Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Ke Mana Arah Dunia Maya Akademi Fantasia ?

Entri oleh sultanmuzaffar 05 May 2009


Pada mulanya saya menghantar artikel ini untuk disiarkan di Murai, tetapi malangnya Murai nampaknya melengah-lengahkan artikel ini. Oleh itu saya buat keputusan untuk menyiarkannya di blog ini. Artikel ini yang saya hantar dua minggu yang lalu telah pun saya buat penambahan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Selepas pengumuman AFMASUK dan beberapa isu yang berkaitan dengan perjalanan program realiti tersebut.

Mungkin juga artikel ini dapat mengimbau kembali zaman-zaman sewaktu ianya bermula. Kepada peminat setia program ini sejak AF1 yang sewaktu itu mungkin juga terkejut dengan program sebegini disiarkan di skrin televisyen anda. Namun ada di antaranya sudah seperti keluarga saya sendiri. Hubungan rapat saya dengan beberapa peminat masih berkekalan hingga kini. Jika boleh saya sebutkan beberapa nama seperti bad, dream, chail, ka, leen, iz, waiem dan banyak lagi.

Bagaimana Ia Bermula

Enam tahun lalu, sekitar bulan Jun tahun 2003 saya tertengok sebuah program siaran saluran Astro RIA yang tajuknya Akademi Fantasia. Itulah kali pertama saya didedahkan dengan sebuah program realiti. Itulah program realiti pertama bercorak pertandingan. Saya tidak faham pada mulanya kerana pelajar tinggal bersama di sebuah Akademi. Program Diari yang disiarkan setiap hari itu saya ikuti dengan tekun. Pada waktu itu saya masih tidak tahu yang pada hujung minggu mereka akan mengadakan konsert. Oleh itu saya tidak menonton televisyen dengan tekun pada hari Sabtu, sebaliknya hanya menggunakan komputer dan menonton televisyen secara sambil-sambil.

Bukannya apa kerana lagu yang mereka nyanyikan pada malam tersebut tidak begitu menambat perhatian saya. Yang paling menambat perhatian saya apabila pengumuman dilakukan oleh Aznil. Seorang pelajar iaitu Liza tersingkir di konsert tersebut. Mereka menangis ! Kenapa mereka menangis ? Saya jadi lebih keliru. Antara adegan yang paling saya ingat malam itu hanya pakaian yang dikenakan oleh Sahri persis pegawai bank dan Vince mengenakan bajunya sendiri berjenama Body Glove.

Saya menjadi lebih hairan apabila Liza yang telah pun mengusung begnya ditahan dari keluar. Pengumuman penyerapan semula tidak dibacakan oleh Aznil, sebaliknya dibacakan oleh Rosma. Itulah saat saya mula tertarik dengan program pelik itu. Waktu itu saya masih tidak sedar yang punca penyingkiran Liza adalah SMS. Jangka hayat mereka di dalam Akademi waktu itu ditentukan oleh SMS. Telefon bimbit anda ! Itu yang saya tidak sedar. Waktu itu saya masih tidak sedar yang pelajar boleh diserap kembali. Waktu itu saya masih tidak sedar harga air mata yang dicurahkan melalui program realiti itu.

Bermula minggu kedua, saya jadi peminat setia program realiti itu kerana saya sudah mengetahui yang SMS memainkan peranan yang penting dalam program ini. Apakah faktor yang menyebabkan seseorang pengguna telefon menghantar SMS kepada pelajar kegemaran mereka. Saya mula menulis apa yang berlaku di dalam Diari. Saya sebagai penonton menjadi perintis di ruang blog untuk Akademi Fantasia. Tulisan di blog saya ketika itu menjadi medium kedua buat peminat program tersebut. Waktu itu laman web di platform Astro agak lambat dikemaskinikan. Mungkin juga mereka ketika itu tidak pernah menyangka akan wujud teknologi blog yang boleh mengatasi medium mereka. Saya terus hidup tanpa saingan.

Menulis tentang apa yang berlaku di Diari sememangnya menyeronokkan kerana sebagai penonton saya hanya melihat apa yang ditawarkan kepada saya menerusi skrin televisyen. Itu sahaja. Pada waktu itu kita dihidangkan dengan adegan percintaan Burn dan Nana, pertelingkahan di Meja Makan dan paling diingati sampai sekarang adegan Nana dimarahi Cikgu Siti Hajar. Apa yang saya tuliskan di blog hanyalah pandangan saya sebagai penonton. Saya bukan orang dalam, saya tiada orang dalam untuk menyalurkan maklumat kepada saya dan yang menjadi perantara saya hanyalah skrin televisyen.

Antara tetamu awal yang datang ke Akademi Fantasia seingat saya ialah pelakon Rosyam Nor. Waktu itu kelas Cikgu Fatimah. Bagaimana Atie menjerit gembira masih kekal dalam ingatan. Berlari Atie menjauhi Rosyam Nor yang sedang berlakon dengannya. Di malam konsert, Ruffedge merupakan artis pertama yang tampil mengejutkan Burn dengan lagu Sabar Menanti.

Itulah yang saya rakamkan di dalam blog ini sejak minggu kedua. Amat mengejutkan apabila Adi tersingkir di minggu kedua. Seorang yang takut belon itu tersingkir bila membawakan lagu Biru oleh penyanyi Jai. Penyanyi asal lagu itu pun saya tidak tahu ke mana dia sekarang tetapi Adi kini merupakan penyampai radio ERA. Itulah magik Akademi Fantasia yang sampai sekarang masih saya ingat.

Dunia maya ketika itu tanpa saingan, hanya saya seorang yang menulis di blog. Apa yang disuapkan kepada penonton dan pembaca itulah yang mereka terima. Objektif saya untuk pembaca berkongsi pendapat mereka semakin cerah dengan adanya medium tersebut. Bukannya mahu menunjuk pandai sebalik medium ini saya yakin dapat menyalurkan maklumat berdasarkan pandangan kedua yang sepatutnya diterima dengan baik oleh pembaca. Saya akui, tidak kurang juga yang membenci saya ketika itu.

Peliknya saya hanya mengingati mereka yang kini telah pun menjadi sahabat-sahabat saya dan melupakan kutukan, keji, nesta yang dilemparkan oleh pembenci saya dahulu. Lebih baik mengingati sesuatu yang positif dan membiarkan sesuatu yang negatif terus bersarang di dalam kepala bukan ?

Pengaruh Dunia Maya Ketika AF1 – AF3

Blogger mula diiktiraf apabila tenaga produksi sedar yang maklumat dalam bentuk maya ini lebih pantas tersebar dan dikemaskinikan. Kesan daripada itu mereka mula menjalinkan hubungan rapat dengan blogger dan saya dijemput untuk menonton Konsert Akademi Fantasia 1, minggu keenam.

Sedang waktu itu negara masih samar-samar apakah itu blog, tetapi usaha yang dimulakan oleh Astro untuk menjemput blogger datang menonton suatu yang harus dipuji. Diakui juga blog lebih pantas mengemaskinikan maklumat penting untuk peminat program tersebut. Perkataan blog di tahun 2003 adalah suatu yang sangat asing. Siapa blogger yang menulis tentang dunia hiburan Malaysia boleh dibilang dengan jari, iaitu SATU. Dari situlah bermulanya fenomena blogger hiburan yang cuba untuk menjadi sebahagian daripada program tersebut. Benar kata Ramli MS, oleh kerana program ini terlalu popular, semua orang mahu menjadi sebahagian daripada program ini. Baik penaja, penonton, peminat dan sebagainya.

Ironinya apabila pada konsert minggu keenam, satu Malaysia digemparkan dengan penyingkiran Rosma. Lagu Sinaran yang sepatutnya menjadikan jalan Rosma lebih bersinar menjadi penamat perjalanannya. Sejak itu, lagu Sheila Majid sering dikaitkan dengan badi Akademi Fantasia. Mas juga tersingkir sewaktu mendendangkan lagu Aku Cinta Padamu. Saya mula mengenali tenaga di belakang tabir program realiti ketika itu, Adi Shamsul dan juga Pengetua musim itu.

Hubungan itu tidak terhenti di situ kerana tulisan-tulisan saya mula diberikan perhatian, baik oleh tenaga belakang tabir mahu pun peminat program itu. Waktu itu saya masih berselindung di sebalik nama sultanmuzaffar dan tidak ada yang mengetahui siapakah penulisnya. Berbeza kini. Saya mula memberanikan diri untuk keluar dari skrin komputer ini ke skrin televisyen apabila dijemput sebagai tetamu dalam program Imbasan Akademi Fantasia musim 2 pada minggu keempat.

Ironinya apabila pelajar yang tersingkir pada konsert minggu keempat ialah Fitri, pelajar yang sering menjadi bahan gosip oleh penonton, pembaca dan saya sendiri. Hubungan saya bersama pembaca semakin erat. Program realiti itu selain mengeratkan hubungan kekeluargaan berjaya mewujudkan satu lagi keluarga maya untuk saya. Kami berbincang dan berbual tentang siapa yang kita minat, tanpa perlu menerapkan unsur-unsur negatif yang menghalang daripada kita terus minat siapa yang kita minat.

Ketika itu tiada sebarang agenda malah lebih kepada mewujudkan hubungan kekeluargaan antara satu sama lain. Agenda mengeluarkan pelajar yang tidak menampilkan persembahan terbaik mereka wajar dilakukan agar menjamin mutu program tersebut. Sampai ke Akademi Fantasia musim ketiga, persaingan di dunia maya semakin sengit. Namun elemen persahabatan itu masih utuh di antara blogger.

Di musim ketiga, sewaktu nama Mawi menjadi fenomena sekali lagi saya dijemput untuk program Imbasan Akademi Fantasia 3, minggu ketujuh. Akma tersingkir pada minggu tersebut dan pada konsert itulah pengarah filem, Yasmin Ahmad menjadi pengkritik jemputan. Masih ingat lagi apa komen yang dilontarkan oleh Yasmin kepada Akma selepas persembahannya ? Saya masih ingat lagi.

Impak program realiti itu di dunia maya sangat hebat. Mawi sudah punya portal sendiri sebelum muncul sebagai Juara. Persaingan Semenanjung Malaysia dan Sabah semakin sengit. Pelbagai strategi mula diatur oleh laman-laman web untuk menjadikan pelajar kegemaran mereka sebagai juara.

Kata Cikgu Fatimah kepada saya beberapa hari lalu, beliau agak sedih kerana peminat program realiti itu seakan hilang sifat kekeluargaan sebaliknya lebih memberikan tumpuan untuk menjadikan pelajar kegemaran sebagai juara lalu elemen paling penting dalam program itu seakan hilang.

Itulah yang mula berlaku di musim seterusnya iaitu di AF4, AF5, AF6 dan kini AF7.

Situasi Kini Ketika AF4 – AF7

Di AF4, saya bukan lagi blogger sepenuh masa, sebaliknya ditawarkan untuk menjawat jawatan New Media Planning untuk Akademi Fantasia. Satu pengiktirafan untuk seorang blogger yang menjadi perintis kepada dunia maya Akademi Fantasia. Semua maklumat berada di tangan saya. Tulisan saya sebagai penonton bertukar kepada tulisan sebagai salah seorang yang terlibat dengan program tersebut.

Apabila seorang blogger diberikan keistimewaan itu, tidak hairan lah sekiranya ada hati yang terguris. Persaingan menjadi semakin sengit dan ada yang menjadi mangsa. Saya pernah merasai kehangatan isu tersebut. Mungkin juga ada di antara anda yang masih mengingati cerita itu. Saya mengingatinya sampai sekarang untuk terus menjadi peringatan kepada saya agar jangan tersilap langkah lagi atau pun jangan cepat termakan umpan.

Dunia maya penuh kepura-puraan, penuh dengan strategi, penuh dengan taktik oleh peminat program tersebut. Laman web rasmi menjadi hangat kerana dikatakan pilih kasih walaupun saya cuba untuk menjadi seadil yang mungkin.

Cukuplah dua tahun saya melayani dunia laman web rasmi, saya mahu mencari sesuatu yang lebih mencabar dan hasilnya saya mendaki cabaran baru bersama saluran berita yang baru diwujudkan iaitu Astro AWANI.

Namun program itu terus hangat dengan pelbagai cerita baik dari media arus perdana, mahu pun media baru. Portal Murai diwujudkan menjadi sokongan kepada laman web rasmi. Jika media arus perdana mencari kesalahan program tersebut, media baru perlu memperbetulkan persepsi masyarakat dengan mewujudkan istilah “damage control” sebagai bahan utama portal tersebut.

Sekali lagi pada musim AF7 saya sebagai orang luar. Lebih tenang saya ingatkan. Rupanya tidak kerana saya sering disogok dengan pelbagai cerita belakang tabir di forum dan blog yang cuba merosakkan nama sesetengah pelajar. Saya cuba sedaya upaya untuk meneruskan minat terhadap hanya kepada pelajar yang saya minat dan melupakan cerita-cerita negatif tentang pelajar lain. Kalau pun saya mahu mendengar cerita belakang tabir, saya akan menemui mereka yang boleh saya percayai dan bukannya dari mereka yang memiliki agenda tersendiri.

Terbaru saya tertarik dengan adegan yang berlaku di dalam Diari malam tadi. Bicara Prinsipal Tiara dan Cikgu Fati tentang bagaimana seboleh-bolehnya dia cuba untuk menjarakkan dirinya dengan pelajar. Tetapi sayangnya dia sendiri tidak mampu untuk berbuat demikian kerana sepanjang 10 minggu itulah mereka menjalin ikatan sebagai keluarga. Pelajar membesar di depan mata mereka.

Kesan Pengaruh Dunia Maya Ketika AF4 – AF7

Pelbagai blog, forum dan portal hiburan mula bercambah. Maklumat sudah tidak dapat dikawal lagi dengan bercambahnya blog, forum dan portal hiburan. Maklumat datang dari kiri dan kanan tanpa mengira sensitiviti dan semakin sukar dikawal.

Semua pihak mahu menjadi sebahagian daripada program realiti popular itu. Ia sudah semacam satu lumrah. Semut akan mencari gula. Jangan terkejut jika ada di antara mereka yang cuba untuk mencungkil maklumat daripada saya. Mereka cuba untuk mengumpan saya agar terjerat dalam perangkap mereka. Namun, saya tidak bodoh untuk terumpan dalam jerat yang tidak mendatangkan hasil. Saya lebih berjaga-jaga kini. Saya bukan proxy sesiapa.

Objektif utama saya dahulu agar pembaca dalam berkongsi pandangan mereka untuk kebaikan program itu semakin tersasar walaupun masih wujud lagi elemen sebegitu untuk program ini. Pengaruhnya tidak besar kerana tidak semua penonton setia program ini melayari internet kerana hits untuk pelayar internet tidaklah begitu tinggi berbanding jumlah penonton program realiti itu.

Penutup

Namun pengaruh dunia maya tidak harus diketepikan kerana suara-suara mereka menghangatkan lagi program realiti paling popular itu. Dunia maya boleh dianggap sebagai sokongan kepada meningkatnya populariti program realiti paling popular di Malaysia itu. Itulah Akademi Fantasia, sebuah program realiti yang berjaya menyerap dalam setiap darah peminatnya dan menjadi sebahagian daripada mereka.

96 komen

  1. Za Says:
  2. Dear SM, terima kasih atas flashback into sejarah bagaimana SM mula-mula menulis tentang AF semenjak daripada musim pertama lagi. Nostalgic rasanya.

    Saya merupakan salah seorang pembaca SM (yang berselindung dibelakang skrin kerana malu & segan kerana sentiasa dipermainkan rakan kerana meminati AF *grin*) dari mula SM mula menulis tentang AF dimusim pertama, tetapi tidak pernah tergerak hati untuk meninggalkan sebarang komen, kecuali kebelakangan ini bila saya rasa amat terkilan dan sedih apabila peminat-peminat mula kutuk-mengutuk sesama sendiri dengan amat kritikalnya kepada pelajar yang mereka tidak suka atau terasa akan menggugatkan kedudukan pelajar yang mereka minati.

    Kritikan boleh diberi, tetapi kritikan yang objektif, dan bukannya kritikan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Setiap kali ada komen yang mengutuk mana-mana pelajar, saya akan terfikir apakah perasaan keluarga pelajar yang dikutuk teruk itu. Pastinya sedih dan terluka.

    Fikirkanlah, sekiranya pelajar itu kaum keluarga kita sendiri, pasti kita juga akan merasa sedih dan terluka. Apakah dosa pelajar tersebut sehingga dikutuk dengan begitu hina sekali, itu yang kadang-kadang bermain difikiran saya.

    Saya pernah tulis diblog saya bahwa AF `brings out the best of people, but, unfortunately', ia juga 'brings out the worst of people'.

    Saya juga mula menulis apa yang saya rasa tentang AF setiap kali selepas menonton konsert dari pandangan mata saya sendiri, bermula daripada AF3 apabila saya mula meminati Kefli, tetapi blog saya adalah dalam bahasa inggeris.

    Saya duduk dimeja sebelah SM semasa pelancaran Fan Club Kefli di Sogo 4 tahun lalu, tetapi saya hanyalah sebagai seorang peminat biasa sahaja, walaupun saya merupakan penulis ucapan (speech write) untuk Leo (Presiden Fan Club Kefli) dan juga untuk Kefli sendiri, apabila Leo meminati cara penulisan saya.

    SM pernah tanya Aidid siapa saya sebenarnya lebih kurang 4 tahun dahulu. Pastinya SM tidak akan ingat kerana saya hanyalah salah seorang dari beribu yang mengikuti blog SM. Tetapi saya teruja that someone yang bernama besar dalam dunia blogging 'curious' untuk mengetahui siapa saya disebalik penulisan dan komen yang saya tinggalkan di Yahoo Group Kefli dan FanClub Kelfi. *smile*

    Saya lebih senang remain 'anonymous' masa tu kerana bukan niat saya untuk mencari publisiti. Saya sekadar menulis meluahkan apa yang saya rasa, dan berkongsi perasaan dengan mereka yang bersependapat dengan saya.

    Saya kurang senang bila orang datang 'mengutuk' diblog saya walhal mereka tidak pun mengenali siapa saya dan hati budi saya. Don't judge me if you don't know me.

    Saya percaya setiap orang ada hak untuk bersuara dan setiap orang akan berlainan pendapat dalam apa jua perkara sekalipun. You either agree with that opinion, or you don't. One man's meat is another man's poison. Only wise men will respect another man's differing oipinion, but it gives you no right to criticize a person who does not think like you, unless you are giving objective criticism.

    Keep on writing, SM, and I will keep on reading. Although saya rasa penulisan SM tidak 'sepedas' dahulu sebelum SM mula berkhidmat dengan Astro where your opinions were coming right from your heart, whereas now, sebab SM dah ada kaitan dengan ASTRO, ia sedikit sebanyak affected you way of letting go of your opinion (pendapat saya sahaja sebagai pembaca) as you are now part of the Astro family.

    You are a little bit more careful in what you write, and I can understand your position, but, still, I find your writing pleasant and good to read.

    Thank you for a good read every AF season.

     
  3. kay Says:
  4. First time jumpa SM masa Kaeratics first gathering...salam and say "SM, saya peminat blog awak.." haha...and you said TQ...tak sangka ya sekarang dah jadi uols..we ols..sesama..hik hik...

     
  5. stanz@chips Says:
  6. salam sm....
    wahh...sye sntiasa mengikuti af dr blog sm...dr af1 lagi ketika tu sye baru berumur 14 tahun..now da af musim ketujuh dan sya da berumur 20 tahun..dan tetap setia walau tdak pernah meninggalkan sebarang komen...by the way,tolong kirimkan salam sya pada chail ye sm..sebabnye dulu sya aktif dlm chatroom #afchat..haha..rendu zaman2 itu and kwn2 mase tuh..hunchback,lemon,kak ira,waikiki,sis lindaa,and ramai lagik...mmg btol apa yg sm ckpkan...peminat2 suma da berubah..da x sama mcm dulu..walau cemanapon, af tetap meninggalkan kenangan indah dlm setiap individu yg mengikutinya..teringat plak betapa seronoknya sya masa adi reply email sya wat pertama kali lepas die kuar af (hahha...mse tu excited sgt)..by the way,bagi sye af1,af2 and af7 yg sya rasa best la (bg saya la!!)neway sm..thank you so much for all ur review!!

    ~yg setia mengikuti..
    p/s : afundi akim taw!hehhe

     
  7. akulah Says:
  8. bg aku af1...pembuka mata
    af2...konsert paling best
    af3...diari n konsert yg best sbb MAWI
    af4,af5,af6....bosan giler siuuut
    n af7...aku nengok repeat jek,itupun after baca blog sm,kid n mrmanager kalau dorang ni ulas ada pelajar yg best nyanyi...others than that.. non ado
    dorang kata transformasi bg aku byk sandiwara semasa jek

     
  9. nn Says:
  10. tahniah sn.. saya kenal blog sn semenjak af1.

    dulu, saya tiada astro sepanjang musin af1, af2. kekadang menonton di kedai makan atau bersama kawan-kawan, kekadang tidak. tapi tiap-tiap pagi isnin, saya pasti berkunjung ke blog sm.

    kemudian, saya sudah berastro. tapi masih mengikuti komen sm utk af3, af4, af5, af6 walaupon ruangannya semakin sedikit atau hanya untuk ranking konsert sahaja.

    kini, saya jauh di luar negara, mengikuti af7 melalui youtube. tapi masih mengikuti blog ini. sangat mengharapkan ada komentar yang panjang seperti dulu-dulu :)

     
  11. Anonymous Says:
  12. SM,
    saya juga masih ingat betapa anda sangat gembira apabila sdr khairil ERA menyebut nama blog semasa bertugas.

     
  13. sm,
    saya mula membaca blog sm pada af 1lagi. tulisan sm lah yang menarik minat saya mengikuti af..
    selalu masuk kat blog ni, tapi jarang tinggalkan komen. All the best to you SM..

     
  14. TokSky Says:
  15. Tok berterima kasih kpd SM kerana masih menulis mengenai AF sehingga hari ini.AF merupakan satu rancangan yg mendekatkan sesebuah keluarga dihujung minggu spt keluarga Tok sendiri. Cuma lately ni Tok tengok diary sekarang suka memaparkan drama yg mempunyai provokasi dan tidak melambangkan teamwork dan perpaduan. Perlu ke itu semua untuk menaikkan rating? Definitely no, malah menyebabkan orang meluat dgn produksi. Begitu juga dgn pengkritik yg menggunakan perkataan-perkataan yg KETERLALUAN dan TAK SESUAI untuk kaca TV. Amatlah sedih kerana ia terus berlaku sedangkan rancangan keluarga ini ditonton oleh semua peringkat. Pengkritik sebegini tidak diperlukan kerana tidak membawa sesuatu yg positif. Pernah ke kita melihat Simon Cowell menggunakan perkataan yg !@$%# ? Walaupun komennya pedas, ianya singkat dan padat. Itu sudah mencukupi. Sekiranya, ada AF8, diharap pihak produksi lebih peka kerana ada BATAS-BATAS yg perlu dijaga. Ingatlah.."Bahasa Jiwa Bangsa"

     
  16. chekdenoor Says:
  17. Hai SM,

    Penulisan sm kali ini mengingatkan saya tentang catatan penuh emosi saya pada minggu lepas ,akhirnya catatan itu mengundang kritikan diblog Badrul yang menyakitkan dan menyedarkan sya bahawasanya saya telah menjadi seorang yg beremosi kerana terlalu sedih akan penyingkiran ARIL.

    Saya bersyukur kerana saya tersedar dan kini saya kembali tenang dan berfikir menggunakan minda yg lebih terbuka... Namun bergitu apa yg saya dapati dari pembacaan diblog sm, joe, badrul, murai, astro dan @15... wah terlalu ramai yang berhujjah menggunakan emosi kerana terlalu asyik meminati satu-satu pelajar sehingga timbulnya simdrom;

    - membuat ulasan melalui andaian (maklumat yg sedikit dr diari yg diedit dan khabar-khabar dr sumbar yg tak pasti).
    - membuat tuduhan tanpa bukti yang nyata.
    - mengeluarkan kata-kata hukuman kepada pihak-pihak yang tertentu termasuk guru, kakitangan af dan astro.
    - mengeluarkan kata-kata tohmahan yg boleh menjatuhkan krebiliti dan maruah pelajar lain.
    - ketegangan emosi yang teramat tinggi ....tention, marah, geram, sakit hati, iri hati dan pelbagai jenis penyakit hati yang sangat-sangat tidak sihat.

    Saya kira, ini sangatlah menyedihkan kerana apabila masyarakat tidak mahu membuka hati mereka untuk melihat af ini hanya sekadar satu bentuk hiburan dan permainan ...maka mereka telah menutup pintu hati untuk melihat af secara positif.

    Saya sangat berharap supaya lebih ramai pengikut setia af supaya tersedar dari terlalu beremosi dan kembali kepangkal jalan.... supaya kehidupan kita kembali tenang dan berharap agar lebih ramai yang sanggup melihat sesuatu dari sudut yang baik sangka kerana dengan hati yg berseh, kita mampu melahirkan suasana yang sihat.

     
  18. eJart Says:
  19. sm still da best!!
    huhu igt lg mse af1 dlu mmg usya blog sm a..
    ..keep up da good work..

     
  20. Leen AshBurn Says:
  21. Woot this entry brings so much memories! From Atie pegang kaki, Atie nanyi lagu sep the best for lest etc. I also remember our (collaboration of 4-5 org kan?) entry yg anda adalah fanatik mawi jika etc etc. Sigh. Good times man. Dulu, kalau minat org2 lain pun kami still kawan rapat (walaupun Kak Aidid asyik kena kacau je sebab suka Azizi/Fitri/Kefli hehe) takde mengeji2. La ni macam too much hatred yo. It's no longer fun kan?

     
  22. Nur68 Says:
  23. Blog wajib singgahan ku dulu pasti blog SM, suka baca ulasan & snippets dr diari xtended

    Teringat first time jumpe SM, Bad & Joe dlm majlis birthday bash Akma tahun 2006

    ...first time terjebak dgn FC AF masa tu n jumpa kawan2 dr Akma FC & JU..alahai nostalgia nya.. & jalinan persahabatan antara aku dgn rakan2 lain x pnh putus biarpun skrg masing2 minat pelajar lain..x de gaduh n sentap pun, usik2 manje pasti ada..tp skrg ni ..++sigh+++
    haru-biru sana-sini.. setuju dgn Leen, nowadays too much hatred...:(

     
  24. penat kan nak melayan all the hatred. ala2 rasa nak jerit "please leave me alone !!!" je.

    tq kerana memberikan komen-komen nostalgia. :)

     
  25. now i know yang masih singgah di sini ialah the die hard fan yang minat af sejak af1, sebelum hatred mula berleluasa. :D

    walaupun anda menjadi silent reader, i still appreciate it ! thanks !

     
  26. nur68,

    JU !!! wah. teringat kat JU dulu-dulu. skrg JU dah ramai yang ingin menjadi proxy blogger. ahahaha.

    it was fun masa dulu-dulu. how i wish i can turn back the real fun masa dulu2.

    Anonymous
    mmg aku happy giler bila khairil sebut pasal blog ni kat era. lagi satu masa interview rosma di carta era, pun disebut juga. :)

     
  27. izreen Says:
  28. hmm... sweet memories!!!

    sangat best!!!

     
  29. leen,

    yang paling best mengacau izreen yang meminati khai. boleh ? of all people. khai ??? hahaha

    kay...kay katanya,
    jumpa di kaeratics...itu je ke yg aku balas. hahahaha. dah mmg aku jenis susah nak bercakap. sorry lah ya.

     
  30. eh. izreen...panjang umur. baru mengata dah muncul ! muahahhahaha

     
  31. Za,

    memang banyak hati yang perlu dijaga. lagipun ini periuk nasi, letak siapa-siapa pun mereka harus jaga periuk nasi mereka dulu.

     
  32. Anonymous Says:
  33. Yg I ingat first time SM call ERA nak beri pendapat ttg AF...

     
  34. izreen Says:
  35. hahahaha...abangkhai katanya..... best ape?? dambaan pilu!! memori nemo..

    tapi itulah punca aku kenal korg semua...

    AF datang dan pegi tetiap tahun..

    tapi korg tetap ada..

    muahhsss

     
  36. KA Says:
  37. huhuhu yg pasti sampailah skrg masih lg jd fenetik af ni.

    tak brani nk ckp x nk minat sape2 dh.nanti ijin marah.

    muahahahhahahaha (gelak Sultan Akim)

     
  38. KA Says:
  39. Tokinnnn nk pi konsert ke minggu ni?

     
  40. Anon,

    Halim Othman call time tu nak mintak pendapat pasal apa ya...aku dah lupa.

    KA,

    motif sempat buat product placement !

     
  41. wiz Says:
  42. memang nostalgia tul ... mula follow blog sm dari af1 lagi ... time tu belum hangat lagi and tak ramai yang berkunjung ... masuk je af2 dah seterusnya memang tempat komen dah beratus2 masuk .. masih ingat lagi 1st time sm masuk tv di jemput (semua hairan ngapa sm gagap masa tu .. ampun tuanku) dan jemputan kali kedua (gagap dah hilang.. ampun tuanku) ...

    tiap hari orag akan tunggu entry baru dari sm .. kalau ade je semua berubut nak buat komen.. semua perasan diluahkan sama ada yang puas dan tak puas hati, yang berbalas bahasa tu jangan cakap lah .. masing2 nak pertahankan pilihan ... lagi satu dulu siap ade laporan diari xtra lagi .. memang seronok time dulu tu ....

    selepas konsert semua nak tunggu sm nak bagi rating berapa kat students... siap ade summary bila af dah selesai.

    tapi bila sm masuk awani .. things are a bit slow but still peminat tegar tak jemu2 masuk walaupun tak de entry baru sekadar singah umpama bertanya khabar ....

    glad that u still menulis tentang af and entry terbaru u ni memang mengimbau kembali kisah2 af yang dahulu ...

     
  43. VAD Says:
  44. Of all those seasons, aku masih simpan MP3 AF1 full songs termasuk lagu2 bonus yang korang takkan jumpa kat mana2 kedai :P

    AF2 maybe the best season yet, but AF1 is truly meaningful.

    Now? Too much predicted drama. Tak best, bosan, ntahape2 ekekeke. Even KA tak cakap sapa dia minat pun org dah boleh agak sapa dah.

    Leen bebeh, kalau nak mulakan s'thing like 'Anda tahu AF semakin membosankan bila ...' I follow...

    Muahahaha.. berapa tahun dah aku tak komen kat sini?

     
  45. cepat listkan. :D

    Anda tahu AF semakin membosankan bila...

    1. SM berpindah ke Astro AWANI. muahahhahahahaha

     
  46. vadd,

    CD MP3 tu mmg unik dan hanya ada beberapa saja di Malaysia. :) dan aku masih ingat pertemuan pertama di kelana jaya. muahahhahaha.

     
  47. VAD Says:
  48. Anda tahu AF semakin membosankan bila...

    1. SM berpindah ke Astro AWANI. muahahhahahahaha

    2. Anda terus tutup tv atau alih channel apabila siaran ulangan Konsert AF dulu2 disiarkan (takut mertua anda nampak anda galak usung banner) *ketis Ijin*

    aaa.. sambung-sambung

     
  49. VAD Says:
  50. 3. Apabila pelajar paling tua, berambut panjang atau ala2 anak ikan sudah tidak menjadi tumpuan anda langsung

     
  51. motif mengketis ijin !!

    4. Peminat yang tegar satu ketika dulu pun dah ada yang beranak-pinak, tidak kurang migrate ke Perth.

     
  52. badrul Says:
  53. sm...

    nostalgia nih... first time jumpa nko kat gathering adifashla (of all people!!! muhahaha)sahri, and ntah sapa lagih ntah... aku rasa cerita nih aku ulang tiap2 kali tahun af berubah... first time jumpa, aku betul2 ingat nko bisu... sepatah haram tak bercakap... asyik snap gambar adifashla jer... muhahaa... of course ada dreamz dan yang lelain...

    af2 kita semua bantai kak aidid... bantai2 sayang... takda kutuk, takda maki... tuh yang buat rasa macam adik beradik... tak pprnah caci maki barah sebagainya... happy semacam jer... masa tuh timbullah pulak geng kebun (arrrrghhhhh, geng kebun!!! muhahaha) pergi makan ramai2, berbukak puasa, gathering kaer dll, main bowling... ingat tak time leen hentak-hentak kaki sebab kena jalan jauh sikit bawak birhday kek? muahahaha... satu starbucks tuh bergegar... suara pulak pitch paling tinggi adam lambert pun takleh lawan... muhahaha... of course kak aidid tak join sebab dia busy jahit baju kimono dengan fitri... muhahaha...

    af3 pun dah ada life dia yang tersendiri... of course, gang up dengan fanatik yang fantastik... paling best bila ada konsert af kat putrajaya tuh, siap boleh buat potluck lagih... makan, minum berkelah... haaiiyooohh best nyer... bukan setakat tuh jer, buar rombongan tengok wayang ramai2 dan macam-macam lagih...

    af4 since nko dah kerja astro, nko berlagak sikitlah... muhahaha... tapi tetap ada gang pergi konsert dengan ijin, leen and chail... masa nih pun peminat2 semua dah lain sikit dah...

    af-af selepas tuh dah jadik macam biasa dah... tapi walau berpuluh af yang datang lepas nih, i'm so glad that aku follow since awal2 dulu and dapat kenal dengan orang2 yang dah jadi macam adik beradik sendiri sampailah sekarang nih...

     
  54. arrrrghhh....konsert dan potluck di putrajaya. so memorable one ! muahahaha.

     
  55. ya bisu. sampai af30 pun ko akan ulang benda sama.

    gathering adifashla tu ada peminat khai nak gatecrash, nak jumpa khai nya pasal. hahahaha. kelakar-kelakar !

     
  56. badrul Says:
  57. muhahahaha... siap warning2 kat yahoo group khai lagih jangan gatecrash... muhahaha... kelakar...

     
  58. mdmee Says:
  59. Weeeiiii ... siapa buat list tanpa jemput aku !!!!

    AF dah bosan bila :

    * kamera kat AF sudah boleh bercakap

    * Pelajar dah tak layan bila camera bercakap ..muhahhahahaaa

    * masih cerita/blog pasal AF1, AF2 & AF3 ... AF yang lain, dah tak ingat siapa juara

    * mula berharap JOZAN akan mengantikan hos AF utk memeriahkan konsert

     
  60. mdmee Says:
  61. * masih tak puas hati sebab rosma terkeluar di AF 1 !!!!!

     
  62. VAD Says:
  63. Ahaks.. terus goddess of list-list bersuara..

    * bilamana orang lagi ingat siapa first student yg terkeluar AF1-AF2 (dan lagunya!) berbanding sapa finalist AF4 & AF5

    * bila takde sapa nak encode lagu tugasan jadi MP3 & takde sapa tunggu hari Isnin bagi baca ulasan Konsert

    * malam minggu takde hal la nak keluar gi mana pun

     
  64. pembuat list tegar sudah bersuara. mdmee...all yours :)

     
  65. aimanhaQimy Says:
  66. ............ nana in da house!! (sambil kedua2 tgn ankgat keatas) ... breep2... mesra (sambil seblh tgn kedepan) !! susah2 aje!!.. MalatOp !! wazUppz2 !!.. Opss tlebih sudah!! ..
    tu la atr tagline bekas2 pelajar AF yang masih segar dlm ingatan.. semmgnya aiman adlh diatr ribuan @ jutaan peminat AkademiFantasia dari musim 1 hingga la kini.. pelbagai pendekatan tlh dibuat.. byK perubahan yg dilaksankan tp ianya seakan tidak mencukupi bg peminat setia AF! KAMI masih dahaga kan elemen2 baru tp seakan AF seakan ketandusan idea..
    AF1 - "PERINTIS"
    menjd mercu tanda kepada program realiti dinegara kita..

    AF2 - "hEBAT!!!"
    musim ke2 adlh musim AF yang plg BEST! kerna pelajar2nya amat bersifat kan kekeluargaan dan amat mementingkan persahabatan atr 1 sama lain.. kan best cam tue..

    AF3 - "FENOMENA"
    org kata AF3 adlh penghujung segala2nya.. ? betoi ke?

    utuk tiga musim berikut nya aiman x de ape nk komen selain..

    AF 4 - "ADE KE??"
    AF5 - "KAK OGY BEST"
    AF6 - "REDAH je !!!"

    ape2pun aiman mmg suka hasil tulisan SM.. mmg stp kali bukak PC ni blog SM adlh atr top3 yg aiman akan baca.. heheh.. mmg syok!! truskan k.. utk pengetahuan SM blog SM ni adlh 1 sumber inspirasi aiman tuk menulis di ruang maya nie.. k jumper lagi...

    TQ coz bg entri yg hebat2 tuk AF!! chaiyok chaiyOk.... (pinjam sat tagline ROSMA KHAI dalm shati berdansa eehehe) .. jper lagi.. daaaa..

    SM dijemput singgah la yek.. ke teratak aiman nie.. eehehe.. http://reality-inmylife.blogspot.com

     
  67. KA Says:
  68. errr xleh join la nk buat ulasan af skrg membosan kan.huhuhu hahahahaaa

    1)kekdahnya akak still tertunggu2 ulasan dr blogger2 tegar keesokan harinya.

    2)Still pi konsert n berdebar2 takut Akim (cth af musim ni lah hahahhaa) terkuar.Dak duk dak duk dak duk je.hahaha

    Still paksa2 lan buat design utk pelajar yg akak minat.;))

    Still tgk diary sampai 3 kali sehari kiranya berkesempatan

    Still join fc2 ni.hahahaha

    Still tension2 nk make sure Akim masuk ke final.

    Still donwload lagu asal n lagu yg dinyanyikan oleh budak2 tu skrg siap masuk ke hp.

    Still jerit2 dalam dewan sampai Anis or zz jeling2 kt mak dia.muahahahahha

    N still tensen kalau x leh tgk konsert kalau ada family day or org kawen.

    erkkk ok lah ni kan Vad.muahahahaha

     
  69. KA Says:
  70. paling x lupa gaduh2 manja ngn bad.hahahaha n potluck kt putrajaya n gath2 or jumpa2 makan n makan n makan.satu je akak blame af ni badan x leh seselim nana dah. ;))

     
  71. VAD Says:
  72. tetiba rasa rindu lak kat mehun goreng sedap KA ada udang beso dalam dia.. nyam nyam

     
  73. izreen Says:
  74. akak.. aimisyu...
    oh..
    misyutu laling.. muahahahaha

     
  75. TokSky Says:
  76. AF dah bosan bila..
    *Kejutan tak jadik kejutan sebab so predictable.
    *Provokasi produksi berleluasa for diary.


    AF jadi interesting bila...
    *Pelajar dah tau trick dan pandai menjawap RA dan kamera yg berkata-kata.

     
  77. Ijip Says:
  78. Nostalgianya....

    Tak tau nak komen apa, terharu pun ada nih...

    Yang pasti bila Astro tayang AF musim dedulu cepat2 tukar channel takut mak mentua/iapr duai nampak muka kat tivi hahahahaha

     
  79. izreen Says:
  80. ye ijip..

    sangat nostalgia..

    ingat lagik.. salu refresh kotak komen ni... sbb nak baca update org lain nye komen..

     
  81. Anonymous Says:
  82. alamak.. hangpa ni.. nostagia lah pulak... huhuhu.. bergenang air mata baca.. opss belum tertumpah ek..

    a'aa ada lagi cd af1 masih tersimpan..
    vad : bila nak naik gunung nuang?

    frodo

     
  83. Anonymous Says:
  84. ehh lupa.. hi ijip, ijin, kak aidid..

    SM : hang dah ada keta baru ke? W SM baru je kluar,(bila terpandang je plate tu tingat kat blog terkenal ni)

    -frodo-

     
  85. dunia sentiasa berubah, apa yang ada dahulu tidak semestinya ada sekarang. kalau kita masih stick to AF1 concept boring la bro, plus peminat pun dah pandai nak menilai, ada peminat pun dah jadi blogger. kdg2 ada blogger baru lebih popular dari blogger yg sedia ada.

     
  86. perubahan positif wajar diimbas dan diikut dari terus membiarkan perubahan negatif berleluasa.

     
  87. vad, ka, leen, ijin, ijip, bad dah. mana waiem ?

     
  88. badrul Says:
  89. sampai ati ijin tak tegur i... sob...sob..

     
  90. AbgMosha Says:
  91. SM.. terima kasih kerana paparkan nostalgia lama.. memang blog Sm dan AF ini telah menemukan abg dengan kawan-kawan baru yang memang tak pernah abg bayangkan akan dikenali. Kadang kala kalau difikirkan memang sesuatu yang "magik" tetapi itulah AF dan blog SM serta blog-blog yang lain. Terima kasih kerana masih sudi lagi SM untuk menulis dan membenarkan kami untuk ke rmah SM dan membaca buah fikiran SM.

    Paling abg banggakan dengan AF dan blog-blog yang berkaitan apabila kita semua bersatu hati untuk menderma untuk rumah anak yatim, program yang tidak dirancang tetapi telah berjaya dijalankan dengan cemerlang. Itulah "magik" nya. Terima kasih kepada SM, Badrul serta rakan-rakan lain yang mengenali abg dan akhirnya kita berpeluang untuk menjadi "rakan" bukan sahaja di alam maya tetapi juga di alam nyata.

    Terima kasih dan diucapkan salam sejahtera buat semua.

     
  92. izreen Says:
  93. bad..

    aimisyu seribu lemon!!!! mmmuuaaahhhhsss
    lama giler tak jupe... :(

    bile tgk u kat diari int hari tuh... rasa mcm sayu je... nostalgia g konsert sesama!! bila la kita semua nak get together balik??.. hmmm

    SM... entry nostalgia sungguh!!

     
  94. waiem Says:
  95. Hehehehehe

    Hi u ols :)

    Nostalgia memang nostalgia. Nak2 AF3 ahaks - AF paling emosi, lupa diri, hilang ingatan, kena rasuk, debaran tahap impak maksimum, suka duka, gumbira, hilang kawan, kena fitnah, sedih yang amat semua ada. Cukup rempah ratus...hehehe

    AF7 - Transformasi diri sendiri tengok final je sbb dah tak larat nak melayan emosi. Hehehe

    AF dan blog dapat mengeratkan ukhwah.

    *doa satu hari nanti kak aidid dapat jadi pengetua AF*

    **Psstt kak, saya chop jd RA kalau akak jd pengetua AF tau :P

     
  96. setankuning Says:
  97. aku rindu giler kat review AF ko SM. rindu gak kat kengkawan yg lain masa zaman2 AF1-AF3 dulu..

     
  98. Kalau KA jadi pengetua, saya jadi tenaga pengajar media yg tak keluar kat camera pun jadilah. boleh ?

     
  99. wah, setankuning !

    tahun ni takder extended lah. hahaha

     
  100. Nur68 Says:
  101. Aku peminat setia ulasan extended diari setankuning dulu..smp skrg masih ku simpan printout itew...huhuhuhu...i miss those la...

    SM, dah mcm reunion lak ni..:p

     
  102. SHE Says:
  103. bca blog2 AF buat kita makin bkobar2 smangat nak folo AF... dulu2 la ;)

    msa tu... entri2 blog SM pn smpai mncecah beratus komen

    thn ni tak ada diary extnded ye? knapa agaknya... hmmm

     
  104. Anonymous Says:
  105. tulis anonymos tp ni sarah, assalamualaikum SM n kwn2 lama seme, sm mst ingat sarah kn? yg sm kte sarah mulut longkang =(
    setankuning xuat review dh ke rinduuuuuuu nyer
    abg mosha, toksky, alteclansing mane ek, puteri saujana, alah hai rindu kt u ol di alam maya ni

     
  106. TokSky Says:
  107. AbgMosha....apsal contact handphone tak dapat???

     
  108. KA Says:
  109. muahahhahahaha kalau akak jd pengetua, pelajar sumer lelaki lah. senangkan.muahahahhahahaha

     
  110. KA Says:
  111. ok pengetua dh ada. RA dh ada.tenaga pelajar sorg dh ada. sape nk jd angelina.Agak2 vad sesuai x.huhuhu

     
  112. Leen AshBurn Says:
  113. Wah Ijin tak tegur Bad. Jahat kau ni Ijin.

    Tanda-tanda AF dah membosankan:
    - Anda lebih terexcited dengan program realiti lain seperti Biggest Loser.
    - Anda malu apabila rakan kerja di tempat kerja baru anda tanya, "Eh, betul ke kau yg aku nampak kat konsert AF3 itu hari?".
    - Tidak lagi rasa nak bunuh diri sangat apabila tak dapat pergi tengok konsert secara live.
    - Tidak kisah kalau ahli keluarga tukar channel masa tengah tunjuk iklan masa concert AF.

    Nostalgia AF lama-lama
    - Jejak kasih dengan sedara. Unsangkarable betul aku sedara dengan waiem hehe.
    - SM, meja lipat tu dah pulang balik ka? AHAHAHAHAHHA.
    - SM/Ijin, korang tak moh seru lagi sorang tu ka? Hahahhahaha.

     
  114. Leen AshBurn Says:
  115. Saya nak jadik RA tapi hostel lelaki je kak hiks.

     
  116. KA Says:
  117. pomot sat http://akimaf7.blogspot.com/

    leh kan sm. muahahahahahaha

     
  118. Leen AshBurn Says:
  119. Tanda-tanda AF dah membosankan:
    - Ijip tidak lagi bagi komen yang berbaurkan makanan kat blog2 orang.

     
  120. meja lipat ? hahaha
    takder pun kat rumah aku ni.
    aku rasa aku dah bagi kat orang lain kot. hahaha

    agak2nya anak dia ngan leen mesti dah besar skrg. korang kan berscandal. love hate relationship gitu.

     
  121. VAD Says:
  122. Saya cop jadi wardrober/pembekal costume2 untuk student pomfans je..
    apparaaa.. mau kasi org afundi ka minat ka, taja la baju pink ketat2 cam dulu.

     
  123. shay Says:
  124. bila ijip pelanduk dah tak jadik pelanduk...

    bila SM dah x pakai kot...muhahahahahahahahaha asik tshirt v neck saja..hehehehe

     
  125. shay Says:
  126. satu lagi:

    bila takdak pelajar2 yg badan berisi masuk AF...ilangkan nikmat waiem..maka dia beralih arah tgk citer korea...

     
  127. shay Says:
  128. vad..ko nak jadik pembekal dah dpt kelulusan KDN ko ka..nak kuar lebey dr 5 km radius? hihihi

     
  129. VAD Says:
  130. Tanda-tanda AF dah membosankan (lagi):
    * bila mana blogger tegar AF seperti SM tak tukar2 headmask dia langsung.. berapa tahun dah asyik ulangtahun ke 4 je muahahahahaha

     
  131. dah masuk af4, terus sibuk. takder sapa nak ambik tau. hahaha

    yg ironinya, bila poster dan artis yang diletakkan ada kaitan dengan af musim ni.

    poster layar layar - ida nerina
    poster sepet - fatimah abu bakar
    poster pgl - tiara jacquelina
    siti nurhaliza - minggu ct
    sheila majid - acis

    hahahaha

     
  132. Anonymous Says:
  133. hahaha...nostalgia bila hari2 bertenggek kat halo SM tunggu sapa2 yang baik hati buat ulasan extended diary...hehehehe...

    -Liana-

     
  134. Leen AshBurn Says:
  135. Tanda-tanda AF dah membosankan (lagi2):
    * Bila anda tidak lagi dok bukak comment box SM sehari suntuk dah tu dok refresh comment box dia setiap 3 minit.

     
  136. KA Says:
  137. muahahahaha tingat vad pakai baju melayu pinky ngn spek pink. eh apa link tu ek?

     
  138. waiem Says:
  139. dulu : diari senin ditunggu2 dengan teruja...

    skrg : senin 9 mlm bukak channel 303 KBS World...ahakss

    hi kazen ;)

     
  140. Anonymous Says:
  141. Af1 memang nostalgia sangat...... malam konsert pastikan ada dirumah...... sampai af3,,,,, lepas tu mula af4 hingga sekarang kalau tak dapat tengok secara langsung, tengok ulangan....... diary pun cam tu... sampai af3 mesti tengok tak kira berapa kali pun..... tak suka sms tapi af punya pasal belajar macam mana nak afundi mengalahkan anaklah pulak..... kak start baca blog sm dari af3 ...... nostalgia gak tu sebab first time baca blog hahaha....

     
  142. sempoii Says:
  143. Kak aidid.. tukar la link
    http://akimaf7.blogspot.com/ tu. saya yg hati suci dan tulus ni pun leh terbaca lain...muahahah..

    Banyak asam rempah AF ni nih. gaduh..baik balik ..biasalah dalam AF nih. Tapi tu lah, mek pun dah pencen takat AF3 jek. Mawi yg tak hapal lirik, kita plak yg menggigil 2-3 hari.. hancur huhuhu...

    bagai digiringggg anginn....
    bagai digiringggg anginn....

    Teringat Lan me too terlopong masa marsha nyanyi. Aku tanya sikit, terus dia marah sebab kacau konsentrasi katanya...;p

    Tahniah SM! Satu entry yg mengimbau kenangan lalu... peace!

     
  144. Darzfan Says:
  145. SM,

    harap tak lupekan aku... pernah pergi tgk wayang sama2 ngan peminat AF2 utk citer Gol dan gincu

    tapi dah terasa boring le AF skrg...

    lebih minat TOMOK @ OIAM3....

    skrg cam SM juga, ada hobby baru iaitu Scuba...

    ~Darzfan~

     
  146. Darzfan Says:
  147. 100. Bile takde org amik pot pasal MAS AF2 (aku pun tak amit pot)... Sampai masuk spital tu....

     
  148. TokSky Says:
  149. SM...artikel tu dah kluar kat murai.com.my. SM punye photo sebelah kiri dan Sultan Akim sebelah kanan. Thank you for the promotion.....

     
  150. Ijip Says:
  151. Hahahaha

    Aku pun dah pencen jadik pelanduk...

    Kalau KA jadik pengetua, saya jadi caterer boleh?? hehehe

    Tingat plak kat Nija AF1 yang tak tau lamb chop tu apa....

     
  152. KA Says:
  153. cian nija kan x tau lamb chop tu apa.huhu

    poi, sambil nyelam minum air oren .sambil2 lah pomot blog abg akim tu. kisah2 tentang akim ada kt sini.huhu

    http://akimaf7.blogspot.com/

     
  154. Rose Says:
  155. wah....

    org2 lama bg komen nih :)..... nostalgia sungguh

    aah..AF dah tk de seri...just tgk diari untuk tau depa dapat lagu ape and tgk konsert..miss konsert pun dah tk kisah ....tgk ulangan pun tak pe.....teruja tuh dah kurang..

    ape2 pun AF yg buat ramai kawan dalam blog nih ...ingat lagi geng2 kebun,,,buka pose di wisma *oh gossh sudah lupa nama la...., kenal sm,wink, bad, puan pisang, ijip, ka, waiem,leen, sempoi... paling tk lupa nhk, orgy, and mamabat ....until nowww..oh and the list goes on...jgn marah kalo nama tertinggal yer...:)then bowling tournament :)

    ape2 pun blog sm jugak yg dicari kalau musim2 AF nih ....kalau dulu every single minit nk refresh comment boxhehee

    p/s u ols, just nk inform, mak NHK meninggal dunia last tuesday...Al-Fatihah..

     
  156. Darzfan Says:
  157. NHK... Takziah...

    Aku rasa salah satu sebab AF tak diminati adalah MAWI...

    Mawi terlalu dominan... Sebahagian dah start menyampah dah masa tu sebab cam ade Mawi je kat Malaysia ni... Malah Juara AF lepas Mawi pun tak dapat lawan populariti dia, terus dilupai sb org "suke" Mawi je...

    Pastu gossip2, putus tunang, "lupa diri", bakat yg tak seberapa sbnrya dll pasal MAWI(tak kira ah betul ke tak), bertambah lagi org yg menyampah... AF pun terima tempias buruk.... Makin lama AF dah cam dull je....

    Aku pun jsut tengok je lah AF sekrg, sekadar hiburan hujung minggu... Tapi tak dpt relate betul2...

     
  158. setankuning Says:
  159. huhu darzfan!!! dalam ramai2 ko la yang paling aku x penah lupakan. penetik mas masa AF2. best kan ingt dulu kita gado2 manje dlm ni..

    btw NHK,
    takziah

     
  160. TokSky Says:
  161. Just one thought.....Maybe AGE is catching up...

     
  162. Darzfan Says:
  163. setan kuning.... hehehe....
    cikanos, bad, mosha, pisang dll........

     
  164. Anonymous Says:
  165. y nobody seems 2 remember me, sad:(
    me sarah

     
  166. darzfan Says:
  167. SM,

    buat le reunion utk kite2 ni lagi... best gak jumpe2 balik...

    jgn lupe ajak Setan Kuning, Frodo, kapitan, cikanos, pisang, NHK, badrul, mosha, dll... huhuhuhu

     
  168. Anonymous Says:
  169. heheheh darfann... aku selalu je singgah blog.. ni

    selamat gak si akim.. final 5 org? sapa lah menang ni..(hafiz kot?)

    -frodo-

     
  170. aneemorph Says:
  171. hahha.. OMG! kawan2 lama since AF1!
    aku ingat geng kebun! start active masa AF2.. tu la bg aku AF yg paling best.. and mcm one of commentor kat sini.. aku pun di pinggirkan kawan2 sbb minat AF ni..so i start cari kawan2 yg sama minat AF mana lagi klu bukan kat blog SM ni.. hehe but ever since AF2.. start AF3 la.. mmg tak join sgt.. n btul ckp darzfan.. sbb mawi! yer la.. since awal lagi dah tau mawi akan menang.. so takde thrill sgt dah.. AF7 ni baru start minat AF balik.. sbb close competition among students AF ni..(even smpi now pun tak bley nak agak sapa jadi juara kan??
    ada jumpa SM once.. masa tu SM bagi tiket free anugerah ERA! hehe thanks! smpi sekarang tak belanja SM teh tarik lagi nih!! mcm mana ni? heheheh tak tau la SM ada pki lagi no hp lama or not.. but ada la kadang2 wish raya n wish bday... huhuh...

    keep on writting SM!

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger