Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 30 March 2006

Masa Untuk Promosi Khidmat Masyarakat
Oleh kerana ini blog saya, maka saya pilih untuk promosi apa yang saya suka. Jika ada permohonan promosi yang tidak saya layan, harap dapat faham. Semalam saya berpeluang untuk menonton Gubra untuk kali ketiga. Kali pertama saya tonton sewaktu tayangan versi rough-cut di Leo Burnett. Saya fikir saya tidak harus melepaskan peluang tersebut kerana versi rough-cut adalah versi yang telah siap sepenuhnya kecuali masih dalam proses adunan audio dan kualiti gambarnya masih tidak bagus. Menyedari ia adalah karya Yasmin Ahmad, saya harus tonton walau apa pun halangan yang datang. Pertama, ada kemungkinan separuh dari karya terbaik itu akan dicincang oleh Lembaga Penapisan Filem. Kedua, sebelum ia ditayangkan kepada umum versi dicincang, saya berpeluang untuk menonton sepenuhnya karya terbaik itu. Hasilnya telah saya ulas pada tontonan pertama ini dalam entri yang terdahulu yang mendapat reaksi pelbagai dari pembaca saya. Kali kedua saya menonton versi panggung yang mana saya mendapat satu kejutan. Filem Gubra lulus tayangannya tanpa sebarang potongan. Ya ! Tanpa sebarang potongan. Ini menjadikan apa yang saya tonton dalam versi rough-cut dan versi panggung tiada apa-apa kelainan melainkan versi panggung telah pun siap segala proses untuk menghasilkan sebuah filem. Waktu itu Gubra ditayangkan untuk pelabur antarabangsa yang datang ke Malaysia untuk melihat hasil kerja Yasmin Ahmad. Pandangan saya terhadap filem tersebut ternyata berubah menjadi lebih positif.

Semalam adalah tayangan untuk wakil media yang rata-rata datang memenuhi setiap ruang di dua panggung yang telah disewa oleh DiGi selaku penaja rasmi filem tersebut. Di sana saya bertemu ramai rakan media, pengkritik filem yang memberikan sokongan terhadap filem tersebut. Antara yang hadir pada pagi tersebut ialah Juan Danza dari URS, Rudy Imran dari Harian Metro, Joe Lee dan Meor Shariman dari Malay Mail, Faridul Anwar dan Suraya Alattas dari NST, Wanda dari Utusan, Shazwan dari Kosmo, Nurulhisham dari Berita Harian, Noor Azam dari Sinema Baru dan beberapa lagi. Walaupun ini sudah masuk kali ketiga, saya teruja ingin melihat reaksi para wakil media terhadap filem tersebut. Saya ingin mendengar sendiri pandangan mereka terhadap filem tersebut. Untuk membaca pandangan saya tentang filem tersebut, klik di sini. Ini adalah ulasan versi rough-cut.

Oleh itu, jika ada di antara pembaca blog saya yang ingin menjadi antara yang terawal menyaksikan filem tersebut bolehlah menyertai :

TSC Gubra Together-gether
Don't gabra-gabra, let's go see Gubra!
Hari : Khamis
Tarikh : 6 April 2006
Masa : akan diumumkan secepat mungkin (selepas jam 8 malam)
Maklumat lanjut : sila email teddisini(a)gmail(dot)com

TSC ialah The Storytellers Club yang lahir dari blog Yasmin Ahmad sendiri. Untuk maklumat lanjut bolehlah melihat komen terkini entri beliau untuk perkembangan terkini berkenaan tayangan tersebut. Satu peluang yang tentunya tidak mahu anda lepaskan.

Ulasan Gubra oleh :
Suanie
Erna Mahyuni
Klubbkidd
The Sun

Pledge Your Donation
Sekiranya anda mempunyai banyak wang dan ingin menderma, anda juga berpeluang untuk berbuat demikian. Satu projek yang dijayakan oleh BadrulAfterSix dan Leen Ash Burn's Second Lair (Happy 32nd Birthday To You !) yang akan diadakan pada :

Baitul Fitrah
07-05 & 08-05, Blok Tulip,
Pangsapuri Dahlia, Jalan Desa,
Bandar Country Home,
48000 Rawang,
Selangor Darul Ehsan

Tarikh : 8 April 2006
Tempat : Tesco Mutiara Damansara
Jam : 9 pagi

Perkembangan terkini tentang kutipan derma serta cara-cara menderma boleh diperolehi di blog BadrulAfterSix atau hubungi beliau di talian 012 - 2315540. Ingat ! Hanya untuk menderma dan bukannya untuk bercakap dengan Aiman ya !

InsyaAllah, saya akan turut serta. Lagipun kita sahabat lama sudah lama tidak bertemu. Yang perlu naik tongkang dari Labuan, silalah berbuat demikian.

Teater Alang Rentak Seribu
Sekiranya anda penggemar teater Melayu, sebuah teater bertajuk Alang Rentak Seribu akan menemui anda hujung minggu ini. Teater tersebut dijayakan oleh pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UITM Shah Alam pada :

Tarikh : 31 Mac, 1 - 2 April 2006
Jam : 8.30 malam
Tempat : Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur (hadapan Dataran Merdeka)
Matinee : 2 April, jam 3 petang
Masuk adalah PERCUMA !

Untuk sebarang pertanyaan dan makluman lanjut sila hubungi Pengurusan Pemasaran dan Publisiti produksi ini, Mohd Dzulfitri di talian 012-2282414 atau email done_event(at)yahoo(dot)com !

Bukan April Fool
Nampaknya dunia blog semakin melangkah ke hadapan dan saya merasa seperti ketinggalan jauh di belakang. Ini tidak boleh jadi ! Mereka sudah lawan taukey ! Apabila tiga orang sahabat blog saya iaitu Mat Jan, Tok Rimau dan Sinaganaga akan melancarkan buku-buku mereka yang bertajuk Ayah Kita Bos dan Jongkang Jongket ! Turut dilancarkan adalah sebuah Zine yang bertajuk Sabotaj oleh Jigo, OP dan Amir Mukhriz.

Tarikh : 1 April 2006
Tempat : Laman Seni, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur (sebelah Istana Budaya) Masa : 9 pagi - 5 petang
Masuk ada PERCUMA, beli buku harus dibayar !
Sila lawat laman web Bukan April Fool ! untuk maklumat lanjut.

Seperti yang tersiar di MStar "Dua lagi 'blook' Melayu terbit" hari ini.

CLEO 50 Most Eligible Bachelors
Sekiranya anda mempunyai kelapangan, anda juga boleh mengundi saya untuk CLEO 50 Most Eligible Bachelors. Peluang saya untuk menang adalah besar kerana Mawi tiada dalam senarai. Mungkin peminatnya terlupa untuk mencalonkan Mawi atau mungkin juga di kalangan peminatnya tidak membaca majalah CLEO. (ketawa) Opps ! I did it again ! Jangan marah ya, gurau saja !

Cepat ! Klik sekarang ! (ketawa panjang). Iklan ini ditaja oleh saya. Kaer tidak ada kena mengena dengan iklan ini. Semua perkataan adalah dari saya sendiri.

Teater 2 Bulatan Pukul 6
Karya dan arahan Namron
Tempat : Black Box Akademi Seni Kebangsaan (sebelah Padang Merbok, belakang Bank Negara)
Masa : 31 Mac (8.30 malam), 1 April (3 petang dan 8.30 malam), 2 April (3 petang)

Nota : Sudah macam ERA pula blog ini. Penuh dengan iklan ! Ada sesiapa yang ingin iklan lagi ? Sedang dalam mood iklan sekarang !

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger