Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Lagu Tugasan Minggu Ketiga Akademi Fantasia 7

Entri oleh sultanmuzaffar 23 March 2009

PELAJAR WANITA
CLAUDIA - Lama Tak Jumpa (Zur Eda)
ZIZI - Ini Rindu (Farid Harja)
AISHAH - Mata ( Noorkumalasari)
RUBISA - Angan-angan (Raja Ema)
ISMA - Rambu Ramba (Nursheila Amin)
RINI - Seloka Cinta Remaja (Seha Freedom)

PELAJAR LELAKI
HAFIZ - Mat Disko (Sudirman)
AKIM - Anak Gembala (Sudirman)
YAZID - Pawana (Search)
QHAUD - Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)
OBRI - Abang Beca (Broery Marantika)
ARIL - Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
SIDI - Hanya di Radio (Headwind)

Irama retro bakal berkumandang pada minggu ketiga musim ini. Saya mengaku saya tahu kesemua lagu yang akan dinyanyikan oleh pelajar minggu ini. Memang saya membesar dengan lagu-lagu tersebut.

Mungkin saya agak kecewa kerana penyanyi lagu-lagu tersebut memiliki lagu-lagu yang lebih popular berbanding lagu-lagu yang telah dipilih. Namun saya menganggap kalau bukan program realiti yang bernama Akademi Fantasia, orang akan terus melupakan lagu-lagu tersebut. Akademi Fantasia selaku program realiti paling popular di Malaysia menggunakan kuasa populariti mereka untuk mengingatkan sejarah muzik kita masa lalu. Satu pujian untuk mereka !

Jika anda di antara anda yang ingin cari lagu-lagu itu di Youtube jangan terkejut jika melihat kualiti video tersebut tidak seperti yang diharapkan. Mungkin juga anda menyangkakan yang anda telah dibawa ke zaman silam apabila menonton visual lewat era 70an dan 80an.

Kesemua lagu adalah lagu yang agak rancak dan moderate tempo, tiada lagu yang mendayu-dayu. Minggu ini sekali lagi seni persembahan pentas perlu dipraktikkan di atas pentas. Kalau masih kayu, kelas tarian perlu diberikan perhatian. Kalau masih sumbang, kelas vokal perlu diberikan perhatian.

Lagu-lagu yang mereka dapat wujud sebelum mereka semua lahir dan hanya menjadi kegemaran ibu-bapa mereka. Satu kelainan untuk kita lihat. Apakah akan ada pelajar yang mengamuk kerana mendapat lagu yang tidak popular. Minggu lalu kita dapat melihat Aril tidak begitu menyukai lagu Adam yang boleh saya sifatkan masih sebuah lagu yang agak terkini, ini kan pula terpaksa membawakan lagu Alleycats.

Sayang sekali saya tidak dapat menonton konsert minggu ketiga secara langsung kerana berada di Pulau Tioman.

Rupanya mereka melakukan undian untuk memilih lagu mereka. Hanya sekadar memilih nombor. Sama macam konsep main tikam-tikam. Peliknya mereka macam pernah dengar lagu-lagu yang dipilih untuk mereka.

12 komen

  1. Kurt Kuden Says:
  2. fuh! akim dapat lagu super best!!! cayalah msti gempak stadium!! smoge die tak kayu dan fake!! all out akim

     
  3. PALING TAK SABAR NAK DGR LAGU

    1. PAWANA
    2. MAT DISKO
    3. ANAK GEMBALA

    !!!
    lagu dak2 pompuan tak best plakkkk... adehhhh

     
  4. Kurt Kuden Says:
  5. Juliet, aku rasa budak2 pompuan pun interesting gak.. ada Mata. Rambu Ramba n raja ema tu hehehe not bad wehh

     
  6. Unknown Says:
  7. "Peliknya mereka macam pernah dengar lagu-lagu yang dipilih untuk mereka."

    sy xrse pelik..cz mostly yg tau lagu2 tuh mse prebiu tuh mereka2 yg dh biase nyanyi/perform..rubisa,claudia,zizi,aril..

     
  8. Pen_Merah Says:
  9. CLAUDIA - Lama Tak Jumpa (Zur Eda)
    ZIZI - Ini Rindu (Farid Harja)
    RUBISA - Angan-angan (Raja Ema)
    ISMA - Rambu Ramba (Nursheila Amin)
    OBRI - Abang Beca (Broery Marantika)
    ARIL - Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
    SIDI - Hanya di Radio (Headwind)
    YAZID - Pawana (Search)

    PM hafal lagu ni.... walaopun umur PM baru 18 tahun.....

     
  10. Best lagu2 tu. Harap2 mereka boleh mempersembahkannya dengan sebaik mungkin.

     
  11. hafizzuan Says:
  12. nice theme for this week..

    tapi SM,mesej transformasi yg digembar-gemburkan AF & Astro masih xkelihatan..i personally think that popularity is greater than the quality itself..some contestants make me question,is this a future star??

     
  13. AbgMosha Says:
  14. SALAM BUAT SEMUA.

    MINGGU INI KIRA MINGGU ABANG KOT KERANA LAGU-LAGU NI POPULAR ZAMAN ABANG. SATU PERCUBAAN YANG BAIK DAN HARAP PELAJAR DAPAT BAWA LAGU-LAGU INI DENGAN CEMERLANG.

    LAGU-LAGU INI NAMPAK MUDAH TETAPI JIKA TAK ADA ATTITUDE SURE MEMBOSANKAN.

    KEPADA PEMINAT YAZID, BOLEH CUBA-CUBA JENGAH BLOG YAZID YANG SEDANG DIBANGUNKAN. MUNGKIN BOLEH BERI IDEA DAN PANDANGAN ANDA DI SANA. ADD http://yazid-af7.blogspot.com(sorry SM.. promote sikit kat sini)

    TAKE CARE SEMUA

     
  15. AbgMosha Says:
  16. JANGAN SALAH FAHAM.. BUKAN ABANG YANG BUAT BLOG TU.. CUMA ABG INI MINAT KAT YAZID KERANA KEJUJURANNYA. BAKATNYA ADA TAPI BELUM DAPAT DIGILAP SEPENUHNYA. HOPE PERSEMBAHANNYA DENGAN LAGU PAWANA AKAN MELETUP MINGGU INI.

     
  17. ajym Says:
  18. amboi abg mosha.... dah beralih arah kat yazid pulak... nubhan macamana...hahahha... tak apa ..biasalah tak salahkan minat ramai org kan... dulu pun haziq kan...

    mcm ajym juga... tapi kali ini satu team dgn sultan muzaffar lah.... AKIM.... tapi nubhan masih prioriti....

     
  19. AbgMosha Says:
  20. ajym... nubhan tetap abg minat mcm haziq juga..

    af7 ni mcm minat kat yazid kerana kejujurannya... bakat ada tapi belum digilap...

    akim ok gak... ada identiti tersendiri.

    teruskan minat anda hehehe

     
  21. SM,

    could Rini do justice to Allahyarhamah Seha's Seloka Cinta Remaja? we shall see.

    "berjalan sampai ke malam...balik rumah ayah terekam!"