Aril, sebab peristiwa ini akan jadi kudis kepada pengikut AF, especially yang tak suka Aril!

     
  45. Za Says:
  46. Saya sedih dan terkilan kenapa Aril yang dijadikan `pawn' dalam permainan Astro, kalau sekiranya betul apa yang didakwa oleh Badrul dalam blognya.

    Aril tidak bersalah dalam hal ini tapi Aril nanti yang akan dibenci. Saya pasti Aril tidak pernah minta untuk di AFMASUK, dan saya pasti dia juga ingin menang dengan cara yang terhormat, bukan dengan 'permainan kotor'.

    Saya lebih rela Aril dikeluarkan daripada finalis itu daripada dia dijadikan alat permainan ASTRO. Biar kalah secara terhormat daripada menang dengan cara yang akan buat orang marah. Saya khuatir nanti Aril akan di `boo' nanti sekiranya dia juara. Saya pasti dia akan rasa tertekan.

    Aril tidak perlu berada didalam final untuk berjaya. Saya tidak pasti, tetapi saya dengar-dengar mungkin sudah ada produser yang menyatakan hasrat untuk `melamar' Aril. So, jangan rosakkan peluang Aril untuk berjaya dengan permainan `kotor' ini. Aril tidak bersalah.

    Peminat Aril sendiri sudah menyatakan kesanggupan untuk undi Aril walaupun harus mula dari bawah, kerana inilah cara yang terhormat.

    Jangan peralatkan Aril. Jangan hancurkan masa depannya hanya demi keuntungan sesetengah pihak.

     
  47. Anonymous Says:
  48. Motif ko ckp akim ngn apis 'shine' akhr2 kunset sb dpt lagu best2..hbs c aril dpt lagu choi ke?..xda maknenye aku rase setiap kunset die slalu dtp lagu yg bleh tahan popular..ko bgthu dari kunset 1 sampai 7..lagu pe yg x best.?sdngkn akim n apis dpt lagu gembala,belalang toyol bnyk ag r..x dnafikan aku pn suke aril sb bg aku die ada pakej..tp stakat bru skali dpt
    lagu choi dah kumplen nk rak sume x kene...ape kes
    Ape2 pn vote 4 akim apis aril..hope top 3

     
  49. adik esah Says:
  50. Memang tidak adil!! Kalau kami (pengundi2) tau x de penyingkiran, kami awal2 x kan mengundi last week dan akan simpan for final this week. Tapi production bermain dgn perasaan kami. Siap Sarimah kata undi jangan tak undi takut nnti ada pelajar tersingkir. and what about surat wasiat yg Pengetua suruh 4 org tu tulis?

    Apa definition adil sebenarnya? Tak adil untuk seorang student yg sudah disingkirkan atau tak adil kepada 4 students tak pernah disingkirkan? and it is DEFINITELY NOT FAIR to fans yang berhabis duit AFUNDI for their favourites last week!!

    I thought AF7 would be the best season after AF2 but production team telah merosakkan segala good things yg i suka pada this season. and the sad thing is we actually have 2 VERY TALENTED students. Tak tau la ape nasib mereka bila dimanage oleh astro nnti.

     
  51. Grandna's Says:
  52. Cukup la permainan kotor tu ASTRO. Ingat gelanggang politik je yg kotor. Be fair to the 4 students. Kalau dah keluar ASTRO boleh cover tak pe jugak. Cuba tengok yang lepas2. Amacam??????

     
  53. TokSky Says:
  54. Betul tu Adik Esah, Tok pun menganggap AF7 setanding dgn AF2. Malangnya kejadian meRESET undi ni memang menyedihkan dan merosakkan pujian yg nak diberikan pada produksi. Untuk para pelajar, nasib mereka akan ditentukan nanti bila keluar, sape yg berjaya dan sapa yg tak TAPI apa pula hal dengan duit kami labur pada minggu ke-9?? Takkan la BURN camtu je? Jawaplah ASTRO, jawapnye kena REFUND la sebab consumer tribunal kan ada.....

     
  55. Unknown Says:
  56. We want justice We want justice.

     
  57. kakJAHku Says:
  58. kesian ARIL..hanya dipergunakan..
    SM..adakah anda membenci ARIL sbb hal nih..??

    kalu jawapannya ya..KJ rs SM silap!

     
  59. chekdenoor Says:
  60. aha ...soalan yang baik dari kakjahku dan chekdee..... untuk sm dan untuk bukan peminat aril..

    ADAKAH ANDA MEMBENCI ARIL KERANA PERMAINAN ASTRO INI????

    Chekdee..... saya kesian kepada aril kerana dia tak bersalah .... dia telah dipergunakan.....

     
  61. dianashasha Says:
  62. http://ajamihashim.blogspot.com/

    Pendapat dan pandangan yang bijaksana dari ajami.

     
  63. kakJAHku Says:
  64. SM..Kj setuju kalu undian minggu 9 dikira..utk bagi fair kpd kami fan ARIL..ikut petition ajami..
    undian afmasuk ARIL juga perlu dicampur dgn undian aril..

    byk tuuu undian afmasuk aril..52% dr 300ribu..

     
  65. setankuning Says:
  66. SM,
    tahun ni takde ke upacara penutup kat komen2 dlm blog ni, ala.. yang happiest moment, saddest moment, kritikan paling best, worst dress, performance yang paling diingati tu.. aku x leh nak contribute sbb x follow diary hari2 tp aku nak baca gak apa pendapat org lain.. n as usual blog ni mmg tmpt wajib baca menjelang final konsert AF

     
  67. setankuning Says:
  68. SM,
    tahun ni takde ke upacara penutup kat komen2 dlm blog ni, ala.. yang happiest moment, saddest moment, kritikan paling best, worst dress, performance yang paling diingati tu.. aku x leh nak contribute sbb x follow diary hari2 tp aku nak baca gak apa pendapat org lain.. n as usual blog ni mmg tmpt wajib baca menjelang final konsert AF

     
  69. Anonymous Says:
  70. bodohnyer cadangan kakjah. tak pakai otak ?

     
  71. Nita Says:
  72. kakjah sayang, minat tu berpada2, punyalah statement, fikir dulu sebelum menaip... adil? really kakjah? really? think clearly lah... honestly...

    kita geram ni sm, dah penat2 push akim punya position to 2nd place last week ni turun tiba2 ke FOURTH place...tabah sakit lagi hati bla position persembahan akim 2nd pulak, my god!

     
  73. kakJAHku Says:
  74. salah ke ape aku cakap..
    adoi..bg cadangan pon kene maki..emosinyela korg..

     
  75. kakJAHku Says:
  76. salah ke ape aku cakap..
    adoi..bg cadangan pon kene maki..emosinyela korg..

     
  77. kakJAHku Says:
  78. hambik..dah tersend dua komen..matilah..adoi..

     
  79. Anonymous Says:
  80. dah dpt afmasuk tu cukup2 la kjah oooi..

     
  81. Grandna's Says:
  82. Yang pasti pilihan ku Hafiz....atau Akim yang akan jadi juara....

     
  83. Anonymous Says:
  84. Yeap Hafiz or Hakim deserves it more. And i believe because of Astro Aril will be the 'mangsa keadaan'.

     
  85. Anonymous Says:
  86. Aku harap Aril jadik juara....
    berbaloi la ngan maki hamun yg dia dah dapat selama ni atas benda yg bukan perancangan dan kesalahan dia...to fans aril...pandai2 la undi kalo nak benda ni jadik kenyataan. tapi aku, sori le nak undi2 ni....lama dah insap...last was AF3....but if aril kalah pun...still none on my business. bak kata nabil..tak menjejaskan ekonomi negara aku pun.. :)

     
  87. Anonymous Says:
  88. kakjahku said...

    SM..Kj setuju kalu undian minggu 9 dikira..utk bagi fair kpd kami fan ARIL..ikut petition ajami..
    undian afmasuk ARIL juga perlu dicampur dgn undian aril..

    byk tuuu undian afmasuk aril..52% dr 300ribu..
    ____________________________________

    cadangan paling kurang cerdik pernah wujud di AF7.... semata mata kerna ? lu pikir la sendiri...

     
  89. Anonymous Says:
  90. KakJah, aku pun ada cadangan.... untuk bg fair kepada pelajar lain pula undian time Aril takde dalam AF7 (konsert 8) dicampur dengan undian konsert 9 dan sekarang... byk tu.... silap silap Aril dapat 0.1% tangga last!

     
  91. Anonymous Says:
  92. kenapa pulak nak kesian ngan ARIL sebab dipergunakan astro..tkde bezanya ngan Hafiz ramai org tak suka gak becoz of fans die diva sangat katanya? so what org x suka Aril...masing2 ada pendapat terima je lah....dh org tak suka..

    kakjah aku tau ko nak kawen sangat ngan Aril tu semoga visi dan misi berjaya..wakakakaka...

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger