Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Minggu Amy Search dan Siti Nurhaliza

Entri oleh sultanmuzaffar 30 March 2009 4 komen
Minggu ketiga ini pelajar dikehendaki membawakan lagu-lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search. Namun demikian, pelajar lelaki dikehendaki membawakan lagu Siti Nurhaliza dan pelajar perempuan membawakan lagu Amy Search.Dua lagu terbaru dari album Lentera Timur oleh Siti Nurhaliza bakal dibawakan oleh Hafiz dan Qhaud. Masing-masing bakal membawakan lagu Cinta Ini dan Di Taman Teman. Pasti percubaan mereka menjadi semakin sukar kerana lagu itu baru saja di pasaran dan masih belum meresap ke telinga pendengar. Turut dipertaruhkan...

Panasnya Hujung Minggu Ini

Entri oleh sultanmuzaffar 4 komen
Saya baru pulang dari Pulau Tioman. Baru saja lulus Advanced Open Water certification. Banyak cerita hangat yang terjadi sepanjang saya berada di sana. Paling hangat pastinya berita mengambil-alihan artis-artis di bawah Maestro oleh Astro Entertainment Sdn. Bhd. mulai 1 April ini. Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Zainir Aminullah, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd.Komitmen Astro dalam hala tuju artis-artis naungan Maestro Sdn BhdBagi merancakkan lagi prestasi syarikat, Astro Entertainment...

Calon Akhir Anugerah Industri Muzik 16

Entri oleh sultanmuzaffar 26 March 2009 22 komen
1. Artis Baru Terbaik – Artis1. Hujan2. Joe Flizzow3. Malique4. Meet Uncle Hussain5. Suki2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) – Artis1. Aizat – Lagu Kita2. Bob AF2 – Cinta Terhalang3. Reshmonu – Doa Untuk Dia4. Reshmonu – Sayu5. Rithan (Deja Voodoo Spells) – Rock ‘N’ Roll (English)3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) – Artis1. Ayu – Hanya Di Mercu2. Dina – Sejauh Ini3. Shila – Memori Tercipta4. Dato’ Siti Nurhaliza – Di Kayangan Kita5. Dato’ Siti Nurhaliza – Di Taman Teman4. Persembahan Vokal...

Lagu Tugasan Minggu Ketiga Akademi Fantasia 7

Entri oleh sultanmuzaffar 23 March 2009 12 komen
PELAJAR WANITACLAUDIA - Lama Tak Jumpa (Zur Eda)ZIZI - Ini Rindu (Farid Harja)AISHAH - Mata ( Noorkumalasari)RUBISA - Angan-angan (Raja Ema)ISMA - Rambu Ramba (Nursheila Amin)RINI - Seloka Cinta Remaja (Seha Freedom)PELAJAR LELAKIHAFIZ - Mat Disko (Sudirman)AKIM - Anak Gembala (Sudirman)YAZID - Pawana (Search)QHAUD - Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)OBRI - Abang Beca (Broery Marantika)ARIL - Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)SIDI - Hanya di Radio (Headwind)Irama retro bakal berkumandang pada minggu ketiga musim ini. Saya mengaku...

Menuju Puncak Nadi Akademi Fantasia 7

Entri oleh sultanmuzaffar 22 March 2009 9 komen
PERATUS UNDIAN SMS sebelum konsert (%)ISMA - 11ARIL - 10HAFIZ - 9RUBISA - 8YAZID - 7SIDI - 7ZIZI - 7AISHAH - 7CLAUDIA - 7RINI - 7AKIM - 6OBRI - 6QHAUD - 5ADILA - 4Ulasan saya minggu kedua ini masih melihat kepada aspek transformasi pelajar dari minggu pertama ke minggu kedua. Saya mahu melihat perubahan yang dibawakan dalam persembahan pelajar selain transformasi keseluruhan yang melibatkan konsep persembahan minggu ini iaitu membawakan...

Kembalinya Menuju Puncak di Konsert Akademi Fantasia

Entri oleh sultanmuzaffar 21 March 2009 0 komen
Malam ini saya tidak akan buat "live-blog" Konsert Akademi Fantasia di sini. Malam ini mungkin merupakan malam terakhir saya menonton persembahan 14 pelajar secara langsung memandangkan berkemungkinan besar adanya penyingkiran pada malam ini. Saya mahu menonton dengan tenang. Lagi pun pada minggu hadapan saya berkemungkinan besar tidak berpeluang untuk menonton konsert kerana berada di Pulau Tioman untuk aktiviti kegemaran saya iaitu menyelam.Belum pernah saya ketinggalan menyaksikan konsert Akademi Fantasia baik secara langsung...

Apakah kaitan antara Shila dan Clean & Clear Fairness?

Entri oleh sultanmuzaffar 19 March 2009 0 komen
Baru-baru ini Clean & Clear Clear Fairness “Masa Untuk Menyinar” telah menganjurkan satu pertandingan realiti bagi mencari pasangan Shila yang akan turut membintangi sebuah video muzik yang bertajuk “Hanya Kita”.Kita semua tahu sememangnya remaja memang suka sesuatu yang menghiburkan dan mereka suka menari dan menyanyi. Tetapi tidak ramai remaja yang ada keberanian untuk mencuba sesuatu yang bukan bidang mereka. Oleh itu Clean &...

Cabaran Minggu Kedua, Cabaran Untuk Semua

Entri oleh sultanmuzaffar 18 March 2009 3 komen
Cabaran minggu kedua lebih besar, bukan sahaja untuk pelajar tetapi juga untuk fakulti dan produksi. Ini merupakan kali pertama pelajar diberikan lagu medley pada minggu-minggu awal. Berbanding pada musim-musim terdahulu yang mana pelajar hanya diberikan lagu medley pada minggu-minggu terakhir. Itu pun dibawakan secara berkumpulan.Dalam tempoh yang singkat, pelajar perlu menghafal dua buah lagu, melodi dan liriknya. Sementara itu tenaga pengajar juga pastinya menggalas tanggungjawab yang lebih berat kerana pada minggu kedua...

Diari Akademi Fantasia 7 Ep.6 : Medley

Entri oleh sultanmuzaffar 16 March 2009 12 komen
Lagu Tugasan Minggu KeduaMedley ? Satu kejutan di minggu kedua. Saya merasakan ianya terlalu awal tetapi ianya satu perubahan positif yang dilihat sebagai satu ujian besar kepada pelajar. Dalam tempoh yang singkat mereka perlu menggunakan ilmu yang diperolehi untuk mengaplikasikannya kepada kedua-dua buah lagu itu.Dari aspek produksi konsert, penonton dapat melihat sejauh mana keupayaan pelajar atau pun kepelbagaian bakat yang dimiliki oleh setiap pelajar. Sekiranya ada di antara pelajar itu tersingkir, sekurang-kurangnya pelajar...

Apakah Makna Transformasi Minggu Pertama ?

Entri oleh sultanmuzaffar 15 March 2009 8 komen
kredit foto : cheddyusoffApa makna transformasi pada anda ? Ramai yang bertanya pada saya soalan itu. Tidak kurang juga yang cuba menyuapkan jawapan-jawapan mereka kepada saya dalam usaha meraih sokongan. Namun saya punya pandangan saya sendiri.Transformasi pada saya ialah usaha membentuk pelajar menjadi serba-boleh iaitu berkebolehan menyanyi, berupaya memberikan persembahan yang menghiburkan dan dapat menguasai pentas dengan cemerlang....

Live-Blog Konsert Minggu 1 Akademi Fantasia 7

Entri oleh sultanmuzaffar 14 March 2009 1 komen
Konsert Akademi Fantasia 7 Minggu 1Badrulaftersix menulis di MuraiMrManagerKlubbk...
Oleh Abie AbdullahRapASSALAMUALAIKUM! Ramai di kalangan kita yang suka sangat berprasangka buruk, mudah menjatuhkan hukum dan skeptikal tak tentu pasal. Biarpun angin sekadar bertiup sepoi, lagak mereka bagaikan tukang ramal, menjangkakan ribut taufan pasti membadai.Pembuka bicara Zon Abie ini saya cuba sesuaikan dengan pemilihan Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai Pengetua AF7 yang baru diumumkan Isnin lalu. Banyak kontradiksi timbul apabila ramalan tukang tilik tadi tidak mengena langsung, walau senipis kulit bawang.Pelbagai...

Diari Akademi Fantasia 7 : Ep.5

Entri oleh sultanmuzaffar 13 March 2009 1 komen
Diari Akademi Fantasia 7 Ep.5Saya sedang menguji aplikasi ini untuk Konsert Akademi Fantasia 7 Minggu...

Kesilapan PALING BESAR : Claudia, Tunjukkan Gambar ?

Entri oleh sultanmuzaffar 12 March 2009 14 komen
Saya harus akui Diari mala mini merupakan Diari yang agak menyeronokkan. Pertama sekali apabila penonton dapat melihat koreografi lagu Menuju Puncak. Agak menarik koreografi musim ini. Memang nampak ada perbezaan pada koreografi yang dicipta oleh Cikgu Aris. Dalam episod Diari malam ini koreografi lagu itu agak panjang berbanding episod sebelumnya.Paling menarik apabila Cikgu Aris tidak rasa jemu untuk terus memberikan tunjukajarnya pada seorang peserta perempuan bernama Zizi. Sampai meleleh lah juga air mata Zizi yang cuba...

Soalan Terbuka Ajami Hashim

Entri oleh sultanmuzaffar 11 March 2009 9 komen
Sepuluh soalan di bawah ditanya oleh seorang blogger bernama Ajami. Saya dengan rasa senang ingin menjawab soalan-soalan tersebut.TIARA THE PRINCIPAL ~ 10 poin/soalan terbuka Ajami Hashim1. adakah Tiara akan 'mengajar' dlm ertikata yg sebenar atau dia akan semakin mempopularkan dirinya sendiri?Apa guna populariti kalau hasilnya tiada ! Populariti akan hadir apabila hasilnya cemerlang dan memuaskan hati semua orang. Harapan saya cuma satu iaitu Tiara mencurahkan pengalamannya selama berbelas tahun dalam bidang seni kepada 14...