Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Edisi Laga-Melaga Konsert Akhir AF7

Entri oleh sultanmuzaffar 18 May 2009



Virus H1N1 atau lebih dikenali dengan selsema babi berasal dari Mexico dan kini telah pun merebak ke Malaysia beberapa hari lalu. Begitu jugalah dengan virus Akademi Fantasia yang telah bermula di Malaysia tujuh musim yang lalu juga bermula dari Mexico menerusi program realiti yang dinamakan sebagai La Academia.

Jika virus H1N1 ditakuti penularannya di sini atau di mana-mana, begitu jugalah dengan virus Akademi Fantasia yang akan merebak setiap musim sekitar bulan Mac hingga Mei di Malaysia. Dalam tempoh tiga bulan itu, ada yang tidak cukup tidur, tidak cukup makan, hilang kawan, hilang kasih-sayang, kuat meracun, kuat mencucuk, rajin memfitnah, jadi pembuli internet dan sebagainya.

Tetapi itulah uniknya Akademi Fantasia. Selagi ia menjadi program yang berjaya memporak-perandakan emosi manusia, selagi itulah ia akan menjadi program realiti yang digemari ramai. Usai Konsert Akhir AF7, maka bermulalah edisi laga-melaga yang akan dilakukan oleh para peminat program realiti itu.

Topik utama mereka adalah mengungkit kemasukan Aril menyebabkan peluang Akim untuk muncul sebagai Naib Juara terhalang secara tidak langsung. Tidak kurang juga peminat yang mula paranoia apabila pemenang gelaran Naib Juara dan Tempat Ketiga telah pun berlepas ke Indonesia untuk penggambaran sebuah drama muzikal, sedangkan sang Juara hanya berpeluang untuk muncul di Gala TV yang ditonton oleh 27 orang penonton. Hahaha.

Maka sesi laga-melaga ini akan berterusan sampai bila-bila dan objektif utama mereka adalah mati. Ya, matlamat mereka adalah untuk mematikan salah seorang dari industri yang sepatutnya menjadi langkah pertama mereka baru sahaja bermula. Itulah realiti industri hiburan di Malaysia yang sering kali kita lihat setiap hari.

Biarkanlah perjalanan mereka yang baru sahaja bermula dirahmati dan bukannya dimatikan dengan emosi dari bukan orang lain tetapi peminat mereka. Itulah yang akan kita lihat mulai hari ini sampai entah bila. Yang pasti hanya mereka yang cekal dan tabah sahaja dapat merentangi cabaran tersebut.

56 komen

  1. ezzah junsu Says:
  2. hurmm,,sbgai pmnt akim,,kami trime jek sbb akim dh dpt MODENAS 125 SPORTS..hehe
    anyway,,yg pntg talent akim ade.
    adlin pn kte akim bgus.
    n akim mude lg.
    msmpu bthn lme dlm industri.
    akim ttp juare d ati GAFIMMERS!!

     
  3. Alya Says:
  4. kenapalah akim dihantar ke indon? risau lah jika 3 bulan menghilang, relevannya akim di industri muzik akan sekaligus seakan pudar... nyanyian is MORE important than bidang lakonan at this point for him (bukannya 2nd rate musical drama/telemovie)... sayang sangat lah sm 3 bulan ni terbang dek kerana penggambaran ni... seriously aesb masih tak learn dari kesilapan maestro ke? its not about the $$$ for u guys anymore...hopefully akim akan dapat survive in the music industry...gafimmers will be behind u *thumbs up*

     
  5. Unknown Says:
  6. kami akan menyokong Hafiz dalam kerjaya seninya...moga2 pihak yang mengurus tidak hanya memeram Hafiz menjadi tapai selepas ini

     
  7. Anonymous Says:
  8. There is no question of whether or not sokongan peminat kepada hafiz akan bekurangan, insya allah...tapi in the end semuannya depending on how astro handle kerjaya hafiz sekarang; sama ada mereka bijak atau tak...harap2 mereka bijaklah, same to hafiz, kalau pandai mengatur langkah insya allah takkan kemana rezeki =) all in all semua pun ada peluang sebenarnnya provided that they handle the situation carefully... anywaaayyysss go to apis, go! we believe in you =D

     
  9. Anonymous Says:
  10. SM, takkan 27 orang jer yg nengok Hafiz kt Gala TV? huahua..

    tahniah utk Aril & Akim..jgk yg lain2..

     
  11. TokSky Says:
  12. Tok dah berpukal-pukal undi AKIM tapi takde la kecewa sangat bila Aril yg dapat Naib Juara sebab ini rezeki masing-masing.Mengundi pun bukan mengharap apa-apa balasan, cuma nak tengok dia dapat peluang utk melebarkan sayap dalam industri sebab nampak potensi AKIM semasa dia belum menyerlah as compared to Aril or Hafiz didalam akademi lagi. After all, AKIM dah dapat motor Modenas dgn jingle yg cheeky utk remaja.Bakat mencipta pun dah terserlah so bagus la kalau AKIM nak dalami bidang music, Lim Kok Wing University kan ada..he.he..
    As for tawaran berlakon drama musical tu kena la ikut sebab diorang kan terikat dgn ASTRO so 'have to' la. Rasanya kalau ikutkan hati mungkin AKIM pun nak spend masa dgn ibubapa dia, maklumlah budak lagi tapi tugas kenalah berkorban.

     
  13. anggun99 Says:
  14. memangla bengang sbb Akim tak dpt at least tempat ke-2.. tapi takdela nak membawa virus ke sana sini plakkan.. rezeki masing2.. yg penting hala tuju karier mereka di masa hadapan.. sangat suka kalau Akim dapat berpeluang menyambung pelajaran..he's still young.. populariti akan pudar di makan masa tapi education boleh di bawa sepanjang zaman..

     
  15. linahilmin Says:
  16. i'd say biarlah akim ke indon tu, experience yg super mahal tau! brp ramai artis yg cuba nk masuk pasaran sana tp takde chance.. about nak akim bykkan show utk naikkan nama di malaysia, Insyaallah, peluang tu akan dtg; yg penting fans akim kena terus support akim, (1st move, makesure his first single 'bengang' meletup kat stattion radio. About study pun sama, saya kata for this 2/3 years, bg akim buat duit dulu byk2.. he still young.. nanti leh further study. sutuju ngan toksky; LKW ada.. register je, then terus leh study!
    ps- tak sabar tunggu iklan modenas passion 125 tu di tv nanti - harap2 guna akim as a model & vocal.
    pss- best of luck akim!!!

     
  17. chekdenoor Says:
  18. Aha..post laga melaga....af dah habis...tapi semuanya masih terus mengutuk....

    Chekdee suka cara sesetengah pengomen...bila suka kepada seseorang pelajar tu...dia citer tentang yang baik-baik jer tentang pelajar tersebut....tak sibuk citer hal orang lain...itulah yang sepatutnya.... cam toksky dan anggun99....

    Chekdee pun mengundi gak...undi aril....habislah burget baju dan beg tangan bulan mei...kalau nak beli baju baru...kena tunggu burget bulan depan....dan chekdee pun tak harapkan apa-apa dari aril....just nak lihat dia memulakan kerjaya seninya..itu sahaja....kita kasi mereka peluang dan ruang.... seterusnya adalah usaha mereka dan rezeki ALLAH.

     
  19. ((myra)) Says:
  20. Topik utama mereka adalah mengungkit kemasukan Aril menyebabkan peluang Akim untuk muncul sebagai Naib Juara terhalang secara tidak langsung. Tidak kurang juga peminat yang mula paranoia apabila pemenang gelaran Naib Juara dan Tempat Ketiga telah pun berlepas ke Indonesia untuk penggambaran sebuah drama muzikal, sedangkan sang Juara hanya berpeluang untuk muncul di Gala TV yang ditonton oleh 27 orang penonton. Hahaha.

    besnyer ayat-ayat ko di atas nih..aku suka....hahahaha~

     
  21. DIANA Says:
  22. My best wishes to ARIL & Akim. Musical Drama.. that's not bad at all. Having to say that.. Both of them are equally talented.

    Siapa layak atau tidak layak berada di 3 kerusi yang terbaik, bukan jadi persoalannya lagi.

    Ini semua atas hasil usaha kita yang mengundi.

    Stop the silly fight, tidak membawa apa2 faedah.

    My love to both of them. ARIL & AKIM. Hanya mereka yg berjaya memberi tamparan yang baik ketika beraksi di pentas terakhir sebagai penghibur AF 7.

     
  23. Unknown Says:
  24. Akim dah buat all out..bangga dengan dia walaupun x menang....Cuma kesian sbb Isma cuma dpt trofi.....

     
  25. kakJAHku Says:
  26. Hope ARIL n AKIM akan sukses..
    KJ minat ARIL giler..
    mula rasa suka AKIM bila tgk dia nyanyik lagu FT tuh..

    idup ARIL n AKIM..
    2 plaja paling kreatip n hensem di af7!

     
  27. Anonymous Says:
  28. betul tu KJ..aku minat dan suka giler dgn dak 2A nih..akim & aril..

    hidup Aril & Akim..

     
  29. Anonymous Says:
  30. Apasal 27 orang jer? Astro tak buat promosi ker?? Takkan sampai la nie masih lena kot..

     
  31. Anonymous Says:
  32. sm,
    what yousaid abt hafiz is kind of childish petulance,memang mcm budak budak!!kamu sorangyag berada di dalam industri seni dimsia ni patutnya bersikap terbuka dan sebagai org tua yang membimbing bukan mengejek with hahaha!!tak pelah dia cuma keluar kat galatv,27 org penonton!!kamu pulak yang mcm attitude fans yg digelar meroyan tu!commonlah SM msia ni besar manepun!!grow up lah!!!saya rasa kamu bukan budak budak hingusan lagi kan??macammana nak menjayakan 1malaysia ni kalau inilah attitude rakyat msia ni???very frustrating!!

     
  33. Anonymous Says:
  34. tu dier peminat hafiz dah mai...

    berjawablah ko SM..aku ok jer dgn apa yg ko tulis tu..hahaha

    larikkkkk..

     
  35. Anonymous Says:
  36. pedulikan apa kata anonymous yang kata you childish tu, SM. You have proven many times that you are matured, and tak lepas cakap sebarangan. We are behind you with your comments!

    Go Aril & Akim! *grin*

     
  37. Anonymous Says:
  38. ha ha ha .... gelak juga baca. kalau yazid pun dapat pergi lagi kacau bilau agaknya..... kak undi akim & yazid sebab kak suka tengok aksi mereka dan ada kelebihan masing-masing...

     
  39. TokSky Says:
  40. chekdenoor.....Anggaplah Tok ni sebagai peminat dan pengundi AKIM yg berhemah....uban pun dah banyak kat kepala..ha..ha..ha..

    linahilmin....ilmu didada tu penting untuk masa depan yg terjamin sebab tu kena jadik artis yg berilmu dan berjaya.

    Alamak SM...this is your blog kan?, kitorang numpang je. Tak nampak problem pun kat your entry.

     
  41. aku making fun with my own program, tapi masalahnya orang lain yang melenting. i thought my boss yg akan melenting pasal downgrade program sendiri.

     
  42. kakJAHku Says:
  43. SM..abihla ko SM..jgn ko kacau sang juara tuh..kang rmai meroyan..hu2

     
  44. ada aku kesah ! cak cak cak cak cak !

     
  45. Anonymous Says:
  46. bagus tu sm.... cak cak cak ...wah best juga main cak cak.....heheheheh

    actually semuanya semakin jelas tentang sang juara dan fans nya yang kuat meroyan tu..... hehehehheheeh

     
  47. Anonymous Says:
  48. I kind of miss Aril. Hoping to see interview on him within this week but I guess that will not be the case as I heard he has been shipped to Indonesia for a musical drama. Cepatnya Astro bertindak. Cam nak buat org rindu kat mereka. Baru beberapa hari, I dah rasa rindu kat Aril.

     
  49. Anonymous Says:
  50. mmg lar 27 org je yg tgk....tak der announcement pun.....kalo yg sorg tu, elok je announce kat diari kan??

     
  51. Anonymous Says:
  52. cak.cak.cak..

    nak gelak guling2 sat..

    aku tatau pun hafiz kt Gala TV..kalau tak campur aku dah 28 org yg tonton..

    hahaha...

     
  53. kakJAHku Says:
  54. hado..anonimos nih kan..dah xde diari..camne nak announce..fanatik harusla alert idola memasing nye ektbt..kannnnnnnnnnn

     
  55. atika Says:
  56. i think that anonymous is your boss SM... (^_^)/

     
  57. Anonymous Says:
  58. af dah habis ke? padanlah dah xde lagi diari, hampeh aja buat penat aku tunggu.

    tp kan rasa mcm masih ade aja, sebab kutuk-mengutuk x surut lagi. apa lah yg tak puas hati lg nye. dah2lah tu, byk benda lg nak dbuat.

     
  59. Anonymous Says:
  60. mcm frust je yg diminat tak menang. ha ha ha

     
  61. Anonymous Says:
  62. Kakjah meroyan aril x menang...uhauha..

     
  63. kakJAHku Says:
  64. ARIL dpt no.2 pon dah cukup wat aku heppi..aku ingat nk dpt top 3 pon payah..heh

     
  65. Anonymous Says:
  66. kj, dapat lak 2A g indon lagi lah hepi yerk..

     
  67. Sudah sudahlah tu korang asyik meroyan mengenai Hafiz dan fans dia. AF pon dah abis dh. Juara dah ada. Bukan semua peminat Hafiz seburuk yang korang sangka k. :)

    Lgpn, kita sama sama satu negara juga kan? Masa inilah kita sokong anak anak seni yang baru ni untuk menjadi pelapis seniman kita.

    Kalau kita asyik bersikap sinis, negatif, bergaduh dan cuba menjatuhkan mereka yang baru naik, bagaimanalah industri hiburan Malaysia kita nak berkembang dan maju kan? Semua bebudak AF7 tu ada bakat masing masing yang tersendiri. Jangan sia siakan bakat mereka tu.

    Kalau kita terus bersikap begini tidah hairanlah di suatu masa, generasi akan datang akan labelkan penyanyi negara seberang sebagai idola atau lagenda mereka. Kita kena sokong bakat anak anak muda ini untuk masa depan industri hiburan Msia.

    Mengenai 27 orang shj penonton, saya rasa ramai yang tidak tahu mengenai kemunculan Hafiz di Gala TV. Pendapat saya, abis konsert final AF maka no more AF diaries, jadi info mengenai bebudak tu dah 90% tiada. Nak harap kan 10% tu.. bukan semua yg duduk dpn tv. Selebihnya tunggu newspaper/blog nyer artikel jer. Hehehe. Dulu Sarimah yg asyik igtkn kemunculan derang, skrg dh takda org nk igtkn dh. ^_^

    So lepas nih Fan Club Hafiz dan Astro kena saling berganding dan do something dlm memberi latest info so fans dia kat luar tahu aktiviti Hafiz pasni.

    2 Hafiz, Goodluck. Saya percaya anda boleh pergi lebih jauh dengan bakat anda. Rezeki itu datang dari Allah. InsyaAllah. Yakin dan terus Berusaha.

     
  68. Anonymous Says:
  69. hai kakjah....

    la ni asik-asik aril, aril je..

    jgn lak kakjah lupe pada riz yg kakjah sanjung2 dulu... kesian dia tau!!!

    AF8 SAPE LE YG KAKJAH MINAT PULAK???

     
  70. SENORITA Says:
  71. Aku termasuk dlm 27 org yg tgk Gala TV tu...huhu! Kepada fan Hafiz jgn lupa ERA TV hari Khamis ni, nanti salahkan SM lagi kalau hanya 27 org yg tgk. (SM, tak ada hadiah penghargaan ke utk 27 org ni:))

    Anyway happy sebab Aril & Akim dah terbang ke Indon. Terbaek WOK!!.

     
  72. salam..
    mereka yg berhasrat melaga2kan tu adlh segelintir yg tak dpt menerima hakikat la tu...
    ape2 pun..dah tertulis sumanye jadik cenggini....kte accept je la....
    ape2 pun harap dorg sukses dlm industri ni....go Akim!~.
    =)

     
  73. Anonymous Says:
  74. juara mcm robot menari mcm cipan ...

     
  75. Anonymous Says:
  76. kjah kalau undi tak direset, jgn harap la cipan tu dpt no 2..akim dpt la merasa no 2 tau..aha la kjah..mana pi riz kjah tuh...tahun depan tukar selera plak kjah kot

     
  77. Rina Says:
  78. Eh jap2, ni nak jadikan budak2 af7 sebagai alasan rates Gala TV tak hits ke atau memang astro awani tu yang tak famous dan audience tidak familiar? Jangan nak cover line...

     
  79. syada137 Says:
  80. SM..
    sy xrasa u making fun of ur own program gala yg xbpe nk faymes sgt tuh..
    klu benar bagai dikata..
    u xkn mention 'sang juara' in particular reason,kan?
    u akan mention the 'others' which is yazid,isma & hafiz..
    tp ayat u seolah2 nk ckp even hafiz menang,jz dpt muncul kt gala tv,
    tp aril & akim dpt ke jakarta..
    yg tersurat tuh la tersirat dlm hati u SM..
    its very clear..

     
  81. Anonymous Says:
  82. firstly .
    WHO CARES lah rating gala TV tu cuma 27 org lah ye . i'm a fan of HAFIZ . although sya x tgk rancangan tu sya ttp skong HAFIZ . no big deal lah . jgnlah krg setat nak hebohkan crita nih . ADE guna ka ?

    xkanlah di SEBABkan satu rancangan TV fans HAFIZ lari kan ? well . insyaALLAH dgn izin ALLAH karier hafiz mkin naik ;))

    THATS all yeah SULTANMUZAFFAR

     
  83. cam tak logik lak 27 orang. 1st time aku baca, aku rasa SM maksudkan 27 orang yang berada di studio/bilik berita masa temuramah tu.maklumlah finalis2 still hot from oven, maybe krew2 awani pon excited nak tengok deorang 'live'temasuk SM..tul tak SM???? tolonglah mengaku untuk meredakan keadaan :D

     
  84. kakJAHku Says:
  85. haku support RIZ lagi tau..korg p blog aku..siap aku pomot lagu baru dia..
    matilah kan pomot blog pulak..
    af8 kalu ada yg hensem cam aril n RIZ..mau aku minat jugakla..
    ada aku kesah..cak cak cak

     
  86. kakJAHku Says:
  87. idup RIZ..Idup ARIL..
    idup btang2 af yg ada full pakej..heh

     
  88. Anonymous Says:
  89. org tak tgok gala tv sbb hos dia tak glamer...ha ha ..

     
  90. go ahead comment with balls please.

     
  91. guankuku Says:
  92. aku agree with HAFIZ FAN comments. SM u should not write mcm tu pasal hafiz. Nampak sgt kenegerian tak mcm BADRUL...he didn't say like that to other student(hahaha) mcm kau tu. Wlpn aku bukan fan HAFIZ tp aku rasa kau patut mintak maaf kat FAN HAFIZ. Sedarlah kat diri kau tu...u should belajar lebih dr BADRUL in terms of writing..

     
  93. Anda bebas mentafsir apa yang tertulis. Makna sebenar yang tertulis hanya saya yang tahu. Melalui makna itu, saya tidak fikir memohon maaf adalah sesuatu yang perlu. :)

     
  94. Unknown Says:
  95. Hi SM
    Musim AF7 kali ni memang mpyai 'X' tapi bkn x-factor ttp x-file. X-file tahun ni sungguh dahsyat smpai goes up to boss no 1 dlm ASTRO. Saya amat suka dgn benda2 cam gini. Mcm cerita siri x-file dan cerita2 berat yg lain yg kita tgk kat TV atau wayang, teori konspirasi, penganiayaan, dianiaya, yg tersurat dan sdh tentunya yg tersirat amat2 menarik di tonton. Lebih2 lagi AF adalah program reality yg mempergunakan/mempermainkan 'emosi' sebagai alat utk menarik perhatian.
    Bebalik kpd kes Sang Juara cuma muncul dlm Gala TV, bagi saya sebenarnya (teori konspirasi), production AF cuba utk meredakan suasana dgn membawa Akim dan Aril ke Indon buat sementara. Amat2 tak logik nak buat teater muzikal dlm masa seminggu. Kita lihat utk minggu ke 8, utk babak 4-5minit pun budak2 tu tekial-kial, inikan pulak persembahan besar yg mungkin memakan masa 2-3 jam, melainkan kalau jadi 'pak pacak' bisu bolehlah, utk 2 hari pun tak pa. Atau kalau utk 'screen test', takkan sampai seminggu kot, kat KL pun boleh buat. Adakah ini yg tersirat di dlm tulisan SM? Bagi saya memang 'sah'ARIL adalah pelajar yg cuba dijuarakan. Kebatilan yg SM laung2kan dlm tulisan sebelum ini masih lagi cuba disembunyikan. The story still continue..............aku suka tengok....

     
  96. go ahead and analyse. i like analytical thinking

     
  97. Unknown Says:
  98. Aha.....
    Skrang ni SM dah jadik 'deep-throat'. SM tulislah lagi pasal AF7 ni. Kenen2 pun dah cukup bagus. I'll try to read between the lines. Jgn jadi mcm Bad, dia dah surrender. Dia tak boleh terima benda2 berat mcm ni. Kepala dia dah UV over exposed, maklumlah....muahahahaha.....
    Dia suka cete2 ringan dan santai je.. dia tak mau semak kepala... Jgn jadik 'Badrul Half Past Six' sudah.....muahahahahaha...

    Kite cerita balik pasal Akim & aril pi Indon ni, nampak sgt mereka di hantar dgn tergesa-gesa. Sian Akim, jumpa family beberapa jam saja selepas 3 bln dlm akademi, dah kena pi seminggu kat Indon. Mesti ASTRO pancing Akim tuk gi Bali. Sempat pula Akim buat passport tu. Apasal ASTRO tak umum tmpt ke 2 dan ke 3, hadiah pi melancong Indon? Yg peliknya Joe Lee pun tak sure apa depa dua orang buat kat Indon...

    ....aku tunggu info seterusnya.........

     
  99. diorg bukan pegi buat teater muzikal...logiklaa.Akim & Aril pegi shooting pilot "TELEMOVIE MUZIKAL" pahammm..PILOT tu maksudnya episod percubaan..dah memang diorg nmpak bakat akim & aril yg lebih overall so rezeki mereka lah..mereka ada rupa,ada suara & ada bakat utk berlakon.Profesional tak kira siapa dpt no 1,2 atau 3.

     
  100. Unknown Says:
  101. Hi SM
    Megapa dah lama tak update blog?

    Baru terbaca dlm Mstar online hari ni. Akim & Aril terpaksa rahsiakan apa depa buat kat Indon. Apa yg rahsia sgt tu? Projek billion2 ka? Takut projek kena hijack ka?Nampak sgt kira mcm korek satu lubang, utk kambus lubang yg lain. Mgapa diseksa dua bdk tu especially Akim.

    Kpd Dian Mayasari, saya tak pertikai pun bakat Aril & Akim. Cuma heran, macam mana 'management artis' sebesar AESB tak mempunyai perancangan yg betul atas artis2 di bwh naungan mereka. Mmg tak patut hantar Akim & Aril ke Indon, hanya lepas 1 hari konsert akhir. Itu bknnya perancangan yg baik, kecuali utk me'reda'kan perancangan yg tak menjadi sebelumnya. Lu pikirlah sendiri...

    ..........tunggu insider info dari SM....the plots thicken......

     
  102. pasal sibuk keja. i have better things to concentrate. :)

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger