Diari Akademi Fantasia 10 01 & 02Apa yang menarik ? Tiada yang menarik kecuali majlis sambutan Hari Lahir Rich yang dilangsungkan dalam Akademi. Rich duduk di Bilik Aktifkan. Lima finalis diletakkan dalam Bilik Vokal. Dinding kaca memisahkan mereka. Macam dalam Penjara Kajang. Kenapa saja sambut lambat Hari Lahir Rich dan tidak diumumkan sewaktu Konsert AFMASUK ? Apa beza Rich dengan Tasha ? Memang banyak bezanya. Rich masih pelajar AF walaupun pelajar AFMASUK dan Tasha hanya pelajar PRELUDE. Kalau dinilai berdasarkan darjat,...
Konsert 09 Akademi Fantasia : Kuasa Rakyat Mengalahkan Kuasa Wang ?Sudah dikatakan sebarang keputusan Akademi Fantasia ianya terletak di tangan anda. Jari anda yang menentukan. Kemahuan anda yang perlu diikut. Kata hati anda yang perlu menggerakkannya. Jika berlaku apa-apa kejutan, jangan salahkan sesiapa.Sekadar melihat latihan yang diadakan, tidak banyak yang boleh dijangkakan melalui persembahan minggu ke sembilan ini. Ianya seakan-akan...
Diari Akademi Fantasia 09 07&08Tidak sempat menonton minggu ini. Hanya sekejap-sekejap sahaja. Ada banyak panggilan telefon perlu dijawab. Sempat juga singgah menonton rakaman Diari Studio Satu Siti Nurhaliza. Orang kata sokongan untuk Siti semakin berkurangan, tetapi ramai juga yang hadir dalam rakaman tersebut.Mungkin sedikit berbeza perasaannya. Jika dahulu saya masih boleh melayan perasaan perasan yang lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza adalah untuk diri sendiri. Lagu-lagu cintanya adakalanya mencipta fantasi...
Maklumat Tiket Konsert Akhir Akademi FantasiaTarikh : 5 Ogos 2006/ SabtuMasa : 8.30PM (“Siaran Langsung” on Astro Ria and @15)Tempat : Stadium Putra, Bukit JalilHarga Tiket :Area Price Early Bird Specials1) Arena seats $50 $352) Lower Tier $30 $203) Upper Tier $20 $10Tiket akan mula dijual mulai 26 Julai 2006Early Bird Specials adalah hanya UNTUK SATU HARI SAHAJA - 26 Julai 2006 (Rabu)Tiket boleh didapati di :1) Axcess Hotline : +603 7711 50002) Website : www.axcess.com.my3) AXCESS Counter in KL, Penang, Johor Bahru and Ipoh.Nota...
Al-FatihahSemalam, seawal jam 11 pagi saya mendapat berita perginya hos rancangan Roda Impian, Hani Mohsin Hanafi. Benar-benar mengejutkan kerana rasanya baru minggu lepas berselisih dengannya sewaktu Sidang Akhbar Penyingkiran Lotter. Mungkin masanya untuk berehat sebentar sementara rakaman Roda Impian. Secara kebetulan, pada hari Isnin yang lalu saya mendapat semua indeks foto rakaman Roda Impian Raya Special yang dirakamkan pada 21 Julai. Semuanya berlaku secara kebetulan. Secara kebetulan juga, pada malam hari Isnin saya...

Diari Akademi Fantasia 09 01 & 02Tanda-tanda blogger yang sibuk adalah apabila pembacanya mula bising tanya bila nak update ! Sorry lah. Memang sibuk sangat. Dah elok-elok pelajar ada empat orang, minggu ini bertambah semula menjadi 12. Dah elok-elok semua perancangan publisiti diatur untuk 8 orang pelajar, jadual mereka terpaksa diubah kerana pada jam 3 petang hingga 10 malam mereka perlu berada di Akademi. Dah elok-elok soalan hanya...
Konsert 08 Akademi Fantasia : One Shot ! Giliran Siapa Tersingkir Malam Ini ?Aku dah start panas hati dekat budak-budak system yang jaga CMS website ! Kalau korang tengok kat Website Rasmi memang tiada update terbaru pasal sistem tu ada problem sejak semalam.Hari ini aku tak dapat update Main Hightlight untuk beritahu penonton tentang Konsert malam ini. Dah pukul 3.30 petang dan bila aku klik Generate Page masih keluar perkataan keramat Page Not Found ! Dah beratus kali aku tekan refresh. Tak jugak keluar-keluar. Selalunya hari...
Diari Akademi 08 05 & 06Yang mahu tidur, biarkan mereka tidur. Tidak ada siapa pun yang melarang.Saya dapat rasakan persahabatan yang terjalin antara Faizal dan Lotter. Dua hari yang lepas Lotter cuba untuk menyembunyikan perasaan sedihnya. Tetapi hari ini dia tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih itu. Kalau ikut rasa hati, memang saya mahu sahaja berada di Akademi pada waktu kunjungan Lotter tetapi memandangkan ia berlangsung pada waktu jalan tengah sesak, saya terpaksa melupakan hasrat tersebut.Berbual dengan penulis...
Tanda-Tanda Anda Peminat Fanatik Siti NurhalizaMusim-musim yang lepas, saya akan menyenaraikan Tanda-Tanda ini khusus kepada topik Akademi Fantasia, Mawi atau yang berkaitan. Memandangkan musim ini tiada topik menarik berkenaan Akademi Fantasia, terpaksalah saya menggunakan topik Siti Nurhaliza sebagai bahan untuk entri ini.1. Menghafal setiap lagunya termasuklah Cuti Cuti Malaysia dan Budi Bahasa Amalan Kita.2. Sanggup mengaku andalah bapa/ibu sebenar Siti Nurhaliza itupun setelah Siti menjadi jutawan.3. Sanggup terbang ke...

Diari Akademi Fantasia 08 01 & 02Satu hari bersama Lotter memang melucukan. Dari Prelude saya sudah lihat kelucuan beliau. Hari ini sibuk menyemak komen-komen dari peminat Siti Nurhaliza dan tidak kurang yang anti Siti Nurhaliza. Bukan selalu dapat buat posting Scoop Of The Year. Itu yang menderu pembaca-pembaca baru yang datang berkunjung. Masalah Trojan yang ada di blog ini sedang cuba dikenalpasti. Saya pun beberapa kali terkena,...

MoNSTerblog Muncul !Saya dan beberapa orang rakan-rakan baru saya terpampang di muka 16 NST Sabtu lepas. Projek usahasama antara NST dan Jaring ini sudah mula beroperasi dengan nama moNSTerblog dan boleh diakses di http://www.monsterblog.com.my !NST merupakan akhbar berbahasa Inggeris yang utama di Malaysia dan bergabung dengan bantuan Jaring, perintis penyedia servis internet telah menghasilkan MONSTERBLOG yang mempunyai matlamat untuk...
Konsert 07 Akademi Fantasia : Apa Lagi Agaknya ?Ramai orang kata hari ini Siti Nurhaliza akan mengadakan sidang akhbar penting untuk mengumumkan tarikh perkahwinannya. Apa jua keputusannya haruslah kita terima walaupun pahit. Ramai juga orang kata hak eksklusif penyiaran majlis perkahwinan tersebut diperoleh Astro. Apa jua keputusannya ia tidak akan mengubah apa-apa kerja saya. Harap-harap lah. Tapi kalau ubah pun tidak mengapa, saya rela ! :)Apa pula yang akan berlaku malam ini di Konsert 07 Akademi Fantasia ? Banyak juga kejutan...
Diari Akademi Fantasia 07 07 & 08Ingatkan senang, rupanya susah !Kerja ni ? Senang ! Tension ? Sikit je. Boring ? Sikit-Sikit.Sombong !Terpulang lah pada mereka...Kita kena ada prinsip !Nota : Topik-topik dalam Diari malam ni macam menjawab satu persoalan pulak...
Diari Akademi Fantasia 07 05 & 06Apakah saya perlu wujudkan Jiwang United yang baru ? Ataupun ahlinya kini telah berpaling tadah ?Saya sempat menonton Diari tetapi tidak sempat mengulas. Ada acara yang perlu diselenggarakan. AF4 - Meet The Fans yang bertukar menjadi AF4 - Meet The Press. Bagi saya pula secara peribadi, ia bertukar menjadi SM - Meet The Famous Kayu8 ! Saya tabik spring ! Macam Datuk K lah ! Kita sama-sama punya agenda yang sama.Salah satu adegan dalam Diari yang sempat saya tonton ialah adegan Leez, Faizal...
Diari Akademi Fantasia 07 03 & 04Secara jujur saya nampak keceriaan dalam Akademi Fantasia hari ini. Haziq nampak lebih ceria. Lotter nampak ceria. Faizal pun nampak ceria. Saya pun nampak ceria juga. At least ada sesuatu untuk dilihat. Kita pernah lihat Leez gagal dan seharusnya Leez menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaiknya. Buktikan yang beliau bukan calon pilihan terdesak yang harus dipilih kerana keadaan mendesak. Tentu ada sebab mengapa Leez dipilih oleh Farhan dan kawan-kawannya. Penonton di dewan mahukan...
Diari Akademi Fantasia 07 01 & 02Ada apa ya yang best ? Hari Isnin adalah hari yang paling malas untuk update blog. Dari pagi hingga malam agak sibuk sikit. Lagipun pagi tadi semua orang tiada mood bekerja. Daily Highlights untuk ERA pun terpaksa miss. Banyak juga isu yang perlu diselesaikan pagi tadi. Ada yang mengarut, ada yang tak masuk akal, ada yang sekadar membuang masa. Ada juga majlis yang perlu diadakan secara tiba-tiba. So, hari ini sekadar tajuk lagu dan sedikit ulasan sudah cukup memadai.Minggu ini merupakan...
Konsert 06 Akademi Fantasia : Rosma Tersingkir Satu Malaysia Gempar !!Apabila Konsert 06 saya pasti teringat kenangan ia merupakan konsert yang pertama saya tonton secara langsung di Dewan Percubaan UPM sewaktu musim Akademi Fantasia 1. Ketika itu ramai peminat yang beratur panjang menantikan saat pintu dibuka. Ketika itu tiket tidak dijual, hanya dibenarkan sesiapa sahaja masuk menonton. Tapi kita tahu jika mereka sanggup berpanas dan berhujan, maknanya mereka penonton yang setia.Setelah tiga tahun berlalu, nama Rosma tetap...
Diari Akademi Fantasia 06 07 & 08Elok juga meja pool tidak dibawa masuk ke dalam Akademi. Biar saja diletakkan di luar. Kalau tengok dari gaya, Lotter nampaknya berbakat besar untuk menghabiskan masanya bermain pool sepanjang berada di Akademi. Farhan siap boleh buka satu kelas Bermain Pool dan mengajar Cikgu Linda.Nasihat-nasihat yang diberikan oleh bapa Haziq sememangnya amat berguna jika dan hanya jika nasihat-nasihat itu dipraktikkan. Semua aspek telah diteliti oleh bapa Haziq. Dari bagaimana untuk tidak terlalu gemuruh...
Diari Akademi Fantasia 06 05 & 06Banyak panggilan luar yang perlu dijawab. Banyak email yang perlu dibalas. Banyak dokumen yang perlu dihantar. Banyak masa yang perlu dikerah. Banyak otak yang perlu diperah. Letih !PGLtM Season 2 ! Ejen 016 ! Bicara ! Akademi Fantasia 4 sudah menjadi rutin. Saya harus mencari yang luar biasa dari sekadar rutin.Ulasan Hang Setia AF4Kaer A Night Of HopeTiket Konsert AF4 ? Nantikan perkembangan terkini di ruangan ini. Permisi...
Diari Akademi Fantasia 06 03 & 04Apalah yang akan jadi bila Faizal sendiri dapat lagu Inggeris pada minggu depan atau minggu lagi depan atau lagi depan. Dia bukan sahaja tidak berkemampuan untuk menyanyi lagu Inggeris malah tidak pandai membaca dalam Bahasa Inggeris. Sebutannya satu-satu terpaksa diperbetulkan. Memang nampak benar Faizal bermasalah dengan lagu bonus tersebut. Sewaktu kawannya berlatih, dia sekadar melihat liriknya. Kalau kawan-kawannya bijak memancing, memancing undi maksud saya mereka sepatutnya menggunakan...
Diari Akademi Fantasia 06 01 & 02Lagu Baru Konsert 06Amirul - Sedang Ingin Bercinta (Dewa)Sebuah lagu yang best untuk Amirul. Kalau kurang attitude dan tidak dibawakan dengan baik pastinya membosankan. Attitude penting untuk lagu ini.Diddy - Airmata Kasih (R.Azmi & Kamariah Ahmad)Lagu ini bakal mengimbau nostalgia keluarga Diddy. Ini merupakan peluang Diddy di dalam Akademi untuk menangkap emosi penonton dengan persembahannya.Faizal - Senandung Anak Laut (Kembara)Saya tidak pernah dengar dan kalau pernah dengar pun saya...
Konsert 05 Akademi Fantasia 4 : Buktinya Hanya Ada Pada SayaKalau ikut pada populariti lagu, Konsert 05 sepatutnya menjadi antara konsert yang paling bagus. Siapa yang tidak kenal lagu Biarlah Rahsia, Biar Betul, Bila April, Sangkar Cinta, Serasi Bersama, Juwita Citra Yang Terindah dan Because Of You, ? Semuanya lagu yang masih popular dan pernah popular satu ketika dahulu. Melihat sesi latihan, ada semacam yang tidak kena. Mungkin saya...