Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 28 April 2003

Selesai sudah teater "Rumah Kedai Di Jalan Seladang". Aku puas hati dengan apa yang aku persembahkan tambah pula aku bukannya nampak apa yang dipersembahkan. Aku tidak boleh review secara keseluruhan kerana aku tidak nampak apa yang berlaku di pentas.

First time aku jadi pelakon, memang seronok. Terutamanya bila malam show. Yang paling tak syok masa sessi latihan, kena marah dengan pengarah, kena angkat "barua" dari UKM, kena jadi orang lain. Itu yang memeritkan. Kena marah dengan pengarah sesuatu yang memilukan kerana kena marah oleh kawan sendiri. Pilu gila. Sampai merajuk tak nak join minum teh tarik.

Betul kata Aie, bila dah berlakon sekali, lepas ni akan gian. Aku dah mula rindukan herdik pengarah, tunjuk ajar penolong pengarah vokal mesti lontar, manja Juki, bebelan Mak Nak Bee, kegampangan Sarjan Yamazaki dan lain-lain lagi.

Tadi kawan aku bagi satu review teater yang aku pentaskan semalam.

Volume Of Interactions. Terima kasih kerana review yang baik dari anda.