Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 24 April 2003

Secara keseluruhan, semua kerja Pengarah sudah selesai. Aku puas hati dengan kerja beliau. Berlakon tidak mudah rupanya. Tinggal beberapa hari lagi sebelum malam persembahan. Aku cukup bersedia untuk menjadi Leman. Melihatkan kepada komitment semua pelakon, aku menjadi lebih bersemangat untuk menonjolkan sesuatu yang luar biasa. Ini pengalaman pertama aku berlakon di hadapan orang ramai. Gementar perkara biasa. Aku jika boleh mahu orang ingat siapa Leman dan fungsi Leman dalam teater tesebut.

Aku sudah mencuba kostum yang perlu aku pakai pada malam itu. Sudah dapat menggunakan semua hands prop seperti buku, pen dan cermin mata. Sudah tahu bila waktunya untuk aku memegang buku, membuka buku, memegang kerusi dan lain-lain. Kumpulan ada sehingga hari Jumaat sebelum full run rehearsal. Malam ini, latihan akan diadakan di tempat terbuka. Ujian lontaran suara. Aku akan cuba sebaik mungkin. Hari Sabtu aku akan berehat dan menonton Anugerah Industri Muzik. Dan hari Ahad adalah malam untuk aku memberikan yang terbaik.

Ada kejutan pada malam itu....