Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Menjelaskan Kekeliruan

Entri oleh sultanmuzaffar 21 May 2009

Oh! Jangan terkejut. Saya bukannya mahu menjelaskan kekeliruan yang satu lagi. Saya hanya mahu menjelaskan kekeliruan tentang kedudukan stesen radio nombor satu negara yang sebenarnya telah banyak dikelirukan oleh pihak media.

Ia adalah sesuatu yang agak normal bagi sesebuah syarikat korporat untuk mewar-warkan tentang kejayaan mereka. Ia sesuatu yang tidak salah malah digalakkan. Beberapa hari yang lalu, pembaca akhbar mahu pun pelayar blog menjadi semakin keliru. Stesen manakah yang sebenarnya No.1 di Malaysia ?

Antara isi penting kajian Ukuran Pendengar Radio, Liputan 1 untuk tahun 2009 :

1. 14.9 juta atau 91% rakyat Malaysia di Semenanjung Malaysia menggunakan radio untuk mendapatkan maklumat dan hiburan.
2. 11 juta atau 75% memilih stesen kendalian AMP.
3. 5 stesen AMP tergolong dalam senarai 10 stesen radio paling popular.
4. ERA merupakan pilihan utama pendengar, SINARFM (kedua), HotFM (ketiga), THR (keempat), MY FM (kelima) dan hitz.fm (ketujuh)
5. ERA berjaya mengumpul 4 juta pendengar.
6. Slot Petang di ERA kendalian Nana merupakan slot 1-4 petang nombor satu.
7. Slot Adi & Burn merupakan slot 4-8 malam nombor satu.
8. SINAR berjaya mengumpul 3.82 juta pendengar. (Ada harapan untuk kalahkan ERA dalam survey kedua)
9. SINAR menambah 1.2 juta pendengar dalam tempoh setahun (April 08 - Mac 09)
10. Segmen Pagi Hot FM merupakan slot pagi nombor satu.
11. Segmen Pagi SINAR merupakan slot pagi nombor dua dengan 2 juta pendengar.
12. Beza Pagi Hot FM dan Pagi SINAR hanya 67,000 pendengar.
13. Hot FM berada di kedudukan nombor satu untuk keseluruhan pendengar berumur 35 tahun ke bawah.
14. Terus mendominasi bandar-bandar utama seperti Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Ipoh.
15. Secara keseluruhan, sebanyak 11 juta pendengar mengikuti stesen radio kendalian AMP. Namun mengapa kelebihan ini jarang benar dieksploitasi oleh Astro TV menerusi program-program terbitannya agar kedua-dua medium mendapat habuannya.

Amati ayat di bawah ini :
Selain kekal sebagai stesen radio nombor satu bagi pendengar di bawah lingkungan usia 35 tahun untuk kali kedua, segmen pagi AM Krew yang dikendalikan Faizal Ismail dan Fara Fauzana juga sekali lagi berjaya mengekalkan posisi sebagai rancangan pagi nombor satu Malaysia.

Sementara itu, tiga segmen lainnya turut unggul sebagai program nombor satu untuk kumpulan sasaran di bawah umur 30 tahun. Tiga segmen itu ialah Jawa Rangers kendalian AG dan Kieran, Hot FM Zone yang dikendalikan Anne serta Ikhwan dan Menu Muzik Hot FM kendalian Leya dan Tini.
Apabila Segmen AM Krew terus mengekalkan kedudukan nombor satu, mereka menggunakan angle keseluruhan Malaysia. Apabila slot kendalian penyampai gagal mengekalkan kedudukan keseluruhan Malaysia, mereka menggunakan angle "bawah 30 tahun".
17. Analoginya mudah sahaja. Hot FM nombor 1 di kalangan pelajar Tahun 3 sebuah Sekolah X, ERA nombor 1 di kalangan semua pelajar sebuah Sekolah X. Itu sahaja bezanya.

Harap semua faham analogi tersebut. I'm not a spin doctor. :)


18 komen

  1. ina Says:
  2. TQ SM...Dah paham dah..
    Yeay to ERA!! :)

     
  3. ♥ me ♥ Says:
  4. Thanks SM. Analogi yang mudah untuk fahaman semua :)

    perbezaan hanya pada "dikalangan" & "semua".

    Semudah itu!

     
  5. TokSky Says:
  6. SM....satu penerangan yang jelas. Barulah patik paham. Satu lagi soklan. Mana diorang tau umur golongan pendengar sebab kita bukan ada bayar sebarang lesen utk dengar radio?

     
  7. mdmee Says:
  8. Hheheheeehe ..aku rasa HOT FM akan potong ERA tak lama lagi dalam masa terdekat .... aku rasa dalam satu, dua tahun ni le.


    Harap ERA boleh buktikan aku silap ....

     
  9. sriizza Says:
  10. wah..SM nmpk bgitu gembira (maklum org ASTRO)... tp ape pendapat SM mngenai kehilangan Pndgr Era dr Tinjauan 2/2008 ke 1/2009? dr tahun ke tahun..?
    by the way hot pun hilang pndgr jugak for d 1st time sjk prmulaanye...(tk nak nnt org kate pembenaran sepihak pulak or saye ambik angle ERA je... dpt dr AC Nielsen punye release jgk)

     
  11. mungkin jugak SINAR akan potong ERA tak lama lagi..

     
  12. sriizza,

    mereka hilang ke mana ? stesen mana yg mencatatkan pertambahan pendengar ? so, mereka tak lari ke mana, hanya ke sinar. :)

     
  13. Syed Z Says:
  14. Pagi di Era PakNil & Din Beramboi is like circus now, sakit telinga mendengar depa dua

     
  15. anggun99 Says:
  16. hehehe.. that' s one of the art (or trick) of marketing..

     
  17. go era... alaaa... jgn la jelous... era mmg best... gempak gila... Tak de la knekan bdk u smpi nanes2 budak tuh...

     
  18. I am Karl Says:
  19. ERA still d best

    especially NANA!!!!

    hehe

    pg d erabest!!

    byk pengisian

    tiap2 pg karl akan belaja loghat baru

    haha

     
  20. saya setuju dengan baris akhir tu.

    kadang kadang ada sesetengah akhbar cuba membodek pihak station radio.
    untuk ape tak tahu.

    atau
    pengurusan radio sendiri yang cuba
    putar belit fakta.



    era selalu num satu.;D

     
  21. TokSky Says:
  22. Sejak ada kumpulan SEPAH dipagi hari kat ERA, Tok switch balik ke ERA sebab suka ketawa sorang-sorang dalam kereta on the way pergi keja.
    Syed Z.. setuju dgn your statement. Aznil performed much better in TV as host.

     
  23. Syaf Says:
  24. Thank you for the clarification! I do not listen to one particular radio station. I just switch from one channel to another depeding on the songs they play!!

    Syaf
    http://www.syafiqueshuib.com

     
  25. just blog walking. thanks!!

    visit my blog at:
    www.noermanshoot.blogspot.comI will give you software icrease traffic, FRee!!!

     
  26. Syed Z Says:
  27. For me, Pagi @ ERA tu should be changed the format.

    Pak Nil gelak mmg terer (rujuk watak Prof Klon), so din beramboi buat lawak dia sorang je la gelak sampai sakit telinga.

    Din Beramboi plak apa kes nak buat suara gedik mcm nyah tak bley jadi normal ke.

    p/s:atau era mmg sasar pendengar yg mcm gitu? Over

     
  28. faham.. before dis tertanya2.. jikalau hot dah over take era kannn ehe

     
  29. PakciQue Says:
  30. Kenapa Era masih kekal di Nombor Satu? Kenapa bukan HotFM?

    Ni sekadar teori aku. Baru je terfikir.

    1) Era ada astro yang menyiarkan siaran Era di saluran

    2) Begitu halnya dengan Sinar

    3) HotFM cuma berpeluang bersiaran di 8TV dan TV9 pada waktu pagi.

    4) 3 perkara di atas adalah menyentuh mengenai kawasan-kawasan yang mungkin frekuensi siaran radio tidak berapa jelas atau tidak ada. Jadi, mereka menggunakan alternatif untuk mendengar radio melalui TV. 8TV dan TV9 boleh ditonton melalui Astro 708 dan 119. Dan kerana itu, rancangan pagi HotFM mendapat rating yang tinggi.

    5) Aku tak berapa pasti tentang hal ni. Tapi, frekuensi Era bertukar secara otomatik bila aku dari JB ke Seremban dan ke KL. Siapalah yang rajin nak hafal frekuensi radio kan. Jadi, perlu pula tukar-tukar untuk mencari siaran radio yang dihajati.

    6) Begitu juga dengan Sinar.

    7) Tapi, HotFm tidak pula mempunyai fungsi sedemikian.

    Itu saja yang terfikir setakat ni. Mulanya aku nak buat entri dalam blog aku. Tapi, dah hampir basi dah perkara ni. Jadi, buat di ruangan komen saja.

    Baca blog di Noorhidayat[Dot]Com

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger