Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 24 March 2007

Diari Akademi Fantasia Ep.11

Terasa pelbagai emosi bila menonton Diari semalam, Ep.11. Dalam ketawa melihatkan Dekna bersama Amy Mastura, tersentuh mendengar cerita-cerita peribadi pelajar. Dah 4 musim AF berlalu, cerita peribadi yang merungkai personaliti pelajar pasti menjadi perhatian. Itu yang penonton Melayu mahu tengok. Drama. Sentiasa jadi kegilaan penonton Melayu.

Dekna sakit hidung berdarah dan telah dihantar ke klinik. Memang kelakar tengok Amy Mastura jadi doktor. Segala aparatus dia guna untuk check Dekna. Dekna punyalah tahan gelak sampai tak tertahan. Mana lah boleh tahan kalau dah depan mata Amy Mastura jadi doktor. Komitmen Amy Mastura pun saya tabik. Dalam waktu yang singkat, beliau dapat luangkan sikit masa untuk Dekna. Lagipun Dekna bawakan lagu Amy Mastura minggu ini. Kalau ada yang dah lama tak gelak, kena tengok klip ini.




Setelah kita mentertawakan aksi Dekna dan Amy Mastura, emosi penonton perlu diruntun dengan cerita-cerita peribadi pelajar. Dalam sesi Motivasi, pelajar diminta untuk bercerita tentang latarbelakang keluarga masing-masing.

Tanpa perlu menonton Diari, semua cerita itu lengkap ada di dalam ingatan saya. Cuma batas eksklusif program perlu dijaga. Kita selama ini didedahkan dengan personaliti luaran mereka. Adakah sudah cukup untuk kita memberikan markah hanya berdasarkannya ? Bagaimana dengan personaliti dalaman mereka ? Adakah kita tahu ? Kalau kita tidak tahu wajarkan kita menilai ? Inilah AF. Terima saja hakikat. Itu sebab kita buat Diari.

Pelajar datang dari latarbelakang yang berbeza. Ada anak yatim, ada yang terlebih ibu dan bapa kerana mempunyai bapa tiri dan ibu tiri, ada yang anak orang berada, ada yang yatim piatu, ada anak tunggal dan macam-macam lagi. Dari situ kita mula menyelami perasaan pelajar. Dari situ kita mula menyayangi mereka sehingga kita merasakan mereka adalah milik kita.

Tentu ada sebab kenapa Noni seakan-akan teragak-agak untuk bercerita tentang keluarganya. Tentu ada sebab kenapa Noni terasa kurang mendapat kasih sayang. Tentu ada sebab kenapa Mila sentiasa hilang dari rumahnya. Tentu ada sebab kenapa Farha perlu berusaha dan bekerja lebih masa.

Wujud perasaan syukur antara pelajar bila mereka mengetahui yang nasib mereka sebenarnya tidak sama.

Jika anda yang melanggan Astro.TV sedar, mereka perlu menulis sepucuk surat untuk diri mereka sendiri dan kemudian membacakan isi surat tersebut. Nak tahu kandungan penuh isi surat tersebut, ia bakal ditaip semula ke dalam blog pelajar.

Buat masa ini, saya masih lagi merangka cara terbaik untuk mengemaskinikan blog pelajar. Harap-harap satu hari kelak, pelajar akan tidak berahsia dengan setiap tulisan mereka di dalam diari mereka.

Bercerita tentang minus-one, saya sebenarnya suka dengan drama yang tercetus di antara pelajar tentang masalah minus-one mereka. Ada berlaku sifat tidak puashati antara pelajar. Lalu mencetuskan tekanan kepada pelajar. Cikgu sendiri telah menasihatkan mereka. Kerja mereka menyanyi. Kerja minus-one kerja orang lain. Pelajar harus buat kerja mereka. Bila wujud perasaan tekanan di antara pelajar, maka wujudlah drama. Ini baru minggu kedua, tekanan masih rendah. Bayangkan bila sudah mencecah minggu ke lima ke atas, pasti tekanan semakin memuncak.

Bunyi polifonik pada minus-one juga sebenarnya telah mencipta drama di kalangan penonton. Mereka tertanya-tanya apakah itu muzik yang akan mengiringi pelajar. Mereka tertunggu-tunggu perubahan yang akan dibuat. Lalu mencetuskan minat mereka untuk menunggu di hadapan tv menonton konsert.

Sebenarnya, setiap masalah perlu kita tukar untuk menjadi satu peluang. Itulah yang telah kita lakukan.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger