Mi Maggi Tabik Anda !
Dah hampir sebulan peraduan ini berlangsung. Ramai juga yang tertunggu-tunggu apakah keputusannya. Buat masa ini peraduan masih lagi dibuka. Terus terang saya katakan, tidak sukar untuk merakamkan bahan-bahan anda dalam bentuk video. Jika anda mempunyai telefon bimbit yang boleh merakamkan video sudah memadai. Lagipun peraduan ini lebih bersifat realiti tanpa memerlukan kekuatan dari aspek visual. Yang penting bahan yang dipersembahkan adalah berkenaan dengan pengalaman anda bersama Mi Maggi.
Dari banyak-banyak penyertaan yang telah diterima hanya ada beberapa video dalam bahasa Melayu. Apakah orang kita tidak makan Maggi? Mustahil bukan. Ramai di kalangan orang kita yang telah masuk sekolah asrama dan tentunya pengalaman itu bukan satu yang luar biasa.
Bukan itu saja, di kalangan kita tentunya sudah biasa dengan bekerja lewat malam dan tentunya ada di antara kita yang menjadikan Maggi sebagai salah satu pilihan. Zaman-zaman bekerja di bidang pengaturcaraan dulu memang Maggi merupakan pilihan saya. Dah terdesak dan kesuntukan masa. Zaman itu masa begitu berharga.
Orang-orang bujang juga di kalangan kita yang cepat ”pokai” di pertengahan bulan dan pastinya Maggi juga menjadi pilihan. Masa pertengahan bulan, poket mula kering. Masa itulah Maggi jadi pilihan.
Ada banyak topik. Yang penting cerita. Kedua penting, rakamkan pengalaman anda itu.
Mudah saja. Pertama pastikan anda mempunyai topik yang ingin diceritakan. Kedua pastikan pengalaman anda berkaitan dengan Maggi. Ketiga pastikan anda merakamkannya dalam bentuk video.
Ingat ! Hadiah yang ditawarkan amat lumayan iaitu wang tunai RM5000 dan telefon bimbit. Tentunya menarik perhatian anda.
Untuk melihat contoh-contoh yang telah dihantar bolehlah melawat http://www.maggi.com.my/salutesContest/main.htm
0 komen