Imbasan Akademi Fantasia 05-02 oleh sultanmuzaffar
Tetamu : Atie pakai baju PAS (Undilah BA)
Atie sememangnya seorang yang ceria dan ingin melihat orang di sekelilingnya turut sama merasai keceriaan tersebut. Kadang-kadang bila beliau berbicara, ada unsur humor dan di buat dalam situasi yang agak spontan. Bila serius pun orang kata lawak dan bila lawak pun orang kata lawak.
Sewaktu adegan Atie dan Rosyam Nor, beliau sudah menghayati watak tersebut dan membayangkan Khai sebagai kekasihnya tetapi Rosyam Nor muncul sebagai kejutan. Bila pusing ke belakang, beliau melihat tubuh besar Rosyam Nor dan terus lari. Apabila terfikirkan apa yang telah diajar oleh Cikgu Fatimah, beliau kembali ke dalam watak.
Melihat Atie, beliau mempunyai satu perwatakan yang tiada pada pelajar lain. Kualiti itulah yang pihak ASTRO dapat cungkil dari beliau. Beliau seorang yang bila ketawa, akan ketawa betul-betul. Seorang yang all-out saya rasa. Beliau berkebolehan besar dalam bidang lakonan dan sentiasa berfikiran positif. Skil komunikasi beliau juga baik Cuma adakala beliau perlu mengawal sedikit emosi beliau agar tidak nampak terlalu keterlaluan. Penggunaan perkataan “gasak bapak kau lah” saya fikir agak keterlaluan. Nasihat saya beliau perlu mengawal seidikit emosinya.
Amy Mastura berkesempatan untuk melawat mereka di Akademi Fantasia. Salah satu tujuannya adalah untuk menaikkan semangat Atie yang telah jatuh kerana lagu Save The Best For Last. Atie menyanyi takut-takut. Lebih-lebih lagi bila menyanyi di hadapan Amy Mastura. Di dalam satu adegan lain, Sahri pula menunjukkan kebolehannya. Memang menarik ! Sahri boleh menyanyi, boleh menari dan pandai mencuri tumpuan penonton. Atie akui perkara itu. Aznil dengan cepat menjalankan jarumnya, tidakkah itu tanda-tanda seperti Sahri ingin menunjuk-nunjuk kepada Atie. Kebolehan masing-masing adalah berbeza. Atie menerimanya dengan positif. Bukan kereta yang dikejar tetapi pengalaman yang boleh ditimba dari kawan-kawan yang lain. Itu semangat Akademi Fantasia.
Pada mula tiba di Akademi Fantasia, Atie dapat melihat semangat itu dalam diri setiap pelajar. Semuanya ikhlas ingin membantu. Untuk melihat pelajar lain turut sama maju. Tetapi, Akademi Fantasia tetap satu pertandingan. Dalam satu adegan setelah Atie tersingkir, ada seorang pelajar lelaki gembira apabila melihat Atie terkeluar. Cikgu Siti Hajar telah menamakan pelajar tersebut iaitu Sahri. Pada pendapat Atie, Sahri seorang yang jujur dan ikhlas tetapi sayangnya perkara tersebut tidak diberitahu secara berdepan dengan Atie. Mungkin cakap di belakang. Mungkin Sahri merasakan Atie sepatutnya tersingkir kerana Atielah antara penyebab Adi tersingkir. Atie agak bengang juga tetapi menganggap mungkin ada rahmat di sebalik perkara tersebut. Adi telah mempersembahkan yang terbaik pada Konsert III dan sepatutnya Atie yang tersingkir kerana persembahan buruk Atie. Itu hak Sahri untuk berkata-kata. Namun demikian Sahri tetap berlapik apabila bersuara terutamanya di hadapan Atie, di belakang Atie tidak tahu pula. Yang pasti, semua isu tersebut telah pun menjadi sejarah dan diharapkan tidak menimbulkan sebarang permusuhan. Sekurang-kurangnya ada isu untuk dibincangkan di dalam senario Akademi Fantasia.
Peluang bertemu Amy Mastura merupakan satu peluang yang baik untuk Atie. Beliau seorang yang ceria dan merupakan idola Atie sejak dulu. Amy Mastura merupakan seorang yang senang memahami. Beliau mempunyai kualiti suara yang baik serta lakonan yang bagus. Atie amat bersemangat untuk menjadi seperti beliau.
Cik Baha di dalam Akademi Fantasia merupakan seorang yang tegas. Jika ada apa-apa yang tidak kena beliau akan tegur. Kasut telah pun dibeli dan mestilah dipakai terutamanya semasa kelas tarian. Lebih-lebih lagi untuk tujuan keselamatan. Namun demikian, tanggungjawab Cik Baha merupakan yang paling besar untuk menjaga para pelajar. Antara perkara baru yang kita tahu tentang Akademi Fantasia ialah tentang earpiece yang ada pada Cik Baha dipanggil wahyu di kalangan para pelajar. Melalui alat itulah sebaarang wahyu diterima daripada pihak penerbitan Akademi Fantasia. Sedang duduk makan-makan pun tiba-tiba Cik Baha boleh bangun dan marah-marah hanya setelah menerima arahan dari wahyu tersebut.
0 komen