Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Standard Akademi Fantasia Melonjak Lagi

Entri oleh sultanmuzaffar 02 May 2009

Berjayakah enam pelajar Akademi Fantasia musim 7 merealisasikan impian dalam membawa teater muzikal kepada penontonnya ? Cabang seni yang sebelum ini hanya dinikmati oleh sekelompok masyarakat yang sering dianggap elitis, namun atas usaha produksi Akademi Fantasia, teater muzikal seakan dekat dengan penonton pada minggu ini.

Sesi latihan pelajar yang dibuat dalam tempoh yang agak singkat iaitu selama 5 hari sememangnya suatu yang mustahil untuk sesebuah produksi teater muzikal dipersembahkan. Namun stigma itu dilupakan untuk minggu ini. Berkat latihan intensif yang dilakukan, semuanya tidak mustahil. Itulah semangat enam pelajar yang masih menanam impian untuk terus berjaya di Akademi Fantasia.

Saya tahu latihan untuk produksi seperti Puteri Gunung Ledang The Musical dan P.Ramlee The Musical akan berlaku sepanjang tempoh 3 hingga 6 bulan. Tetapi pelajar Akademi Fantasia hanya melakukannya dalam tempoh 5 hari. Saya sendiri ternanti-nantikan hasilnya kerana usaha membawa kerabat teater PGLtM dan PRtM telah pun dilakukan oleh produksi.

Mari kita sama-sama saksikan dan nikmati satu cabang seni, teater muzikal menguasai Akademi Fantasia pukul 9 malam ini di Astro RIA.

Ulasan Keseluruhan

Saya kagum dengan semangat pelajar yang telah menampilkan persembahan terbaik mereka di Konsert 8 yang bertemakan Teater Muzikal. Bukan sesuatu yang mudah untuk menghasilkan sebuah pementasan muzikal dalam jangkamasa kurang dari satu minggu. Pelajar menerima lagu hari Ahad dan minus one pada hari Isnin. Mula belajar lakonan dan koreografi hari Selasa hingga hari Khamis untuk berhadapan dengan tenaga pengajar. Hari Jumaat sudah berada di Dewan untuk sesi latihan dan sound-check. Menang ia tempoh yang amat pendek. PGLtM dan PRtM berlatih lebih 3-6 bulan. Pelakon seperti Tiara dan Adlin telah pun melakonkan watak yang sama sejak dari versi filem. Watak-watak itu sudah seakan sebati dalam diri mereka berbanding pelajar yang baru mengenali apa itu naskhah. Jadi apa yang telah dipersembahkan oleh setiap pelajar pada minggu ini saya sifatkan amat cemerlang.

Perubahan tema yang mendadak minggu ini mungkin mudah diterima oleh peminat setia Akademi Fantasia. Namun terimalah dengan hati yang terbuka kerana itulah format yang boleh dilakukan oleh Akademi Fantasia untuk menerima sebarang perubahan. Jika ada yang merasakan nyanyian masih elemen penting dalam Akademi Fantasia, terimalah pelbagai cabang seni juga boleh menjadi elemen penting dalam program realiti ini. Jika mahu menonton pertandingan nyanyian sahaja, ada banyak saluran yang menawarkan untuk anda tonton. Drama, kejutan sudah begitu sinonim dengan Akademi Fantasia. Elemen teater muzikal saya terima dengan bangga, elemen AFMASUK ? Saya mengharapkan taktik yang berbeza digunakan.

Persembahan Pelajar

Persembahan Pembukaan : Dewa Perang (Puteri Gunung Ledang The Musical)
Persembahan Penutup : What Time Is It (High School Musical)




Jujurnya saya tidak menyukai persembahan pembukaan ini kerana kehebatan pelajar tidak diberikan limelight sebaliknya AC Mizal yang menyanyi. Pelajar hanya menjadi sebahagian daripada ensemble atau dalam istilah teater muzikal bermakna pelakon tambahan dan penyanyi latar. Pelajar sepatutnya diberikan tumpuan baik dari aspek vokal mahu pun koreografi. AC Mizal sepatutnya duduk di tepi dan bukannya menjadi penyanyi utama.

Sementara itu, lagu persembahan penutup diberikan nyawa oleh setiap pelajar. Koreografi yang ditampilkan juga bersesuaian dan cukup untuk lagu tersebut. Semangat muzikal begitu kental pada persembahan setiap pelajar dan itu yang saya mahukan minggu ini.

Segmen Puteri Gunung Ledang The Musical










Akim - Titah Sultan (Puteri Gunung Ledang The Musical)
Satu persembahan yang baik daripada Akim. Lagu yang asing di telinganya menjadi lebih baik dengan intepretasinya yang tersendiri. Memang sukar membawakan lagu tersebut kerana rentaknya yang bercirikan pop Broadway. Saya akui apa yang diperkatakan oleh Adlin tentang ruang kosong yang tidak diisi dengan koreografi menjadikan persembahan Akim nampak kosong. Saya tidak menyalahkan Akim seratus peratus kerana Akim telah pun diberikan koreografi yang secukupnya berdasarkan tempoh latihan selama seminggu atau pun kurang. Jadi adalah tidak adil untuk membandingkan persembahan Akim yang berlatih dalam jangkamasa 4 hari dengan persembahan Adlin yang telah pun menyerap watak itu ke dalam dirinya selama lebih 4 tahun. Di musim pertama pementasan PGLtM pun Adlin tidak diberikan koreografi yang cukup berbanding musim ketiga. Mutu lakonan Akim juga cukup untuk sebuah persembahan tersebut.

Claudia - Katakan (Puteri Gunung Ledang The Musical)
Saya kagum dengan usaha yang telah dicurahkan oleh Claudia dalam persembahannya. Saya dapat merasakan penghayatannya terhadap watak Gusti Puteri. Sama seperti Akim, adalah tidak adil untuk membandingkan watak Claudia dengan lakonan Tiara Jacquelina. Alasannya sama seperti yang saya senaraikan untuk Akim dan Adlin. Sekurang-kurangnya saya dapat mendengar nyanyian yang diberikan intepretasi berbeza oleh Claudia. Beza antara gandingan Akim dan Claudia dengan gandingan pelajar lain apabila Akim dan Claudia tidak digandingkan dalam adegan yang sama. Oleh itu keserasian antara dua watak dan hubungan antara dua watak itu tidak bertemu titik pertemuan. Itu kekurangan utama pada gandingan ini. Sayang sekali.

Segmen Impak Maksima The Musical






Yazid - Ratu Novella (Impak Maksima The Musical)
Saya boleh katakan segmen Impak Maksima The Musical dipersembahkan dengan baik oleh Yazid dan Aishah. Yazid memberikan satu persembahan yang mantap apabila keluar dari kebiasaannya. Saya percaya kekuatan itu datang dari tenaga Aishah. Nyanyian Yazid baik dan berjaya memberikan warna pada lagu tersebut. Saya tertarik dengan karektor yang ditampilkan oleh Yazid dalam lagu tersebut. Agak mudah membawakan watak-watak dari genre realisme yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian dan hasilnya amat membanggakan saya.

Aishah - Slot Akasia (Impak Maksima The Musical)
Saya terkejut apabila Aishah berjaya menampilkan mutu lakonan dan nyanyian yang cemerlang. Jika Aishah tidak tersingkir, dia saya anggap pelajar cemerlang minggu ini. Elemen penting dalam teater muzikal iaitu lakonan berjaya dibawakan oleh Aishah dengan cemerlang. Elemen nyanyiannya juga mantap. Saya percaya gandingan Aishah dan Yazid berjaya meyakinkan saya ada sisi lain pada kedua-duanya yang boleh diteroka lagi. Seboleh-bolehnya saya mahu melihat persembahan beliau lagi di masa akan datang.

Segmen P.Ramlee The Musical





Isma - Mulanya Cinta (P.Ramlee The Musical)
Saya tidak mendengar Siti Nurhaliza di dalam persembahan Isma minggu ini. Ia merupakan elemen paling penting yang selalunya ada pada Isma tetapi berjaya ditinggalkan minggu ini. Nyanyiannya dekat dengan saya dan penghayatannya menjadi. Gandingan Isma dan Hafiz amat kena dan saling lengkap-melengkapi minggu ini.

Hafiz - Di Manakan Ku Cari Ganti (P.Ramlee The Musical)
Lagu Di Manakan Ku Cari Ganti versi Hafiz adalah yang terbaik darinya minggu ini. Saya kagum dengan persembahan yang ditampilkan oleh Hafiz, baik dari elemen lakonannya dan nyanyiannya. Dua elemen itu lengkap menjadikan persembahan Hafiz adalah persembahan paling cemerlang.

Menuju Puncak

Penyingkiran Claudia & Aishah



AFMASUK
Pengumuman AFMASUK tidak begitu mengejutkan kerana isu tersebut digembar-gemburkan minggu ini. Namun saya agak terkilan apabila mekanisme AFMASUK tidak diumumkan dengan teliti sebaliknya menimbulkan keraguan. Saya harus menyokong atas satu sebab tertentu yang tidak perlu saya nyatakan di sini, namun saya juga tidak menyokong pelaksanaannya.

Saya hanya menyokong AFMASUK sekiranya kemasukan semula pelajar yang tersingkir tidak terlibat dalam pertandingan ini lagi. Pelajar AFMASUk hanya dibenarkan membuat persembahan untuk memberikan nilai tambah kepada persembahan pelajar di Konsert Kemuncak. Cukup, itu saja. Pelajar AFMASUK diberikan peluang untuk belajar lagi selama satu minggu, diberikan lagu tugasan, lagu lama dan lagu baru dan mendapat keistimewaan yang sama diterima oleh Finalis sebenar.

Saingan akan wujud di kalangan mereka sekiranya Finalis akan merasa tercabar sekiranya pelajar AFMASUK memberikan persembahan yang lebih baik daripada Finalis sebenar di Konsert Kemuncak kelak. Namun mungkin ada yang melihatnya adalah tidak adil kepada pengundi AFMASUK yang bertungkus-lumus mengundi untuk memasukkan pelajar kesayangan mereka. Undian SMS juga akan kurang untuk satu Finalis yang tidak menerima undian hanya kerana membuat penampilan istimewa dan tidak turut bertanding.

Berbalik kepada mekanisme AFMASUK, bilakah ianya akan bermula. Hari Isnin ? Hingga hari apa ? Hari Sabtu ? Jadi bagaimana dengan persembahan pelajar di Konsert 9 ? Apakah ada penyingkiran Sabtu ini ? Sekiranya ada penyingkiran, bagaimana dengan peluang pelajar tersebut untuk diAFMASUKkan ? Tentu sekali tiada dan ini AMAT TIDAK adil untuk pelajar tersebut kerana tidak berpeluang dimasukkan semula.

Cadangan saya cuma satu. Tiada penyingkiran di Konsert 9 Sabtu ini. Empat pelajar yang tinggal sudah pun menjadi Finalis di Konsert Kemuncak AF7. Undian masih masuk dan tidak ditutup Sabtu ini. Keputusan AFMASUK diumumkan Sabtu ini dan undian untuk Finalis ini baru saja bermula. Jika peminat pelajar AFMASUK mempunyai semangat kental untuk mengejar, silakan.

Ia merupakan gabungan antara idea AFMASUK di AF2 dan AF4. Tetapi kalau mahu lebih ADIL, pelajar AFMASUK hanya muncul buat persembahan dan diberikan keistimewaan yang sama dengan Finalis. Itu ADIL bagi saya.

Jika minggu ini merupakan minggu teater muzikal, maka lakonan juga diberikan tumpuan pada Tenaga Pengajar dan Produksi sendiri. Nampaknya pelajar lebih baik berlakon dari tenaga Produksi.

Pilihan Transformasi sultanmuzaffar

Hafiz - Di Manakan Ku Cari Ganti (P.Ramlee The Musical)
Aishah - Slot Akasia (Impak Maksima The Musical)
Isma - Mulanya Cinta (P.Ramlee The Musical)
Akim - Titah Sultan (Puteri Gunung Ledang The Musical)
Yazid - Ratu Novella (Impak Maksima The Musical)
What Time Is It (High School Musical)
Claudia - Katakan (Puteri Gunung Ledang The Musical)
Dewa Perang (Puteri Gunung Ledang The Musical)

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

YAZID – 29
ISMA - 27
HAFIZ – 15
AKIM – 10
AISHAH – 9
CLAUDIA – 9

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

YAZID – 22
HAFIZ – 21
ISMA - 20
AKIM – 14
AISHAH – 13
CLAUDIA – 11



Jom Ke Gala TV



Blog Lain :
BadrulAfterSix

82 komen

  1. Anonymous Says:
  2. nak tengok standard pelajar melonjak sampai mana? sampai syurga tak?hehehe..

     
  3. Anonymous Says:
  4. Persembahan Hafiz dan Isma memang telah melonjakkan standard AF malam ni. Persembahan terbaik dan paling diingati sepanjang sejarah AF. Airmataku menitis dengan ikhlas tengok Hafiz nyanyi lagu di mana kucari ganti. Bagaimanapun bila ada AFmasuk saya sebagai pengundi rasa tertipu. Mcm dirancang je semua tu. Ni telah menjatuhkan standard dan keradibiliti AF dan Astro. Tahniah atas lakonan anda menipu pengundi-pengundi AF..

     
  5. Anonymous Says:
  6. mmg saya terkejut... terkejut dgn kejutan yg tidak mengejutkan. sayang sungguh krn ending konsert yg boleh dikatakan happening begitu anti-klimaks sekali... spt menonton siaran ulangan. such an overrated reality show with a clear objective - just to make money.

     
  7. Anonymous Says:
  8. Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

    PELAJAR dan PERATUSAN (%)

    YAZID – 29
    ISMA - 27
    HAFIZ – 15
    AKIM – 10
    AISHAH – 9
    CLAUDIA – 9

    Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

    PELAJAR dan PERATUSAN (%)

    YAZID – 22
    HAFIZ – 21
    ISMA - 20
    AKIM – 14
    AISHAH – 13
    CLAUDIA – 11

     
  9. Anonymous Says:
  10. Heran lah... Kenapa peratusan Yazid tinggi yerr... Nyanyian pun tak seberapa...!!! Yazid dah sepatutnya awal terkeluar..

    HAFIZZZzzzzz akan jadi JUARA ... =D

     
  11. Anonymous Says:
  12. Tue la pasal...apa lah ada pada Yazid yg org dok mengundi...nyanyi first note dah masuk salah...tolong la...jangan bg malu AF kuarkan produk yg tak seberapa macam nie....

     
  13. Anonymous Says:
  14. yeah undi2 gak tp rezeki la namenya tu i myself xfhm org yg minat yazid ni tp mmg die ni fan base very the strong one, tp saye rase yg penting tempatkn peljr yg kita minat tu kt final dulu, lepas tu undi la bagai nk rak org yg nk kita champion kn right guys? Yg penting mst dpt tmpat kt final

     
  15. Anonymous Says:
  16. pada kefahaman saya principal tiara maksudkan afmasuk hanya antara claudia dengan aishah. kalau tengok statement ac lepas principal buat announcement, die pun faham begitu.
    memandangkan astro telah mengatakan bahawa tiada afmasuk untuk musim ini, saya tertanya2 adakah pihak produksi sengaja mengeluarkan dua pelajar agar principal melatah dan menggunakan kuasanya untuk membuat afmasuk. mungkin produksi akan mengatakan kalau hendak buat afmasuk perlu melibatkan semua pelajar yang terkeluar dan bukan dua pelajar tersebut. tujuan mungkin untuk memasukkan semula aril yang tanpa disangka-sangka telah terkeluar minggu lalu.
    tapi ini hanaylah pandangan peribadi.mungkin saya tersalah faham announcement principal. lagipun principal belum menjelaskan maksud announcementnya. mungkin dalam diari malam ini akan terungkai jawapannya.

     
  17. Lady Zuely Says:
  18. SM

    Tolong la inform kat pihak ASTRO untuk cepat bertindak recordkan lagu baru graduan AF ni lebih kurang macam OIAM buat. Bukan pasal tiru meniru, yang baik elok la diambil. Malu la dengar lagu final budak2 AF berbulan2 n hampir setahun baru record.

     
  19. Anonymous Says:
  20. transformasi sengal...

     
  21. Anonymous Says:
  22. AKu konfirm Aril masok balik. Sungguh tidak adil bagi 6 student yang telah bertungkus lumus menjayakan konsert malam tadi...tak adil, sungguh tak adil!!!

    Neways, AKIMMMMMMM......

     
  23. Anonymous Says:
  24. aku pun rase Aril yg msok!! peminat die ramai..peminat akim,vote akim byk2....hntr die g final...

     
  25. Anonymous Says:
  26. WHATTT? AISHAH TERSINGKIR?????

     
  27. nasim Says:
  28. Ye...kesemua pelajar berjaya.. cuma principal yang kurang berjaya. AFMASUK? for what? Letih2 6 pljr ni bersusah pyh berlatih utk tetaer muzikal nih...tetibe sesorang yang lain (kecuali aisyah dan claudia) plak yg masuk skip mende2 nih. Ini x adil? Kenapa tidak kekalkan sj aisyah dan claudia drpd buat afmasuk? drama apakah ini? Adakah drama ini for Aril yang sgt2 diminati anak lelaki principal? this is BS!!

     
  29. nasim Says:
  30. Pasal yg principal announce tu kan.Katakanlah hanya utk claudia dan aisyah? baik takyah kuarkan dedua..kuarkan sorang je. Atau kalau nak sgt guna kuasa veto takyah kuarkan dedua. selamatkan 2 org tu utk mnggu ni effort utk diorang kerja keras wat teater nih. Tapi kalau afmasuk utk semua yg keluar dah? hmmm mmg bs..and double bs lah. tah papelah..

     
  31. anggun99 Says:
  32. tak suka AF MASUK!!! Transformasi konon!!! :p

    AF shud stop doing this unpredictable elimination. Skejap 1, skejap 2, skejap takder, skejap 3..

     
  33. MummyMyra Says:
  34. what the heck this AFMASUK....

     
  35. Anonymous Says:
  36. Dissapointed with pengetua n astro ...ngapa afmasuk n ngapa tak dibuat minggu tak de penyingkiran ... ape2 pun aishah dah tebus hutang pada pengundi dia ... walaupun dia keluar aku rela 3 atau 4 je ke finals ... but with this afmasuk memang sedih tul ... this week memang the best konsert week dari segi persembahan semua pelajar and worst week dari segi keputusan afmasuk n 2 peningkiran ...

     
  37. Anonymous Says:
  38. Madam Principal had cheated the remaining students and Pengundi pengundi. She set the photo of a sprinter who first got to the finishing line and the remaining students was motivated to reach the tape first. Now she wants students who had fumbled during the sprint to join in the race. What sort of transformasi is this???
    Clear indication she wants to bring in her favourite. You and me know who.

     
  39. Anonymous Says:
  40. Yes we all know who the favourite is and we also know why all the above negative comments were made. At last they felt threatened..AGAIN! Student who could actually overshadow their beloved student at concert will probably be voted in again! Its funny how they could actually accept if only Aishah and Claudia eligible for the AFMASUK but not the other students. Probably these 2 students are not such a threat. I personally don't like AFMASUK but I can't blame the student AFMASUK by his/her fans. It's not his/her fault. This is AF and it has been aired for 7 years. By now we should know anything could happen in this popular reality show. This is the 3rd AFMASUK in the history of the competition. There are 3 students who actually stands out and deliver best performances when they were eliminated.. Zizi, Qhaud and Aril and still they were eliminated, is that fair to them no but it is fair to the remaining students fans who voted regardless how bad their favourite students performed. Both Aishah and Claudia did not perform as good when they were eliminated and i felt it is fair for them to be eliminated. There's nothing much we could do about AFMASUK. Hopefully we are not going to see another long typed letter complaining on the bias treatment of students due to the announcement of AFMASUK. We just have to accept it as part of the show and vote like mad to save our favourite students. My favourite student has been voted out but I will not join the AFMASUK voting. However, if he/her is voted in and he/she excelled in the next concert, I will surely vote for him/her to reach the final.

     
  41. pisKonG Says:
  42. AF nie makin pelik pulak aku tgk.... diaorang sepatutnya had kan penyingkiran kepada 1 peserta setiap minggu, ini tidak, kejap 1, kejap 2, mcm main2 pulak! nie sudah kes menipu pengundi! pastuh dibuat pulak AFMASUK, aper ASTRO n HOTLINK dah tkder duit sampai n buat AFMASUK nie, come on ar! So stupid enuff said!

     
  43. nas Says:
  44. no...as student still in competition fan i'm not threatened by whoever will probably voted in again.

    Cuma afmasuk sesuatu perkara yang menjengkelkan dlm af dan timing buat afmasuk ni waktu yang tak sesuai. Sy hnya setuju afmasuk sewaktu Mawi dulu dimana ia dibuat pd awal2 pertandingan dimana takde favourite student lg yg peminat pilih untk diorang undi sbnr2nye. Tp sgt tidak setuju bila afmasuk dibuat lg 2 mnggu nak final. Sejarah af dah tunjuk pelajr yg di afmasuk tak sehebat mana pun bila keluar af.Peminat saja yg over nak diorang masuk final...padahal seblum tu pelajar tersebut pernah trsingkir tanpa undian peminat tu sendiri.

    Satu lagi,sgt kejam bg pelajar yang terakhir keluar sebelum afmasuk diumumkan..xkisahlah walaupun dia xbagus mlm td tp diorang mmg kekal drpd mnggu lepas sbb kedudukan diorang.

    Pengetua kononnya menggunakan kuasa veto. kenapa tidak gunakan kuasa veto kekalkan sj semua pelajar mlm td?Penonton, peminat af dan pengundi taulah apa yg sdng brlaku walaupun andaian tp kekadang menepati.

    I hate afmasuk whoever pun yg masuk semula i xsuke. I peminat Hafiz..even Hafiz keluar pun ai tak suke afmasuk hafiz.Tp taulah kan pelajar yg betul2 bagus takkan terkeluar insyallah. Dan..pelajar yg dikatakan bagus n terkeluar yg lepas2 xsemestinya betul bagus..buktinya takkanlah terkeluar kan?

    Wat persembahan last ke...awal ke... kalau pengundi tak suke tetap terkeluar kan. So takyahlah afmasuk...tarik baliklah..

     
  45. Anonymous Says:
  46. Teruja aku nak tunggu esok diari... nak dengar pengetua explain and give reasons ngapa dia gunakan power dia untuk afmasuk tu ... better give a good one pengetua ... dalam diari int tadi even ida nerina pun cam teragak2 nak jawab bab sokong tindakan pengetua and at the same time hope people will not 'benci' student yang masuk tu nanti ... both yazid and akim pilih aril walaupun dari riak muka cam tak xcited giving reason yang banyak org terkejut dengan penyingkiran aril and yazid siap cakap aril tu ape yang di cari af .... hope they are not disspointed ... well tunggu je lah monday ni ...

     
  47. Anonymous Says:
  48. To all : i think u all have to accept that anything can be happen in this reality show because it's already 7 yrs.And i think the students also has mentally prepared to face all this thing..it's drama!!
    Kalo tak suka jgn vote,kalo suka vote!!Noboby force u guys to vote what..:p

     
  49. This comment has been removed by a blog administrator.  
  50. This comment has been removed by the author.  
  51. Anonymous Says:
  52. yeah mmg kantoi pn,

     
  53. Anonymous Says:
  54. ade satu ganding lagi dalam konsert semalam... tiara ngan sarimah .. leh buat ulasan tak ... larikkkkk

     
  55. kayzz Says:
  56. apa pun keputusan akedemi untuk buat AFMASUK.. kiter tak leh nak buat aper dah..
    sy harap klau pelajar yg AFMASUK nanti tak bertanding untuk merebut JUARA.. hanya finalist sebenar saja yg layak.. tapi pelajar AFMASUK nie boleh bertanding untuk persembahan terbaik.. kalau ada lahhh..

     
  57. Anonymous Says:
  58. ish yg tiara ngan sarimah nmpk benar berlakon nya, obvious sgt konon2 jer tu eeei geram nya deorang ni main2kn kite hidup2 tu la akademi fantasia

     
  59. Anonymous Says:
  60. nama pun akademi fantasia. macam tak paham2 viewers ni pun. drama, kejutan, AF Masuk, keluar 2 orang, keluar 3 orang - semuanya elemen akademi fantasia. kalau tak puas ati takyah tengok. tak boleh kan? tetap nak tengok jugak kan, apa yang akan berlaku kan....
    itu lah penangan AF. takyah mengabiskan tenaga nak marah2... kalau suka tonton, kalau tak, takyah

     
  61. Anonymous Says:
  62. it's not about nak duit lagi, dengar2 votes memang belambak, dah nak sama mcm AF3 dulu time Mawi... it's all about ada pelajar2 yang tersingkir lebih terserlah dan patut berada di finals mcm ARIL & Zizi. so up2u ols lah. kalau tak suka takyah participate and tonton

     
  63. Anonymous Says:
  64. harap pengetua dan produksi dpt buat ulasan psl AFMasuk...siapa sebenarnya dalang? kami pengundi mahukan keadilan.. kesian aishah lg mangsa wpun % undi sama dgn akim

     
  65. kakjahku Says:
  66. jgn salahkan ARIL bila ada afmasuk..

    AF..apa pon ditangan estro..hu2

     
  67. TokSky Says:
  68. BRAVO and CONGRATULATION is in order for AF7 Concert ke-8. It was AMAZING to see the students performed after 5 days of practice ONLY...Tabik SPRING utk Priciple Tiara dan konco-konconye yg bekerja keras utk konsert-8. Tak ketinggalan kpd semua pelajar yg very HARDWORKING utk menjayakan minggu yg mencabar. SALUTE to AKIM kerana tidak gentar dgn Adlin @Sultan yg hadir sbg pengkritik. For me, he did very WELL dgn menyanyi, menari dgn character yg berjaya sbg Sultan Melaka as it was not easy utk bawak watak Sultan if you watched PGL. Claudia, nyanyian Ok tapi sayangnya pembawakan character sbg Gusti tidak menyerlah, maybe sbb dah tengok Tiara bawak watak tu. Tidak terperanjat Claudia terkeluar. Kenapa tak jadikan je siAkim sbg Tuah so that ada flow dgn Claudia dlm sesi PGL??

    Yazid beruntung kerana Aisya memang telah menghidupkan watak dan menyebabkan koloborasi mereka menjadik. SAYANG sekali Aisya terkeluar sebab suker nak tangok Aisya dalam FINAL.

    Isma & Hafiz beruntung kerana citer P Ramlee amat dekat dihato orang ramai samada muda atau tua. Filem-filem Pramlee pun sentiasa ada di TV. Gandingan yg baik dan persembahan yg menjadi.

    Terperanjat jugak bila persembahan lagu Dewa Perang diteraju oleh AC. Kurang penonjolan diberikan kpd pelajar dari segi kostum (lebih kurang penari pengiring) dan juga persembahan sbb kamera pun byk fokus AC berbanding pelajar. Penat sudah para pelajar berlatih dgn tungkus lumus, hasilnya sebegitu. Amatlah rugi sekali..

    Lagu What Time Is It amat entertaining especially pelajar lelaki yg berjaya menonjol berbanding pelajar wanita. Kenapa Claudia nyanyi mcm nak tak nak aje?

    Anyway, sangat berbangga dgn potensi pelajar AF7 semasa dikonsert-8. Mereka yg tinggal memang layak utk terus ke final dan sepatutnya Aisya harus bersama-sama mereka kepentas final.

    Mengenai AFMASUK, pemahaman Tok memang ia dibuka hanya utk Claudia dan Aisyah based on the announcement selepas konsert oleh Principle Tiara. Terkejutnya Tiara adalah disebabkan dua pelajar terkeluar which was not expected by her and she wanted one of them to stay. For me, Aisya deserves to continue and be voted IN for AFMASUK.

     
  69. yun nurun Says:
  70. yang jd mangsa AFMASUK nt adalah student yang dipilih tuk masuk semula...kesian...mst ramai yg kutuk padahal bkn salah dia...pas2 klu mng top3 plak..kena boo cm linda masa af2..

    yang untung...Astro lah...

     
  71. Anonymous Says:
  72. untung tetap akan untung. terima kasih kepada pengundissss jugak.

    confusion pasal pengumuman tu memang lah amat ketara. rata2 orang ingat AFMASUK hanya akan termaktub between claudia and Aisha je... tapi realistik la sikit, takkan la pulak astro nak buat mcm tu. previous AF yang ada AF MASUK kan untuk semua yang terkeluar.....

    UNDERSTOOD

     
  73. eyzzah Says:
  74. Cam di rancang je AFmasuk tu. Lagi satu, video Kak Mah tu nampak pelik lah. Diari INT kan hari ahad. Tapi, agak musykil lah sebab akim tengah buat rehearsal kat belakang. Pandai betul yer diorang ni berlakon.

    Kan dah kantoi.

     
  75. mdmee Says:
  76. WOW ... The best consert in AF7 .. aku benar-benar terhibur !!

     
  77. mdmee Says:
  78. Ala ... memang dah dijangkakan sesuatu akan berlaku ... especially bila AC umumkan penyingkiran pada 10.30 pm !!! sepatutnya konsert tamat pada 11 pm !!

    Dalam masa 30 jam tu boleh le pihak akademi buat macam-macam lakonan @ drama .. kali ni AF masuk.

    Apa pun layan aje AF ni ..jangan stress and enjoy the ride :)

     
  79. mdmee Says:
  80. satu lagi ..statement pasal 3 bulan practice utk muzikal vs 5 hari practice utk AF tak boleh pakai .. IMHO.


    Muzikal = persembahan selama 2 jam kena le practice berbulan-bulan

    AF = persembahan selama 6 minit .. memadai le kalau practice 5 hari.


    Apapun ..aku rasa bangga juga le dengan budak AF7 ni buat persembahan yang agak baik.

     
  81. Anonymous Says:
  82. Dalam 30 min tu pun tak sempat dua budak tu buat ucapan terakhir ... semua gara2 drama yang terkantoi tu .... memang sedih pengetua pun terlibat sama ... waaaa

     
  83. mdmee Says:
  84. Aku punya prediction le ... drum roll please ...

    WoK akan kembali ke AF7 .. muhahahahahahaa !!!

    Tiada penyingkiran pada konsert ke-9 - kalau ada pun ... AKIM akan terkeluar.

    Wok akan dapat juga baju dari GUESS

    Juara adalah antara Hafiz dan Isma ... Yazid dan Wok pecah undi !!!

     
  85. mdmee Says:
  86. Anonymous ... tulis le nama hang kat Name/URL ... seronok sikit bila ber"comment" :) :) :)

     
  87. mdmee Says:
  88. heheheheh ..sorry byk pula comment hari ni .. ari ni free sikit

     
  89. TokSky Says:
  90. Mintak ASTRO tolong buat DVD Konsert ke-8 sebab very unik dan gempak.

     
  91. Anonymous Says:
  92. apa yang terkantoinya??????

    penyingkiran 10.30pm? kelakar la korang nih... abis tu dah tentu 6 orang pelajar je, pastu ada 2 lagu bonus, pendek le waktunya.

    cuba pikir betul2 and kira

    lagi satu Diari INT memang la kisah dorang kat belakang tabir. sape kata Diari INT LIVE?

     
  93. Awok2 Says:
  94. Konsert ke8 af7 bg ak antara konsert terbaik di antara sume musim af.TETAPI pengumuman AFMASUK wt ak xpuas hati.bg ak AFMASUK dah x relevan.yg dah keluar biarlah.rezeki mgkin ad kt luar.dah ler principal belakun.adoi ape nie.thula af7 nie transformasi agak2 r.sarimah plak nk belakun konon2 trkejut.si ac buat2 trpinga2 kunun x thu ape2.menyampah r cmnie.bg ak aril xyah dpt afmasuk 2.tanpa afmasuk die bleh berjaya.kalo btol2 ad afmasuk ak setuju ngn cara SM.bg aishah x patot kuar.lg pn peratusbn die beza bnyk ngn claudia 2.

     
  95. Awok2 Says:
  96. Pasal diari int 2,ak rase cm ad x kene jer..time sarimah ckp ad 2 penyingkiran n afmasuk..sb kt blakng ad akim tgah perform kn..xthu r kalo ak clap.SM tlng bg komen ckit pasal nie.

     
  97. Zee Says:
  98. awwwooookkkkkkkk

     
  99. Z Says:
  100. ye lah AFMASUK ni takyah ada pun

    memang tak fair la. kesian yang dah tentu masuk final tuh...

    tapi i think mesti ada sebab dorang lakukannya

     
  101. Anonymous Says:
  102. saper yang tak percaya boleh pegi ke link nih

    http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=416796&extra=page%3D1&page=1

     
  103. Anonymous Says:
  104. kenapa komen chedd dan sm pasal diari kantoi tu dideletekan? astro nak tutup tembelang kah? keji tau!!!

     
  105. mdmee Says:
  106. tsk..tsk.. Astro, Astro

     
  107. Anonymous Says:
  108. boleh tak peminat AF dan pelanggan ASTRO sekalikkk menyaman ASTRO??? kan dah sah2 MENIPU....buat ape AFUNDI kalau tau dah dirancang awal yang AISHAH dn CLAUDIA akan sengaja ditendang keluar...ya ALLAH..sape punya akal nih..BUSUK!

    -ati-

     
  109. mdmee Says:
  110. hheheehehhe .. Astro ni dari AF1 dulu lagi dah menipu penonton dengan menapulasi keadaan ... takan le sekarang baru sedar kot.

    IMHO its part of strategi pemasaran AF utk dapat rating tinggi.

     
  111. Anonymous Says:
  112. uiks! ade komen kne delete? konspirasi? hehe.. x saba nk tgk ulangan diari INT... tgk ape lg yg telah dibuat...upss... :p

     
  113. Anonymous Says:
  114. tak paham la, apa yg ditipu oleh diari?????????????

    kan ke programnya meng'hilite' di sebalik tabir? apa yang tipunya...?

     
  115. Awok2 Says:
  116. Btol x sbr nk tgok diari int..entah trus x tayng...haha..ape nk jd ngn astro..smata2 untuk afmasuk..penonton dpermainkn..pengundi2 aisyah n claudia dtipu hidup..SB APA LG AFMASUK LA...

     
  117. caca Says:
  118. ..akhirnya jatuh ke tanah juga...

     
  119. Anonymous Says:
  120. ingatkan minggu nie tiada penyingkirn sbb susah payah pelajar berlatih tuk teater muzikal...anggap lah sbg bonus. Kesian pada aishah dan claudia..... AFmasuk merosakan transformasi af7....x perlu lah AFmasuk.....ataupun kalau adapun AFmasuk...biarlah minggu nie pelajar yg terkeluar buat persembahan manakala pelajar yg masih tinggal nyanyi tuk lagu bonus ajer.....waktu tu lah undian di buka untuk menilai siapa yg layak masuk....

    -sue-

     
  121. Anonymous Says:
  122. hahahah...astro kantoi

     
  123. TokSky Says:
  124. Diari Int memang tak LIVE. Yang silapnya bila cameraman at the beginning masa Sarimah start memberitau pasal tersingkirnya dua pelajar ada background kat stage nun dibawah ada Akim tengah rehearse for Titah Sultan (must be during full dress rehearsal). Maknanya apa yg kita nampak lepas konsert adalah drama semata-mata. Termasuklah bila Sarimah (dah ready dgn microphone)interview Tiara. Anyway, this is AF so kami menerima sadanya.....

     
  125. Anonymous Says:
  126. OIC... paham paham...

     
  127. Anonymous Says:
  128. semua realiti tv pun menipu... korang jugak yang tertipu har har har.... seronok sgt menonton sampai tak sedar di tipu.

    reality shows mat salleh lagi la menipu. siap boleh plan dramas, lakonan semula lagik. tak bising pulak?

     
  129. mdmee Says:
  130. tengok wayang cerita apa-apa pun tipu jugak !!!! tapi orang sanggup bayar asal terhibur ...

    contoh ... wrestling WWE .. semuanya tipu tapi ramai jugak orang tengok walaupun mereka tahu wrestler kesayangan mereka hanya berlakun .. yang penting bagi mereka adalah entertainment value !!!

     
  131. Anonymous Says:
  132. http://www.youtube.com/watch?v=5GEUKGbkjZU

     
  133. LADY DEE Says:
  134. tipu lah astro, jgn tak tipu...

    kang tak berkat kang..SEMUA GAJI ORG KAT DLM PRODUKSI TU KANG TAK BERKAT..HAA...BERI MAKAN ANAK BINI ... NANTI JADI BARAH, MENANAH..BERULAT, ...KUENG KUENG KUENG...


    TIPULAH LAGI..

    WALAUPUN ASTRO/ THE PRODUCTION MAIN OBJECTIVE IS TO MAKE PROFIT..BUT KENA INGAT ABOUT UR SOCIAL RESPONSIBILITY!!! JGN TIPU PENGUNDI K! BERDOSA

    LAGI2 ..PENGUNDI GAK YG TERTIPU..TIPAH TERTIPU BANG, TIPAH TERTIPU!! HUK HUK

     
  135. Anonymous Says:
  136. AF DAH KANTOI. HARI ISNIN BIASANYA LEPAS ULANGAN KOSNERT ADA DIARI INT, TAPI DIA TAK SIARKAN, TP DIA SIARKAN THE MAKING OF BOHSIA. DAH TERKANTOI NAK TUTUP LA?

    ASTRO, SEPANDAI2 TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUGA.

    KITORG DH MASAK LA DGN PENIPUAN KORANG UNTUK 7 MUSIM DH NI. NASIB KESETIAAN SEMUA KUAT LAGI.

     
  137. Anonymous Says:
  138. kelakar, kelakar, betul2 kelakar la korang ni. selalu di tipu tapi nak tengok lagi ....

    kesian jugak gua baca korang punya luahan.....

     
  139. mdmee Says:
  140. Astro, Astro .. apa nak jadi ..

     
  141. TokSky Says:
  142. Alamak you guys and gals...this is a reality show, kekadang ada kesilapan tapi yang pentingnya ENJOY.....After all, yg penting adalah LIFE bekas para pelajar in the real world. Support je la yg korang minat tu dgn sepenuhnya so that they can make it. Kita tengok je AF6, yg nampak hidup dan menyerlah cuma Stacy and Nubhan. Got what I mean.....

     
  143. Anonymous Says:
  144. yes TokSky! salute you.

    bagus kalau semua orang ada pemikiran mcm u.

    tengok lah nanti after habis AF7 sape yang akan menyerlah.

     
  145. kakjahku Says:
  146. tgk af pon nak stress2 ..hapeda korg neh

    yg penting..

    AFMASUK ARIL!!
    TERBAEKKKKKKKKKKKK WOK!

     
  147. Anonymous Says:
  148. KENAPA TAK CAKAP JE ARIL MASUK SEMULA?

    TAK PAYAH AFUNDI MASUK ATAU APA2 PUN,KAN SENANG?

    INI SEMUA KERANA NAK MASUKKAN SEMULA ARIL SEBAB RAMAI BG PUJIAN MELAMBUNG MENGALAHKAN ARTIS YG DAH TERKENAL.

    NAK JAGA STATUS DAN RATING AF KAN?

    INI PERTAMA KALI SAYA TERPESONA DGN PERSEMBAHAN PELAJAR AF DAN PERTAMA KALI SAYA DIPERBODOHKAN OLEH TEAM AF!

     
  149. Anonymous Says:
  150. belum tentu aril yang masuk.

     
  151. Anonymous Says:
  152. Yela kakjah bg je la afmasuk si aril..ak dah x tgok af sejak af6..lg pun afmasuk dah diumumkan..tapi x semestinyd c aril 2 yg dapt...bg aku c aril nie pandai bermuka2..bajet jujur n nk jd dri sendri konon..kakjah ak peminat RIZ..

     
  153. Ayyman Rahim Says:
  154. Afmasuk aishah!

     
  155. kakjahku Says:
  156. komen anonymouse

    'Yela kakjah bg je la afmasuk si aril..ak dah x tgok af sejak af6..lg pun afmasuk dah diumumkan..tapi x semestinyd c aril 2 yg dapt...bg aku c aril nie pandai bermuka2..bajet jujur n nk jd dri sendri konon..kakjah ak peminat RIZ..'


    ____________________________

    bg aku..ARIL n RIZ sama..xhipokrit..terpulang pd penilaian masing2 ok..ARIL ada rmai kwn..kalu dia bermuka2..dah lama kna pulau kan..
    4 ur info kan..kak MUZ pon minat ARIL..hu2

    AFMASUK10 ARIL KE 32999

     
  157. TokSky Says:
  158. Ada terbaca kat mana tak pasti yg kemungkinan satu pelajar wanita dan satu pelajar lelaki akan masuk for final. Mungkin 5 atau 6 pelajar akan beraksi for final. Anyway kalau kekalkan 6 for final pun OK sebab pelajar tahun ni antara kumpulan pelajar AF yg terbaik dari segi vokal, attitude dan personaliti.

     
  159. Anonymous Says:
  160. Tok Sky i read somewhere yg konset ke 9 ni xde penyingkiran cuma umum afmasuk n sorang je not 2 n then konset 9 the students seme gi final entah le i have tried asked badrul but he has not answered yet dont know how far the truth is

     
  161. kakjahku Says:
  162. Tok Sky..harap betulla kan..2 org..
    ARIL n AISHAH..hu2

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger