Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Apakah kaitan antara Shila dan Clean & Clear Fairness?

Entri oleh sultanmuzaffar 19 March 2009

Baru-baru ini Clean & Clear Clear Fairness “Masa Untuk Menyinar” telah menganjurkan satu pertandingan realiti bagi mencari pasangan Shila yang akan turut membintangi sebuah video muzik yang bertajuk “Hanya Kita”.

Kita semua tahu sememangnya remaja memang suka sesuatu yang menghiburkan dan mereka suka menari dan menyanyi. Tetapi tidak ramai remaja yang ada keberanian untuk mencuba sesuatu yang bukan bidang mereka. Oleh itu Clean & Clear Fairness membuka peluang itu kepada semua untuk meraih bintang yang mereka impikan.

Seperti yang kita tahu, Shila, bintang finalis One In A Million kini sedang meningkat popular walaupun pada usia yang masih muda. Shila baru sahaja meniti usia ke 18 tahun baru-baru ini. Siapa sangka, bintang kecil ini walaupun setahun jagung telah mula mencipta nama.

Lagi pun Shila turut dicalonkan sebagai salah seorang calon awal untuk kategori Artis Wanita Popular dan Artis Harapan dalam Anugerah Bintang Popular 2008.

Di peringkat usia yang masih muda, Shila turut terpilih menjadi jurucakap kepada beberapa produk antaranya Clean & Clear Fairness. Pemilihannya amat bertepatan kerana Shila mewakili remaja seusia dengannya. Kita sendiri tahu yang sasaran produk itu adalah kepada golongan remaja yang berusia 13 hingga 19 tahun.

Peraduan itu dilancarkan pada 20 Oktober tahun lepas dan hasilnya 10 pasangan telah pun terpilih untuk sesi ujibakat. Berkat keberanian yang telah diserapkan oleh produk tersebut serta kekuatan diri yang muncul dalam setiap peserta, akhirnya Fasya dan Farisa telah terpilih sebagai pemenang.

Impian Fasya dan Farisa menjadi kenyataan. Kedua-duanya gadis remaja biasa yang menanam impian untuk menjadi seorang yang luar biasa. Impian itu menjadi kenyataan apabila mereka memenangi peraduan tersebut.

Kita sendiri dapat melihat bagaimana gembiranya mereka sewaktu bersama Shila. Mereka dapat belajar menari untuk terlibat sama dalam pembikinan muzik video tersebut. Sebelum muncul di set, mereka membeli-belah baju baru untuk muzik video tersebut.

Anak gadis seperti mereka pastinya melihat peluang membeli-belah sebagai satu syurga buat mereka. Anak gadis mana yang tidak suka kelihatan cantik dan impian itu menjadi kenyataan bersama Shila. Lebih manis mereka sama-sama berkongsi citarasa dan meluangkan masa bersama artis remaja yang menjadi idola mereka.

Kenangan paling manis pastinya sewaktu merakamkan suara mereka untuk muzik video tersebut. Bayangkan pada usia yang sangat muda keyakinan untuk merakamkan suara menjadi semakin besar dengan adanya kempen itu.

Peluang itu bukannya diterima oleh semua orang, hanya untuk dua orang yang bertuah sahaja. Pada usia yang muda juga mereka mendapat peluang untuk ditemuramah oleh majalah-majalah remaja seperti Seventeen dan Remaja.

Pastinya sesi tersebut memerlukan mereka bergaya untuk foto mereka diambil. Dengan wajah yang telah disolek, anak-anak gadis itu mahu menjadi seperti Shila yang sebelum ini hanya ditonton di televisyen mahu pun majalah.

Mimpi mereka untuk menjadi bintang menjadi kenyataan! Sebelum penggambaran video muzik itu bermula, Shila bersama pasangannya perlu berhadapan dengan latihan yang cukup untuk memperbaiki tarian mereka. Setelah melalui proses penggambaran, akhirnya muzik video sepanjang 3 minit yang bertajuk Hanya Kita kini boleh ditonton.

Pemilihan Shila sebagai jurucakap Clean & Clear benar-benar mencipta kejayaan, bukan saja untuk Shila sendiri tetapi juga kepada dua orang kawan barunya. Sememangnya produk itu dihasilkan khas untuk para remaja untuk mendapatkan kulit yang cerah, bersinar dan kelihatan sentiasa muda. Dengan formula terbaik, ianya amat bersesuaian sebagai keperluan seharian.

Shila kini sudah ada dua teman baru. Jadikan Clean & Clear Clear Fairness sebagai teman baru anda. Satu produk yang memahami keperluan kulit anda untuk kelihatan sentiasa muda, bersinar dan cerah.


Maklumat Tambahan :
Fasya’s Blog
Farisa’s Blog