Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Syabas ! Konsert Terbaik Akademi Fantasia 7

Entri oleh sultanmuzaffar 10 May 2009

Lima pelajar terpilih ke Konsert Akhir Akademi Fantasia musim ketujuh. Empat pelajar yang masih kekal di minggu kesembilan meneruskan penguasaan mereka setelah tiada penyingkiran dilakukan semalam. Sementara itu, Aril, pelajar yang tersingkir di minggu ketujuh diserap masuk oleh penonton melalui undian AFMASUK.

Konsert minggu kesembilan menyaksikan empat pelajar, Hafiz, Akim, Yazid dan Isma mempersembahkan persembahan cemerlang mereka. Pengumuman tiada penyingkiran nyata cukup menggembirakan. Ini bermakna, kesemua pelajar yang beraksi melangkah ke Konsert Akhir Akademi Fantasia, Sabtu depan.

Semakin hampir ke penghujung. Semakin sukar untuk menulis. Malam itu saya sifatkan konsert terbaik sepanjang Akademi Fantasia musim ketujuh. Pelajar telah menggunakan peluang terakhir mereka sebaik mungkin untuk mengumpan perhatian pengundi.

Paling mengejutkan, apabila minggu ini setiap pelajar lebih menyerlah membawakan lagu tugasan Bahasa Inggeris berbanding lagu Bahasa Melayu. Ya, semua pelajar. Antara lagu Laskar Pelangi dan lagu I Believe I Can Fly, saya lebih menyukai lagu I Believe I Can Fly. Antara lagu I'm Yours dan lagu Larut, saya lebih menyukai lagu I'm Yours. Antara lagu Aku Skandal dan Where The Street Have No Name, saya lebih menggemari lagu Where The Street Have No Name dan antara lagu Hot & Cold dan Aku Pasti Datang, saya lebih menyukai lagu Hot & Cold.

Pelik, tetapi setiap pelajar lebih menyerlah dengan lagu Bahasa Inggeris.

Persembahan Pelajar

LAGU BONUS - Legenda






ISMA - Aku Pasti Datang (Bunga Cinta Lestari)



Saya sudah tidak mendengar Siti Nurhaliza dalam persembahan Isma. Satu persembahan yang berani untuk membuktikan yang Isma bukan seorang ibu semata-mata malah berjaya meyakinkan dengan persembahannya.

YAZID - Where The Street Have No Name (U2)



Jika saya tertarik dengan persembahan Yazid yang terdahulu dengan lagu U2. Kali ini saya lebih menyukainya. Pertama persembahan vokal yang lebih baik berbanding yang terdahulu. Yazid patut diberikan lagu-lagu sebegini. Agak ironi bila Yazid nampak lebih baik membawakan lagu Inggeris.

AKIM - I’m Yours (Jason Mraz)





Persembahan terbaik untuk minggu ini. Saya sukakan simplisiti yang ditampilkan.

HAFIZ - Laskar Pelangi (Nidji)




Masih cemerlang seperti kebiasaan dan kerana kebiasaan itu ia nampak biasa. Saya suka dengan kombinasi nyanyian Hafiz dengan anak-anak comel yang ditampilkan.

ISMA - Hot & Cold (Katy Perry)



Satu persembahan yang berani !

YAZID - Aku Skandal (Hujan)




Saya tertarik dengan pergerakan Yazid di atas pentas.

AKIM -Larut (Dewa 19)




Elemen utama yang menarik adalah visual yang dipersembahkan dengan menampilkan kreativiti bermain dengan lirik lagu dan persekitaran lagu.

HAFIZ - I Believe I Can Fly (R Kelly)



Persembahan vokal yang mengkagumkan.

Menuju Puncak


Finalis Akademi Fantasia 7


Saya sudah buat pilihan. Saya mahu kedudukan di bawah untuk Konsert Akhir AF7, Sabtu ini.

Juara : Akim
Naib Juara : Hafiz
Tempat Ketiga : Aril
Tempat Keempat : Yazid
Tempat Kelima : Isma

Pilihan Transformasi sultanmuzaffar

AKIM - I’m Yours (Jason Mraz)
HAFIZ - I Believe I Can Fly (R Kelly)
AKIM -Larut (Dewa 19)
HAFIZ - Laskar Pelangi (Nidji)
YAZID - Where The Street Have No Name (U2)
ISMA - Hot & Cold (Katy Perry)
YAZID - Aku Skandal (Hujan)
ISMA - Aku Pasti Datang (Bunga Cinta Lestari)

Kedudukan pelajar sebelum konsert bermula :

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

YAZID – 32
HAFIZ – 28
ISMA - 25
AKIM – 16

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

HAFIZ – 34
AKIM - 25
YAZID – 22
ISMA – 18

Kedudukan pelajar undian AFMASUK setelah undian ditutup

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

ARIL - 52.45
AISHAH - 26.6
ZIZI - 6.87
SIDI - 5.84
CLAUDIA - 4.59
QHAUD - 1.71
RINI - 0.86
RUBISA - 0.48
OBRI - 0.34
ADILA - 0.26

62 komen

  1. darzfan Says:
  2. best le tgk hafiz nyanyi lagu R kelly. Akim pun best....

    SM, kedudukan lepas undian ditutup cam lain je ngan website astro...

    Rata-rata concert kali ke-9 ni mmg best... Tapi transformasi kah itu? eg: Semua org tahu Akim minat lagu I’m Yours (Jason Mraz). Dia nyanyi lagu tu masa audition. Kira2 dia dah mmg expert ngan lagu ni. Forte dia. AF simpan dan bagi dia nyanyi kat concert hujung2. Mmg org dah boleh expect dia akan buat lebih baik dari concert2 sebelumnya. Dan mmg dia buat bagus... Lepas tu claim byk kemajuan/ berubahtransformasi? kot2 kalau bagi lagu tu masa concert awal2 pun dia boleh buat yg setara ngan tu... So, aku rasa tak tepat dan claim tu melebih2... Patutnya nak tgk tranformasi/kemajuan, semakin akhir concert, bagi lagu yg semakin memcabar pada pelajar. Jgn "simpan" lagu forte pelajar kat last2. Akim dah lama familiar ngan lagu tu, dah mmg best dia nyanyi lagu tu (kat youtube dah tersebar dia nyanyi lagu tu masa audition). So transformasi/kemajuan dia tak le dapat dinilai sgt. Mungkin, sama kes ngan student lain, adakah mereka juga diberi lagu forte/familiar/pilihan mereka kat concert kali ini semata utk tunjukkan ade kemajuan/tranformasi yg besar?

     
  3. TokSky Says:
  4. darzfan...to be fair, Hafiz (I believe I can fly) dan Yazid (Street has no name)pun lagu favourite diorang. At the end depends on their performance dan camne diorang terjemahkan dlm persembahan. Walaupun Tok baru saja mula ikut AF ni sejak konsert 5 tapi nampak memang peningkatan dlm para pelajar AF tahun ini. Akim deserved utk dapat pelajar cemerlang sebab dia menghidupkan konsert semalam dgn baik sekali. WELL DONE...dah boleh nampak dia sebagai penghibur yg mempunyai package yg lengkap wi the looks,maturity, determination, confidence, hardworks and focused. Dengan usaha yg gigih, AKIM can go far as dia masih muda. WELL DONE AKIM...

     
  5. darzfan Says:
  6. tok,
    mmg aku dah suspect kbykan dpt lagu pilihan. so, kalau diorg buat baik dlm lagu pilihan (mungkin kat konsert 1, pun diorg boleh buat). apa nak digah sgt ngan Transformasi? Astro mmg simpan lagu2 ni kat last utk nampakkan kononnya transformasi?

    terbaca dlm satu blog, yg transformasi paling ketara adalah rambut tiara, bertukar fesyen tiap kali konsert. hehehe.

    Akim mmg best le mlm tu. Hafiz pun best...

     
  7. TokSky Says:
  8. Darzfan...rambut dan baju Tiara tu sponsor so kena tukar-tukar every week tapi belum dapat tangkap lagi saloon mana..he..he..Berapa jam agaknya diorang set rambut Tiara tu? Curious la...
    Anyway, enjoyed tengok konsert since minngu ke-7 and overall semakin baik. Kalau konsert 9 dah camni, camne konsert final? Tinggi jugak benchmark AF7 for next AF8...

     
  9. darzfan Says:
  10. oklah...
    Tapi aku rasa tagline transformasi tak kena. Rasa mcm bukan milik AF7, lebih2 kalau banding ngan OIAM3. Tomok @ OAIM3 lebih jauh ketara transformasi dia....

    Aku rasa kena pikir mende2 baru le dalam AF. Semua dah dapat baca. Afmasuk, dgn lakonan Tiara... nangis2... last2 kantoi "acting" bile tgk diary int. malu dan buat org meluat.

    AF kena rehat le... Takpun AF8 rasa2 patut buat cam all star le... panggil balik student2 lama bertanding. Juara Af2 yg dah tak laku, juara Af4 yg tak menjadi, juara Af3 dah suam2 kuku. Belum gik yg tak jadi juara.... masuk wad pun ade. hehehehe... bagi peluang ke2... biar betul2 transform mrk ni... kalau tomok boleh, mungkin diorg ni pun boleh...

     
  11. Anonymous Says:
  12. SM apsal percentage yg ko letak after konsert terbalik ngan astro, kat astro tulis isma second with 25% and akim 18%, kat sini the other way around lak?

     
  13. Anonymous Says:
  14. Mana satu peratusan yang betul ni. Bercanggah dengan website AF.

     
  15. Anonymous Says:
  16. Darfan(teringat af 2 ramai benganh dgn hang siap nama pun depa bantai aje kan.. heheheh) : bagusla cadangan hang tu.. AF 8 panggil balik af 1 sampai af 6 la, kira setiap af wakil 3 orang (18) lepastu singkir jadi 12-14 org aje masuk af 8... ambik noted petugas astro..

    lagu final pun kasi la lagu yang familiar dan popular kat cabang radio bagi setiap 5 orang tu...(5 lagu baru pun kasi lah yang best sikit)
    baru konsert final nanti meletop...

    -frodo-

     
  17. setankuning Says:
  18. yeaaa!! aku setuju buat AF all stars.. kan kan.. mesti best. di samping menaikkan balik nama2 meka yang suam2 kuku, dapat buat kelainan next season. gila babas lah idea ni.

     
  19. Qarl Says:
  20. hehehe

    papepun.. line up final tahun ni agak hebat except yazid

    n dh tentu

    Karl harapkan

    ARIL AKAN JD CHAMPION!!!

     
  21. Anonymous Says:
  22. Memang superb persembahan Hafiz semalam mcm superboy.. Cukup dramatik sampai meremang bulu roma. Akim pun outstanding dengan I'm Yours. Terfikirlah pulak kalau astro boleh bagi hafiz lagu Sampai Syurga (Faizal Tahir) dalam konsert final. pasti persembahan yang tak dapat dilupakan dalam sejarah AF sbb lagu tu cukup dramatik dan endingnya yang dramatik mcm faizal tahir perform dalam muzik-muzik. SM tolonglah bagi tau astro bagi hafiz lagu Sampai syurga.. Please astro.. jangan hampakan pengundi-pengundi yang pasti akan terus mengundi kalau persembahan konsert final nanti yang terhebat....

     
  23. toksky, memg aq sokong kau 100%, walaupun forte song, tp Akim bw memg hbat , tgok performnce dia mcm ne....superbbbbbbbbbbbbbbbbbbb.....SM tlg pastikan undian lpas konsert, supaya kitaorng x terkeliru ni...pening dah....
    toksky dah join akimfc.ning.com ke

     
  24. yang di sini betul. website salah. aku dah alert website kul 4 pagi tadi. as at kul 12 tengahari ni, kesilapan di website telah dibetulkan. harap maklum.

     
  25. Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

    PELAJAR dan PERATUSAN (%)

    YAZID – 32
    HAFIZ – 28
    ISMA - 25
    AKIM – 16

    Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

    PELAJAR dan PERATUSAN (%)

    HAFIZ – 34
    AKIM –25
    YAZID – 22
    ISMA - 18

    * Ralat kedudukan selepas undian ditutup sebelum ini adalah human error moderator. Segala kesulitan amat dikesali

     
  26. Anonymous Says:
  27. same je SM...human error dr SM or website astro??

    coz astro tulis, akim last...

     
  28. darzfan Says:
  29. SM,
    ckp kat moderator website astro tu sekali... Atleast letak sikit citer pasal persembahan Akim. Sebab semua yg lain dia citer except Akim.

    Tapi aku prefer Hafiz yg menang. huhuhuhu

     
  30. chekdenoor Says:
  31. Keputusan % akhir malam tadi memang menyenangkan hati..... ini baru best.... Hafiz dan Akim mesti di atas isma dan yazid...... heheheheh

    Tapi....Final nanti....chekdee harap sangat...ARIL pun boleh buat persembahan yang baik dan membanggakan....... hati chekdee dah best ni.....ARIL telah kembali.......

    Kalauresult final

    Juara- Hafiz
    Naib juara- Aril
    Ketiga- Akim

    wow...sure puas hati nyer.......
    llalalalalallala...... hati ni nak nyanyi..nyanyi jer.....hmmmm..... cam nak cipta lagu...hmm...tak yah lah...nyanyi dalam ati dah lah.........

     
  32. Anonymous Says:
  33. AKIM is the best ! woo tak sangka undi dia naik dr no4 ke no2 . syabas akim ! you did very well last night :) im yours <3

     
  34. aneemorph Says:
  35. hahaha
    darzfan.. lama tak jumpa.. well... mmg silap aku gak la kot.. sbb since AF2 ive been silent reader.. best gile bile teringat zaman AF@ dulu! hehhee.. u as peminat mas.. heheh well neway.. my vote this year for akim n aril!! sokong la for AF all star tu.. menariks!

     
  36. darzfan Says:
  37. salam aneemorph... mmg best dulu2... Tapi dlm ramai2 AF2 tu, takde yg outstanding le... Kaer kot ok.... Adam pun dah mula suam2 ni... Aku pun jadi silent reader gak... Ni skrg tgh boring2 kat brunei... tu yg aktif.... hehehehe

    Perasan cam aku plak moderator kat sini... Nanti murka Sultan Muzzafar... Ampun tuanku!

    Aku sokong hafiz kot kali ni... Tapi tak undi pun... tengok je... Aril aku suke last... aku masih anti AFMASUk... hehehehe

     
  38. darzfan Says:
  39. aku rasa cam ade konspirasi astro nak kasi akim menang je....

    akim ni ade kaum kerabat kat astro ke?

    dulu amy search ckp ayah akim member dia....

    hehehehe... Aril? biar dia last... hehehehehehe

     
  40. darzfan Says:
  41. Gossip: Aril anak sedara cikgu Siti?

    huhuhuhu... tu pasal ade afmasuk kot wpun dulu kata takkan ada afmasuk...

     
  42. darzfan,

    u never change ! apa perlunya mempercayai gosip-gosip tidak masuk akal seperti itu ? kalau ada otak, sila fikir. kalau tiada, saya tidak boleh buat apa.

     
  43. Anonymous Says:
  44. tah hape2 akim juara... nyanyi kat sekolah ajerlah... pi sambung blajo dulu!

     
  45. chekdenoor Says:
  46. sm....lebih mengetahui jer sikap para pembaca dan pengomen disini ya..... hehehehehe

    Mana ada konspirasi.....afmasuk...astro nak buat duit jer .......ini komen org berniaga cam chekdee...heheheheheheh.....

    tapi chekdee syukurlah ada afmasuk....bolek tengok aril kat final....... best tu

     
  47. Anonymous Says:
  48. tah hape2 akim juara... nyanyi kat sekolah ajerlah... pi sambung blajo dulu!

     
  49. Anonymous Says:
  50. sorry SM saya pula mahu keputusan konsert final seperti berikut;

    Juara: Hafiz
    Naib Juara: Akim
    Ketiga: Aril
    Keempat: Isma
    Kelima:Yazid

     
  51. kakJAHku Says:
  52. pilihan KJ

    juara=ARIL
    naib juara=AKIM
    ketiga=hafiz

    AFUNDI10 ARIL KE 32999

    xsabo nak tau lagu bru ARIL..lagu slow ke rancak ye SM???

     
  53. kakJAHku Says:
  54. AKIM n ARIL..full package..congrate team produksi af7!!!!

     
  55. Anonymous Says:
  56. apsal kutuk akim plak....xpayah kutok2 org laen...
    yg penting undi pelajar kesayangan masing2.....
    ak stuju ngan sm..
    akim jore..
    hafiz naib jore...
    aril no 3....

     
  57. darzfan Says:
  58. SM,

    hehehehe... biase ah....

    Akim juara? tak payah ah.... juara rejected dari oiam?

    Aril? gaya je lebih... takde istimewa.

    Aku sokong Isma ah... kesian anak dia ramai.... hehehe... tapi pak sedara anak dia dah jutawan? dah kaye?

     
  59. kimie more Says:
  60. hurrah untuk performance akim n hafiz semalam! tasteful sangat! Isma utk hot'n'cold pun wokei! sweet2 sour gitu! And congrats Aril dpt masuk balik, u deserve it! utk yazid, awak nie kelakar ler,ahaks!

    untuk final kimie rasa

    yang patut menang :Akim ( 5 *)
    yang akan menang :Hafiz ( 5 *)
    yang mungkin menang :Aril (5 *)
    yang tak akan menang :Isma (4 *)
    yang tak patut menang:Yazid (2 *)

     
  61. Anonymous Says:
  62. Baca komen Darzfan teringat zaman AF2 bila ada yg kena ban dgn SM. Nampaknya skill tu masih tak hilang....huhu

    Ir.

     
  63. Anonymous Says:
  64. Baca komen Darzfan teringat zaman AF2 bila ada yg kena ban dgn SM. Nampaknya skill tu masih tak hilang....huhu

    Ir.

     
  65. darzfan Says:
  66. Aril: golongan yg sokong dia awek2 perasan, golongan adik2....

    Akim: akak2 perasan, golongan adik2dan yang kurang pelajaran. dia ni kurang ajar plak.

    Yazid: golongan blur... Ntah ape

    Hafiz: makcik2, golongan nerd.

    Isma: golongan yg paham transformasi.

    since AF bukan sekadar nyanyian, dan bersesuaian ngan tagline Transformasi. Isma paling menepati istilah tranformasi dan paling layak utk jadi juara. (dulu agak gempal badan dia, skrg cam anak dara. Slim siot.) sikap: baik, matured dan kewl...

     
  67. darzfan Says:
  68. golongan2 "misteri" cam si mulut laser yg kurang laku skrg ni pun sokong Akim kot.... takpun Aril...

    huhuhuhu. aku rasalah....

    adakah anda seorang yg "misteri"?

     
  69. Anonymous Says:
  70. tudia a'aa darfannn.. hang tak serik serik nak kena ban dgn SM ke? hehehe.. takpe minggu ni je last konsert ,SM tak ban hang kot..

    aku pun rasa juara antara Hafiz ,akim atau aril... tapikan pesal pa hadiah kali ni mcm tak best aje? ke ada kezutan di akhir konsert? kot ada yg dapat keta...

    -frodo-

     
  71. Nur68 Says:
  72. aku nak tgk final konsert yg memorable & unforgettable...x kira sapa juare....

     
  73. Anonymous Says:
  74. salam,
    kpd PEMINAT AFIQ AKIM

    % kenaikan undian hafiz - 6%
    % kenaikan undian AKIM - 9%

    beza undi hafiz n akim sebelum konsert ialah 12%
    beza undi hafiz n akim selepas konsert ialah 9%

    peningkatan AKIM lebih banyak daripada Hafiz iaitu 3% (sama juga di konsert ke 8)....yang menjadikan hafiz di tempat pertama ialah kerana undian sebelum konsert lebih tinggi daripada AKIM. so, kalau nak AKIM jadi JUARA, pastikan % undian AKIM dan hafiz pada hari2 biasa seblm konsert tidak terlalu banyak bezanya, kerana undian pada hari konsert lebih memihak kepada AKIM.

     
  75. Anonymous Says:
  76. akim did good last nite but he's not consistent. he only had one or two memorable performances.

    apiz is the most consistent and he had more than a few memorable performances.

    so insyallah, apiz will amerge as AF7 champion for he truly earned and deserved it.

    ni pendapat aku saja. jgn marah nanti kene jual....lol

     
  77. Anonymous Says:
  78. Pilihan aku
    Juara:hafiz
    Naib juara:aril
    3:akim
    4:isma
    5:yazid
    Hafiz,aril n akim memg tiga2 bgus..

     
  79. Anonymous Says:
  80. i minat akim tapi i nak hafiz jadi juara af7. i rasa:
    1.hafiz
    2.isma
    3.aril
    4.akim
    5.yazid

     
  81. Anonymous Says:
  82. kalau yazid jadi juara, jadi la macam faizal af4
    x laku teruss

     
  83. Anonymous Says:
  84. kalau melihat dari aspect consistency and efforts, I rasa hafiz should win the game. Akim is good but considering what hafiz has done, hafiz still deserves the title. I love them both. But tak adil kalau title itu di miliki oleh yg lain. Aril? he is good too. As an entertainer, he is in fact a very good one. Vocally, he needs to polish more.

     
  85. wiz Says:
  86. siapa yang dapat transform dari mula2 join af7 tu lah yang patut jadi juara ....

     
  87. TokSky Says:
  88. Hafiz dikenali dgn SUPERBOY, Akim adalah "underdog" dlm AF7 ni tapi Tok nak panggil dia ni FIGHTER. Start nampak Akim ni masa dia bawak lagu "Aku Anak Gembala" ha..ha..He has improved eversince, at a steady state. Tok respek dia punya kematangan, confidence, focused, creativity dan determination utk berjaya. Citer pasal package pun dia OK. Tidak mustahil kalau AKIM dapat memintas Hafiz disaat akhir. This boy can definitely make it in this music industry. It would be better if he persue his studies in music as he is still young.

    darzfan..
    "Akim: akak2 perasan, golongan adik2dan yang kurang pelajaran. dia ni kurang ajar plak."
    Statement ko memang tersasar jauh...sebab Tok none of the above...

    Anyway SM, prediction Tok pun sama.

     
  89. Anonymous Says:
  90. pilihan aku
    Juara: Aril
    N.Juara: Isma
    Ketiga: Yazid
    Keempat: Akim
    Last: Hafiz
    kahkahkahkah terbaik wokkk.

     
  91. anggun99 Says:
  92. pilihan saya..

    Juara: Akim
    N. Juara: Hafiz
    Ke-3: Isma
    Ke-4: Yazid
    Tercorot: Aril

     
  93. Tadename Says:
  94. pilihan aku...

    1. Aril - the entertainer
    2. Hafiz - the singer
    3. Akim - the fighter(setuju toksky)
    4. Isma - Siti's carbon-copy
    5. Yazid - ?????

     
  95. Unknown Says:
  96. Akim nampak sgt peningkatan... Hafiz dari dulu mmg dah bagus.... Yazid pun semakin baik tapi slow sgt peningkatannya....Isma kurang X factor tp mmg suara dia sedap..... Pilihan Juara: Hafiz....tapi susah nak ramal kan...antara Hafiz ngan Akim....sumer bergantung pd concert final nanti...

     
  97. Anonymous Says:
  98. AKIM has the x factor to be juara.
    Hafiz- suara sedap tapi not likeable.
    Isma - suara sedap tapi x de x factor.
    Hapiz - likeable tapi kene usaha lagi.


    Aril - hmmm showmanship hebat tapi x synchcronize dgn suaranye...

    so still AKIM lah ye..

     
  99. chomel Says:
  100. " TADENAME " xtau nak letak ape ea untuk yazid...dia golongan yg terlalu ikhlas (lurus) dalam membuat sesuatu...kejujuran die menarik dan unik...bgitu hebatnye dier smpai u pown xtau nak detect dier dlm group maner...da conclusion, he is a versatile entertainer...

     
  101. Anonymous Says:
  102. Hafiz boleh jd juara tapi dia takde x-factor..macam tu jelah nanti.AKIM 'underdog' and 'fighter' n complete package sape tahu last minute dia bole jadi juara..ARIL new age best performer..kalo org tak suka,dia x diundi masuk..ISMA,atleast dia tak macam Saida yg lembik je...YAZID,diam-diam berisi..SO ANYONE CAN BE AF7 CHAMPION..BETTER BE ALERT EVERYONE..:P

     
  103. Anonymous Says:
  104. AT LAST, THE BEST FINALIST EVER..EVRYONE HVE THEIR OWN STRENGTH..CAN'T PREDICT WHO WILL BE THE CHAMPION...

    P/S : OIAM PUNYER RESULT BOLEH RIG BUKANNYA 100% UNDI PUN BECAUSE THEIR ARE NOT UNDER MCMC.THEY CAN CHEAT ANYWAY..:P TAKKAN DIORG NAK BG ESTHER MENANG..PIKIRLAH SENDIRI..:p

     
  105. Anonymous Says:
  106. apalh korang punya prediction ni semua tak kena. Dengan ini saya umumkan keputusan rasmi konsert akhir AF7;

    1. Juara: Aril
    2. Vokal terbaik: Aril
    3. Persembahan terbaik: Aril
    4. Pelajar paling popular: Aril
    5. Pelajar paling disayangi tenaga pengajar: Aril
    6. Pelakon terbaik: Prinsipal Tiara
    7. Pelakon pembantu terbaik: Tenaga pengajar dan produksi AF7
    8. Pengundi terbaik: Pengundi-pengundi yang kena tipu oleh astro

     
  107. TokSky Says:
  108. This season final memang ada possibility of unpredictable outcome. I'll go for the odd-->AKIM. GOOD JOB to production, Principle Tiara and Teachers....

     
  109. Sokong AKIM!!!

    AKIM best dari 1st concert lagi, mase dier nyanyi lagu Alleycats; Hatiku Kau Luka... Vokal AKIM yg mantap itu benar2 membuatkan aku jatuh cinta ;)

    Sejak dari tu, saban minggu dier perform baik sangat.... Cuma, kritikan para pengkritik kurang up-kan AKIM sepertimana pengkritik mengkritik psembahan HAFIZ... Walaupun nampak biasa2 je, tapi pengkritik still puji melambung, contohnya; Mat Disko + Di Mana Kan Ku Cari Ganti (sekadar pandangan peribadi aku.... Jgn marah yer fans HAFIZ)....

    Mungkin AKIM punye x-factor kurang menyerlah compared 2 HAFIZ..... Sampailah konsert ke-9 lalu, AKIM benar2 meletup & barulah ramai peminat yg membuka mata.....

    Attitude AKIM pun nampak bagus... Dier bukannye jenis yg mengada2... Suka nangis... Asyik mengadu masalah... He's STRONG guy!!!!!!!

    So, kawan2... Mari AFUNDI AKIM... JUARA AF7 yg berjaya ditransformasikan...

    I'M YOURS :)

     
  110. ImaDean Says:
  111. ya saya sokong... AKIM juara...

     
  112. Anonymous Says:
  113. akim best..akim ada x-factor,

     
  114. Anonymous Says:
  115. 1st Hafiz
    2nd Akim
    3rd Isma
    4th Yazid
    5th Aril

    Aril hanyalah pelengkap malam gemilang Final.... ^ ^

     
  116. Anonymous Says:
  117. darzfan...
    rezeki akim xd kt oiam..
    sb Tuhan bg kt AF (kan AF rancgn realiti no.1 negara, more viewers will look at his talent keyh...)
    btw,Mila dolu pon kne reject kat audition penang,smpy kt Kedah kne trime..
    skrg sume org knl Mila..
    even the mother2s pon minat dia..
    if we really watch him we'll know how HARD he works!!!
    n if u don't want him to be the champion,don't vote for him..no offence..tp jgn la kutuk2..

     
  118. Anonymous Says:
  119. diari minggu last ni cm busan jek..
    tgkla peng'edit' diary tu slalu tayang muke sape kt tv..
    npk sgtla..
    adk aku yg bru mgu last ni nk berjinak ngn af pon tau..
    mak aku yg slalu tertido ble tgk af pon tau sumthing is wrong wit d cikgu2 and the pengangkat 'budak tu' kt dlm astro..
    abg asrul je btol..

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger