Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 04 March 2004

Imbasan Akademi Fantasia 05-04 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Atie, jangan menyanyilah, berlakon saja !

Dua hari terawal kita dapat melihat keceriaan Atie yang saya kira di tahap paling maksimum. Beberapa hari lepas, moodnya seakan jatuh. Tidak pasti mengapa. Mungkin kerana debaran makin kencang memandangkan semakin dekat dengan hari menyanyi. Tidak banyak yang dibincangkan pada malam ini. Hanya cerita-cerita kosong yang rasanya tidak perlu diulas lebih lanjut. Kadang-kadang semakin lama semakin muak. Ulasan pun makin pendek.

Sememangnya berilah apa lagu sekalipun, ada kekurangan yang perlu beliau perbaiki. Beliau lebih berketerampilan di dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Lupakan tentang nyanyian. Beliau tidak akan kemana-mana. Pergunakan sepenuhnya bakat anda dalam bidang lakonan dan banyak yang akan menanti. Lagu tersebut dipertik dari filem Puteri Impian. Saya sendiri tidak menyangka yang Atie akan menyanyi malam ini kerana leka menonton Roda Impian.